sa
Teks Pengacaraan Majlis Pertandingan Drama dan Teater Kanak-kanak Peringkat Tadika Emas Negeri Sembilan Masa
9.50 pagi
9.00 pagi
Atur Cara
Pengumuman
Apabila audiens mengambil tempat berada di dewan.
Tuan-tuan dan Puan-puan serta hadirin sekalian, supaya majlis kita berjalan dengan lancarnya, di sini saya bacakan beberapa pengumuman untuk perhatian kita bersama.
Pengumuman
1. Hadirin diingatkan supaya mematikan telefon bimbit semasa majlis sedang berlangsung. 2. Hadirin dipersilakan berdiri sebaik sahaja ketibaan tetamu diumumkan. Kerjasama hadirin sekalian terlebih dahulu diucapkan terima kasih.
Apabila VIP berada berhampiran pintu masuk ke dalam dewan
Mengumumkan ketibaan,
Ketibaan VIP
Hadirin dipohon berdiri bagi sama-sama menyanyikan lagu Negaraku dengan Iringan muzik.
Puan Koay Jia Enn, Guru besar Tadika Emas Negeri Sembilan.
Nyanyian Lagu Negaraku 9.05 pagi
9.06 pagi
Selesai nyanyian Lagu Negaraku
Terima kasih diucapkan atas nyayian Lagu Negaraku itu tadi. Hadirin dipersilakan duduk.
Kata alu-aluan Pengacara Maljis
Indah bersinar seri bintang, Tampak dari Pulau Mutiara, Pemanis kata selamat datang, Awal bismilah pembuka bicara. BismilLahirRahmanirRahim. Yang Berusaha, Puan Koay Jia Enn, Guru besar Tadika Emas Negeri Sembilan, -Puan Nazatul Aieza binti Md Najib, Ketua Hakim pertama dari SK King George, -Cik Srinithiya A/P Ramachandran, Ketua Hakim kedua dari SK Wawasan Convent dan -Encik Kanagarajan A/L Subramaniam, Ketua Hakim ketiga dari SJKT Ladang Senawang. Seterusnya, barisan guru, murid-murid, hadirin dan hadirat sekalian. Assalamu`alaikum Wa RahmatulLahi wa Barakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Majlis mengucapkan selamat datang dan mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke majilis “Pertandingan Drama dan Teater Kanak-kanak” yang penuh gemilang ini. Pihak majlis turut sama merakamkan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh hadirin warga dewan khususnya Yang Berusaha, Puan Koay Jia Enn kerana telah sudi meluangkan masa bagi bersama-sama menjayakan majlis yang kita rencanakan pada hari ini.