Titas

  • Uploaded by: Wieey Sozai
  • 0
  • 0
  • August 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Titas as PDF for free.

More details

  • Words: 5,829
  • Pages: 13
1 |TITAS •

BAB 1 PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN TAKRIF TAMADUN 1. 2. 3. 4.

Maddana – perbuatan membuka Bandar atau kota serta perbuatan memperhalus budi pekerti. Madani – sifat sesuatu yang berkaitan dngan cara hidup yang menzahirkan kehalusan budi pekerti yang terpuji. Tamadun – pencapaian dan pembangunan dalam segala perlakuan, pemikiran, dan kemajuan yang tinggi, luhur, baik, halus dan sopan. Civilization (civitas – Bandar @ kota) – menekankan penggabungan antara ketinggian budaya dengan kemajuan kebendaan.

CIRI-CIRI TAMADUN 1. Wujudnya system kepercayaan dan agama; 2. Kewujudan penempatan masyarakat manusia di kawasan yang disatukan membentuk kota, Bandar, atau madinah (Lembah Indus, Lembah Yang Tze, dan Lembah Nil); 3. Peningkatan kualiti kehidupan yang lebih baik, dan peningkatan jangka hayat; 4. Kewujudan system organisasi dan institusi social dalam bidang politik, pentadbiran, ekonomi, dan pendidikan yang lebih baik dan teratur; 5. Kemunculan bahasa yang serumpun dengan system tulisan yang tersendiri sebagai perantaraan komunikasi, perakaman, penyampaian, dan pewarisan khazanah tamadun dalam pelbagai bidang ilmu; 6. Kewujudan system perundangan yang teratur dan system nilai moral yang berwibawa yang dikuatkuasakan untuk mengatur perlakuan dan tindak-tanduk masyarakatnya dalam segala kegiatan hidup; 7. Kelahiran dan peningkatan daya reka cipta dalam penciptaan teknologi da pembinaan bagi menyempurnakan lagi keselesaan kehidupan; 8. Kelahiran dan perkembangan daya kreativiti dalam menghayati falsafah, kesenian, kesusasteraan dan nilai estetika yang tersendiri. HUBUNGAN TAMADUN DENGAN BUDAYA 1. Budaya merujuk kepada tatacara mereka bertindak ke atas persekitarannya dalam menguruskan kehidupan bermasyarakat. 2. Berbudaya tinggi dan terpuji pula merujuk kepada kehalusan budi dan kesempurnaan moral yang diamalkan dalam kehidupan mereka. 3. 4. 5. 6. Perbezaan tamadun dan budaya: • Pengaruh dan natijah tamadun kekal lebih lama berbanding pengaruh dan natijah budaya.

7. 8.

Tamadun melampaui batas-batas kenegaraan dan wilayah sedangkan budaya selalunya dikaitkan dengan Negara atau wilayah tertentu. Sesuatu bangsa mempunyai talian rapat dengan sejarah, tradisi dan budaya kawasan geografi tertentu. Tamadun bersifat universal merentasi sempadan geograi yang secara langsung melampaui batasan bangsa dan kebangsaan.

KELAHIRAN, PERKEMBANGAN, DAN KEMEROSOTAN TAMADUN 1. Factor kemunculan tamadun-tamadun dunia: • Kedudukan yang strategic • Rangsangan keagamaan dan kerohanian • Pembangunan ilmu dan penghayatan nilai • Peningkatan kemahiran dan penghasilan teknologi • Persaingan dengan tamadun lain 2. Factor kemerosotan tamadun: • Jurang social • Kezaliman • Keruntuhan moral • Jumud – sikap tidak mahu menerima perubahan • Bencana alam PERSAMAAN DAN PERBEZAAN ANTARA TAMADUN 1. Alam sekitar Hidup secara harmoni dengan alam sekitar Alam sekitar sebaai anugerah Tuhan Manusia sebagai penjaga alam sekitar Penyembahan terhadap alam sekitar 2. Keluarga Kedudukan kaum lelaki dan kaum perempuan melalui hierarki kuasa 3. Masyarakat Pengasingan individu dan masyarakat Berpegang pada nilai moral kepercayaan 4. Kerajaan Menekankan persoalan akhlak sebagai dasar sesebuah kerajaan Peranan dan tanggungjawab pemerintah Kesetiaan kepada raja Perlindungan yang diberkan oleh raja kepada rakyat 5. Ekonomi Wujud kegiatan ekonomi yang boleh mempertingkatkan tahap moral manusia dan merosakkan moral manusia. 6. Pendidikan Pembinaan sifat-sifat mulia seseorang

2 |TITAS vi. 7.

Kesihatan dan kesejahteraan Holistic (suatu pandangan yang mengakui bahawa kesihatan seseorang dipengaruhi oleh alam sekitarnya yang lebih luas, lebih menyeluruh, dan salin berhubungan) Memulihkan keseimbangan seseorang dapat memulihkan keharmoian dalam tubuh badan pesakit dan keseimbangan kehidupannya.

INTERAKSI ANTARA TAMADUN 1. Interaksi dalam lingkungan budaya yang sama • Hubungan satu budaya dalam sesuatu kaum. • Setiap kelompok masyarakat mengamalkan kebudayaan yang hampir sama. • Namun dalam suasana atau upacara majlis tertentu akan memperlihatkan kelainan budaya yang diamalkan menurut suku kaum masyarakat tersebut. 2. Interaksi antara budaya dan tamadun yang berbeza • Satu kaum yang berlainan budaya dan kepercayaan agama dapat saling berinteraksi. 3. Interaksi antara tamadun yang kuat dengan yang lemah • Tamadun Yahudi dan Tamadun Kristian dengan Tamadun Islam. DIALOG ANTARA TAMADUN 1. Akibat kesedaran yang muncul mengenai betapa pentingnya masyarakat manusia di dunia ini dari segi geografi budaya dan agama. 2. Membuat penilaian yang tepat mengenai sifat dan tamadun masing-masing. 3. Memanfaatkan keadaan di mana nilai tamadun-tamadun yang diwarisi rakyat Malaysia banyak mempunyai persamaan dari segi adab dan kehidupan beradab, manusia dan kemanusiaan, kepentingan alam tabii dan keperluan hidup berharmoni dengannya. 4. Prinsip-prinsip dialog: i. Mamahami dan menyedari tujuan utama dialog ialah untuk kedua-dua pihak menyedari sesuatu, dan sesudah itu melalui atau mengalami perubahan kearah kebaikan. ii. Dialog antara tamadun mestilah merupakan projek yang bermanfaat kepada kedua-dua pihak yang terlibat dan ia boleh berlaku secara intra dan juga inter tamadun. iii. Dialog perlulah dijalankan dengan penuh ikhlas. iv. Mestilah berupaya menjelaskan pandangan yang dipegangnya dengan jelas. v. Peserta dialog mestilah cuba memahami persepsi dan pengalaman rakan dialognya.

4.

Mestilah berhemah semasa memberikan pandangan terhadap tamadun orang lain. vii. Mestilah tidak mempunyai prejudis. Halangan kepada dialog i. Bertukar agama ii. Rasa rendah diri iii. Sindiran social iv. Syak wasangka

BAB 2 TAMADUN ISLAM TAKRIF ISLAM 1. Bahasa – tunduk, patuh, menyerah diri dan sejahtera. 2. Istilah – taat kepada Allah SWT dengan sepenuh hati tanpa ragu serta tunduk dan patuh kepada segala perintah-Ny. 3. Jihad – setiap usaha yang memerlukan pengorbanan tenaga, pemikiran dan segala keupayaan untuk menegakkan kebenaran dan memartabatkan Islam. PANDANGAN SEMESTA TAMADUN ISLAM 1. Konsep keimanan • Asas pembinaan tamadun Islam – beriman kepada Allah SWT. • Konsep kepercayaan, ketundukan dan kepatuhan kepada Allah SWT adalah dalam lingkungan menurut segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. 2. Konsep kekuasaan • Allah SWT adalah Pencipta, Penguasa dan Pemilik mutlak kepada alam termasuk manusia. • Manusia sebagai khalifah yang tidak mempunyai kuasa mutlak dalam menguruskan alam ini; mestilah mengikut ketetapan hukum-hukum Allah SWT dan prinsip-prinsip yang menjadi asas hukum-hukum tersebut. 3. konsep kemanusiaan • Mukallaf – makhluk yang diberi tanggungjawab tertentu yang diamanahkan. • Tanggungjawab meliputi hubungan dengan Allah SWT, dengan sesama manusia, Negara dan alam semesta. • Islam menyifatkan mana-mana tamadun yang berlawanan dengan pandangan semesta ini sebagai tamadun yang sakit dan tergolong dalam lingkungan tamadun jahiliyah yang membawa kepada kerosakan. KONSEP TAMADUN ISLAM 1. Diasaskan dengan akidah, diikat dengan syariat, akhlak dan semua prinsip Islam yang lain.

3 |TITAS 2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

Ibn khaldun • Umran – perbandaran dan tamadun • Hadharah – kebudayaan Bandar atau desa • Pengukur kepada sesebuah tamadun; suatu pencapaian hanya akan dianggap sebagai tamadun apabila perkara-perkara yang berkaitan dengan asas (daruriyyah) dan keperluan (hajiyyah) telah disempurnakan. Tamadun ialah satu tahap/ peringkat penyempurnaan (tahsiniyyah)yang melengkapkan segala perkara yang diperlukan oleh manusia. Jurji Zayzan • Tarikh Al-Tamaddun Al-Islami – keperluan yang perlu ada dalam konsep tamadun Islam: i. Negara Islam dan pemerintahan ii. Bandar-bandar Islam iii. Stratifikasi social iv. Sains dan pengajaran bahasa Arab v. Bangunan-bangunan Islam serta seni binanya vi. Kesenian Islam Abu Hasan Ali Al-Nadawi • Hadharah (al-hadharah al-Islamiyyah) mengandungi prinsip-prinsip serta nilainilai yang menjadi asas kepada kehidupan masyarakat. Di dalamnya terkandung aspek-aspek akidah, syarak, akhlak, falsafah, kebudayaan, dan juga peradaban. • Madaniyyah lebih menjurus kepada aspek kebendaan dalam kehidupan dan ia lebih bersifat umum kepada semua umat manusia. Sayyid Qutb • Tamadun Islam ialah segala bentuk kemajuan yang dihasilkan oleh sekumpulan masyarakat seperti system sosial, pemerintahan, politik, ekonomi dan kebudayaan yang berteraskan syariat Allah SWT serta bercirikan nilai-nilai akhlak Islam. Said Hawa • Tamadun Islam ialah segala aspek kemajuan yang tegak di atas kebudayaan Islam serta hasilnya relevan dengan kebudayaan itu. Abu Bakar Hamzah • Tamadun Islam sebagai sesuatu yang lahir dan berkembang bersama-sama dengan kehidupan manusiadan perkembangan yang lahir daripadanya , sama ada sesuatu yang bersifat bukan kebendaan atau sebaliknya. Syed Muhammad Naquib Al-Attas • Tamadun adalah sebagai keadaan kehidupan insane bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya.

SUMBER TAMADUN ISLAM 1. Al-Quran Wahyu yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Rasulullah SAW melalui perantaraan Malaikat Jibril. Mukjizat terbesar Rasulullah SAW ini mengandungi prinsip-prinsip asas agama Islam dan ilmu pengetahuan untuk digunakan oleh manusia bagi membangunkan tamadun. Ia meliputi ilmu kerohanian dan kebendaan yang menjadi ramuan kepada kelahiran sesebuah tamadun seperti akidah, syariah, akhlak, bahasa, persejarahan, pemikiran dan intelektual, ekonomi, politik, social, budaya, dan sebagainya. 2. Hadis/sunnah Perbuatan, percakapan atau tingkahlaku Rasulullah sebagai suatu huraian kepada prinsip-prinsip asas kehidupan beragama dan pendekatan ilmu pengetahuan yang bersifat umum yang terkandung di dalam al-Quran. Sumber inspirasi umat Islam bagi membentuk, membangun, dan mengembangkan tamadun. 3. Ijtihad Peranan ulama atau cendakiawan Islam melakukan usaha dengan seluruh daya rohaniah untuk mengolah hukum terhadap perkara-perkara baru berdasarkan keilmuan yang mereka miliki dengan merujuk kepada alQuran dan Sunnah. 4. Tamadun dan budaya lain Islam bersifat terbuka menerima nilai-nilai dan idea-idea daripada tamadun lain asalkan tidak bercanggah dengan ajaran Islam. ASAS TAMADUN ISLAM 1.

Akidah ➔ Kepercayaan atau keimanan kepada hakikat dan nilai-nilai mutlak, tetap dan kukuh dalam jiwa setiap orang Islam. ➔ Hassan al-Banna – akidah adalah hal-hal yang berhubung dengan kepercayaan dan keyakinan di dalam hati sehingga hati dan jiwa itu menjadi tenteram, tidak ragu-ragu dan bimbang, bersih dan murni dari segala syak wasangka.

4 |TITAS iii.

Aspek kepercayaan ➢ Beriman kepada Allah SWT ➢ Beriman kepada Malaikat ➢ Beriman kepada Rasul ➢ Beriman kepada Kitab ➢ Beriman kepada Hari Akhirat ➢ Beriman kepada Qadak dan Qadar Aspek kaedah ➢ Kesatuaan - Kesatuan fikiran manusia dalam semua aspek kehidupan dapat dibentuk kerana masing-masing mempunyai matlamat kehidupan yang sama iaitu mencari keredhaan Allah SWT. ➢ Rasional - Menolak semua yang tidak bersesuaian dengan reality - Menolak pertentangan antara akal dengan wahyu - Bersifat terbuka kepada penemuan baru  tidak bertentangan dengan al-Quran dan Sunnah serta akal manusia  tidak membawa kemudaratan kesengsaraan kepada makhluk di ala mini  tidak menjerumuskan manusia ke arah kemaksiatan dan kebinasaan dari segi moral dan tatacara hidup beragama  dapat menjadi bukti keagungan Allah SWT serta meningkatkan keimanan dan ketakwaan pada-Nya ➢ Toleransi - berlandaskan prinsip akidah dan syariah.

2.

Syariah ➔ Undang-undang, aturan-aturan, dan ketetapan-ketetapan Allah SWT; diperuntukkan kepada manusia bagi mengatur hubungan manusia dengan Penciptanya, hubungan sesama manusia, dan hubungan dengan alam untuk mencapai kesejahteraan, keamanan dan kedamaian di dunia bagi menjamin kehidupan yang abadi di akhirat kelak. ➔ Keistimewaan syariah i. Bersifat sempurna bagi memenuhi keperluan manusia dalam semua bidang kehidupan ii. Lengkap dalam mengatur kehidupan manusia daripada perkara yang sekecil-kecilnya sehinggalah kepada perkara yang paling besar bagi menjaga kesejahteraan manusia

3.

Bersifat bersepadu kerana ia memiliki prinsip-prinsip perundangan yang mengatur urusan keduniaan dan keagamaan, tanpa batasan antara satu sama lain iv. Bersifat universal kerana tidak tertakluk kepada batasan kaum, iklim mahupun sempadan geografi v. Matlamat pelaksanaan undang-undang syariah adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT vi. Bersifat tetap dan tidak mengalami perubahan sehingga hari kiamat ➔ Manifestasi syariah dalam tamadun Islam - untuk mengatur kehidupan manusia atas asas amar makruf nahi mungkar. i. Memelihara agama ii. Memelihara nyawa iii. Memelihara akal iv. Memelihara kehormatan dan keturunan v. Menjaga harta benda Akhlak ➔ Sikap rohaniah yang memuliakan tingkahlaku manusia terhadap Allah SWT, terhadap diri sendiri dan makluk lain, sesuai dengan suruhan dan larangan serta petunjuk al-Quran dan sunnah. ➔ Bersifat universal, terperinci dan tidak boleh diubahsuai bagi memenuhi kehendak manusia yang sentiasa berubah dan tidak sempurna. ➔ Akhlak (khuluq) – budi pekerti, tingkahlaku dan tabiat. ➔ Imam al-Ghazali – akhlak sebagai sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang dan darinya terbentuk perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan fikiran terlebih dahulu. ➔ Mahmudah – perbuatan yang baik dan terpuji menurut akal dan syariah terbit dari jiwa. ➔ Mazmumah – perbuatan yang buruk dan sebaliknya dari mahmudah; syirik, berbohong, dengki, khianat, bakhil dan sebagainya.

KELAHIRAN, PERKEMBANGAN DAN KEMEROSOTAN TAMADUN ISLAM 1. Lahir di kawasan padang pasir yang kering kontang. 2. 13 tahun Rasulullah SAW membentuk personality Muslim yag unggul sebagai persediaan untuk membina tamadun yang lebih besar; tamadun Islam di Madinah. 3. Perkembangan tamadun Islam – Arab, Afrika Utara, sebahagian Eropah, China dan Asia Tenggara. 4. Kerajaan Abbasiyah zaman kemuncak kegemilangan tamadun Islam kegiatan intelektual berkembang pesat aktiviti penterjemahan dan komentar ilmu pengetahuan asing (Greek) secara berperingkat

5 |TITAS -

5.

6.

7.

bidang keilmuan seperti perubatan, astronomi, matematik, kimia, falsafah dan lain-lain lahir para ilmuwan Islam – Ibn Sina (tokoh falsafah, sains dan perubatan), Ibn al-Haitham (tokoh fizik dan matematik), al-Ghazali (tokoh falsafah dan tasawuf) Andalusia Berkembang selama 8 abad. Masyarakat cintakan ilmu; para sarjana dari seluruh dunia dibawa masuk, pemerintah menaja pelajar-pelajar untuk mendalami pelbagai bidang ilmu, Khalifah Abdul Rahman al-Ausat membina university. Pusat pengajian dan university dibina di Seville, Granada, Toledo, Valencia, dan Cordova. Kerajaan Uthmaniyyah Sultan Muhammad al-Fatih Berjaya menguasai Constantinople. Berjaya melebarkan empayar dan pengaruh tamadun Islam hingga ke Eropah Timur. Akhir abad-18, kerajaan Uthmaniyyah menjadi lemah sedikit demi sedikit wilayahnya di Eropah Timur dan Afrika Utara terlepas kepada kuasa Eropah. Kerajaan Uthmaniyyah runtuh setelah 637 tahun memerintah apabila Sultan Abdul Hamid II digulingkan oleh The Young Turks pimpinan Mustaffa Kamal yang kemudiannya menjadi Presiden Turki seumur hidup. Masyarakat Islam dijajah gagal mempertahankan tamadun Islam dan diresapi ideology secular Barat yang membawa kepada kemerosotan tamadun. India Tamadun Islam mula bertapak dengan tertubuhnya kerajaan Ghaznawi yang diasaskan Sabuktigin. Beberapa kerajaan Islam lain: Ghori, Kesultanan Delhi, Khilji, Tughluq, dan kerajaan Moghul.

PRINSIP TAMADUN ISLAM 1. Prinsip tamadun Islam menekankan kepada pembangunan hidup manusia di dunia dan kesejahteraan hidup di akhirat: i. Pengabdian diri kepada Allah SWT dalam seluruh kegiatan hidup ii. Asas akidah iii. Keluhuran nilai kemanusian iv. Nilai kesucian dan keharmonian hidup v. Tugas khalifah di bumi Allah SWT 2. Islam menekankan aspek hubungan manusia: i. Hubungan manusia dengan Allah SWT

-

Dizahirkan melalui iktikad dan perlaksanaan ibadah serta mengamalkan prinsip amar makruf nahi mungkar. ii. Hubungan manusia dengan manusia Berlandaskan syariat yang telah ditetapkan, saling menghormati sesama manusia dan hak-hak yang telah ditentukan. iii. Hubungan manusia dengan alam Tanggungjawab manusia sebagai khalifah untuk memelihara dan memakmurkan alam. CIRI-CIRI KEISTIMEWAAN TAMADUN ISLAM 1. Bersifat rabbani Aspek ketuhanan; Allah SWT adalah punca segala kekuasaan, manakala kuasa yang ada pada manusia bersifat relative dan dikategorikan sebagai amanah. 2. Sesuai dengan fitrah dan akal manusia Tamadun Islam bersandarkan ilmu wahyu dan akal. 3. Tidak membebankan Allah SWT tidak mensyariatkan sesuatu perintah yang di luar kemampuan manusia untuk melaksanakannya, sebaliknya telah memberikan keringanan kepada manusia dalam keadaan-keadaan tertentu. 4. Sempurna dan menyeluruh Islam adalah agama untuk dunia seluruhnya, untuk semua peringkat manusia, untuk semua masa dan tempat, dan meliputi segenap bidang kehidupan dan tabiat manusia. 5. Keseimbangan antara rohani dan jasmani Pembinaan sesebuah tamadun diciptakan daripada dua unsur ini. 6. Sesuai sepanjang zaman Prinsip-prinsip Islam adalah bersifat umum; untuk disesuaikan dengan kehidupan manusia mengikut zaman dan tempat. 7. Terbuka dan toleransi Tamadun Islam tidak terbatas kepada sempadan tertentu malah menggalakkan penerimaan unsur-unsur yang terdapat pada tamadun lain jika tidak bercanggah dengan syariat Islam. 8. Kesatuan dalam kepelbagaian Pembentukan kesatuan umat dari pelbagai bangsa dan bahasa dalam tamadun Islam. SUMBANGAN TAMADUN ISLAM 1. Akidah tauhid Islam telah membebaskan manusia daripada sebarang bentuk perhambaan dan penyembahan sesama makhluk kepada pengabdian dan penyembahan kepada Allah SWT.

6 |TITAS 2.

3.

4.

5.

6.

Social -

Prinsip social yang berteraskan keadilan, persamaan, kehormatan dan kemuliaan insan.

Ekonomi System ekonomi yang berteraskan keadilan, mengharamkan riba dan segala bentuk penindasan. Politik System pemerintahan yang menentang kezaliman dan menegakkan keadilan. Rakyat bertanggungjawab mentaati pemimpin selama mana pemimpin tersebut mentaati Allah SWT dan Rasulullah SAW. Ilmu pengetahuan Islam menganjurkan umatnya agar menggunakan ilmu untuk mengkaji, menyelidik rahsia-rahsia alam bagi membangunkan tamadun. Daripada al-Quran umat Islam telah mengembangkan ilmu-ilmu tradisi seperti tafsir, hadis dan fiqah, serta ilmu-ilmu moden seperti matematik, astronomi, geografi, perubatan, dan lain-lain. Kesenian Seni bahasa dan tulisan, kesusasteraan, seni bina dan ukir, serta seni muzik dan lagu.

BAB 3 TAMADUN MELAYU KONSEP MELAYU 1. RAS • Sekumpulan manusia yang memiliki ciri-ciri genetic yang sama dan berasal dari alam Melayu. 2. KEBUDAYAAN • Pegangan dan amalan didasarkan kepada agama Islam dan adat resam masyarakat Melayu. 3. BAHASA • Bahasa yang dituturkan diseluruh Kepulauan Melayu; bahasa Jawa, Sunda, Madura, Acheh, Minangkabau, Sasak, Melanau, Iban, Bajau, Murut, Bugis, dan Sulu. 4. Alam Melayu – merangkumi kawasan kepulauan yang merentasi seluruh Asia Tenggara sehingga sempadan Australia. 5. Melayu dalam Perlembagaan Malaysia, Perkara 160, orang Melayu ditakrifkan sebagai: i. Secara lazimnya berbahasa Melayu, ii. Secara lazimnya mengamalkan adat istiadat Melayu, dan iii. Beragama Islam

ASAS-ASAS TAMADUN MELAYU 1. Tamadun Melayu merujuk kepada masyarakat yang mempunyai susunan struktur social yang kompleks dengan raja sebagai pemimpin, golongan ulama, pembesar, pedagang dan petani. 2. Asas pembentukan tamadun Melayu i. Masyarakat Melayu sudah bertapak di kawasan Asia Tenggara sekurangkurangnya 5000 tahun dahulu. ii. Kemunculan tamadun dibentuk dengan penguasaan teknologi pertanian. iii. Amalan bermesyuarah dalam masyarakat Melayu bersesuaian dengan cara kehidupan masyarakat yang menekankan nilai kesaksamaan antara ahli-ahlinya. iv. Kebolehan orang Melayu – boleh menyesuaikan nilai-nilai luar dengan nilai-nilai tempatan. 3. Kemunculan tamadun Melayu hasil penguasaan laluan perdagangan i. Bukti arkeologi - Lembah Bujang, Kedah dan Kuala Selinsing, Perak. ii. Terdapat pelabuhan-pelabuhan yang mengedalikan perdagangan jarak jauh yang melalui Selat Melaka. iii. Kebolehan tamadun Melayu - berinteraksi dengan masyarakat luar, bersifat terbuka, menghormati undang-undang tempatan, dan mengambil kira pandangan orang lain. 4. Pembukaan empayar Melayu sebelum Islam i. Masyarakat Melayu menghasilkan tamadun-tamadun awal di rantau Asia Tenggara melalui penguasaan teknologi maritim; membolehkan orang Melayu membentuk sebuah tamadun yang unik. ii. Pengaruh Hindu-Buddha – candi Lembah Bujang, candi Borobodur (Jogjakarta), Angkor Wat (Kemboja). iii. Empayar Melayu yang besar – Empayar Funan dan Empayar Sri Vijaya. iv. Kerajaan Melayu awal – Langkasuka dan Beruas (Malaysia), Srivijaya. 5. Tamadun Melayu selepas kedatangan Islam i. Kedatangan Islam a. Secara langsung melalui laluan perdagangan laut dari tanah Arab dan Parsi. b. Melalui laluan perdagangan darat ke benua kecil India dahulu, sebelum sampai ke kawasan Asia Tenggara c. Melalui laluan perdagangan darat (Laluan Sutera) ke Tanah Besar China dahulu, sebelum mengikuti laluan perdagangan laut ke kawasan Asia Tenggara ii. Kesultanan Melayu yang menjadi pusat keintelektualan dan persratan Melayu: Acheh, Pasai, Perlak, patani, dan Johor-Riau-Lingga.

7 |TITAS iii.

iv.

v. vi. vii.

viii.

Karya-karya: Hikayat Raja-Raja Pasai, Hikayat Amir Hamzah, Hukum Kanun Melaka, Undang-Undang Laut Melaka, Adat Raja-Raja Melayu, Hikayat Hang Tuah, dan Sulalat al-Salatin atau Sejarah Melayu. Tokoh-tokoh alim ulama: Hamzah Fansuri, Arshad al-Banjari, Syeikh Daud al-Fatani, Yusuf al-Makasari, Abdul Samad al-Falimbani, Wali Songo, dan Raja Ali Haji. Istana dan masjid sebagai pusat pengembangan ilmu dan agama Islam. Bahasa Melayu sebagai lingua franca, bahasa agama dan bahasa ilmu. Kerajaan Melayu Melaka membentuk sistem perundangan Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka berlandaskan sistem perundangan Islam dan adat resam Melayu. Batu Bersurat Terengganu menunjukkan kerajaan kerajaan dan sistem perundangan Islam telah pun wujud di Tanah Melayu seawal tahun 1303M.

ii. Mak Yong iii. Inang

PANDANGAN SEMESTA TAMADUN MELAYU 1. Akidah Islam 2. Ketaatan kepada Sultan dan Menghormati Pemimpin 3. Berpegang teguh kepada Adat Resam 4. Memuliakan yang tua 5. Mengutamakan ikatan kekeluargaan dan hubungan silaturrahim 6. Saling hormat-menghormati 7. Meraikan tetamu 8. Bertimbang rasa 9. Bersopan santun, berbudi bahasa 10. Bermesyuarah/bermuafakat 11. Bergotong-royong PENCAPAIAN DALAM PELBAGAI BIDANG 1. Persuratan, kesenian, sains dan teknologi melayu 2. Persuratan a. Persuratan sebelum kedatangan Islam Dalam bentuk sastera lisan dan hikayat. Sastera lisan - mitos, lagenda, mergastua dan ungkapan-ungkapan Melayu ungkapan-ungkapan Melayu – pantun, peribahasa, gurindam, mantera, teromba, seloka, dan teka-teki b. Persuratan selepas kedatangan Islam Sastera kitab, sastera ketatanegaraan, historiografi Melayu, kitab-kitab perubatan, astronomi dan matematik. 3. Kesenian a. Seni tari i. Zapin

4.

5.

6.

7.

b. Seni muzik Gamelan Cak lempong Kompang c. Seni ukir dan khat Ukiran pada mimbar masjid Ukiran kayu Ukiran tembaga d. Seni bela diri/persilatan Silat gayong Silat cekak Silat lincah e. Seni pertukangan Rumah Senjata Perahu f. Seni tenun, sulam, dan anyaman Songket Tekat Pua kumbu/selendang Tikar Terendak g. Seni kulinari Acar buah Rendang Gulai Nasi –dagang, ulam, ambang, kerabu Sains dan teknologi Melayu – bukannya rekaan tamadun Melayu, namun telah diubahsuai mengikut cita rasa kebudayaan Melayu sehinggakan menjadi satu bentuk lain yang menunjukkan daya kreatif kebudayaan Melayu dan kebijaksanaan tempatan. Teknologi pertanian Bajak Sistem aliran air Teknologi alam bina Binaan rumah dan masjid seperti kutai, rumah panjang, kubah, masjid Kampung Laut. Teknologi tekstil dan warna Mencanting batik

8 |TITAS -

8.

Mesin tenun

Sains ukuran, timbangan dan sukatan Ukuran – jengkal, hasta, depa, relong Timbangan – mayam, saga Sukat – ling, cupak, gantang, koyan Masa – pekan, purnama, musim

BAB 4 TAMADUN INDIA 1.

2.

3.

Kedudukan geografi Terletak antara Lautan Hindi dan Pergunungan Himalaya. Dua bahagian utama benua kecil India iaitu Indo-Arya (utara India hingga kawasan Himalaya) dan Dravida (selatan India hingga Kannyakumari ) yang dibahagikan oleh Pergunungan Vindhya. Barat – tamadun Parsi , timur – tamadun Cina. Masyarakat Indo-Arya Bahasa sanskrit 4 buah Veda (Rog, Yajur, Sama, dan Atharva) mencerminkan aspek pemikiran, kepercayaan, amalan dan kehidupan masyarakat Indo-Arya. Masyarakat Dravida Bahasa Tamil Pemikiran, kepercayaan, amalan dan kehidupan masyarakat Dravida adalah berasaskan ajaran mazhab Saivisme dan Vaisanavisme.

MASYARAKAT DAN BUDAYA 1. Sistem keluarga Ashrama Dharma (empat peringkat kehidupan) Brahmacarya Dari kecil hingga 24 tahun

2.

Grahasta

Kehidupan berkeluarga

Vanaprasta

Kerohanian

Sannyasa

Menolak kehidupan duniawi

Sistem kasta Menitikberatkan idea kelas dalam masyarakat yang mempunyai peranan masing-masing. Brahmin Pendidik

3.

Ksatriya

Pemerintah

Vaisya

Peniaga

Sudra

Pekerja

Bahasa dan kesusasteraan • Bahasa sanskrit (kitab Veda, epik Mahabharata dan Ramayana) Kitab Veda Kandungan



• • •





Rig

Mazmur dan pujian

Yajur

Mazmur yang digunakan dalam upacara

Sama

Antologi mazmur Rig Veda bersama muzik

Atharva

Koleksi mazmur untuk menjauhkan diri daripada penyakit, kematian, sihir, dsb.

Bahasa Dravida (selatan India)  Tamil – wilayah Tamil Nadu  Telegu – wilayah Andhra Pradesh  Malayalam – wilayah Kerala  Kannada – wilayah Karnataka Epik Ramayama (Valmiki) – memiliki unsur-unsur moral yang menekankan kebaikan akan sentiasa mengatasi kejahatan. Epik Mahabhrata (Vyasa) karya puisi yang terpanjang di dunia, mmengajar manusia berpegang pada janji dan menjauhi sifat dan amalan negatif. Bhagavadgita, sebahagian epik Mahabhrata, mengandungi ajaran agama dalam bentuk falsafah. i. Menjalankan tanggungjawab tanpa mengharapkan sebarang balasan ii. Menyerah diri kepada Tuhan iii. Mendisiplinkan rohani dan jasmani iv. Mengawal hawa nafsu, kemarahan, haloba, dengki, dsb. Kesusasteraan Sangam; mengandungi 2 koleksi o Ettutokai dan Pattupattu– antologi 8 buah teks yang temanya terdiri daripada akam (dalaman/batin) dan puram (luaran/zahir) Tirukkural (Tiruvallular) o sastera klasik yang penying dan tertua dalam Kesusasteraan Tamil. o Kitab pegangan hidup masyarakat Tamil

9 |TITAS o

Raja-raja Tamil Nadu menganggapnya sumber inspirasi dalam menjalankan pemerintahan

PANDANGAN SEMESTA TAMADUN INDIA  bergantung pada falsafah dan pegangan agama masyarakat di India.  Hinduisme merangkumi idea-idea agam, falsafah dan budaya.  mengandungi amalan yang bersifat kepercayaan kepada kelahiran semula, Tuhan yang mutlak, peraturan sebab dan akibat, mengagunggkan keadilan dan keinginan untuk melepaskan diri dari kelahiran dan kematian yang semuanya berasal dari India. KEPELBAGAIAN AGAMA TAMADUN INDIA 1. Agama Hindu a. Sanatana dharma bermaksud agama yang kekal abadi Dewa dewi Mazhab

b.

c.

Shiva

Saivisme

Vishnu

Vaisnavisme

Sakthi

Sakhta

Muruga

Kaumaram

Ganesha

Ganapatiyam

Surya

Sauram

Prinsip utama i. Kewujudan Tuhan yang tunggal ii. Manusia itu suci iii. Perpaduan melalui percintaan iv. Harmoni agama v. Pengetahuan tentang sungai yang suci, kitab yang suci dan mantera yang suci Sepuluh Disiplin i. Kejujuran (satya) ii. Kesederhanaan (ahimsa) iii. Tidak berzina (brahmacharya) iv. Tidak merompak (asteya) v. Kesucian (aparighara)

2.

vi. Kebersihan (shaucha) vii. Kepuasan (santosh) viii. Mengaji kitab (swadhyaya) ix. Penjimatan (tapas) x. Doa (pooja) Agama Buddha a. Diasaskan oleh Siddhartha Gautan, putera Raja Suddhodana Gautama (suku bangsa Shakya, India. b. Beliau menerima kesedaran setelah bertapa sekian lama di bawah pokok bodhi dan kemudiannya dikenali sebagai Buddha. c. Buddha (bahasa Sanskrit) – budh yang bermaksud “yang mendapat kesedaran” d. Mengutamakan Dhamma (bahasa Pali) / Dharma (bahasa Sanskrit) yang menerangkan Empat Kebenaran Mulia dan Lapan Jalan Mulia untuk mengatasi samsara (sengsara) kitaran kelahiran semula. e. Seseorang harus menjauhi karma dengan menjauhi diri daripada perbuatan jahat. f. Empat Kebenaran Mulia i. Penderitaan itu universal (dukkha) ii. Ada punca segala penderitaan (dukkha samudaya) iii. Penderitaan itu boleh diatasi (dukkah nirodha) iv. Ada cara untuk mengatasi penderitaan (dukkah nirodha marga) g. Roda empirik; segala penderitaan ada puncanya. • Kecuaian (avidya) • Kecenderungan (samskara) • Kesedaran tentang kuasa karma (vijnana) • Nama dan bentuk (nama rupa) • Lima organ deria dan minda (sadayatana) • Hubungan antara deria dengan objek (sparsa) • Sensasi (vedana) • Nafsu (trana) • Bergantung pada pewujudan (upadana) • Bertekad untuk lahir (bhava) • Kelahiran (jati) • Usia tua dan kematian (jara marana) h. Lapan Jalan Mulia Untuk mencapai nirvana; pandangan yang betul tentang amalan dan perbuatan yang membawa kebaikan harus diketahui. i. Pandangan yang betul (kefahaman) ii. Aspiirasi yang betul (cita-cita) iii. Pertuturan yang betul (komunikasi) iv. Kelakuan yang betul (aksi) i. Kehidupan yang betul (sara hidup)

10 |TITAS j. Usaha yang betul (daya usaha) k. Minda yang betul (mental) l. Konsentrasi yang betul (meditasi)

3.

4.

Mazhab Hinayana dan Mahayana • Pemerintahan Raja Asoka, ajaran Buddha berkembang maju dan terserbar luas. • Interpretasi Buddha membawa kepada dua mazhab utama a. Hinayana - Kumpulan Hinayana disebut Theravada (thera – orang terdahulu; vada – doktrin) - Menegaskan kehidupan ascetic - India Selatan, Sri Lanka, Myanmar, Negeri Thai, dan Asia Tenggara b. Mahayana - Pembebasan hanya dapat dicapai melalui Bodhisattva (guru sebagai orang perantaraan) - Tibet, Mongolia, Korea, China, dan Jepun Agama Sikh • Diasaskan oleh Guru Nanak dan diteruskan oleh 0 orang Guru Sikh seperti yang termaktub dalam kitab suci Guru Granth sahib (panduan selama-lamanya). • Menyentuh kod moral dan kerohanian serta semangat kemanusiaan tanpa mengira latar belakang agama, bangsa, dan gender dalam masyarakat. • Agama monoteisme; keperpercayaan utama ialah mengenai kewujudan tuhan yang satu – bersifat nirankar (tidak berbentuk), abadi, amat berkuasa, dan manusia tidak dapat menghuraikannya. • Waheguru (nama Tuhan) – “Tuhan yang menakjubkan” • Gobind Singh (guru terakhirdalam sejarah Sikh) – memperkenalkan persaudaraan khalsa bertujuan memperkasa identiti Sikh dengan memakai 5 simbol utama (5K): ➢ Kesh (rambut panjang) ➢ Kangha (sikat) ➢ Kara (gelang besi) ➢ Kirpan (pedang kecil) ➢ Kachera (seluar jerut)

PERANAN ISLAM DALAM TAMADUN INDIA • Menyatukan pemerintahan di bawah satu kuasa yang berpusat di Delhi • Kesultanan Delhi – abad 12M; bahasa Urdu; seni bina seperti Taj Mahal, Kota Agra, Qutb-Minar); wujud pusat pengajian penting. • Memperkenalkan sistem masyarakat tanpa kasta dan memartabatkan kedudukan wanita dengan menghapuskan dowri dan amalan sati.

PENCAPAIAN DALAM PELBAGAI BIDANG 1. Kesenian, sains dan Teknologi i. Tarian, muzik dan drama; karya Natya Sastra (Bharata) menerangkan semua jenis seni halus ini. Tarian klasik; Bharata Natyam dan Kathak dipersembah serentak dengan muzik dan drama; mempunyai persamaan dengan muzik di utara India dan Karnatka. ii. Mengandungi unsur-unsur keagamaan; Siva, Krishna, dan Ganesha. iii. Bharata Natyam dipersembahkan di kuil-kuil selatan India; tarian (tala) dan melodi (raga) serentak; irama ghazal dan qawwali diperkenal oleh orang Islam India; tarian Bhangra popular di kalangan Sikh; alatan muzik berbeza di India Selatan dan India Utara. India Selatan India Utara

2.

3.

4.

Sitar

Veena

Sahnai

Natasvaram

Tabala

Mirdanga

Seni bina • Seni bina kuil Hindu ditentukan oleh peraturan, perancangan, pemilihan tapak, motologi, dan astronomi. • Dua bentuk; bulat dan empat segi. Empat segi lebih kukuh berbanding bulat. • Kuil sebagai tempat ibadat, tempat suci, dan pusat menghimpunkan rakyat dari aneka lapisan. • Shihkara (bentuk kereta kuda), vimana (menara piramid), ratha (bentuk binatang atau burung), dan gopuram (pintu masuk kuil). • Stupa Buddha (bentuk separuh bulat yang diukir pada batu) didirikan di persimpangan jalan; Stambas (bentuk tiang yang diukir dengan ayat-ayat suci Buddha) didirikan sebagai monumen; seni bina gua (dinding dengan ukiran yang menggambarkan kehidupan Buddha); Vedika Batu (pagar yang mengelilingi Stupa Buddha) dengan ukiran gambaran sejarah Buddha; Torana Buddha (pintu gerbang yang diperbuat daripada batu yang diukir dengan hikayat Buddha. • Seni bina Islam – hasil gabungan unsur-unsur seni bina Arab, Parsi, dan India. • Menara Qutb Minar ditulisdengan ayat-ayat suci Al-Quran pada bahagian hadapan; Taj Mahal, Kota Agra – bukti kecemerlangan seni bina Islam. Seni ukir Berkait rapat dengan agama merangkumi pembuatan patung, tiang berukir, dan seni pahat. Seni lukis

11 |TITAS -

5.

Candi dan kuil dihiasi dengan lukisan yang menggambarkan keceriaan dan keagamaan Sains dan teknologi Dua aspek: fungsi dan kebaikan secara menyeluruh. Merangkumi bidangbidang matematik, astronomi, fizik, kimia dan logam, serta perubatan.

4.

BAB 5 TAMADUN CINA KONSEP DAN TAKRIF 1. Bangsa Cina digabungkan oleh 5 kaum besar dipanggil dengan nama Zhonghua Minzhu (bangsa Tionghua). 2. Pada awalnya dikenali sebagai bangsa Huaxia kemudian ditukar kepada bangsa Han (dinasti Han) dan bangssa Tang (dinasti Tang). 3. Etnik besar: Han, Hui, Manchu, Mongol, dan Zang (Thibet). 4. Konsep negara tamadun Cina Zhong Guo (Tiongkok) = “Negara Tengah” Zhong Hua (Tionghua); gabungan istilah Zhong Guo dan Hua Xia yang merujuk kepada konsep wilayah tanah jajahan pemerintahan dinasti Cina (bangsa Han) yang mengamalkan budaya Zhong Yen. 5. Negara merujuk kepada semengat untuk ‘mengkeluargakan’ seluruh unit kecil kenegaraan iaitu gabungan Guo (negara) dengan Jia (keluarga). 6. Konsep Zhong (taa) merupakan asas dalam sistem kenegaraan; Xiao (berbakti) merupakan sistem kekeluargaan. 7. Sistem pemerintahan dinasti dijatuhkan oleh Revolusi 1911 dan digantikan dengan sistem Republik. WILAYAH 1. Kedudukan geografi • Huang He (Sungai Kuning) – pusat pertumbuhan tamadun Cina di utara; Chang Jiang - pusat pertumbuhan tamadun Cina di selatan. 2. Tanda-tanda tamadun awal ➢ Kebudayaan masyarakat di Yangshao dalam wilayah Shanxi ➢ Kebudayaan masyarakat di Longshan berpusat di wilayah Shandong ➢ Peradaban zaman Gangsa di wilayah Jiangxi MASYARAKAT DAN BUDAYA 1. Sistem kekeluargaan Menekankan kuasa bapa Menitikberatkan nilai dan etika masyarakat 2. Nilai politik merujuk kepada kuasa raja adalah mutlak 3. Aspek hierarki – martabat masyarakat adalah tergolong kepada yang mulia dan yang hina.

3. 4.

5.

Sistem Sangkang Menekankan tiga hubungan; raja dengan pembesar; ayah dengan anak; suami dengan isteri. Wu Chang merangkumi 5 nilai utama ➢ Ren (kemanusiaan) ➢ Yi (kesaksamaan/keadilan) ➢ Li (tatasusila/kesopanan) ➢ Zhi (kebijaksanaan/hikmah) ➢ Xin (amanah/keprcayaan) Konsep Xiao (berbakti) asas kepada sistem kekeluargaan; konsep Zhong (taat) asas kepada sistem kenegaraan. Sistem Zongfa Menekankan unsur susur galur warisan nenek moyang dalam perhubungan antara sesama manusia. Masyarakat Cina kuna Masyarakat pertanian Fahaman Konfusianisme sangat tebal; menentukan segala aspek dalam kehidupan, etika, budaya, politik, masyarakat dan kenegaraan. Budaya Konfusianisme merupakan akar umi dalam masyarakat Cina tradisi dan berperanan mengekalkan warisan tamadun Cina kuno.

BAHASA DAN SISTEM TULISAN 1. Zaman dinasti Han • Hanyu (bahasa) dan Hanzi (tulisan) • Mandarin – istilah yang digunakan oleh kuasa-kuasa asing kepada Hanyu 2. Pada masa kini, ejaan bahasa Cina menggunakan sistem Pinying (sebutan berdasarkan ejaan yang dirumikan). 3. Sistem tulisan Cina dibentuk berdasarkan kombinasi 3 unsur utama; makna, bunyi dan bentuk – digunapakai di Jepun, Vietnam, dan Korea. PANDANGAN SEMESTA TAMADUN CINA 1. Konsep Tian pada zaman Zhou, konsep ini merujuk pada 4 fahaman utama: i. Tian merupakan sumber kewujudan kepada seluruh makhluk di dunia ii. Tian adalah yang maha agung mengatasi segala sesuatu iii. Tian adalah kuasa penentu nasib sesebuah dinasti iv. Tian adalah kuasa penentu kebahagiaan dan kesengsaraan insan 2. Konsep Dao Konsep Dao dalam kitab Daode Jing merujuk kepada 4 perkara utama: i. Konsep dao secara harfiah bermaksud jalan (the way) ii. Dao adalah konsep semula jadi (tabii –nature) iii. Dao adalah prinsip agung yang mutlak, asal-usul semua makhluk (wanzu)

12 |TITAS

3.

4.

5.

iv. Doa bersifat azali (primordial), dengan semua makhluk berasal da akan kembali pada akhir hayat mereka Konsep Taiji, Ying Yang dan Wuxing i. Kitab Yijing (The Book Of Changes) – konsep taiji merujuk kepada satu hakikat yang mutlak (ultimate reality); tiada sebarang batasan bagi diri taiji. ii. Teori yin yang merupakan percanggahan dan pertentangan dari dua aspek positif dan negatif. iii. Fasa pertukaran bergilir-gilir kuasa dwikutub ini dengan 5 elemen (wuxing); logam, kayu, air, api, dan tanah menjadikan segala sesuatu; saling mempengaruhi antara satu sama lain. iv. Manifestasi kuasa yin yang serta 5 elemen tersebut adalah proses putaran yang bersilih ganti tanpa pengakhirannya; diibaratkan sebagai pergerakan dao. Kesepaduan Tian dengan Insan Insan adalah sebahagian daripada tian; Segala kesalahan yang dilakukan oleh insan akan mengakibatkan bencana alam sebagai tanda kemarahan tian dan amaran kepada insan. Prinsip Zhongyong (kesederhanaa) – sifat mulia yang tidak melampaui batas sama ada yang terlebih atau terkurang.

KEPELBAGAIAN FALSAFAH DAN AGAMA TAMADUN CINA 1. Konfusianisme • Diasas oleh Konfusius • Merangkumi aspek falsafah, pendidikan dan sosial politik yang terkandung dalam kitab Lun Yu (Analects). • Ajaran utama menekankan amalan nilai dan sifat yang mulia; kemanusiaan (ren), kesusilaan (li), dan ketaatan kepada ibu bapa (xiao); bersifat mulia (junzi). 2. Buddhisme Cina • Banyak mempengaruhi budaya dan pandangan semesta masyarakat Cina • Mangalami proses pengubahsuaian sehingga menjadi suatu sistem keagamaan yang menyerapkan ciri-ciri kecinaan. 3. Daoisme • Diasas oleh pemikir agung Cina; Laozi dan Zhuangzi • Dua cabang utama daam kitab Daode Jing; pemikiran falsafah dao (daojia) dan airan keagamaan dao (daojiao) 4. Moisme • Diasas oleh Mo Zi • Aspek kasih sayang sejagat (jian’ai), mengecam sifat suke berperang (feigong), tidak menyerah kepada nasib (feiming), dan mengutamakan golongan cerdik pandai (shangxian) • Bertentangan dengan konsep Konfusianisme

5.

6.

Aliran Fa (Legalisme) • Tiga cabang; Fa (undang-undang), Shi (autoriti), dan Shu (kaedah) • Dirumus oleh ahli falsafah Cina, Han Feizi dan dilaksanakan semasa pemerintahan dinasti Qin oleh Qin Huangdi • Mengutamakan pemikiran sosiopolitik dan kekuasaan pihak pemerintahan ke atas rakyatnya Islam • Dibawa masuk dan diperkenalkan ke negara China melalui jalan darat dan jalan laut. • Pedagang Islam Arab dan Parsi yang medarat di selatan China telah mendirikan masjid di GuangZhou dan Quanzhao • Sementara yang menggunakan jalan Sutera melalui kawasan Parsi dan Afghanistan telah membentuk masyarakat Islam Cina di Xian • Kemuncak kegemilangan Islam di China pada zaman dinasti Yuan; tokoh-tokoh Islam memberi sumbangan besar seperti astronomi, takwim islam, perubatan, sains dan teknologi. • Zaman dinasti Ming – sumbangan ahli pelayaran Cina Muslim iaitu Zhenghe yang telah berjaya mengeilingi dunia termasuk kedatangannya ke Alam Melayu.

INSTITUSI POLITIK DAN SISTEM PEMERINTAHAN ➢ Pemikiran politik tradisional Cina terbentuk sebelum dinasti Qing ➢ Dipengaruhi oleh alirn-aliran ahli falsafah Konfusianisme, Daoisme, aliran Fa, dan Moisme. ➢ Berteraskan dinasti yang bersifat feudal; sesebuah dinasti akan berpegang pada satu ajaran falsafah lazimnya berbeza dengan falsafah dinasti yang lain i. Konfusianisme menekankan pemerintahan berdasarkan akhlak ii. Moisme menekankan pemerintahan berdasarkan kebajikan iii. Aliran Fa menekankan pemerintahan berdasarkan perundangan iv. Daoisme menekankan pemerintahan berdasarkantabii (wuwei) SISTEM KELUARGA DALAM MASYARAKAT CINA  kuasa kaum lelaki (patriachy)  nasab kaum lelaki (patrilineal) yang mengutamakan waris lelaki sebelah bapa dan pemerintah PENCAPAIAN DALAM PELBAGAI BIDANG 1. Kesusasteraan Cina • Shi Jing – antologi puisi di utara yang terawal • Chu Ci – antologi puisi di selatan yang terawal • Dinasti Tang - kegemilangan puisi • Dinasti Song – kegemilangan ci (prosa puisi) ; prosa (guwen)

13 |TITAS •

Drama Cina (zaju dan chuanqi) – menekankan nilai-nilai etika dengan menonjolkan perbuatan-perbuatan baikdan memberi amaran dengan perbuatan jahat

PENCAPAIAN DALAM PELBAGAI BIDANG 1. Kesusasteraan a. Puisi • Shi Jing (sastera realisme di utara); Chuci (sastera romantik di selatan) • Sungai Kuning merupakan pusat pertumbuhan peradaban di utara • Chang jiang merupakan pusat pertumbuhan peradaban di selatan • Dinasti Tang merupakan zaman keemasan puisi • Dinasti Song merupakan zaman keemasan lirik (ci) b. Prosa – Fu merupakan bentuk prosa bernada dinasti Han c. Drama • Dinasti Yuan merupakan zaman keemasan drama. • Tokoh utama – Guan Hanqing dan Wang Shifu • Drama – Chuan Qu dan Kun Qu d. Fiksyen – dinasti Ming dan Qing • Sangua Yanyi (Roman Tiga Negara) • Honglou Meng (Mimpi Loteng Merah) • Shuihu Zhuan (Kisah Pinggir Air) • Xiyou Ji (Perjalanan ke Barat) • Jin Ping Mei (Pasu Plum Emas) 2. Kesenian a. Muzik Klasik – upacara istana, perayaan rakyat dan upacara keagamaan b. Kaligrafi – melambangkan tahap pencapaian dan kehalusan peribadi seseorang c. Seni lukis – berkait rapat dengan puisi dan kaligrafi d. Seni bina – mengambil kira kedudukan dan susun atur menurut kuasa-kuasa alam (fengshui) 3. Sains dan teknologi • Bidang pertanian, matematik, astronomi, kalendar, farmakologi, geologi, fizik, kimia, biologi, seni bina, tenunan, perlombongan emas, dan pelayaran. • Sumbangan – membuat kertas, pencetakan, bahan letupan, dan kompas

Related Documents

Titas
June 2020 22
Titas
May 2020 28
Titas
October 2019 30
Titas
August 2019 86
Titas 0102
July 2020 15
Assignment Titas
May 2020 4

More Documents from ""

Titas
August 2019 86