1.0 PENGENALAN Pembangunan sesebuah negara adalah bersandarkan dengan tamadun dan berhubung kait dengan seluruh kehidupan manusia. Manusia perlu hidup bersosialisasi untuk berinteraksi dan membentuk kelompok manusia bagi memenuhi keperluan hidup dalam komuniti, ekonomi, pendidikan, kesihatan dan sebagainya. Menurut Ismail Hussein (1995), interaksi merupakan hubungan aktif yang saling bertindak balas atau saling mempengaruhi antara satu sama lain. Justeru, aspek sosiobudaya, ekonomi, dan pendidikan adalah dipengaruhi melalui interaksi pelbagai tamadun. Proses peminjaman dan penerimaan daripada unsur-unsur luar kesan daripada interaksi pelbagai tamadun telah berjaya diasimilasi dan diadaptasi dengan kepakaran golongan intelektual tempatan sebagai pemangkin kepada perkembangan sesebuah tamadun (Latif, 2009). Interaksi yang berlaku telah memberi pengaruh dan kesan antara satu sama lain, sama ada positif atau negatif. Sikap keterbukaan antara tamadun menyebabkan berlakunya percambahan dalam pelbagai aspek seperti pemikiran dan budaya yang membolehkan sesebuah tamadun itu berkembang. 2.0 KEPELBAGAIAN INTERAKSI TAMADUN DI MALAYSIA Kepelbagaian kaum dan bangsa di Malaysia yang terdiri daripada kaum Melayu, India dan China adalah hasil daripada interaksi tamadun yang terdahulu. Interaksi yang telah berlaku antara tamadun Melayu dengan tamadun lain seperti tamadun India, tamadun China dan telah membawa kepada pembaharuan dan perbezaan dari aspek pemikiran dan budaya masyarakat di Malaysia. Pembaharuan yang terdapat pada tamadun lain telah diasimilasi dan diserapkan ke dalam kehidupan masyarakat Melayu, namun masih bersandarkan kepada agama dan syariat Islam (Mustafa Daud, 1991). 2.1 Interaksi Tamadun Melayu dengan Tamadun India. Interaksi tamadun Melayu dengan tamadun India bermula seawal abad ke-3 SM. Interaksi tersebut berlaku apabila para pedagang Melayu berlayar menyeberangi Teluk Bengal bagi mencari barangan pedagang. Selain itu, kemasukan penduduk India di Malaysia atas kuasa campur tangan British di Tanah Melayu telah membawa kepada perubahan dalam sektor ekonomi di mana perusahaan getah mula dikuasai oleh kaum India di Malaysia. Sastera epik Hindu seperti Ramayana dan Mahabrata turut meresap dan mempengaruhi perkembangan sastera Melayu di Malaysia (Hashim Musa, 2005). Hal tersebut dapat dilihat melalui penghasilan Hikayat Seri Rama merupakan salah satu karya epik yang telah diubahsuai oleh masyarakat Melayu hasil daripada epik Ramayana dan Hikayat Pendawa pula hasil saduran daripada epik Mahabharata. Hasil interaksi antara dua tamadun ini turut meninggalkan kesan dalam aspek persandingan, pertabalan raja, dan adat resam di Malaysia. 1
2.2 Interaksi Tamadun Melayu dengan Tamadun China. Tamadun Melayu dan tamadun China sememangnya mempunyai hubungan yang sangat rapat erat dari dahulu hingga sekarang dan mencecah lebih dua alaf (Dewan Bahasa, 2018). Interaksi tamadun China ke Alam Melayu telah bermula Sebelum Masihi iaitu ketika Zaman Dinasti Han (140-117 SM. Orang China turut datang ke Tanah Melayu untuk melakukan aktiviti perdagangan. Melihat kepada aspek kesenian dan kebudayaan, kemunculan komuniti Baba dan Nyonya di Melaka dan Cina Peranakan di Kelantan merupakan kesan interaksi yang ketara hasil daripada pertembungan dua tamadun yang berbeza dalam masyarakat di Malaysia. 3.0 KESAN INTERAKSI KEPELBAGAIAN TAMADUN DI MALAYSIA Di Malaysia, pengaruh dan kesan tamadun India dan tamadun China dapat dilihat dalam segenap aspek kehidupan masyarakat di Malaysia. Ia merangkumi aspek politik, sosioekonomi dan corak budaya masyarakat serta adat- istiadat. Hal ini kerana tamadun India umumnya menekankan cara hidup bekeluarga serta komuniti yang begitu sinonim dengan nilai ketimuran. 3.1 ASPEK SOSIOBUDAYA Adat istiadat, perkahwinan, pemikiran dan kepercayaan, kesenian, dan makanan masyarakat di Malaysia banyak dipengaruhi oleh corak ketamadunan India. Aspek sosiobudaya memperlihatkan corak amalan yang dilakukan oleh masyarakat Malaysia pada hari ini jelas menunjukkan interaksi dua budaya dan telah memberikan kesan kepada masyarakat Malaysia dalam menjalani kehidupan seharian. Umumnya, masyarakat Malaysia terdiri daripada tiga kaum utama iaitu, kaum Melayu, India, dan China. Pengaruh tamadun India keatas masyarakat dapat dilihat menerusi kepercayaan dan agama yang dianuti oleh kaum India di Malaysia. Penganut agama Hindu dan Buddha mengamalkan upacara keagamaan dan mempercayai “karma” seperti yang dinyatakan dalam agama Hindu dan Buddha di tamadun India. Setiap tahun penganut agama Buddha dan Hindu akan mengamalkan upacara keagamaan seperti Wesak dan Deepavali. Justeru, Batu Cave merupakan lokasi keagamaan bagi penganut agama Hindu apabila tibanya hari Deepavali. Selain itu, pengaruh agama Hindu yang menjadi ikutan dalam masyarakat Melayu ialah adat melenggang perut. Pada asalnya, adat ini merupakan kepercayaan animisme yang mempunyai unsur ghaib, namun selepas kedatangan agama Islam adat tersebut telah dimurnikan dan dipanggil sebagai “kenduri kesyukuran”. Adat tersebut dilakukan ke atas seorang isteri 2
yang telah genap tujuh bulan hamil dan menurut kepercayaan agama Hindu ia bertujuan untuk meletakkan kedudukan bayi di dalam perut di tempat yang sepatutnya, iaitu di bahagian kepala di pintu. Seterusnya, adat berinai turut merupakan adat tamadun Hindu yang diikuti oleh masyarakat Melayu.
3.2 ASPEK EKONOMI Hubungan antara tamadun China dan tamadun Melayu di Malaysia dari sudut ekonomi terdapat dua jenis iaitu, sistem sara diri dan sistem ekonomi perdagangan komersial (Lin, 1983). Sistem Ekonomi Sara Diri merujuk kepada kegiatan ekonomi yang dijalankan secara kecil- kecilan untuk menyara diri dan keluarga sahaja. Sekiranya terdapat lebihan, maka ia akan dijual atau aktiviti pertukaran mendapatkan barang-barang keperluan lain akan berlaku. Kegiatan terpenting ialah pertanian dan terdapat juga kegiatan perikanan, berburu, penternakan, mengutip hasil hutan dan pertukangan. Justeru, alat yang digunakan oleh tamadun China seperti cangkul, penukul, dan bajak turut diguna pakai oleh masyarakat Melayu di Malaysia yang menjalankan kegiatan pertanian. Dalam sistem ekonomi sara diri yang diamalkan oleh masyarakat tempatan, kegiatan menanam padi sawah merupakan kegiatan utama masyarakat Melayu di Malaysia. Selepas itu, Sistem Ekonomi Komersial mula diperkenalkan oleh tamadun China di mana ekonomi yang diperolehi berlandaskan pertanian dagangan. Pda awal abad ke-19, ladang-ladang gambir yang luas milik seorang kaum Cina telah dimajukan di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor. Di Johor, lada hitam dan gambir diusahakan di antara tahun-tahun 1840-1850-an. Kedua-dua tanaman ini ditanam di bawah sistem Kangchu. Tanaman ini mendapat pasaran yang menguntungkan di Singapura dan Eropah.
3.3 ASPEK PENDIDIKAN Sistem persekolahan di Malaysia juga menerima kesan daripada pengaruh tamadun India. Bahasa Hindu (Tamil) dijadikan subjek yang perlu diajar kepada pelajar yang bersekolah di sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT). Bahasa ini juga dittawarkan di peringkat pengajian institusi pengajian tinggi sebagai satu cara untuk memelihara kesusasteraan tamadun India. Perkembangan keilmuan tamadun India juga membawa impak dalam penguasaan bahasa di Malaysia.
3
Perguruan Wu Fu yang didirikan pada tahun 1819 di Pulau Pinang merupakan sekolah Cina swasta yang paling awal ditubuhkan di Tanah Melayu (Lin,1983). Sehingga tempoh akhir abad ke-19, sebilangan besar sekolah swasta Cina lain telah terbentuk, antaranya seperti Akademi Cui Ying, Pei Yi, Yu Yi, Yue Ying dan lainlainnya. Pertubuhan akademi-akademi ini telah memberi pengetahuan asas kepada kanak-kanak di samping menyampaikan kitab-kitab klasik Konfusianisme kepada para murid. Pengaruh pemikiran Konfusianisme menekankan adat menghormati guru dan mementingkan aspek pendidikan yang memberi pengajaran tentang amalan baik. Selain itu, sebahagian universiti temapatan di Malaysia telah mengadakan pendidikan dan penyelidikan bertaraf tinggi yang berkaitan dengan bahasa, budaya dan masyarakat Cina. Sebagai contoh, Jabatan Bahasa Asing, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia telah menyediakan program pengajian pelbagai peringkat yang berkaitan kepada mahasiswanya, iaitu Bacelor Sastera (Bahasa Asing) Major Bahasa Cina, Master Sastera (Kesusasteraan Cina), dan Doktor Falsafah (Kesusasteraan Cina).
4.0 RUMUSAN Sifat keterbukaan yang diamalkan oleh sesebuah tamadun akan memberi peluang kepada berlakunya interaksi antara tamadun. Interaksi antara beberapa tamadun menghasilkan kesan yang penting dalam masyarakat sama ada kesan positif atau negatif. Elemen atau ciri tamadun luar yang diterima oleh sesuatu tamadun akan mengalami proses asimilasi dan penyesuaian. Namun kesan negatif pula akan mewujudkan konflik antara masyarakat yang memiliki tamadun yang berbeza. Konflik ini dipengaruhi oleh factor teologi, ekonomi, sosail, dan politik. Walau bagaimanapun, sebarang konflik dan pertikaian kurang berlaku di Malaysia walaupun terdiri daripada pelbagai kaum kerana wujudnya Perlembagaan Malaysia yang telah dipersetujui oleh semua bangsa dan kaum.
4