Elemen-elemen Pertuturan

  • Uploaded by: dewa18
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Elemen-elemen Pertuturan as PDF for free.

More details

  • Words: 1,344
  • Pages: 31
PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan Komunikasi

Elemen-Elemen Pertuturan Istilah bahasa dalam BM, sama dengan taal (Belanda), langue (Perancis), language (Inggeris), sprache (Jerman), kokugo(Jepun), lughatun (Arab), bhasa (Sanskrit).

PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan Komunikasi

Elemen-Elemen Pertuturan Sistem Bunyi Bahasa Melayu Bahasa Melayu mempunyai sistem bunyi yang tersendiri dan untuk menguasai kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik dan berkesan, seseorang pengguna bahasa perlulah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentangnya. Kajian bunyi lazimnya terbahagi kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonologi. Fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan dan pendengaran atau sifatnya. Fonologi pula mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa.

PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan Komunikasi

Elemen-Elemen Pertuturan 1. Proses pengeluaran suara

PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan Komunikasi

Alat Artikulasi 1.

Bibir atas

11.

Tengah lidah

2.

Bibir bawah

12.

Belakang lidah

3.

Gigi atas

13.

Akar lidah

4.

Gigi bawah

14.

Epiglotis

5.

Gusi

15.

Pita suara

6.

Lelangit keras

16.

Rongga tekak

7.

Lelangit lembut

17.

Rongga Hidung

8.

Anak tekak

18.

Rongga mulut

9.

Hujung lidah

19.

Rahang

10.

Hadapan lidah

20.

Tenggorok

PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan Komunikasi

Rajah pita suara ketika menghasilkan bunyi

PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan Komunikasi

FUNGSI ALAT PERTUTURAN Lidah Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi bahasa. Lidah terbahagi kepada empat bahagian 1. Hujung lidah 2. Tengah lidah 3. Hadapan lidah 4. Belakang lidah Ini membolehkan lidah membuat deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi.

PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan Komunikasi …..sambungan

Bahagian hadapan lidah, tengah lidah dan belakang lidah penting dalam pengeluaran bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal hadapan, tengah dan belakang. Hujung lidah merupakan bahagian paling aktif dan boleh digerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan.

…..sambungan PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan Komunikasi

Gigi Gigi juga berperanan dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi peranannya tidaklah aktif. Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan sebagai penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi. Penampan aliran udara inilah yang menghasilkan bunyi.

PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan Komunikasi

Bibir Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut. Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan dan berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. Bibir juga menjadi sempadan paling luar daripada rongga mulut. Bibir juga berfungsi membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut.

PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan Komunikasi

Gusi Gusi merupakan bahagian yang embung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam rongga mulut. Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan.

PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan Komunikasi

Lelangit Lelangit terbahag kepada dua bahagian 1. Lelangit keras 2. Lelangit lembut Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas rongga mulut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak terus ke rongga hidung.

PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan Komunikasi

….sambungan

Apabila dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga mulut dan apabila diturunkan, rongga mulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung.

PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan Komunikasi

Rongga Hidung

Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga hidung boleh dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau tidak. Pita Suara Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam penghasilan bunyi. Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas dan mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keping selaput nipis berkenaan.

PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan Komunikasi

JENIS-JENIS BUNYI 1. Bunyi Vokal Bunyi vokal terhasil apabila udara keluar daripada rongga mulut tidak mengalami sekatan atau himpitan. Bunyi vokal juga dipengaruhi oleh pengaruh lidah, keadaan rongga mulut dan bentuk bibir.

PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan Komunikasi

Kedudukan vokal-vokal dapat dilihat seperti berikut:

PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan Komunikasi

PENGHASILAN BUNYI VOKAL 1. Vokal Depan Sempit (i) Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini, depan lidah dinaikkan hingga hampir menyentuh lelangit keras, sementara hujung lidah didekatkan pada gusi. Lelangit lembut diangkat untuk menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara tanpa sekatan, halangan atau himpitan yang boleh menyebabkan geseran kedengaran. Bibir berada dalam keadaan terhampat. Contoh: bilik, titik, ipar, jari, cari

PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan Komunikasi

2. Vokal Depan Separuh Sempit (e)

Untuk menghasilkan bunyi ini depan lidah dinaikkan, tetapi tidaklah setinggi membunyikan vokal (i). Contoh: kole, tauge, bendi, elok

PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan Komunikasi

3. Vokal Depan Separuh Luas Untuk mengeluarkan vokal ini, depan lidah diturunkan sepertiga dari kedudukan untuk mengeluarkan vokal (e). Kedudukan alat pertuturan adalah sama seperti semasa mengeluarkan bunyi vokal (i) dan (e). Contoh: tauke, gelek, gesek, gerek

PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan Komunikasi

4. Vokal Depan Luas ( a) Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini, depan lidah diturunkan serendah-rendahnya. Lelangit lembut berkeadaan terangkat rapat ke belakang tekak dan menutup rongga hidung. Kedudukan alat pertuturan lain adalah sama seperti menghasilkan vokal (i), dan (e). Contoh: anak, pandai, landai, anting, siapa, takat

PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan Komunikasi

5. Vokal Belakang Sempit (u) Dihasilkan dengan mengangkat belakang lidah setinggi mungkin ke atas, tetapi tidak menutup ruang aliran udara. Bentuk bibir dibundarkan. Contoh: ubat, ulat, undang, udang, ulang

PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan Komunikasi

6. Vokal Separuh Sempit ( o ) Dihasilkan dengan menurunkan belakang lidah 1/3 di antara tempat yang paling tinggi dan tempat yang paling rendah. Keadaan bibir pula dibundarkan. Contoh: obor, solo, polo, toko, orang

PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan Komunikasi

7. Vokal Belakang Separuh Luas Dihasilkan apabila belakang lidah diturunkan 1/3 daripada kedudukan separuh sempit dan bentuk bibir turut dibundarkan. Vokal ini tidak terdapat dalam bahasa Melayu.

PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan Komunikasi

8. Vokal Tengah Dihasilkan dengan meletakkan lidah seperti biasa di lantai rongga mulut. Bahagian tepi lidah dilengkungkan sedikit, manakala rongga mulut berkeadaan sederhana luasnya. Contoh: enam, empat, kenduri, gerai

PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan Komunikasi

2. DIFTONG Gabungan bunyi vokal dinamakan diftong. Diftong terbentuk apabila berlaku pengeluncuran bunyi-bunyi vokal. Satu vokal mengeluncur dari satu vokal kepada vokal yang lain. Terdapat 3 jenis diftong. a. (ai): sampai, salai, gulai, sungai, cuai, landai b. (au): lampau, silau, garau, surau, pukau c. (oi): amboi, dodoi, adoi, sepoi, boikot.

PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan Komunikasi

Aspek Segmental Dan Non-Segmental Dalam Pertuturan Bentuk bahasa dapat dibahagikan kepada dua bahagian 1. Unsur segmental 2. Unsur non-segmental.

PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan Komunikasi

Unsur segmental bahasa Unsur segmental bahasa, secara kronologinya dapat diperincikan daripada unit yang lebih besar hinggalah unit yang lebih kecil, iaitu wacana, ayat, klausa, frasa, kata, morfem, suku kata, fonem, dan fon.

PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan Komunikasi

Unsur non-segmental bahasa Unsur non-segmental bahasa terdiri daripada intonasi dan unsur di bawahnya, yang kehadirannya ditentukan oleh unsur segmental bahasa. Unsur intonasi ialah tekanan (keras lembutnya ujaran), nada (tinggi rendahnya ujaran), durasi (panjang pendeknya setiap segmen), dan perhentian (pembahagian arus ujaran).

PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan Komunikasi

Unsur segmental dapat dibahagikan kepada segmen yang lebih kecil, dan unsur non-segmental ialah bahagian bahasa yang kehadirannya ditentukan oleh unsur segmental.

PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan Komunikasi

“WEII.. apalah korang ni.. Aku dah tunggu korang lama ‘giler’..Nenek aku pun lagi laju daripada korang lah. Ingat mak bapak korang bayar aku untuk tunggu korang ke?" Yang Indah Itu Bahasa. Mengapa Berkasar Bahasa?

PKU 3102 – Pengenalan Kepada Masalah Bahasa Dan Komunikasi

Ciri-ciri Pertuturan Yang Baik 1. Mengenalpasti mesej yang hendak disampaikan. 2. Mesej yang hendak disampaikan mestilah jelas / maklumat yang cukup. 3. Laras bahasa yang sesuai. 4. Gaya pertuturan yang sesuai. 5. Kesesuaian mengikut konteks. 6. Bertutur secara ringkas dan teratur. 7. Elakkan ketaksaan (ambiguiti / kekaburan makna) yang tak perlu. 8. Perkara yang dipertuturkan mestilah benar.

Sekian, terima kasih.

Related Documents


More Documents from "cemPaka aYu"