Titas

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Titas as PDF for free.

More details

  • Words: 446
  • Pages: 3
12. Seks luar nikah menjadi amalan remaja zaman ini a) setuju ,zaman dah moden b) tidak, remaja masih boleh berfikir secara rasional

Jantina/bangsa

a

b

Lelaki Melayu

4

6

Perempuan Melayu

5

5

Lelaki Cina

1

9

Perempuan Cina

1

9

Lelaki India

6

4

Perempuan India

2

8

Jumlah

19

41

Berdasarkan hasil kajian yang telah kami jalankan ,seramai 41 0rang responden memilih jawapan b, iaitu tidak bersetuju hubungan seks luar nikah menjadi amalan remaja masa kini kerana remaja masih boleh berfikir secara rasional.Manakala baki sebanyak 19 orang responden bersetuju dengan jawapan pilihan a, iaitu hubungan seks menjadi amalan remaja masa kini kerana zaman sudah moden.Hal ini menunjukkan majoriti remaja masih boleh berfikir secara rasional dalam menangani isu ini.Daripada jumlah ini, lelaki dan perempuan Cina mencatat bilangan tertinggi yang memilih jawapan b ,diikuti perempuan India,lelaki Melayu,perempuan Melayu dan lelaki India.Untuk menguatkan lagi hasil kajian ini ,kami telah menjalankan kerja lapangan di pusat membeli belah Times Square ,Bukit Bintang.Berdasarkan pemerhatian dan temu bual yang kami jalankan ,kebanyakan remaja bebas dalam

pergaulan malahan tanpa segan silu berjalan berpelukan di tempat awam dan khalayak ramai. Hubungan seks membabitkan pasangan yang tiada ikatan perkahwinan atau zina termasuk dalam perbuatan keji yang melanggar hukum agama.Malah, Islam memandang berat kesalahan zina kerana mendatangkan pelbagai keburukan kepada pelakunya dan masyarakat.Kesannya ditanggung dalam tempoh lama, sedangkan nikmatnya sekejap. Pakar psikologi dan sosiologi turut berpendapat, punca keruntuhan nilai kehidupan manusia ialah apabila melakukan seks bebas tanpa ikatan perkahwinan. Hubungan seksual yang tidak dibenarkan oleh hukum syarak yakni diertikan sebagai persetubuhan luar nikah. Mengikut definisi ahli-ahli sosiologi, seks haram adalah bentuk seks yang tidak dibenarkan oleh institusi perkahwinan antara lelaki dan perempuan. melibatkan pasangan kekasih yang cenderung melakukannya sebelum mempunyai ikatan sah sebagai suami isteri. Dari segi Islam pula, seks haram boleh diertikan sebagai perilaku percabulan kemaluan perempuan yang diharamkan melalui persetubuhan yang diharamkan yakni diistilahkan sebagai zina oleh para ulama. Al- Kasani mendefinisikan zina sebagai nama wati yang diharamkan ke dalam kemaluan perempuan yang masih hidup manakala Al Shirazi pula mendefinisikan zina sebagai seorang lelaki beragama Islam yang melakukan wati ke atas perempuan yang diharamkan ke atasnya dengan tidak melalui akad atau akad yang kesamaran. Antara kesan yang bakal ditanggung hasil daripada hubungan seks luar nikah ini ialah dari sudut kesihatan sudah tentu membabitkan kesan reproduktif khususnya bagi wanita termasuk, berlakunya kehamilan yang tidak dirancang dan di luar perkahwinan serta terpaksa disembunyikan.Keadaan lebih teruk apabila ada wanita berkenaan mengambil jalan silap dengan melakukan pengguguran haram sama ada melalui kaedah selamat atau tradisional yang tanpa disedari,

mendedahkannya kepada risiko tinggi kematian akibat pendarahan dan jangkitan pada rahim.Pengguguran haram turut membuatkan seseorang itu terdedah kepada kesakitan pada saluran pembiakan sekali gus boleh mengakibatkan kemandulan. Selain i

Related Documents

Titas
June 2020 22
Titas
May 2020 28
Titas
October 2019 30
Titas
August 2019 86
Titas 0102
July 2020 15
Assignment Titas
May 2020 4