Assignment Titas

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Assignment Titas as PDF for free.

More details

  • Words: 6,059
  • Pages: 33
KANDUNGAN

MUKA SURAT

PENDAHULUAN……………………………………………………………….. 1 DEFINISI ISLAM HADHARI…………………………………………………... 2 VISI, MISI, DAN OBJEKTIF ISLAM HADHARI……………………………... 3 10 PRINSIP UTAMA ISLAM HADHARI PRINSIP1 : Keimanan dan Ketakwaan Kepada Allah……………………… 5 PRINSIP 2 : Kerajaan adil dan beramah……………………………………… 6 PRINSIP 3 : Rakyat berjiwa merdeka………………………………………… 8 PRINSIP 4 : Penguasaan ilmu pengetahuan………………………………….. 10 PRINSIP 5 : Pembangunan ekonomi seimbang dah komprehensif…………. 14 PRINSIP 6 : Kehidupan berkualiti…………………………………………….

20

PRINSIP 7 : Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita………………..

22

PRINSIP 8 : Keutuhan budaya dan moral……………………………………. 25 PRINSIP 9 : Pemeliharaan alam semula jadi…………………………………. 26 PRINSIP 10: Kekuatan pertahanan……………………………………………. 27 KESIMPULAN…………………………………………………………………... 32

PENDAHULUAN “Islam Hadhari adalah suatu pendekatan pembangunan manusia, masyarakat dan negara Malaysia yang bersifat menyeluruh, berdasarkan kepada perspektif tamadun Islam.”

Islam Hadhari memberi penekanan kepada aspek pembangunan yang menjurus kepada pembinaan peradaban iaitu peradaban yang dicanai dengan pegangan Islam dan memberi fokus kepada usaha mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu, pembangunan insan, pembangunan kesihatan serta fizikal.

Mempertingkatkan mutu kehidupan adalah dengan mengamalkan sistem ekonomi, sistem perdagangan dan sistem kewangan yang dinamik, pembangunan sepadu dan seimbang bagi melahirkan umat yang berilmu dan beriman, bertamadun tinggi, berakhlak mulia, jujur lagi amanah, serta bersedia menangani cabaran semasa dunia global. Islam Hadhari bukannya mazhab baru. Islam Hadhari adalah usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada asas atau fundamental yang terkandung dalam al-Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan tamadun Islam. Islam Hadhari jika ditafsir secara ikhlas dan difahami secara jelas, sama sekali tidak akan memesongkan mana-mana umat Islam dari asas akidah. Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab melindungi kesucian Islam dan memastikan umat Islam tanpa tergelincir akidah, akan dapat menghadapi cabaran dan reality semasa, pintu ijtihad perlu terbuka supaya tafsiran yang diwarisi dapat dikaitkan dengan bentuk dan corak pembangunan mengikut masa dan tempat.

2

Adalah perlu diteliti semula pelbagai pendekatan dan kaedah untuk diperkemaskan supaya lebih seimbang dan menyeluruh, merangkumi pembangunan prasarana dan pembangunan ekonomi, diperkukuhkan dengan pembangunan manusia melalui program pendidikan yang komprehensif, diperlengkap pula dengan program pembangunan rohani untuk menyemai nilainilai murni dan menerapkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan.

Prinsip Islam Hadhari akan memastikan pencapaian sepuluh prinsip utama ; 1. Keimanan dan Ketakwaan Kepada Allah 2. Kerajaan Adil dan Beramanah 3. Rakyat Berjiwa Merdeka 4. Penguasaan Ilmu Pengetahuan 5. Pembangunan Ekonomi Seimbang dan Komprehensif 6. Kehidupan Berkualiti 7. Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita 8. Keutuhan Budaya dan Moral 9. Pemeliharaan Alam Semulajadi 10. Kekuatan Pertahanan

3

DEFINISI Pendekatan Islam Hadhari diperkenalkan kerana ianya lebih lengkap dan menyeluruh berbanding pendekatan secara juzi’a atau terpisah-pisah seperti Islam bersifat politik(al-Islam alSiyasi), Islam bersifat tasawwuf(al-Islam al-Sufi),dan seumpamanya.

Islam Hadhari membawa maksud ajaran Islam yang membawa fokus kepada kehidupan untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat bertamadun danmempunyai peradaban yang unggul bagi menghadapi cabaran alaf baru seperti ledakan teknologi maklumat, dunia tanpa sempadan, ekonomi global, budaya materialisme, krisis identiti, jati diri serta penjajahan fikiran.

Pendekatan

Islam

Hadhari,

tidak

menolak

pentingnya

aspekritual

dalam

pembinaantamadun. Ini kerana pandangan hidup, system nilai, kestabilan jiwa dan kemajuan rohaniahmerupakan tonggak kepada pembinaan tamadun yang luhur.

4

VISI ISLAM Untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam Contoh, iaitu sebuah Negara maju mengikut acuan sendiri. Konsepnya adalah Negara yang mempunyai masyarakat membangun dan memiliki ilmu, berkemahiran dan berketrampilan serta tergambar sebagi golongan yang berakhlak, berbudidan berbudayayang berpaksikan kepada kepercayaan Agama.

MISI ISLAM HADHARI

“Melaksanakan agenda pembangunan Negara dan ummah berlandaskan pendekatan Islam yang universal, maju, bertamadun, bertoleransi dan berimbang”

OBJEKTIF ISLAM HADHARI

“Bagi melahirkan individu dan masyarakat Islam yang mempunyai kekuatan spiritual (rohani), akhlak, intelek, material, mampu berdikari, berdaya saing, melihat kehadapan, inovatif serta cekap menangani cabaran-cabaran semasa secara bijaksana, rasional, praktikal dan damai”

5

10 PERINSIP UTAMA ISLAM HADHARI Prinsip 1 Keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT. Pendekatan Islam Hadhari meletakkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t sebagai teras utamanya adalah mencerminkan arah dan halatuju yang kukuh dan konsisten kerana ia merupakan sumber cahaya yang menyinari kesemua prinsip-prinsip Islam Hadhari yang lainnya. Menerusi interaksi dan kerjasama yang tidak terbatas bagi membangunkan tamadun manusia yang kukuh dan bernilai hormat-menghormati di antara satu sama lain kerana matlamat dari seluruh aktivitinya samada bersifat spritual dan fizikal bagi mencari rahmat Tuhannya serta kedamaian dan keharmonian hidup di dunia dan akhirat. Penghayatan nilai keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t akan memberi kekuatan kerohanian dan moral kepada masyarakat. Ia boleh menjadi penunjuk dalam merealisasikan risalah hidup mereka di dunia ini, untuk mengambil bahagian dalam membangunkan tamadun dunia mengikut kepakaran dan kemahiran masing-masing. Penguasaan Teknologi dan pemilikan ilmu bukan sahaja berkaitan dengan amalan keagamaan tetapi juga yang bersangkut-paut dengan kehidupan di dunia kerana penguasaan ilmu pengetahuan merupakan faktor yang menentukan kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Seseorang yang memiliki iman dan takwa akan melihat sesama manusia sebagai kejadian Allah s.w.t yang mulia tanpa memberi justifikasi darjat seseorang mengikut agama dan bangsanya. Ia memberi pertolongan dan pergaulan yang baik kepada semua, tanpa mengira bangsa, agama dan budaya. Malah orang yang beriman dan bertakwa sentiasa menjadikan dirinya sebagai cermin dimasyarakatnya dan memberi contoh yang terbaik dalam pergaulan dan muamalah. Manusia yang beriman dan bertakwa adalah manusia yang

6

mudah menerima kebenaran dan mampu mempertahankannya dan menyebarkannya kepada orang lain baik melalui pengajaran dan pendidikan mahupun melalui suri tauladan yang terlihat dalam amalan hariannya. Oleh itu, iman dan takwa merupakan nadi penggerak pembangunan insan yang dapat menghasilkan sumber manusia yang berkebolehan dan berupaya dalam melaksanakan pembangunan tamadun yang dicita-citakan. Meletakkan keimanan dan ketakwaan sebagai teras utamanya pendekatan Islam Hadhari adalah asas yang kukuh dan konsisten bagi menerangi pembangunan manusia dan hala tuju negara ini merupakan satu kesimpulan yang tepat dan praktikal. Pendekatan Islam Hadhari yang disinari oleh iman dan takwa akan menjana umat yang berupaya dan bermoral mulia, bersungguh-sungguh didalam tugas dan tanggungjawab dengan gigih, amanah dan berkualiti. Manusia yang beriman dan bertakwa sentiasa berusaha melakukan perkara-perkara terbaik dan menjauhi yang mungkar. Ia tidak memisahkan diri dari masyarakat tanpa mengira batasan agama, budaya, bangsa dan bahasa.

Prinsip 2 Kerajaan adil dan beramanah

Adil adalah memberi yang hak kepada yang berhak akan haknya, mengikut kadar masing-masing. Ini bersesuaian dengan firman Allah SWT dalam surah an-Nahl : 90, Maksudnya : “Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan , serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya”.Pelaksanaan keadilan tidak melihat pada keturunan, warna kulit, bangsa,

7

kedudukan, miskin kaya atau perbezaan agama. Ini bersesuaian dengan peruntukan dalam alqur’an dan hadis Rasulullah SAW. Allah SWT berfirman dalam surah al-Maa’idah : 8,

Maksudnya : “Dan jangan sekali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil(kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha

mengetahui

dengan

mendalam

akan

apa

yang

kamu

lakukan”.

Dan hadis Nabi SAW diriwayatkan oleh Bukhari maksudnya,“Sekiranya Fatimah mencuri nescaya aku akan memotong tangannya”. Amanah pula bermaksud menunaikan segala tanggungjawab dan kewajipan yang diletakkan ke atasnya. Ini bersumberkan dari al-qur’an dan hadis Nabi SAW. Dalam al-qur’an Allah

SWT

berfirman

dalam

surah

an-Nisa’

:58

Maksudnya

:

“ Sesungguhnya Allah SWT menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya, dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah SWT dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah SWT sentiasa mendengar lagi sentiasa melihat”. Dan hadis nabi SAW, yang diriwayatkan oleh Ahmad Maksudnya : “ Dan tidak beriman bagi seseorang yang tidak amanah”.Islam Hadhari meletakkan amalan tadbir urus yang baik (good governance) dan adil serta amanah kepada semua lapisan rakyat. Pengurusan negara yang cekap, adil, amanah (tidak boros dan perbelanjaan berhemah) melahirkan negara yang baik, maju, dan dirahmati Allah SWT sebagaimana ditegaskan dalam al-qur’an surah Saba 15

8

Maksudnya : “ Demi Sesungguhnya, adalah bagi penduduk negeri Saba’ satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu: dua kumpulan kebun (yang luas lagi subur)”. Yang terletak disebelah kanan dan disebelah kiri(Kariah mereka).(Lalu dikatakan kepada mereka):”makanlah dari re4zeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadaNya: (negeri kamu ini adalah)negeri yang baik(aman dan Makmur), dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan yang Maha Pengampun”.

Prinsip 3 Rakyat yang berjiwa merdeka Mengikut Kamus Dewan (halaman 883), merdeka bermakna bebas daripada penjajahan, kurungan, naungan dan lain-lain. Kemerdekaan dalam fahaman Islam memberikan fokus kepada kemerdekaan akidah kerana menghayati akidah tauhid memberikan tunjangan tentang hubungan manusia dengan Pencipta dan hubungan manusia sesama manusia. Asas kemerdekaan diri secara rohaniah dan amal ialah pertautan yang tinggi dengan Allah S.W.T. yang dilakukan dengan ibadah clan amal soleh yang ikhlas dan telus supaya kesan kebaikannya dapat dirasakan oleh yang lain. Kebebasan berfikir ialah pertautan akal dengan naql iaitu wahyu. Wahyu memberikan pertunjuk manusia supaya pedoman yang diberi menyebabkan manusia terus berada dalam keadaan fitrah dan tidak melampaui batas. Batasan yang memisahkan yang baik dengan yang buruk, maaruf dan mungkar, hak dan batil, adil dan zalim adalah persimpangan yang boleh membawa manusia kepada belenggu dan boleh memimpin manusia ke arah kebaikan. Sekiranya manusia memilih jalan yang baik, kemerdekaan yang sebenarnya dirasai tetapi sekiranya manusia memilih jalan yang batil maka manusia tidak memilik dan hidupnya dibelenggu. Faktor

9

kreativiti dan inovativiti menjadi landasan pengembangan ilmu dan teknologi umat Islam. Ini penting supaya faedah berbanding dapat di manfaatkan, acuan kita sendiri dapat terhasil dan akhirnya tradisi ilmu baru bakal terbentuk hasil adanya integrasi dan proses Islamisasi menjadikan keunggulan ilmu yang fitrah berkembang. Ia bakal merintis kemajuan dan perubahan secara holistik sifatnya. Malaysia sebagai sebuah negara merdeka tidak dapat mengelak diri daripada mempunyai warga yang mesti berjiwa merdeka. Hanya warga yang berjiwa merdeka mempunyai kejelasan arah tuju perjuangan. Mereka yang masih terbelenggu dengan kekaguman. Barat secara melulu atau ingin mempertahankan amalan. dan budaya diri yang menghambat kemajuan dan perubahan, bakal menjadi beban ke arah mernacu kemajuan dan perubahan. Kewatanan juga menuntut sama rasa kesetiaan yang tinggi terhadap negara. Dalam tradisi Negara Islam sandaran terhadap negara dihubungkan dengan rujukan terhadap Allah S.W.T.. Manusia yang dilantik sebagai khalifah mempunyai peranan yang besar supaya negara di mana mereka berada seharusnya mempunyai kesetiaan yang tinggi dan mempunyai azam dan tekad untuk memajukannya supaya negara Malaysia mampu berdiri sama tinggi dengan orang lain dalam acuan ke Malaysia yang unik. Rakyat berjiwa merdeka harus difahamkan dalam konteks yang luas. Kemerdekaan politik yang kita terima setelah dijajah memberikan kita taklif atau amanah bagaimana negara kita Malaysia dapat dimajukan dengan mengambil pendekatan yang komprehensif iaitu tidak menolak ilmu dan teknologi malah budaya yang baik yang terdapat di Barat dan di Timur tetapi dalam masa yang sama kita membangunkan perubaban berasaskan Acuan Kita Sendiri.

10

Prinsip 4 Penguasaan ilmu pengetahuan

Dalam konteks negara Malaysia, pembangunan ilmu dan pendidikan menjadi metlamat dalam pembangunan dasar pendidikannya sejak kemerdekaan di capai. Pengenalan subjek Agama Islam di mulakan sejak Akta Pelajaran 1961 di laksanakan. Perkembangan subjek-subjek dalam orientasi Malaysia dengan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar mula menjadi keutamaan. Sekitar tahun-tahun 80an orientasi pengilmuan dan pendidikan di Malaysia menempa orintasi baru di mana faktor pendidikan agama menjadi faktor yang penting dan pendekatan sepadu dalam pendidikan menjadi asas utama membangunkan peribadi modal insan yang holistik. Pengenalan konsep Sekolah Menengah Kebangsaan Agama dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia adalah langkah menarik bagaimana proses pengilmuan dan pendidikan harus berjalan secara integratif. Para pelajar tidak saja didedahkan dengan asas-asas ilmu Mengurus Diri seperti aqidah, akhlak, tilawah, loghah atau bahasa tetapi juga dengan asas-asas Quran, Hadith dan Tafsir sebagai asas membina Tasawwur yang lebih betul tentang maksud ilmu-ilmu agama. Dalam masa yang sama, para pelajar di dedahkan dengan subjek-subjek yang berkaitan dengan ilmu Mengurus Sistem seperti Matematik, Sains, Perakaunan, Ekonomi, Komputer dan lain-lain bagi membolehkan mereka menguasai ilmu yang berkaitan dengan pengurusan sistem. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia cuba mempelopori proses integrasi dan Islamisasi ilmu dalam semua bidang ilmu pengetahuan dan ianya diikuti oleh Akademi Pengajian

11

Islam, Universiti Malaya dan juga Kolej Universiti Islam Malaysia supaya para pelajar mempunyai pendedahan dalam penguasaan ilmu pengetahuan yang bakal membolehkan mereka masuk ke arus perdana dengan memiliki kemampuan ilmu yang seimbang dan menyumbang. Proses membina insan dalam pengilmuan dan pendidikan, memerlukan pembangunan modal insan yang holistik. Ia amat perlu dibangunkan supaya metlamat bina tamadun dapat dilakukan secara sistematik. Globalisasi yang menerpa umat Islam kini memerlukan jawapan ilmu dan integrasi dan Islamisasi ilmu kini adalah jawapan terbaik terhadap faktor globalisasi. Konsep umatisasi harus menjadi metlamat utama proses pengilmuan dan pendidikan dan landasan hadhari atau ketamadunan sewajarnya menjadi tunggak dan teras membangunkan dasar keilmuan dan pendidikan negara. PENDIDIKAN ISLAM DAN J-QAF Di peringkat formal, pendekatan integratif dalam Pendidikan Islam memerlukan asas dan kaedah yang lebih jelas dan jitu. Pendekatan J-QAF umpamanya tidak saja menekankan pentingnya ketrampilan dan ketatacaraan dipelajari tetapi bagaimana dapat disuburkan pemahaman tentang falsafah, hikmah dan makna disebalik pendidikan Jawi, al Quran dan juga Fardhu Ain supaya pendidikan kemahiran Jawi , al Quran dan Asas Fardhu Ain dapat membentuk aqidah, pemahaman tentang makna ibadah yang sebenar, disamping terbentuknya akhlak contoh di kalangan pelajar-pelajar yang melambangkan wujudnya kesan penghayatan yang baik. Di peringkat swasta, usaha yang serius di kalangan semua pihak harus segera dilakukan samada diperkukuh dan disusun semula sistem yang sedia ada supaya ianya menepati maksud

12

pendidikan Islam yang berjiwa hadhari. Dalam ertikata lain kemudahan prasarana yang baik, pendidik yang terlatih, kurikulum yang seimbang dan sepadu, metodologi pengajaran dan pembelajaran yang mendukung maksud ilmu dan amal harus menjadi agenda utama penyusunan semula sistem tersebut. Dalam masa yang sama kajian terancang harus dibuat terhadap pendidikan agama pagi atau petang yang dihadiri oleh pelajar-pelajar. Pendekatan dua sesi ini memerlukan kajian dari sudut perulangan bahan yang diajar, kecukupan masa bagi murid-murid untuk melakukan ulangkaji dan latihan dan kesuntukan masa mereka untuk menikmati keperluan naluri, bakat dan kegiatan-kegiatan sihat. Kepadatan masa sebahagian besar murid-murid Islam boleh menyebabkan hilangnya tumpuan dan keberkesanan. Yang penting ialah bahan yang diajar sifatnya melengkapi dan diterima dengan kesan penghayatan yang baik. Malah tidak keterlaluan sekiranya pihak kerajaan memikirkan secara serius kaedah satu sesi menggabungkan pendidikan formal dan tidak formal supaya masalah biaya tidak lagi berbangkit dan kurikulum yang diajarkan sifatnya lebih integratif. Kaedah ini boleh membantu pelajar-pelajar Islam hadir dalam sistem perdana dan membolehkan kualiti pendidikan sejajar dengan keperluan masa kini dan masa depan yang amat mencabar. Hal yang sama harus berlaku di kalangan pelajar-pelajar Bukan Islam yang berkaitan dengan subjek Moral. Oleh kerana konsep Etika dapat diterima oleh ramai pihak khususnya masyarakat bukan Islam, mengapa tidak Pendidikan Etika menggantikan subjek moral. Konsep etika diterima sebagai suatu konsep yang lebih universal. Sekiranya Pendidikan Etika itu diterima, langkah meninjau semula kurikulum, metodologi, kepakaran mendidiknya harus dilakukan. Kurikulum etika harus merangkumi nilai-nilai agama yang mendukung ciri-ciri universal, nilai-nilai tradisi dan falsafah keagamaan yang bermenafaat dan nilai-nilai moral yang

13

sifatnya merentasi. Mereka yang pakar dan memiliki keahlian dalam lapangan masing-masing harus diundang menggubal sukatan dan kandungan yang lebih memberi makna dan kesan terhadap penyuburan etika dan amalan yang baik. Para pendidiknya harus dilatih dengan metodologi yang memikat tumpuan murid-murid dan menjadikan Pendidikan Etika diminati dan menjadi asas pembentukan moral dan nilai-nilai murni di kalangan mereka disamping menjadi syarat dalam peperiksaan. Begitu juga dengan pendidikan Tamadun Islam dan Dialog Peradaban harus diperkukuhkan lagi di kalangan pelajar-pelajar IPTA dan IPTS supaya kefahaman pelajar tentang elemen-elemen hadhari wujud dalam proses pengajian yang mereka lalui. Tinjauan yang dibuat di Universiti Malaya, pendidikan Tamadun Islam dan Dialog Peradaban memberi kesan yang amat baik bagi pelajar-pelajar Bukan Islam memahami Islam dan tamadunnya dan baik bagi pelajar-pelajar Islam memahami faktor-faktor peradaban lain yang berlaku disekitarnya. Cara begini membolehkan pemahaman terhadap silang-tamadun berlaku dengan baik berasaskan pendekatan ilmu. Pendekatan hadhari ini amat selari dengan pengalaman ilmuan Islam pada masa lalu yang memenafaatkan makna ‘ litaarrafu’ atau budaya kekenalan secara bijaksana dengan memperkongsi aspek-aspek hadhari yang positif daripada aspek-aspek falsafah, sains dan teknologi orang-orang Yunani dan Greek, orang-orang India dan juga Cina

14

Prinsip 5 PEMBANGUNAN EKONOMI SEIMBANG DAN KOMPREHENSIF Dalam era semasa di mana setiap negara begitu ghairah membangunkan ekonomi negara masing-masing,

permasalahan

kemanusiaan

seperti

keruntuhan

akhlak,

kemiskinan,

ketidakadilan sosial dalam masyarakat, kadar jenayah yang meningkat, keruntuhan institusi keluarga, ketidakseimbangan sistem ekologi dan sebagainya turut sama berkembang dengan kadar yang membimbangkan. jika persoalan yang ada hubung kait dengan kebajikan manusia ini turut terjejas hasil dari pembangunan ekonomi, kesejahteraan masyarakat lambat laun akan mengalami krisis yang ketara. Persoalan yang perlu dijawab, adakah pendekatan pembangunan sesebuah negara yang berteraskan kepada penumpuan hanya kepada faktor ekonomi semata-mata yang menepati model sekular yang dianuti oleh negara maju masa ini, mencukupi untuk menghasilkan sebuah peraclaban kemanusiaan yang utuh meliputi keseluruhan dimensi pembangunan kemanusiaan yang sempurna? juga, adakah kepincangan masyarakat masa kini hasil dari penekanan kepada faktor material semata-mata mampu membawa masyarakat terbabit terus mampan dalam prestasi ekonominya? Semua akan bersetuju bahawa pembangunan aspek ekonomi adalah satu-satu asas yang fundamental kepada keutuhan sesebuah peradaban. Model pembangunan sesebuah negara perlu berteraskan kepada matlamat membina asas kemanusiaan yang utuh. Kemajuan dan pertumbuhan ekonomi hendaklah dilihat sebagai salah satu aspek yang penting dalam satu acuan yang turut berhubung kait dengan keperluan aspek fundamental yang

15

lain seperti peningkatan keimanan dan seterusnya kerohanian masyarakat. Pembangunan dimensi ekonomi yang disepadukan dengan nilai kerohanian kemanusiaan justeru itu perlu digubal dan diterjemahkan dalam bentuk perancangan, polisi, dan mekanisme ekonomi oleh sesebuah negara. Pembangunan ekonomi yang sedemikian. menepati pendekatan pembangunan ekonomi yang seimbang clan komprehensif. Mengikut pendekatan tersebut nilai kemanusiaan perlu diberi perhitungan dalam membangun ekonomi negara. Pendekatan tersebut dengan sekali gus akan menjadi usaha yang mampu menerajui negara ke arah kewujudan sebuah peradaban yang dinamik. Dengan pendekatan ini, ia mampu mengurangkan gejala dan kerenah masyarakat hasil daripada penglibatan mereka dalam aktiviti ekonomi. Negara membangun seperti Malaysia pada masa ini perlu kepada barisan kepimpinan yang jujur, pintar, gigih serta berwawasan semoga negara mampu berperanan membangun ekonomi secara efektif dalam menghadapi segala bentuk cabaran dalam pergolakan dunia pada masa kini. Pegawai awam dan ahli teknokrat yang beramanah dan berkepakaran dalam kesemua jurusan perlu berganding bahu dalam usaha pembangunan. Begitu juga dengan kepimpinan sektor swasta. Turut sama ialah tenaga kerja yang terlatih dan berakhlak perlu dihasilkan oleh negara. Melalui model pembangunan ekonomi negara yang berciri holistik, di mana ia berbentuk seimbang clan komprehensif, pendekatan pembangunan ekonomi negara akan mempunyai pendekatan yang mengambil kira nilai kemanusiaan. justeru itu pembangunan ekonomi negara akan bersifat pelbagai-dimensi yang memboleh kejayaan pembangunan ekonomi dicapai secara berterusan.

16

Dalam konteks keadaan politik antarabangsa semasa, mencapai taraf ekonomi maju adalah satu untutan jihad mengikut Islam. Kepentingan mencapai dan memperoleh status negara yang mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara maju membolehkan negara kita berperanan mendaulatkan nilai kebenaran dan keadilan sejagat semoga menjadi teras dalam perhubungan antarabangsa. Pada masa sekarang, keadaan realiti memaparkan bahawa kesempadanan politik, ekonomi dan budaya hidup sesebuah negara makin bertambah tidak berfungsi lagi. justeru itu pembangunan ekonomi dan diikuti dengan kehebatan politik dan ketenteraan akan menjadi asas kekuatan kepada negara. Keadilan Sosial Adalah Asas Kepada Pembangunan Ekonomi Seimbang dan Komprehensif Bersandarkan kepada pendekatan Islam, satu model pembangunan ekonomi dapat dirancang untuk memajukan masyarakat di Malaysia. Pendekatan pembangunan tersebut sudah pasti seimbang dan berbentuk komprehensif dan menepati keperluan kemanusiaan. Setiap individu yang akan berusaha untuk membangun ekonomi negara turut sama diberi penekanan melalui pembinaan pandangan hidup, personaliti/sahsiah dan kemahiran semoga kesemua tenaga individu benar-benar dapat berperanan ke arah pencapaian matlamat tersebut demi memaju dirinya dan sekali gus menyumbang kepada pembangunan ekonomi. Pendekatan pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif akan dilaksana melalui semangat keadilan sosial.

17

Peranan Sektor Awam dan Swasta Tugas utama sesebuah pemerintahan dalam Islam adalah untuk menjamin kebajikan masyarakat di kalangan kesernua lapisan rakyat tercapai. Ibn Taimiyah berpandangan; kecapaian kebajikan masyarakat dalam sesebuah negara akan merapatkan pertalian antara pemerintah dengan rakyat . Keadaan sedemikian sangat perlu dalam menjaminkan kestabilan politik dan sosial tercapai. la juga akan dapat meneruskan usaha pemerintah dalam membangunkan negara. Kebajikan masyarakat membawa erti yang komprehensif dan mendalam. la meliputi clan memenuhi kesemua aspek keperluan manusia di peringkat individu dan masyarakat. Kebajikan masyarakat akan tercapai apabila individu clan masyarakat menghayati kehiclupan yang berakhlak tinggi menepati tuntutan Islam. Akhlak yang mulia adalah asas kepada kemanusiaan dan peraclaban masyarakat itu sendiri. justeru itu mendiclik clan memelihara akhlak di kalangan pemimpin dan rakyat adalah tugas yang penting. Di antara peranan utama sektor awam adalah seperti berikut: Pertama, membasmi kemiskinan mutlak dikalangan rakyat. Kemiskinan mutlak tidak seharusnya wujud. Kesemua ahli masyarakat perlu digembling untuk berperanan dan melibatkan dengan kegiatan ekonomi. Rakyat mesti dididik untuk bekerja dan memiliki kemampuan untuk menyelesaikan keperluan minima dan seterusnya dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi secara berterusan dengan meningkatkan kekayaan ekonomi negara.

18

Kedua, harta negara dan individu perlu sentiasa mengalir dalam pencetusan kegiatan ekonomi. Pembekuan, pembaziran clan penyalahgunaan harta hendaklah diminimakan jika tidak dihapuskan. Pengaliran kekayaan negara dalam kegiatan ekonomi akan memberi manfaat kepada keseluruhan lapisan masyarakat. Ketiga, pengurusan sumber negara hendaklah teratur dan tersusun mengikut prioriti keperluan ekonomi negara semasa. Negara dengan itu mesti berkemampuan menghasilkan ahli-ahli cendikiawan clan teknokrat yang mahir dalam mengendalikan pengurusan ekonomi negara. Keempat, setiap rakyat berhak memiliki harta persendirian, kebebasan menentu kegiatan ekonomi yang ingin disertai yang menepati syariah dan mekanisme peruntukan sumber clikendalikan melalui sistern pasaran. Di samping peranan sektor awam, sektor swasta yang merangkumi sektor isi rumah dan sektor firma turut sama berperanan dalam membangunkan negara dalam kesemua aspek termasuk akhlak dan kemajuan akonomi. Sesuai dengan kehormatan dan keyakinan Islam terhadap kedudukan individu, sektor swasta dalam pemerintahan Islam adalah rakan kongsi yang akan menentu bersama kemajuan negara. Bahkan dalam Islam, sesuai dengan fitrah penyusunan negara, sektor swasta seharusnya mempelopori dalam usaha ke arah memajukan negara. Pendekatan ini tepat sekali dengan Dasar Persyarikatan Sektor firma adalah lebih kecil dari segi saiz organisasi. Mereka juga lebih menjurus dari segi bidang usaha dan objektif yang hendak dicapai. justeru itu mereka lebih cepat dan mudah membuat sesuatu keputusan dan tinclakan. Ciri-ciri ini memudahkan mereka mencapai matlamat mereka. jika kesemua organisasi firma dalam negara dapat digembleng untuk berperanan secara positif clan relevan kepada keperluan negara, mereka pasti akan clapat mendukung aspirasi negara.

19

Jika sektor swasta dapat berperanan secara positif dan produktif, sudah pasti sektor awam akan dapat dikurangkan dalam memenuhi peranan tuntutan negara. Tindakan pemerintah dalam mengurangkan saiznya seperti melalui Dasar Penswastaan agensi dan institusi awam adalah usaha yang sihat demi mengurangkan saiz tanggungan pemerintah. Pendekatan ini perlu diambil untuk mencapai kecekapan dan sekaligus menepati fitrah bernegara. Oleh kerana Islam menghormati hak individu dalam negara, keduclukan istimewa kepada sektor swasta untuk berperanan dalam menentu kegiatan ekonomi menepati semangat ini. Islam mementingkan roh keadilan dalam penyusunan struktur bernegara dan mendidik akhlak dan kepakaran rakyat dalam pengurusan clan pencapaian kemajuan dalam sains clan teknologi. Kedudukan dan peranan pemerintah dalam penyusunan ekonomi negara tidak dapat dinafikan. Islam hanya mengharmonikan peranan sektor awam dan sektor swasta dalam penyusunan ekonomi negara. Islam tidak memberi satu formula yang ketat dalam usaha ini. Yang penting ialah keharmonian dalam negara tercapai sehingga dapat menghasilkan kedudukan hak individu terjamin dan nilai kemanusiaan tercapai yang membolehkan negara terus mantap dari sudut nilai akhlak dan pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif dicapai secara berterusan. Di Barat dan negara yang mengamal sistem liberal demokrasi kapitalisme, saiz birokrasi institusi pemerintahan makin bertambah besar dan penting walaupun pada dasarnya sistem tersebut menganjur kebebasan mutlak individu dan sekaligus mendukung peranan penting sektor swasta. Keadaan realiti yang bercanggah dengan aspirasi sistem tersebut adalah disebabkan asas sistem kapitalisme apabila dilaksana pasti menimbulkan gejala kepada masyarakat seperti wujudnya masalah kemiskinan, ketidakadilan dalam pengagihan pemilikan harta dan kekayaan, kesan luaran yang negatif dan sebagainya. Sistem liberal demokrasi kapitalisme yang

20

berlandaskan kepada asas materialisme, individualisme dan naturalisme apabila dilaksana akan memerlukan pada akhirnya kepada peranan sektor awam yang besar demi untuk menangani masalah masyarakat yang ketara hasil dari perlaksanaan sistem tersebut.

Prinsip 6 Kehidupan berkualiti

Islam pada permulaannya memberi tumpuan yang penting kepada pencapaian kehidupan masyarakat secara berkualiti. Mencapai tahap kehidupan yang tinggi dalam kesemua aspek keperluan adalah matlamat utama agama. Bahkan Islam menuntut semoga setiap individu berusaha menguasai ilmu dan kemampuan untuk berjaya dalam kehidupan di dunia. Kehidupan akhirat adalah hasil daripada kemampuan individu melaksanakan kehidupan yang berkualiti dari kesemua aspek termasuk aspek kerohanian, fizikal dan material.

Ini bertepatan dengan firman Allah S.W.T dalam al-qur’an surah al-Qasas : 77

Bermaksud: “Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu(keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu(dengan pemberian nikmat-nikmatnya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan dimuka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan”.

21

Kehidupan berkualiti akan dicapai melalui kejayaan negara memenuhi keperluan kehidupan asasi seperti memelihara amalan beragama, kemampuan memajukan taraf pendidikan, menghayati kehidupan yang aman, hak memiliki harta dan jaminan kepada generasi masa hadapan yang cemerlang.

Bermula dengan pencapaian keperluan asasi tersebut kualiti kehidupan mengikut Islam tidak bersifat statik, malah usaha untuk meningkat maju dalam kesemua aspek tersebut perlu diusaha dan dijayakan dari masa ke semasa semoga tahap pencapaian setanding dengan masyarakat yang maju di dunia.

Di samping itu, Islam memberi keutamaan kepada insitusi keluarga. Keluarga yang sejahtera akan menjamin kepada lahirnya generasi yang seimbang dan berprestasi. Bahkan gejala sosial masyarakat dapat diminimakan jika setiap institusi keluarga dapat berfungsi dengan berkesan.

Dalam konteks mencapai kehidupan yang berkualiti, kemudahan persekitaran turut serta diberi perhatian. Tempat rekreasi dan kemudahan beriadah turut sama difikir perlu dalam membina masyarakat yang sihat dan bertenaga.

Prinsip 7

22

Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita Islam menjaga hak-hak individu sama ada daripada kumpulan majoriti atau daripada kumpulan

minoriti.Jaminan

tersebut

meliputi

nyawa,

agama,harta,

kehormatan

dan

akal.Perbezaan jantina dan kumpulan minoriti tidak boleh dijadikan alasan untuk menafikan hakhak tersebut.Firman Allah dalam surah Al-Hujuraat:13 :“Wahai Umat manusia! Sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenalkenalan(dan beramah mesra antara satu sama lain).Sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi Allah ialah oramg yang lebih bertaqwa di antara kamu,(bukan yang lebih keturunan atau bangsanya).Sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi mendalam pengetahuanNya(akan keadaandan amalan kamu). Golongan minoriti dan wanita berhak untuk menikmati apa jua yang dinikmati oleh kumpulan majoriti dan wanita seperti pentadbiran negara,ekonomi, sosial,pendidikan, agama dan politik. Sabda Rasulullah:“Maka beryakwalah kamu kepada Allah terhadap wanita kerana sesungguhnya kamu mengambil mereka adalah kerana Allah dan Allah menghalalkan kepada kamu mencampuri mereka dengan ijab kabul yang sah sesuai dengan aturan Allah dan hak suami terhadap isterinya ialah agar mereka tidak membiarkan orang luar yang dibenci oleh suaminya berkunjung kerumahnya.Sekiranya mereka melakukan demikian,ajarlah mereka dengan dengan pukulan yang tidak menyakitkan.Manakala bagi mereka(wanita0 keatas kamu(lelaki) pula ialah memeberikan mereka rezeki(makanan) dan perhiasan/pakaian denagn cara yang baik.Dan telah

23

aku tinggalkan kepada kamu suatu yang tidak akan menyesatkan kamu selepasnya sekiranya kamu berpegang denagnnya iaitu kitab Allah(Al-Qur’an).

Islam di negara kita tidak menafikan hak-hak kaum dan bangsa yang lain.Tambahan pula,dalam beberapa perkara mereka diberikan perlindungan dan jaminan melalui undangundang negara.

Kerajaan telah menubuhkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia(SUHAKAM) selain menerima deklarasi Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa bersatu(UNDHR),beberapa teriti dan kemanusiaanlain,termasuk mengenai wanita.Perkara ini dilakukan bagi menjamin hak-hak seseorang dan kumpulan itu tidak dinafikan.

Jika dibandingkan dengan sesetengah negara Islam yang lain,negara ini lebih menjamin kedudukan wanita di sisi masyarakat disebabkan adanyan undang-undang yang menjamin hakhak mereka dan kesatuan yang menguruskannya.Penyertaan mereka dalam semua sektor pekerjaan dan perkhidmatan tidak menyalahi undang-undang negara.

Selain itu juga,terdapat badan –badan yang mengawasi termasuk mahkamah-mahkamah diberi kuasa dan bebas membicarakan isu-isu yang menyalahi hak-hak apabila berlaku pertikaian.

24

Di Eropah,beberapa kelompok orientalis

barat

telah cuba memutarbelitkan

sejarah.Mereka menimbulkan isu bahawa Islam tidak memberi perhatian dan kedudukanyang sewajarnya kepada bukan Islam dan wanita.Jika kita menkaji sendiri sejarah Islam,hak-hak golongan bukan Islam sama sekali tidak dinafikan hak-hak mereka.Ketika Rasulullah memerintah Madinah,orang orang bukan Islam diberi kebebasan beragama dan mengamalkan budaya masing-masing asalkan tidak menggangg masyarakat lain di Madinah.Perkara yang sama juga berlaku di negara kita di mana walaupun agama rasmi negara kita adalah agama Islam,agama lain bebas diamalkan di negara kita.Bahkan mereka juga diberi peluang untuk menjawat jawatan dalam kerajaan.Ini membuktikan bahawa tuduhan yang dilemparkan oleh orientalis-orientalis barat adalah tidak benar sama sekali.

Kejituan,keadilan,kesaksamaan,amanah dan tanggungjawab menjadi prinsip di mana tertegaknya sebuah negara Islam.Hak-hak setiap kaum dilindungi oleh undang-undang yang boleh diselesaikan di mahkamah apabila berlaku percabulan hak-hak mereka.

Firman Allah dalam surah An-Nisa’,ayat 58:“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanahkepada ahlinya(yang berhak menerimanya dan apabila kamu menjalankan hukum diantara manusia,(Allah

menyuruh)

kamu

menghukum

dengan

adil.Sesungguhnya

Allah

dengan(suruhanNya)itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu.Sesungguhnya Allahsetiasa mendengar,lagi sentiasa melihat”.

Prinsip 8

25

Keutuhan budaya dan moral

Salah satu daripada prinsip ketamadunan sesuatu bangsa dan negara ialah wujudnya keutuhan budaya dan ketinggian moral sebagai identiti negara tersebut.Kepelbagaian budaya dan agama

perlu

dipertahankan

luhur.Penghayatan

nilai-nilai

berasaskan akhlak

sistem yag

nilai

mutlak

dan

akhlak

dan

tinggi

yang

murni

akan

dan

menjamin

kesejahteraan,keharmonian dan keamanan dalam masyarakat majmuk.Hal ini akan menjadikan bangsa itu terhormat dan disegani,firman Allah dalam surah Al-Mukminun, ayat 1-2:“Sesungguhnya berjayalah orang orang beriman ,Iaitu mereka yang khusyu’ dalam sembahyang”.

Dengan adanya keluhuran budaya dan ketinggian akhlak masyarakat majmuk di Malaysia akan menyeimbangkan kemajuan ekonomi seiring dengan keutuhan budaya dan akhlak masyarakat Malaysia.Walaubagaimanapun,cabaran besar yang akan dihadapi oleh masyarakat Malaysia ialah membanteras gejala sosial dan keruntuhan akhlak terutama golongan remaja dalam misi merealisasikan negara Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang bertamadun.

Di dalam Islam,sesebuah masyarakat dikatakan bertamadun apabila mereka berjaya mencapai kemajuan dalam bidang materialistik seiring dengan kemajuan nilai-nilai moral dan akhlak.Sejarah telah membuktikan bahawa sesetengah tamadun jatuh disebabkan keruntuhan moral dan akhlak dalam kalangan masyarakatnya.Oleh itu,amatlah penting jika negara kita mengambil berat tentang masalah yang berkaitan dengan nilai-nilai moral dan akhlak

Prinsip 9 26

Pemuliharaan alam semula jadi Kehidupan manusia tidak terbatas hanya kepada hubungan sesama manusia, tetapi juga hubungan manusia dengan alam di persekitarannya. Kesejahteraan yang dinikmati oleh manusia adalah akibat daripada kehidupan yang sejahtera antara sesama manusia dengan alam tabii di sekitarnya. Manusia adalah khalifah Allah S.W.T. yang diturunkan ke dunia ini sebagai pentadbir dan pengurus yang bertanggungjawab ke atas pembangunan di dunia ini. Sebagai khalifah, manusia diberikan Allah S.W.T. kemampuan untuk memahami ciri-ciri tabii alam secara terbatas. Tujuannya tidak lain semata-mata untuk memudahkan urusannya dalam mentadbir alam ini. Secara tabiinya alam ini berada dalam keadaan seimbang dan koheren antara satu dengan yang lain. Setiap satu memerlukan antara satu dengan yang lain; saling menyokong dan saling membantu. Sayangnya, dalam usaha untuk membangun alam ini, manusia mempunyai kecenderungan untuk menguasai dan mengeksploitasi alam tabii ini secara berlebih-lebihan dengan menggunakan pemahaman sains dan teknologi mereka. Akibat daripada kerakusan. mengeksploitasi alam ini secara berlebiban. (untuk mendapat keuntungan yang lebih), keseimbangan alam tabii mula terganggu dan tidak dapat dikekalkan. Peristiwa tanah runtuh, banjir kilat, gelombang besar tsunami, hujan asid, gempa bumi, pemanasan global, pencemaran alam sekitar, perubahan cuaca dan sebagainya, semuanya menyumbang kepada ketidakstabilan eko-sistem yang dilakukan. oleh tangan-tangan manusia. Memang alam ini perlu terus dibangunkan, keselesaan hidup perlu ditingkatkan, teknologi perlu dibangunkan selaras dengan keperluan manusia, namun apabila keseimbangan alam tidak dikekalkan, kita mengundang mala petaka hasil perbuatan tangan kita sendiri.

27

Menyedari kepincangan dalam proses pembangunan ini, beberapa deklarasi mengenai alam sekitar telahpun dilakukan dan diusabakan oleh UNDP (United Nation Development Programme) untuk memastikan pembangunan yang lestari. Deklarasi Rio dejenerio (1993) danProtokol Kyoto (1997) merupakan antara dua deklarasi di mana Malaysia turut menandatanganinya. Malaysia sendiri telah mengadakan Deklarasi Langkawi untuk memastikan pembangunan negara secara lestari dan mesra alam. Untuk mengatasi semua ini, alam sekitar perlu ditadbir urus melalui kaedah dan pendekatan yang lebih seimbang dan menyeluruh. Pembangunan insan yang berteraskan kepada kehidupan yang berteraskan nilai-nilai murni agama, bertanggungjawab dengan alam, membangun alam secara terancang perlulah diberi penekanan yang bersungguh-sungguh. Pembangunan sains dan teknologi yang berteraskan kepada ajaran agama dan nilai budaya masyarakat. perlulah diterapkan kepada seluruh peringkat masyarakat. Penyelidikan dan pemantauan terhadap alam tabii perlu dilakukan secara berterusan agar pembangunan yang clijalankan tidak mendatangkan risiko yang tinggi kepada kehidupan sejagat. Untuk membangunkan masyarakat Hadhari yang berteraskan kepada ajaran Islam, usaha perlulah dilakukan untuk membangunkan alam ini secara harmoni antara pembangunan manusia dan pembangunan alam sekitar, di samping berusaha terus untuk mencapai kemajuan.

Prinsip 10 Kekuatan pertahanan

28

1. Pendekatan Islam Hadhari melihat aspek pertahanan bukan sahaja isu-isu yang meliputi kekuatan ketenteraan dan persenjataan, malah ia merangkumi kekuatan diri, fizikal dan spiritual. Bangsa yang maju memerlukan umat yang dapat mempertahankan diri dan negara daripada dicerobohi. Mereka perlu memiliki kekuatan ketenteraan yang terkini bagi tujuan mempertahankan diri dan negara bukan untuk menyerang dan menguasai bangsa lain. Kekuatan pertahanan akan menjamin kestabilan, keamanan dan keselamatan negara yang membolehkan proses pembangunan dilakukan secara berterusan. 2. Rakyat awam hendaklah mempunyai semangat untuk membina kekuatan pertahanan sama ada dalam suasana damai mahupun peperangan. Tuntutan ini sesuai dengan kehendak kerajaan yang memperkenalkan Konsep Pertahanan Menyeluruh di dalam Dasar Pertahanan Negara. Field Marsyall Montgomery pernah menegaskan perkara ini melalui kenyataannya; “Faktor paling penting dalam peperangan ialah semangat yang tinggi. Adalah mustahil untuk dapat bertahan lama dalam peperangan apabila kemahuan rakyat jelata (rakyat awam) kepada perjuangan sudah tidak ada.” (Muhammad Jamaluddin Mahfuz: 2003: 160) Menyedari hakikat itulah antara kerajaan menubuhkan beberapa badan pertahanan yang melibatkan penyertaan masyarakat awam nasional secara kerahan dan sukarela di pelbagai peringkat umur. Penglibatan masyarakat awam dalam khidmat sukarela wajar dipupuk kerana ia berupaya membantu kerja-kerja pembinaan kekuatan pertahanan negara dengan lebih berkesan. Badan pertahanan berkenaan seperti:

29

1.

Perkhidmatan Kerahan.

a.

Khidmat Negara. Kebimbangan kerajaan terhadap masalah remaja yang timbul akibat

proses modernisasi dan pembangunan yang telah menghakis semangat patriotisme, kesukarelawan dan kemasyarakatan serta nilai-nilai murni kerana merekalah generasi yang akan mewarisi negara. Bilangan mereka yang ramai iaitu 10 juta dari 24 juta rakyat di negara ini disamping faktor kekuatan dan dinamik tenaga muda jika digembelingkan dengan baik akan banyak membantu mengukuhkan kekuatan pertahanan. Berpandukan kesedaran inilah khidmat negara dilancarkan pada 22 Feb 2004 dengan hasrat dapat membina dan menyuburkan kembali semangat patriotisme, kesukarelawan dan kemasyarakatan

serta nilai-nilai murni bagi

mengukuhkan ketahanan nasional. (Tunku Izham bin Tunku Jusoh & Abdul Aziz bin Pawanchik: 2004: 11) b.

Pasukan Simpanan Angkatan Tentera Malaysia. Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

juga menubuhkan Pasukan Simpanan Tentera Darat, Laut dan Udara yang boleh disertai oleh masyarakat awam dalam membantu ATM mempertahankan kedaulatan negara. Penyertaan pasukan simpanan ketiga-tiga perkhidmatan ini dibuka kepada semua rakyat di negara ini tanpa mengira kaum mahupun keturunan. Anggota pasukan ini akan dilatih sepenuhnya dengan asas ketenteraan sebagaimana yang diterima oleh anggota ATM. Pasukan ini diletakkan di bawah pentadbiran Angkatan Tentera Malaysia dan boleh dikerah untuk menyumbangkan perkhidmatan mereka apabila diperlukan oleh ATM. (Laman Web Kementerian Pertahanan). 2.

Perkhidmatan Sukarela.

30

1. Pertahanan Awam. Pasukan Pertahanan Awam adalah diletakkan di bawah

pentadbiran Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Pasukan ini berkemampuan untuk membantu masyarakat dalam keadaan dharurat, bencana alam, kebakaran , pertolongan cemas dan lain-lain kesulitan masyarakat.

1. RELA dan Rakan Cop. Pasukan RELA kini juga telah menjadi sebahagian dari

mekanisme pertahanan awam. Selain dari mengawasi keselamatan persekitaran kediaman, mereka juga telah diberi kepercayaan membantu PDRM menangani kes Pendatang Tanpa Izin (PATI). Begitu juga dengan pelancaran Rakan Cop, kumpulan sukarelawan yang banyak membantu PDRM memberi maklumat berhubung kes-kes jenayah. 3.

Persatuan Beruniform Remaja. Semangat ketahanan di kalangan masyarakat awam

hendaklah dibina di peringkat remaja kerana mereka adalah generasi pewaris negara pada masa hadapan. Pasukan beruniform di peringkat institusi pengajian tinggi dan sekolah ditubuhkan untuk membina ketahanan diri di kalangan remaja dan persatuan yang boleh disertai oleh remaja ialah: a. PALAPES (ROTU). b. Kesatria. c. Kadet bomba d. Kadet Remaja (PDRM dan ATM) dan lain-lain.

31

Selain daripada menglibatkan diri dengan pertubuhan yang beroperasi secara langsung dalam medan pertahanan, sebagai rakyat, masyarakat awam di negara ini adalah bertanggungjawab mengukuhkan pertahanan negara di sudut media, ekonomi, politik dan sosial memandangkan kehidupan mereka terlibat secara langsung di medan berkenaan. Peranan media amat mustahak dan ternyata berkesan dalam kerangka berhadapan dengan musuh. Perang saraf melalui media boleh melemahkan semangat juang musuh bukan sahaja semasa peperangan sebaliknya sebelum dari peperangan sebenar meletus. Firman Allah s.w.t: “Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan daripada pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain daripada mereka yang kamu tidak mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya”. (Al-Anfal (8): 60)

KESIMPULAN 32

Tiada suatu bangsa pun yang dapat membangun dalam acuan bangsa orang lain, dan tiada suatu Negara pun dapat bangun acuan Negara lain. Cabaran hari ini perlu ditangangi dengan memahami reality masa kini, tetapi penuh berprinsip dan berdasarkan kepada falsafah yang utuh. Allah pastinya tidak mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kita mengubah apa yang ada pada diri setiap kaum tersebut. Menghadapi suasana masa ini memerlukan kepada mereka yang berwawasan, tahu merancang secara strategik, berketrampilan, tahu melaksanakan muhasabah dan memiliki adab dan akhlak terpuji. Kita tidak dilahirkan untuk menjadi penonton kepada apa yang berada dihadapan kita. Kitalah yang perlu menghadapinya berbekalkan kekuatan akidah, syariah dan adab dan akhlak terpuji Islam Hadhari perlu diperjelaskan kepada umat Islam dan bukan Islam di Malaysia sebagai satu kaedah penyelesaian pembangunan dunia yang juga akan membawa kebaikan ke akhirat. Tanpa Islam maka kemajuan dan pembangunan akan tiada matlamat.

33

Related Documents

Assignment Titas
May 2020 4
Assignment Titas
June 2020 3
Titas
June 2020 22
Titas
May 2020 28
Titas
October 2019 30