Sejarah An Bahasa Melayu

  • Uploaded by: wjluv
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Sejarah An Bahasa Melayu as PDF for free.

More details

  • Words: 707
  • Pages: 18




Asal-usul orang Melayu, iaitu penutur asli bahasa Melayu, amat kabur kerana sejarah kuno Asia Tenggara masih belum diselidiki dengan mendalam. Walau bagaimanapun hasil kajian daripada sarjana tempatan dan Barat, kita dapat mengetahui secara kasar latar belakang dan pergerakan masyarakat Melayu kuno, iaitu nenek moyang kita sendiri.

Falsafah bahasa merupakan bidang yang menyelidiki kebenaran dalam bahasa atau kajian bahasa (linguistik).  Falsafah bahasa melibatkan dua bidang kajian iaitu: - bidang falsafah. - bidang kajian bahasa (linguistik). 





Kebanyakan ahli falsafah berpendapat bahawa perkara yang mula-mula dikaji dalam falsafah bahasa ialah bidang pemaknaan (semantik). Kemudian dikaji pula tentang hakikat pengetahuan (epistemologi), persoalan nilai (etika), aspek keindahan (estetika), budaya dan sosial (antropologi dan sosiologi), alam jagat raya atau kosmos manusia (kosmologi), hakikat kewujudan (ontologi), dan tentang alam zahir dan ghaib (metafizik).

Beberapa teori telah mengatakan bahawa penutur-penutur bahasa Melayu berasal daripada golongan manusia yang diberi nama Austronesia.  Mereka datang dari daerah Yunan dan telah turun, dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan manusia, dan menduduki wilayah Asia Tenggara. 



Secara rajah, cabang-cabang rumpun bahasa Austronesia adalah seperti yang berikut: Austronesia

Nusantara Polinesia Melanesia Mikronesia



Bahasa-bahasa Kepulauan Melayu atau Bahasa Nusantara. – Contoh : bahasa Melayu, Aceh, Jawa, Sunda, Dayak, Tagalog, Solo, Roto, Sika dan lain-lain.



Bahasa-bahasa Polinesia – Contoh : bahasa Hawaii, Tonga, Maori, Haiti



Bahasa-bahasa Melanesia – Contoh : bahasa-bahasa di Kepulauan Fiji, Irian and Kepulaun Caledonia



Bahasa-bahasa Mikronesia – Contoh : bahasa-bahasa di Kepulauan Marianna, Marshall, Carolina dan Gilbert



Ahli bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu: ◦ Bahasa Melayu Kuno, ◦ Bahasa Melayu Klasik dan ◦ Bahasa Melayu Moden.









Kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya, sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran. Penuturnya di Semenanjung, Kepulauan Riau dan Sumatera. Banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit kemudian dikenal pasti menyumbang kepada pengkayaan kosa  kata dan ciri-ciri keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa Melayu.



Bahasa Melayu mudah dipengaruhi Sanskrit kerana: ◦ Pengaruh agama Hindu ◦ Bahasa Sanskrit terletak dalam kelas bangsawan, dan dikatakan mempunyai hierarki yang tinggi. ◦ Sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan.



Bahasa Melayu kuno pada batu-batu bersurat abad ke-7 yang ditulis dengan huruf Pallawa: – Batu bersurat – Batu bersurat – Batu bersurat – Batu bersurat (686 M)



di di di di

Kedukan Bukit, Palembang (683 M) Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M) Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M) Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi

Bahasa Melayu kuno pada batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam huruf Nagiri.



Ciri-ciri bahasa Melayu kuno:

– Penuh dengan kata-kata pinjaman Sanskrit – Susunan ayat bersifat Melayu – Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan wulan) – bunyi e pepet tidak wujud (Contoh dengan - dngan atau dangan) – Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-marlapas) – Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat - niparwuat) – Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh: sukhatshitta) – Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semuasamuha, saya: sahaya)



Kegemilangannya boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting: – Zaman kerajaan Melaka – Zaman kerajaab Acheh – Zaman kerajaan Johor-Riau



Antara tokoh-tokoh penulis yang penting ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin alSumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel.



Ciri-ciri bahasa klasik: – ayat: panjang,  berulang, berbelit-belit. – banyak ayat pasif – menggunakan bahasa istana – kosa kata klasik: ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih) – banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat): sebermula, alkisah, hatta, adapun. – ayat songsang – banyak menggunakan partikel ``pun'' dan `'lah''







Bermula pada abad ke-19. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden. Sebelum penjajahan Beritish, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam. Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan.





Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Laporan Razak 1956 mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara.

www.tutor.com.my/.../asal_usul_bahasa/ asal_usul_bahasa_melayu.htm  aculty.unitarklj1.edu.my/.../ASAL%20USUL %20BAHASA%20MELAYU.doc 

Related Documents


More Documents from ""

Peristilahan
May 2020 5