TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA - Teori Behavioris - Teori Psiko-linguistik - Teori Semantik-kognitif - Teori Pragmatik-interaksionis
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA
Teori Pembelajaran Pembelajaran ialah - proses pemerolehan maklumat dan pengetahuan - penguasaan kemahiran dan tabiat - pembentukan sikap dan kepercayaan . Proses pembelajaran berlaku sepanjang hayat.Proses pembelajaran berlaku di manamana dan pada sebarang masa.
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA
Dalam konteks pendidikan, guru biasanya berusaha sedaya upaya mengajar supaya pelajar dapat belajar dan menguasai isi pelajaran bagi mencapai sesuatu objektif yang ditentukan. Pembelajaran akan membawa kepada perubahan pada seseorang. Walau bagaimanapun perubahan yang disebabkan oleh kematangan seperti berjalan dan makan ataupun penyakit dan kelaparan tidaklah dianggap sebagai pembelajaran.
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA
Mengikut pendekatan teori tingkahlaku , setiap rangsangan menimbulkan tindakbalas dan pembelajaran berlaku akibat kaitan dengan rangsangan dan gerak balas. Sesuatu rangsangan yang berkaitan dengan rangsangan yang lain akan mendatangkan pembelajaran yang dikenali sebagai pelaziman.
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA
Contohnya dalam pembelajaran asas perkakasan komputer minat pelajar terhadap tajuk adalah disebabkan cara penyampaian pengajaran yang baik menyebabkan pelajar memberikan perhatian. Rangsangan yang pertama ialah komputer dan rangsangan kedua ialah cara pengajaran yang menarik. Oleh kerana perkaitan antara keduanya adalah positif maka gerakbalas yang berlaku juga positif.
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA
Tingkahlaku memberikan perhatian akan dilazimkan ,iaitu pelajar akan terus memberikan perhatian apabila belajar mengenai komputer. Tumpuan pembelajaran adalah kepada tingkahlaku luaran yang dipengaruhi oleh peneguhan.
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA
- Teori Behavioris Diperkenalkan oleh Ivan Pavlov Dikembangkan oleh Thorndike dan Skinner. Pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku. Teori pembelajaran mereka kebanyakannya dihasilkan daripada ujian dan juga pemerhatian yang dilakukan ke atas haiwan seperti anjing, tikus, kucing dan burung di dalam makmal.
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA
Mereka menumpukan ujian kepada perhubungan antara ‘rangsangan’ dan ‘gerakbalas’ yang menghasilkan perubahan tingkahlaku. Secara umumnya teori behavioris menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran akan mempengaruhi segala perbuatan atau tingkah laku pelajar sama ada baik atau sebaliknya. Teori ini juga menjelaskan bahawa tingkah laku pelajar boleh diperhatikan, dikawal dan diramal.
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA
Menurut (Hartley & Davies, 1978 ), prinsip-prinsip teori tingkahlaku yang diterapkan meliputi: a) Proses belajar dapat berlaku dengan baik bila pelajar ikut dengan aktif didalamnya. b) Bahan pelajaran disusun dalam urutan yang logik supaya pelajar dapat dengan mudah mempelajarinya dan dapat memberikan respon tertentu. c) Tiap-tiap respon harus diberi maklum balas secara langsung supaya pelajar dapat mengetahui apakah respon yang diberikannya benar. d) Setiap kali pelajar memberikan respon yang benar maka ia perlu diberi ganjaran dan motivasi.
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA
Menurut Gagne, Briggs & Wager(1992), terdapat sembilan elemen utama untuk sesuatu pengajaran a) menarik perhatian b) menyatakan objektif pelajaran c) merangsang proses mengingat semula kandungan lepas d) bahan-bahan yang boleh menimbulkan rangsangan pelajar
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA
e) memberikan bimbingan f) tugasan dan soalan g) membuat penilaian tahap penguasaan pelajar h) mengekal dan mengembangkan pengetahuan dan kemahiran pelajar.
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA
Teori Psiko-linguistik Menurut Aitchison ( 1998: 1 ) - psikolinguistik sebagai suatu kajian tentang bahasa dan minda. Harley (2001:1) - psikolinguistik sebagai suatu kajian tentang proses-proses mental dalam penggunaan bahasa. Clark dan Clark(1977:4) - mengatakan psikologi bahasa berkaitan dengan tiga hal utama, iaitu kefahaman, penghasilan, dan pemerolehan bahasa.
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA
Kesimpulan yang boleh dibuat hasil daripada definisi yang diberikan oleh para sarjana ialah psikolinguistik merupakan ilmu yang mempelajari proses-proses mental yang dilalui oleh manusia dalam mereka membina pengetahuan berbahasa.
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA
- Teori Psiko-linguistik Strategi dan teknik aplikasi Teori Psikolinguistik bagi meningkatkan Kualiti Bahasa, cukup relevan dan boleh dipertahankan. Bukan setakat untuk kemahiran bahasa bertulis, malah merangkumi kemahiran berbahasa lisan, menyanyi sebagai vokalis (mendengar vokalis yang baik) membaca al Quran berlagu (mendengar qari yang baik), bersyarah dan pelbagai ketrampilan lain.
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA
Psikolinguistik atau psikologi bahasa ialah – - kajian faktor-faktor psikologi dan neurobiologi yang membolehkan manusia memperoleh, menggunakan, dan memahami bahasa. Penglibatan-penglibatan singkat dalam bidang ini pada mula-mulanya merupakan usaha-usaha falsafah, diakibatkan sebahagian besarnya oleh kekurangan data-data yang padu tentang bagaimana otak manusia berfungsi.
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA
Penyelidikan moden menggunakan biologi, neurosains, sains kognitif, dan teori maklumat untuk mengkaji bagaimana otak memproses bahasa. Terdapat beberapa subdisiplin (yang mengkaji tentang neurologi) iaitu bagaimana otak memproses maklumat yang berkaitan dengan bahasa.
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA
Psikolinguistik meliputi - proses-proses kognitif yang membolehkan penjanaan ayat-ayat yang bertatabahasa dan bermakna dari segi perbendaharaan kata dan struktur tatabahasa - serta proses-proses yang membolehkan pemahaman pernyataan, perkataan, teks, dan sebagainya.
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA
Psikolinguistik perkembangan mengkaji - keupayaan bayi-bayi dan kanak-kanak untuk membelajari bahasa. Biasanya melalui kaedah-kaedah uji kaji atau sekurang-kurangnya kaedah kuantitatif (dan bukannya pencerapan naturalistik seperti yang dilakukan oleh Jean Piaget dalam penyelidikannya terhadap perkembangan kanakkanak).
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA
Teori Semantik-kognitif Pembelajaran ialah suatu proses dalaman yang berlaku dalam akal,fikiran, dan tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku. Ahli-ahli psikologi kognitif seperti Bruner dan Piaget menumpukan kajian kepada pelbagai jenis pembelajaran dalam proses penyelesaian masalah dan celik akal mengikut pelbagai peringkat umur dan kebolehan pelajar.
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA
Teori-teori pembelajaran mereka adalah bertumpu kepada cara pembelajaran seperti Pemikiran, celik akal, kaedah penyelesaian masalah, penemuan dan pengkategorian. Menurut teori ini, manusia memiliki struktur kognitif dan semasa proses pembelajaran, otak akan menyusun segala maklumat di dalam ingatan.
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA
Pada tahap kognitif, fungsi psikolinguistik mula mengarah kepada fungsi kognitif dan landasan biologis manusia dalam pemerolehan bahasa. Pemerolehan bahasa pada manusia bukanlah penguasaan komponen bahasa dengan tidak berlandaskan pada prinsip-prinsip kognitif. Tatabahasa merupakan suatu aspek penting dan tidak terlepas daripada kognitif manusia kerana konstituen dalam sesuatu ujaran sebenarnya mencerminkan realiti psikologi yang ada pada manusia tersebut.
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA
Ujaran bukan sesuatu bunyi yang linear, tetapi membentuk unit-unit konstituen yang berhiraki dan unit-unit ini merupakan realiti psikologi. Pada tahap kognitif orang juga mula membincangkan peranan biologi bahasa kerana menurut Chomsky dan Lenneberg pertumbuhan bahasa manusia itu berkait secara genetik dengan pertumbuhan biologinya.
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA
Teori Pragmatik-interaksionis Apakah Pragmatik ? Menurut Jucker(1998)- Pragmatik merujuk kepada kajian makna dalam interaksi antara seseorang penutur dengan penutur yang lain. Pragmatik merupakan salah satu komponen dalam bahasa, ia memberikan perspektif kepada bahasa.
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA
Teori interaksionis (interactionist theories) Tumpuan teori ini adalah proses interaksi. Kehidupan sosial dipandang sebagai suatu proses interaksi dalam banyak hal seperti pemaknaan, bahasa, perubahan perilaku, dan pemeliharaan. Komunikasi dalam hal ini dianggap sebagai suatu proses interaksi. Manakala informasi sebahagian dari proses komunikasi.
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA
Tidak ada masyarakat tanpa komunikasi. Semua struktur kemasyarakatan termasuk kelompok, keluarga, dan organisasi, lahir dari interaksi. Dalam hal ini para sarjana memandang struktur sosial sebagai produk dari interaksi.
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA
Struktur sosial lahir dari komunikasi. Namun pendapat interaksionis lebih berlandaskan kepada proses interaksi manusia. Contoh - keluarga dibentuk oleh peristiwa komunikasi, yang juga dari interaksi.
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA
Sekian, terima kasih.