1.0
PENDAHULUAN
Sekian dimaklumkan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang membangun. Walaupun negara kita mengalami kerancakkan pembangunan, namun Malaysia masih terbelenggu dengan pelbagai masalah sosial atau gejala keruntuhan moral. Tidak dinafikan bahawa kebanyakan isu-isu yang tertimbul ini meliputi segenap aspek kehidupan masyarakat dan kebanyakannya terlibat dengan golongan remaja. Mengikut perangkaan polis, kira-kira 10,000 remaja termasuk 4,000 yang masih bersekolah daripada 156,000 remaja di negara ini terbabit dengan kes jenayah (Sinar Harian, 2014) Mengikut pandangan Abdul Rahman Md. Arof (1999), masalah moral adalah sesuatu keadaan di mana sesuatu adab dan tradisi yang menentukan piawai tingkah laku yang akan menyebabkan timbulnya sesuatu atau norma kelompok. Dalam usaha pembentukan insan berakhlak mulia, bertanggungjawab dan boleh menyumbang ke arah keharmonian dan kestabilan negara, pengetahuan dan penghayatan nilai murni perlu diterapkan ke dalam sanubari murid agar mampu memberikan kesedaran untuk menangani pelbagai isu dan gejala sosial yang melanda masyarakat Malaysia sekarang ini. Dalam hal ini, pendidikan moral memberi impak yang amat bersignifikan untuk memupuk nilai-nilai murni yang akan membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Terdapat pelbagai pengertian yang merujuk kepada maksud moral. Di antaranya moral merujuk kepada standard sesuatu perlakuan baik atau buruk, keadilan, dan sebagainya yang diyakini seseorang (Ahmad Khamis, 1999) . Selain itu, moral adalah suatu kepekaan dalam fikiran, perasaan, dan tindakan dibandingkan dengan tindakan lain yang tidak hanya berupa kepekaan terhadap suatu prinsip. Di samping itu, Hurlock (1990) mengatakan bahawa moral adalah sopan santun, adat istiadat dan aturan perilaku yang telah menjadi kebiasaan bagi anggota suatu budaya. Secara keseluruhannya, boleh dikatakan bahawa moral adalah terdiri daripada peraturan komuniti dan sifat peribadi mulia. Setiap manusia hendaklah mengikuti peraturan komuniti dan bertingkah laku baik demi kesejahteraan masyarakat sekeliling.
1
2.0
ALIRAN PEMIKIRAN WATAK
Pemikiran moral terbahagi kepada empat aliran, iaitu naturalisme, emotivisme, intuitionisme dan rasionalisme. Mengikut Abdul Rahman Aroff dan Chang L.H. (1994), naturalisme ialah aliran pemikiran yang menggambarkan sesuatu dalam keadaannya yang sebenar. Seseorang itu juga dapat menerima sahaja takdir yang telah ditentukan ke atasnya. Aliran pemikiran emotivisme pula merujuk kepada sikap manusia yang bertindak mengikut perasaan atau emosi (Koo K.P. dan Tang C.Y, 1990). Untuk pemikiran intuitionisme, ia didefinisikan sebagai sejenis pemikiran spontan celik akal yang memberikan tafsiran terhadap sesuatu perkara secara bertiba-tiba. Rasionalis pula menekankan penaakulan atau pemikiran sebagai faktor utama dalam pengetahuan dan menyatakan bahawa pengalaman adalah diperoleh melalui pancaindera manusia. Dalam filem Balistik, beberapa watak telah menunjukkan personaliti yang berbeza dari aspek aliran pemikiran moral. Yang pertama, watak utama iaitu Saga mempunyai aliran pemikiran rasionalisme. Sebagai seorang pembunuh upah yang hebat, beliau tidak pernah melupakan identiti sebenarnya iaitu polis yang bertanggungjawab membunuh orang jahat. Pemikirannya sentiasa waras kerana menggunakan akal untuk membuat keputusan, penaakulan dan menyelesaikan masalah secara bijaksana. Contohnya, Saga ingin menjaga keselamatan anak lelakinya, Rykarl lalu menghantarkannya kepada bekas isteri walaupun berasa berat hati. Watak kedua adalah sebagai rakan Saga yang berfikiran naturalisme. Jack ialah seorang yang menerima sahaja takdir yang telah ditentukan ke atasnya. Apabila isterinya mati kerana salah sangka Jack telah meninggal dunia, Jack tetap menerima hakikat ini dan teruskan kehidupannya di sebuah rumah perkampungan. Bukan itu sahaja, Jack merupakan pengikut yang setia dan kurang membantah atas arahan ketuanya. Dalam filem ini, dia memujuk Saga agar tidak melanggar arahan ketua untuk membunuh Nizam. Pemikiran isteri Jack pula berbeza dengan suaminya. Dia merupakan seorang emotivis yang cepat tersinggung dan mudah meluahkan perasaan dirinya. Contohnya, apabila Jack membawa Saga ke rumah sendiri, dia terus tunjuk muka tidak puas hati dan mempersoalkan Jack mengapa menjemput seorang penjenayah ke rumah. Isteri Jack juga sentiasa tertekan dengan emosi. Misalnya, apabila mengetahui Jack meninggal dunia, dia terus membunuh diri dengan cara terjun dari tempat tinggal tanpa sebarang siasatan. 2
Selain itu, watak Nizam turut memperlihatkan pemikiran rasionalisme. Sebagai seorang polis, beliau mempunyai keupayaan untuk mengenalpasti kebenaran yang tidak dapat diberikan oleh pacaindera semata-mata. Buktinya, beliau mampu melihat gambaran keseluruhan dalam ‘pub’ yang berlaku persengketan bersenjata. Tambahan pula, beliau selalu berfikir untuk memperbaiki mutu kerja polis serta tekun berusaha untuk kejayaan diri sendiri. Walaupun Nizam ialah rakan baik Saga di rumah anak yatim sewaktu kecil, beliau tetap berdiri di landasan undang-undang dengan berhasrat menangkap Saga yang dianggapnya sebagai pembunuh. Di samping itu, Salina sebagai bekas Isteri Saga ialah seorang intuitionis. Dalam filem Balistik, dia bertindak menembak Saga apabila ternampak Saga membunuh ketuanya dengan pistol padahal Saga hanya ingin mempertahankan nyawa anak dan dirinya sendiri. Peristiwa ini menunjukkan Salina melakukan sesuatu berlandaskan kepada apa yang dirasai dalam hati kecilnya tanpa memikirkan akibat, kualiti dan kesannya. Pada masa yang sama, Salina juga seorang yang berfikiran naturalisme kerana kesanggupannya untuk menerima sahaja takdir yang telah ditentukan ke atasnya. Contohnya, walaupun dia ditinggalkan Saga bersama bayinya selama enam tahun, dia tetap tabah hati dan tidak putus asa untuk mendapatkan balik anaknya, Rykarl. Watak penting yang lain dalam filem Balistik ini ialah cikgu Riza yang berfikiran rasionalisme. Apabila Riza dapat tahu bahawa anak muridnya Rykarl tidak mempunyai ibu, dia sanggup mencurahkan kasih sayang sepenuh kepada Rykarl dengan menjaganya di rumah Saga. Selain itu, cikgu Riza mampu berfikir secara rasional dan bertindak waras dalam situasi tertentu. Sebagai contoh, dia berlakon menjadi perempuan mengandung yang mengalami kesakitan perut untuk melindungi Saga daripada diperiksa oleh polis trafik. .
3
3.0
JENIS-JENIS NILAI DALAM FILEM BALISTIK
Menurut Koo dan Tang (1990), nilai merupakan satu skala piawai bagi manusia melihat dan memikirkan sesuatu mahupun manusia, objek, tingkah laku atau situasi sebagai yang berfaedah, sebaliknya, atau neutral di tengah-tengah kedua pola ini. Setiap hari, manusia perlu menggunakan sesuatu nilai untuk membuat keputusan melalui pelbagai cara supaya pertimbangan yang dibuat itu adalah tepat. Dalam hal ini, nilai boleh bertindak menjadi standard yang membantu individu mengenal pasti kedudukannya dalam sesuatu isu sosial atau moral. Nilai juga dimanfaatkan dengan membataskan perlakuan seseorang daripada bertindak kasar atau tidak waras. Jenis-jenis nilai diklasifikasikan kepada enam, iaitu nilai instrumental (ekstrinsik), nilai instrinsik, nilai objektif, nilai subjektif, nilai mutlak dan nilai relatif. Terdapat beberapa nilai berdasarkan cerita filem Balistik, antaranya ialah nilai objektif yang diterima atau ditolak berdasarkan satu set kriteria yang dipersetujui oleh semua atau kebanyakan orang. Dalam filem Balistik, babak pertama telahpun menunjukkan paparan watak utama membunuh orang dari sebuah bangunan yang tinggi. Ini merupakan nilai objektif kerana kegiatan membunuh memang suatu tindakan yang salah di sisi undang-undang. Babak kedua juga mengandungi nilai objektif kerana Saga bersama rakannya Jack membawa Rykarl melarikan diri dengan melumbakan kereta dengan gangster. Tindakan ini mengugat nyawa manusia dan dipertimbangkan sebagai aksi yang bahaya. Seterusnya, Saga merupakan satu-satunya anak yang sentiasa balik rumah menjenguk ibunya. Watak ini memperlihatkan nilai kasih sayang kepada orang tua dan merupakan nilai mutlak kerana kelakuan ini kekal sepanjang masa dan telah terbukti sebagai suatu amalan baik. Jalan cerita seterusnya ialah nilai relatif iaitu nilai yang berbeza-beza antara masyarakat yang berlainan. Contohnya, Saga menegaskan bahawa Salina masih isterinya kerana mereka tidak pernah bercerai. Namun dalam masyarakat lain, isteri kepada satu suami yang meninggalkannya mungkin boleh terus mengemukakan penceraian tanpa surat penceraian. Dalam babak lain, salah satu ketua gangster mengarah Saga menyeludup masuk sepuluh juta ringgit dadah dari Bangkok ke Malaysia. Saga enggan bekerjasama kerana berpendapat dadah itu membahayakan manusia tetapi ketua tersebut tidak berfikir sedemikian. Peristiwa inilah dikatakan sebagai bernilai subjektif kerana pandangan setiap manusia adalah berbeza.
4
Selain itu, nilai ekstrinsik iaitu nilai yang bertujuan mencapai sesuatu matlamat telah dipamerkan oleh Rykarl dengan membaca buku bersungguh-sungguh supaya mendapatkan kasih sayang ayahnya. Hal ini demikian kerana Saga pernah menegur Rykarl yang tidak membuat kerja rumah dan menakutkannya akan menghalau Rykarl keluar dari rumah. Di samping itu, Cikgu Riza ialah seorang yang bernilai intrinsik. Nilai ini adalah kualiti yang diterima atau ditolak semata-mata kerana ia baik atau buruk tanpa mengambil kira kesannya. Dalam filem ini, beliau sayang akan Rykarl dan sanggup mengadai nyawa melindungi keselamatannya walaupun Rykarl bukan anaknya sendiri. Pada masa yang sama nilai subjektif juga ditunjukkan dalam filem ini. Kita tahu bahawa menipu itu suatu perlakuan yang tidak baik. Walau bagaimanapun, cikgu Riza sanggup menipu polis trafik dengan berlakon menjadi wanita hamil supaya menjamin keselamatan Saga yang menyembunyikan pistol di keretanya.
5
4.0
FAKTOR PEMBENTUKAN INSAN BERMORAL
Insan bermoral didefinisikan oleh Hazil Abd Hamid (1990) sebagai seorang individu yang mempunyai keperibadian yang baik dan boleh dipuji di mata masyarakat sekeliling. Insan bermoral juga adalah lahir daripada amalan nilai murni berasaskan kepada dimensi dan pegangan prinsip moralnya. Dalam usaha membentuk individu yang bermoral, beberapa faktor telah dikenalpasti demi menjamin pembangunan negara dan mewujudkan sebuah masyarakat yang bermoral dan berektika. Antara faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan insan bermoral adalah faktor keluarga, faktor media massa, faktor rakan sebaya dan faktor agama. Faktor-faktor ini menjadikan seseorang individu tersebut lebih baik kelakuannya atau sebaliknya di dalam kalangan masyarakat. Faktor keluarga merupakan penyumbang terbesar kepada pembentukan personaliti, tingkah laku dan sikap individu. Hal ini demikian kerana keluarga adalah satu institusi yang rapat dengan seseorang insan atau kanak-kanak. Tingkah laku manusia sering didorong oleh konflik dan tekanan psikologi yang mana mereka mengalami konflik dalam keluarga mereka sendiri (Mahmood Nazar Muhammad, 2005). Sekiranya seseorang kanak berada dalam keadaan rumah yang hubungan kekeluargaannya tidak mesra, ruang rumah yang sempit dan ibu bapa yang sentiasa bergaduh, anak tersebut sememangnya dipengaruhi menjadi pendiam kerana berasa rendah diri atau sebaliknya, agresif. Dari segi faktor persekitaran luar, setiap individu mudah terpengaruh oleh bahan- bahan hiburan yang boleh merosakkan akhlak mereka. Hal ini demikian kerana kehidupan abad ke 21 ini dipenuhi dengan pelbagai media elektronik seperti video, radio, televisyen dan sebagainya. Walaupun kegunaan multimedia adalah luas dan bertujuan memudahkan kerja manusia, namun ia telah disalahgunakan oleh individu yang tidak berniat baik. Pendedahan multimedia yang banyak mengandungi unsurunsur negatif seperti pornografi, buli siber dan lain-lain tidak dinafikan menyuntik akhlak moral yang tidak baik kepada minda seseorang insan. Walau bagaimanapun, individu yang memanfaatkan TMK untuk menambahkan pengetahuan secara akademik atau tidak akademik akan membantu dalam pembentukan sahsiah peribadi dan personaliti yang baik.
6
Seterusnya, pengaruh rakan sebaya juga antara faktor yang membentuk insan bermoral. Dengan adanya rakan, seseorang itu boleh berkongsi masalah, bertukartukar fikiran, dan bantu-membantu ke arah kebaikan atau sebaliknya. Mengikut Rajendram dan Ee, A.M. (1994), kelompok teman sebaya diakui dapat mempengaruhi dan mencorakkan sikap, nilai dan keputusan seseorang tentang perilakunya. Sekiranya rakan sebaya tidak bersikap tanggungjawab, menepati masa dan menghormati guru, ia boleh mengakibatkan murid tersebut meniru tingkah laku rakannya. Sebaliknya, individu boleh menjadikan seorang yang berbudi pekerti jika mereka memilih untuk bergaul dengan rakan-rakan yang beretika baik. Selain itu, agama turut sebagai elemen utama dalam pembentukan peribadi dan sahsiah seseorang individu. Jelas dilihat bahawa setiap agama melarang penganutnya melakukan kegiatan yang tidak bermoral dan mewajibkan mereka membuat perkara baik untuk kesejahteraan bersama. Dalam konteks ini, remaja yang terdidik dengan asuhan agama yang kukuh akan memperlihatkan peribadi murni yang selaras dengan ajaran agama (Eow B. H., 2000). Seandainya pegangan seseorang itu kuat terhadap ajaran agamanya, maka mereka akan mampu menangkis segala perbuatan yang tidak bermoral dalam kehidupan. Namun demikian, kekurangan didikan agama akan mengakibatkan seseorang individu mengalami keruntuhan akhlak dan peribadi disebabkan mereka tidak mempunyai pegangan hidup yang utuh.
5.0
RUMUSAN
Dapat dijelaskan di sini bahawa nilai, norma, sikap dan moral merupakan perkara yang saling berkaitan dalam pembentukan keperibadian seseorang insan. Justeru itu, aliran pemikiran dan kefahaman moral yang betul dan penghayatan nilai-nilai agama dalam kalangan masyarakat menjadi satu daripada strategi penting dalam menjaga dan meningkatkan keutuhan moral masyarakat. Sebagai kesimpulannya, bangsa Malaysia akan mempunyai identiti tersendiri yang menjadi teladan kepada dunia dengan wujudnya masyarakat yang bermoral dan beretika. Negara Malaysia akan terus berkembang maju ke arah penghayatan satu set nilai universal yang menjamin kewujudan warganegara yang cemerlang dari segi kejiwaan dan kerohanian. Maka, faktor-faktor yang tersenarai di atas perlu dititikberatkan oleh pelbagai pihak supaya permasalahan moral dapat dibasmi secara optimum.
7
6.0
RUJUKAN
Ahmad Khamis. (1999). Etika: Pendidikan Moral Untuk IPT. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Abdul Rahman Md. Aroff dan Chang Lee Hoon. (1994). Pendidikan Moral. Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn.Bhd. Abdul Rahman Aroff. (2002). Modul Pendidikan Moral EDU2003, Serdang: Percetakan Universiti Pertanian Malaysia. Eow Boon Hin. (2000). Pendidikan Moral: Siri Pendidikan Tinggi. Petaling Jaya: Pearson Education Malaysia. Faktor Yang Membentuk Etika Seseorang. Diakses pada 28 Februari 2017, daripada http://dakwak4u.blogspot.my/2011/12/faktor-yang-membentuk-etikaseseorang.html Hazil Abd Hamid. (1990). Sosiologi Pendidikan dalam Perspektif Negara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Konsep
Asas
Moral.
Diakses
pada
27
Februari
2017,
daripada
https://www.academia.edu/5066548/TAJUK_1_Konsep_Asas_Moral Koo Kee Peng dan Tang Chee Yee. (1990). Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Mahmood Nazar Mohamed. (2005). Pengantar Psikologi Pengenalan Asas kepada Jiwa dan Tingkah Laku Manusia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nur A‘Thiroh Abdullah, Tan Ai Pao dan Fariza Md Sham. (2009). Keperluan Memahami Psikologi Saudara Muslim. Jurnal Hadhari, Bil. 2: 83-97. Profil
Insan
Bermoral.
Diakses
pada
3
Mac
2017,
daripada
http://cikguskskr.blogspot.my/2012/08/pengenalanrakyat-malaysia-html Rajendram, N. dan Ee, A.M. (1994). Pendidikan Moral (Dinamika Guru). Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Kamus Dewan Edisi Kedua. (1991). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Sinar Harian. (2014, 28 Februari). “Masalah Sosial Meningkat” oleh Nordiana Johari.
8