Doa An Debat Bahasa Inggeris

  • Uploaded by: Ahmad Rusli
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Doa An Debat Bahasa Inggeris as PDF for free.

More details

  • Words: 287
  • Pages: 2
، ‫الحمد لله الذي بنعمته تتم الصالحات‬ ‫والصلة والسلم على رسولنا المين‬ . ‫وعلى آله وأصحابه أجمعين‬

Ya Allah , Ya Karim Ya Wadud , Kami merafakkan rasa syukur kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri serta menyaksikan Pertandingan Akhir Bahas Bahasa Inggeris Piala Tan Sri Datuk Wira Abdul Rahman Arsad peringkat Negeri Selangor pada hari ini . Kami juga memohon kehadhrat-Mu agar majlis ini berjalan dengan lancar . Ya Allah , Tuhan Yang Berkuasa Melaksanakan apa yang dikehendakki , Jadikanlah hari-hari yang kami lalui dimulai dengan rahmat-Mu , pertengahannya barakah , dan disudahi dengan keampunan-Mu . Dan juga jadikanlah hari-hari yang kami lalui permulaannya hidayah , pertengahannya kemenangan dan diakhiri dengan kecemerlangan . Ya Allah , Tuhan Yang Maha Esa lagi Perkasa Kami memohon kehadrat-Mu semoga Engkau jadikan majlis ini sebagai satu wadah untuk kami bersatu-padu , bekerjasama dan bantu-membantu di kalangan kami demi membangunkan negara dalam menghadapi alaf baru . Jadikanlah juga majlis ini sebagai usaha murni kami untuk mengembangkan potensi anak-anak pelajar secara seimbang baik dalam bidang akademik mahupun kokurikulum .

Amin Ya Rabbal’alamin Ya Allah , kurniakanlah kepada kami Iman yang teguh,mantap dan kukuh demi menghadapi cabarancabaran hidup semasa dan dalam mengharungi pancaroba hidup alaf baru tahun 2000 . Ya Allah tunjukkanlah kami taufiq dan hidayah jalan yang benar dan cara-cara melaksanakan serta menghayatinya.Jadikanlah kami insan yang suka mendengar kebaikan lantas melakukannya , begitu juga jadikanlah kami insan yang apabila mengetahui keburukan lantas bersegera meninggalkannya . Ya Allah , jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang diberkati dan dirahmati . Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada mara bahaya dan keburukan.

‫ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الخرة‬ ‫حسنة وقنا عذاب النار والحمد لله رب‬ ‫العالـمين‬

Related Documents


More Documents from "Harnita HAR"

Doa Mesyuarat
November 2019 33
Doa Hari Peperiksaan (1)
November 2019 40
Doa Mesyuarat Pibg
November 2019 48
Doa Antara 2 Khutbah
November 2019 45