Sejarah An Bahasa Melayu

  • Uploaded by: Nurul 'ain
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Sejarah An Bahasa Melayu as PDF for free.

More details

  • Words: 607
  • Pages: 2
Sejarah perkembangan bahasa melayu. Dari: nurul `ain binti md yasin

Perkataan bahasa Melayu dikesan melalui dalam sebuah kitab Hindu Purba iaitu Purana. Perkataan Melayu juga ditemukan dalam tulisan China pada zaman Dinasti Tang.Menyatakan bahawa orang Mo-lo-yeu kirim utusan ke Negara China untuk mempersembahkan hasil bumi kepad Raja China.Istilah bahasa Melayu juga terdapat pada catatan Rahib Buddha yang bernama I –tsing. I-Tsing mencatatkan bahasa Melayu digunakan untuk sebagai bahasa penghantar dalam mengajar ahasa Sanskrit dan falsafah agama Buddha. Di percayai juga bahawa bahasa Melayu juga berasal daripada golongan Austronesia,golongan ini terbahagi kepaa 2 .golongan pertama dikanali sebagai melayu Proto.Berpindah ke asia tenggara pada abad 2500 sebelum masihi pada zaman baru.Keturunannya ialah orang asli di semenanjung,Dayak diserawak dan batak di sumatera.Golongan kedua ialah melayu Deutro.Berpindah ke asia tenggara pada zaman logam pada abad 1500 sebelum masihi.keturunannya ialah orang melayu di Malaysia.Mereka labih mahir daripada Proto.Mereka lebih pandai bahagian pelayaran,penanaman, dan astronomi. Istilah Melayu merujuk kepada bangsa yang dilihat dalam 2 pengertian iaitu sempit dan luas.bagi pengertian luas ialah istilah Melayu berasal dari bahasa Austronesia.manakala bahasa-bahasa Austronesia berasal dari austris.Selain rumpun Austronesia ,terdapat rumpun austro-asia, dan rumpun Tibet-China.Rumpun bahasa terbahagi kepada 4 iaitu bahasa nusantara,polinesia,Melanasia,Mikronesia.Bagi bahasa nusantara contohnya ialah bahasa melayu,Acheh,Jawa,Sunda,Dayak,Tagalog,solo.Bagi Polinesia ialah bahasa Tonga ,Hawai,Haiti,Maori.bagi bahasa Malenesia ialah bahasa-bahasa di kepulauan Fiji,Irian.Bagi Mikronesia ialah bahasa Gilbert,Marianna,carodina. Ahli bahasa juga membahagikan perkembangan Melayu kepada tiga tahap iaitu Melayu Kuno,Melayu Klasik, dan Melayu Moden.Bagi bahasa Melayu Kuno,merupakan keluarga bahasa nusantara.Kegemilangannya berlaku pada abad ke -7hingga ke 13-masihi pada zaman Srivijaya yang menggunakan bahasa lingua franca dan bahasa pentadbiran.Penuturnya di semenanjung,kepulauan Riau dan sumatera.Menggunakan bahasa lingua franca dan pentadbiran kerana bersifat sederhana ,tidak terikat pada perbezaan susun lapis masyarakat,mudah terima pengaruh luar,mempunyai system yang lebih mudah berbanding bahasa Jawa.Banyak dipengaruhi bahasa Sanskrit dan dikenalpasti menyumbangkan kepada kosa kata dan ciri –ciri keilmuan.Bahasa Melayu mudah dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit kerana pengaruh Hindu ,bahasa Sanskrit terlatak dalam kelas bangsawan dimana mempunyai Hierarki yang tinggi,bahasa Melayu mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan.

Bahasa Melayu Kuno pada abad ke-7 pada batu-batu bersurat ditulis huruf pallava.Batu bersurat di Kedukan Bukit,Talang Tuwo,berada di Palembang.Kuala Kampur di Pulau Bangka,Karan Berahi di daerah HUlu Jambi.Ciri-ciri bahasa Melayu KUno ialah penuh dengan pinjaman bahasa Sanskrit,susunan ayat bersifat Melayu,bunyi b ialah w dalam bahasa Melayu Kuno contohnya bulan ditukar kepada wulan.bunyi e pepet tiada, Contoh dengan - dngan atau dangan ,awalan ber- ditukar kepada mar-, contoh: berlepas-marlapas ,awalan di- kepad ni-, Contoh: diperbuat niparwuat)

ad bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh,th,ph,dh,kh dan h. Contoh: sukhatshitta) huruf h hilang dalam melayu Moden. Contoh: semua-samuha, saya: sahaya

Peralihan bahasa Melayu Kuno ke bahasa Melayu KLasik.Ini dikaitkan dengan perkembangan agama islam yang semakin mantap di asia tenggara abad ke13.selepas itu bahasa melayu banyak mengalami perubahan dari segi kosa kata ,struktur ayat dan tulisan.3 buah btu bersurat yang dijumpai merupakan perkembangan bahasa Melayu iaitu Pagar Ruyung di Minangkabau,Minye Tujuh di Acheh, Kuala Berang Terengganu. Bagi perkembangan Melayu Klasik dibahagi kepad 3 zaman penting iaitu Melak ,Acheh, Johor-Riau.Penulis yang terpenting dalam perkembangan ini ialah Hamzah Fansuri.Syamsuddin al-sumaterani,Syeikh Nuruddin al Raniri,dan Abdul Rauf alSangkel.Ciri-ciri bahasa Melayu Klasik ialah bahasa yang panjang ,berbelitbelit,wujud ketika wujudnya tulisan jawi dalam bahasa Melayu,menggunakan bahasa istana,ayat songsang,banyak ayat pasif. Bagi Melayu Moden dimana bermula pada abad ke -19,hasil karangan Musyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden.Sebalum penjajahan British bahasa melayu sudah berada dalam kedudukan yang tinggi dimana ia berfungsi sebagai bahasa perantaraan,pentadbiran,kesusasteraan dan penghantar di dalam pendidikan agama islam.Selepas perang dunia kedua British merubah dasar menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa penghantar dalam system pendidikan.Persekutuan perlembagaan 152 juga menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.Akta Bahasa kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa sebagai bahaa rasmi.Laporan Razak mencadangkan bahasa melayu sebagai bahasa penghantar dalam system pendidikan.

Related Documents


More Documents from ""