Tajuk 7- Sej Dri Bawah.docx

  • Uploaded by: nur rara
  • 0
  • 0
  • July 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tajuk 7- Sej Dri Bawah.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 2,780
  • Pages: 12
1.0 PENGENALAN Penulisan sejarah dari bawah mula penting pada dekad Perang Dunia Kedua apabila George Lefevre membuat kajiannya mengenai Revolusi 1789 dan mengenakan istilah sejarah dari bawah ini. Kajian seperti ini diperkembangkan lagi oleh ahli-ahli sejarah barat yang lain, yang kebanyakkannya Marxist dan sosialis, yang telah memberikannya berbagai definisi yang berbeza. Asa Briggs telah menggunakan istilah sejarah orang biasa dan sejarah mukamuka di kalangan orang ramai (faces in the crowd). Hobsbawm telah menggunakan istilah sejarah sosial. G.M. Trevelyan pula menyebutkannya sebagai sejarah masyarakat tanpa politiknya. Walaupun sejarawan-sejarawan ‘sejarah dari bawah’ ini kesemuanya menumpukan kajian mengenai rakyat bawahan, namun pendekatan dan tumpuan mereka berbeza-beza. Malah wujud pula dua kumpulan yang bertentangan, satu dianggap sebagai golongan elitis, yang menganggap orang-orang bawah hanya mempunyai motivasi, bersikap defensive dan mundur, sedangkan orang atasan berpandangan ‘ ke hadapan’. Di antara sejarawan yang mewakili golongan ini ialah George Rude’ yang menekankan kepentingan “ otonomi orang ramai dan motivasi peserta-peserta” dalam sesuatu revolusi. Dalam kajiannya, beliau cuba menyelami pemikiran itu, yang baginya jelas mempunyai objektif untuk mempertahankan hak-hak adat orang-orang miskin Britain yang bebas1. Kumpulan sejarawan dari bawah yang menentang golongan yang dikatakan elitis di atas, ialah kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai ‘sejarawan kaki ayam’ (barefoot historians) yang terdiri dari peserta-peserta bengkel ‘sejarah rakyat’ yang mencadangkan satu ‘sejarah pilihan’ (alternative history). Tumpukan kajian mereka adalah orang-orang bawahan biasa yang mereka anggap sebagai ‘ mangsa’ sejarah. Tujuan mereka adalah untuk

1

George Rude 1988. The Faces of the Crowd, Studies in Revolution, Ideology and Popular Protest, New York: Harvester, Whetsheaf

1

mempopularkan sejarah supaya ia menjadi lebih terbuka kepada masyarakat umum yang tidak terlalu akademik. Mereka cuba melihat sejarah itu dari dalam diri orang-orang yang mereka kaji dan juga dari persekitaran mereka. Mereka lebih suka menggunakan sumbersumber lisan ataupun sumber-sumber sejarah tradisional yang lain. Mereka juga berpendapat bahawa sejarah itu adalah subjektif, dan pendekatannya haruslah dilakukan secara berkumpulan dan merupakan aktiviti masyarakat. Di Malaysia, penulisan sejarah dari bawah kurang mendapat perhatian. Ia hanya mula menular lewat pada 1970an apabila jabatan-jabatan sejarah di universiti-universiti tempatan menggalakkan pelajar-pelajar mereka supaya membuat kajian dan penyelidikan mengenai sejarah tempatan, iaitu sejarah micro, yang sebahagian kecilnya telah diterbitkan. Pada 1988, Cheah Boon Kheng telah menghasilkan sejarah tentang perompak-perompak tani di Kedah. Dalam penjelasannya, beliau mengatakan bahawa “ kajian ini merupakan sejarah sosial berkenaan dengan kawasan pendalaman kedah, ditulis dari bawah’2. Demikian juga tulisan sekumpulan penulis-penulis dalam The Underside of Malaysian History3. Semua tulisan sejarah dari bawah ini telah menggunakan sumber-sumber asli, seperti yang terdapat dari Pejabat Tanah Jajahan di London, Pejabat Setiausaha Negeri-Negeri Melayu, Pejabat Daerah, laporan tahunan dan juga temu bual dari orang-orang setempat yang masih mengingati peristiwa-peristiwa yang dikaji. Kebanyakan orang-orang bawahan yang menjadi tajuk kajian sendiri tidak memiliki tinggalan bertulis, menyebabkan ahli sejarah agak sangsi akan keupayaan untuk menulis sejarah mereka dari pandangan mereka sendiri, lantas mengistilahkannya sebagai sejarah saya sendiri, kerana ia tidak boleh melarikan diri dari nilai-nilai dan pengalamannya sendiri.

2

Cheah Boon Kheng 1988. The Peasant Robbers of Kedah 1900-1929. Historical and Folk Perceptions, Singapore: Oxford University Press 3 PJ Rimmer, 1990. The Underside of Malaysian History. Singapore University Press

2

2.0 Kawasan Desa/Kampung 2.1 Perlombongan Di Tanah Melayu Sejarah golongan masyarakat bawahan ini kurang mendapat perhatian dalam kalangan pengkaji sejarah. Penulisan sejarah banyak berfokuskan kepada golongan atasan sahaja. Marx juga menegaskan kepada masyarakat sebagai unit kajian sejarah’. Tidak ramai yang dapat mengetahui sejarah yang berkaitan rakyat biasa. Karya ini telah memberi kesedaran cara kehidupan, perasaan dan ilmu pengetahuan golongan bawahan atau orang biasa. Tambahan pula karya ini juga telah membantu pengkaji untuk mendalami dan mengetahui keadaan yang berlaku pada waktu tersebut. Berdasarkan karya ini dapat ditafsirkan bahawa kejadian yang berlaku dalam komponen masyarakat tersebut melibatkan orang-orang biasa dan peristiwa yang berlaku juga4. Oleh itu, karya ‘The Underside of Malaysian History’ ini banyak membicarakan tentang orang biasa iaitu golongan pekerja dan pekebun getah5. Buktinya, dapat dilihat dalam buku ini dimana Barlow mengatakan ‘ It is further important to recognise the emergence of two distinct subgroups amongst the smallholding workers. These broadly distinguished those who were enterprisinh, skilled and knowledgeable enough to use modern technology and other opportunities to their economic advantage and those who did not have these capabilities. Perubahan Sosioekonomi Perlombongan kepada pertanian Awal 1950-an, berlaku perubahan sosioekonomi di Daerah Kinta. Perubahan perlombongan kepada pertanian yang ratanya adalah daripada imigran Cina yang berpindah dan memenuhi kawasan untuk bertani. Dianggarkan seramai 10,000 orang yang ditempatkan semula dalam 30 kawasan “Kampung Baru” dan 214 kawasan “penempatan semula” di tapak perlombongan,estet dan desa(Ooi Jin Bee,1955). Ini merupakan strategi British untuk mengatasi kebangkitan Parti Komunis Malaya (PKM). Muncul komuniti agrikultur pada 1880-1929. Berkaitan dengan Perang Dunia Kedua dan telah mengubah sosioekonomi yang

4 5

R. Suntharalingam, 1987. Pensejarahan Barat. Petaling Jaya : Fajar Bakti. halaman 177 PJ Rimmer, 1990. The Underside of Malaysian History. Singapore University Press

3

menjejaskan industri bijih timah dan memulakan agrikultur bagi mempelbagaikan penjanaan ekonomi. Kemudian, ditambah pula dengan polisi kerajaan dan pengembalian semula sektor perlombongan menyebabkan lebih ramai imigran dari China datang ke Tanah Melayu. 3.0 KAWASAN BANDAR 3.1 PEMBANGUNAN LANDASAN KERETA API DI MALAYA Pada separuh kedua abad ke-19, Semenanjung Tanah Melayu mengalami kemajuan dalam sektor pengangkutan ekoran permintaan yang tinggi dalam sektor perlombongan Bijih Timah. Pembinaan kereta api kumulatif menelan belanja lebih daripada $ 233 juta (Kaur, 1985) kerana wujud eksploitasi buruh. Tiga fasa pembangunan kereta api, ini berlaku bagi memudahkan kawasan perlombongan bijih timah, dan dihantar ke Pulau Pinang atau Singapura untuk peleburan. Dalam tempoh pertama tahun (1880-1896), kawasan perlombongan bijih timah, garis-garis ini menghubungkan rantau pesisir yang menghasilkan pantai dari mana bijih itu dihantar ke Pulau Pinang atau Singapura untuk peleburan. Tempoh yang terakhir ialah pada tahun(1910-1931) yang lebih cenderung pada konsep agrikultur6. Pelan untuk pembinaan jalan kereta api dari Taiping ke Port Weld diutarakan pada 1882. Kerajaan Perak menyuruh kerajaan Ceylon untuk membinanya ekoran kerajaan Perak tidak mempunyai pengalaman dalam bidang kejuteraan kereta api serta masalah buruh. Walaupun jumlah perkerja Cina banyak tapi meraka tidak gemar untuk lombong dan tidak suka buat kerja-kerja biasa, Melayu juga tidak rela bekerja dalam tempoh yang ditetapkan lebih-lebih lagi sewaktu musim penanaman. Usaha utk memgambil pekerja India tempatan juga dilakukan namun masih lagi berlaku kekurangan7. Bagi mengatasi masalah tersebut, kerajaan Ceylon menghantar syarikat pengasas untuk menyiapkan jalan kereta api. (FMS, Railways 1935). Pada akhir abad ke 19, pekerja India datang ke Tanah Melayu melalui sistem

6 7

Kaur, 1990. The Underside of Malaysian History. Singapore University Press Ibid

4

kontrak. Sistem ini akan menghantar agen ke perkampungan India dan memilih sebilangan orang lelaki. Lelaki ini akan menandatangani kontrak dan akan termaktub dalam kontrak.(Kondapi,1951). Kemudian wujud sistem yang selaras iaitu sistem Kangani. Sistem ini akan terdiri daripada imigran yang bekerja dalam penanaman dan mengumpul duit. Kemudiannya, imigran tersebut akan pulang ke kampung halaman dan merekrut buruh dalam kalangan mereka sendiri. Pemberian upah bergantung kepada kelas dan kemahiran dalam pekerjaan8. Pengurusan yang mahir dan elit akan diambil bekerja secara bulanan mendapat cuti pada hari ahad dan mendapat khidmat perubatan yang baik. Manakala, pekerja samada mahir atau tidak mahir akan diambil bekerja secara harian. Mereka tidak akan dibayar upah pada hari ahad dan hari cuti dan kos perubatan mereka tidak ditanggung. Jumlah gaji yang minimum bagi pekerja jalan raya British adalah berjumlah $400 sebulan. Menurut sumber, upah tersebut tidak mencukupi untuk mengekalkan moral dan perangai buruh untuk mengukuhkan mental dan fizikal mereka (Nair,1937). Bentuk lain dalam pengawalan upah adalah mengambil pekerja baru walaupun secara teorinya kontrak buruh adalah dalam tempoh yang sangat terhad. Kebiasaaan amalan bagi pekerja untuk menetap walaupun kontrak mereka telah tamat. Selepas sistem kontrak dimansuhkan pada 1910 tiada kontrak bertulis dalam sistem kangani. 3.2 Penarik Beca Pada 17 Februari 1880, jinrikisha diimport dari Shanghai di mana ia mula-mula dihantar dari Jepun. Terdapat permintaan tinggi untuk jinrikisha bukan sahaja di Singapura tetapi di Negeri-negeri Selat, Melaka dan Pulau Pinang yang lain, dan Negeri-negeri Melayu9. Dalam menjaga berkualiti jinrikisha, Encik Hooper mengesyorkan bahawa Pesuruhjaya Perbandaran 8 9

Kaur, 1990. The Underside of Malaysian History. Singapore University Press PJ Rimmer, 1990. The Underside of Malaysian History. Singapore University Press

5

menggalakkan sindiket dalam cadangan mereka untuk mengimport jinrikisha dengan roda getah dengan mengubah klasifikasi kenderaan dan struktur tambang dan Gabenor membenarkan perubahan Undang-Undang Kecil dan Tambang Schedul untuk menampung cadangan ini. Peningkatan angkatan jinrikisha kerana trem elektrik diperkenalkan di Singapura pada tahun 1905. Jinrikisha ada banyak jenis iaitu getah dan besi. Peningktan jinrikisha berlaku dan selepas 13 Mei, sudah tiada lesen untuk jinrikisha. Dibuktikan pada 1924, pesuruhjaya menghentikan lesen untuk jinriska kerana lebihi keperluan. Dua jinrikisha lama boleh dapat satu lesen untuk jinrikisha baru. Tambahan, ada pengangkutan baru lain iaitu bas troli dan bas nyamuk tujuh tempat duduk (atau Ford). Pendaftar telah ketepikan penarik jinrikisha lama kerana lemah fizikal dan menggantikan dengan pendatang asing untuk tarik jinrikisha iaitu daripada golongan muda. Oleh itu, penarik jinrikisha lama telah mengambil dadah untuk dapatkan tenaga untuk menarik jinrikisha semula tetapi kesannya pada tahun1907 jumlah penarik jinrikisha yang lemah semakin ramai kerana megambil dadah10. Julai 1897, terdapat bukti bahawa sebuah masyarakat rahsia telah ditubuhkan di kalangan lelaki Hok Chew jinrikisha. Pada 31 Mac 1899, tiga orang telah ditugaskan untuk membantu satu puak untuk memonopoli jinrikisha berdiri di Jeti Johnston. Pada tahun 1892, sewa yang dibayar oleh penarik kepada pemiliknya adalah 25 sen sehari dan 20 sen setiap malam. Menjelang tahun 1897, angka-angka ini telah dikurangkan kepada 10 sen sehari dan 9 sen setiap malam, kurang daripada 50 peratus daripada mereka yang telah dibayar sebelum ini. Pada tahun 1892, pemilik mengadu bahawa perniagaan jinrikisha tidak menguntungkan. Encik Hooper tidak bersetuju. Banyak jinrikisha Jepun yang baru dalam operasi mereka membuat keuntungan kerana mereka berharga $ 50 setiap satu11. Selepas tahun 1896,

10 11

PJ Rimmer, 1990. The Underside of Malaysian History. Singapore University Press Ibid

6

Jinrikisha yang dipungut adalah mengikut arahan. Bilangan kes turun naik selepas itu sehingga Ordinan Jinrikisha baru 1 tahun 1900 berkuatkuasa. Oleh kerana penarik tidak faham bahawa tunggangan dan menghalang trafik adalah salah, tidak menghairankan bahawa mereka mengadu bahawa peon memungut kenderaan mereka tanpa alasan12. 3.3 Pelacuran di Singapura dan golongan Karayuki-san. Bahagian ini menekankan pengalaman individu atau kumpulan. Sejarah wanita di Asia Tenggara merujuk kepada pelacur dari Jepun. Pakar sejarah seperti Lerner (1976) telah berjuang secara berterusan untuk mengiktiraf wanita sebagai sumber sejarah yang patut dikaji. Beliau telah Berjaya membuka mata Sejarawan di Asia Tenggara untuk mula mengkaji sejarah dari kaca mata wanita. Menurut Davis (1976) : “It seems to me that we should be interested in the history of both men and women, that we should not be working on only the subjected sex anymore than an historian of class can focus exclusively on peasants. Our goal is to understand the significance of the sexes, of gender groups in the historical past.”

Merungkai bahagian kesedihan kisah hidup 2 Oichi (Karayuki dari golongan Karayuki -san) -san. Dalam komuniti Jepun, Khasnya di Amakusa faktor emigrasi adalah kerana Karayuki-san di Asia Tenggara untuk keluar dari kelompok kemiskinan(Yamazaki Tomoko,1975). Oichi dipaksa tinggalkan keluarga kerana tidak mampu. Kisah Oichi yang dibawa masuk nanshin dan dilayan macam lembu(Morisaki Kazue,1976). Kemudian Oichi mengabdikan dirinya di Rumah Pelacuran (Brothel)13. Kisah pelacuran ini berhubungkait dengan suasana pekerjaan di Singapura. 4 kejahatan utama merokok, berjudi ,minum arak dan melacur. Wanita-wanita seperti Oichi akan melanggan buruh imigran yang tidak mempunyai isteri dan anak. 12 13

PJ Rimmer, 1990. The Underside of Malaysian History. Singapore University Press Ibid

7

4.0 Penyakit dan kesihatan 4.1 Kesihatan pekerja estet di Negeri- negeri Melayu bersekutu pada tahun 1920 Tanah Melayu merupakan kawasan yang tidak sihat pada tahun 1920. Majoriti penduduk mempunyai penyakit seperti Malaria, Tuberculosis, Cholera. Faktor yang menyumbang kepada penyakit ini merebak adalah ekoran daripada perataan tanah untuk estet, perlombongan dan pembangunan. Sistem ekologi terganggu dan penyakit mudah menular. Jumlah buruh imigran yang ramai dan mempunyai sistem imunisasi badan yang rendah disertai dengan sektor perkhidmatan perubatan yang kurang pengalaman menyebabkan banyak kematian. Penyakit Malaria adalah penyakit yang paling teruk berlaku di Tanah Melayu kerana telah meragut 200,000 nyawa14. Kematian semakin meningkat ekoran pembukaan tanah estet dan kedatangan tenaga buruh imigran yang meningkat. 4.2 Kaum, mentaliti kolonial dan kesihatan awam pada awal abad ke 20 di Tanah Melayu Buku yang dikaji ini mengkaji sejarah daripada perspektif masyarakat biasa. Kajian ini melibatkan sejarah kesihatan antara lelaki dan perempuan terutamanya dalam kalangan buruh, petani, nelayan yang jarang sekali dapat dilihat dalam sesebuah karya pensejarahan. Bahagian ini turut mengkaji persepsi kesihatan, kebersihan dan polisi yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk menambahbaik kesihatan terutama dalam pendidikan sanitasi dan hasrat ini menyokong penuh masyarakat Melayu, Cina dan India di Tanah Melayu. Mentaliti kolonial pada masa ini lebih cenderung terhadap teori miasmatik iaitu teori yang mengatakan penyakit seperti Malaria dan Cholera adalah disebabkan oleh pengudaraan yang tidak elok dan dikenali sebagai “udara buruk” atau kedatangan roh-roh jahat. Sewaktu Tanah Melayu dan Singapura di bawah pengaruh British, terdapat teori yang melibatkan alam sekitar yang 14

Badriyah Hj. Salleh, 17 dan 18 Ogos 1992. Sejarah dari bawah : sejarah rakyat dalam masyarakat Melayu Tradisional, dibentangkan dalam Persidangan Kebangsaan Isu-Isu Pensejarahan. Universiti Sains Malaysia : Pulau Pinang.

8

menyumbang kepada perubahan status kesihatan dan teori ini berubah mengikut arus peredaran zaman berdasarkan bangsa, kelas sosial dan latar belakang pendidikan. Pada tahun 1920, kesihatan awam semakin meningkat kerana banyak program dan perkembangan kemajuan servis perubatan mula rancak dijalankan. Antara program yang dianjurkan ialah pendidikan kesihatan yang eksplisit, dan juga pendedahan tentang penjagaan kebersihan serta penggunaan ubat pencegah yang merupakan fungsi ideologi yang penting15. Antaranya ialah kempen untuk membasmi penyakit cacing kerawit (Ankylostomiasis). Data menunjukkan Penang pada 1927, sebagai contohnya 85% daripada masyarakat Melayu mengalami kecacingan. Begitu juga dengan kawasan pedalaman yang melibatkan masyarakat Melayu, Cina dan India selepas dilakukan pemeriksaan kesihatan (SSADR, 1928). Kesannya, kempen ini diangkat menjadi forum utama dalam pendedahan pendidikan tentang kebersihan dan proses pencernaan yang berkualiti. 4.3 Sindrom Amok dan latah di Tanah Melayu Kes amok yang paling mendapat perhatian di Tanah Melayu adalah Sunan, pemuda bangsa Melayu di Penang yang ditangkap selepas membunuh 8 orang dan dihadapkan kepada Hakim William Norris pada tahun 1846. Kes ini dikaitkan dengan isu mental kerana Sunan dipercayai mengamuk kerana sedih akan kematian anaknya. Sunan juga mengatakan bahawa dia tidak mengingati sebarang perkara yang dia lakukan. Namun, Sunan masih dijatuhkan hukuman gantung dan mayatnya dikerat. Kemudian,keratan mayatnya ditaburkan di atas tanah dan ada dibuang ke dalam laut. Menurut Gimlette (1901) antara simptom amok adalah hilang kawalan terhadap diri sendiri, mempunyai depresi mental, cenderung untuk membunuh tanpa sebab dan hilang ingatan akan sesuatu yang dilakukan pada masa itu16.

15 16

Manderson, 1987 The Underside Of Malaysian History. Singapore: University Press Gimlette 1901. . The Underside Of Malaysian History. Singapore: University Press

9

Berkenaan latah pula, merupakan ‘hyper-startle’ yang menyebabkan individu mengeluarkan kata-kata yang berkaitan dengan kemaluan atau melontarkan objek yang berada di tangan17. Latah juga akan menyebabkan individu tersebut mendengar arahan yang diberikan dan melakukan imitasi terhadap gerak geri yang dilihat. Latah ini dialami oleh kedua-dua jantina samada lelaki mahupun perempuan. Wujud perbahasan yang mengatakan bahawa lelaki lebih cenderung untuk mengalami latah berbanding perempuan. Namun, fakta ini bersifat ‘bias’ dan berat sebelah kerana pengkaji kebiasaannya akan melihat lelaki kerana mereka mudah dapat dilihat kerana bekerja sebagai nelayan, polis dan sentiasa dapat dilihat dalam rutin harian.

17

Murphy 1973. The Underside Of Malaysian History. Singapore: University Press

10

5.0 KESIMPULAN Secara kesimpulannya, “The Underside Of Malaysian History” menepati pendekatan sejarah dari bawah. Karya penulisan yang mengangkat golongan bawahan seperti petani, penarik beca, pelacur dan masyarakat bawahan yang lain. Buku ini juga meliputi pelbagai aspek dalam kalangan masyarakat bawahan. Aspek ekonomi, sosial, politik dan budaya semuanya disentuh secara halus. Buku ini turut membawa kepentingan yang tersendiri terhadap sejarah negara. Buku ini juga telah memberikan kesedaran supaya lebih menghargai jasa nenek moyang kita. Terdapat 4 kepentingan Sejarah Dari Bawah iaitu, mengetahui sejarah masyarakat bawahan, mengetahui nilai atau pengajaran daripada golongan masyarakat bawahan yang tidak diketahui, memberikan perspektif baru kepada pembaca iaitu pensejarahan dari sudut golongan bawahan dan memahami tingkah laku masyarakat dari pelbagai aspek.

11

6.0 BIBLIOGRAFI George Rude 1988. The Faces of the Crowd, Studies in Revolution, Ideology and Popular Protest, New York: Harvester, Whetsheaf Gimlette 1901. . The Underside Of Malaysian History. Singapore: University Press Murphy 1973. The Underside Of Malaysian History. Singapore: University Press Cheah Boon Kheng 1988. The Peasant Robbers of Kedah 1900-1929. Historical and Folk Perceptions, Singapore: Oxford University Press Badriyah Hj. Salleh, 17 dan 18 Ogos 1992. Sejarah dari bawah : sejarah rakyat dalam masyarakat Melayu Tradisional, dibentangkan dalam Persidangan Kebangsaan Isu-Isu Pensejarahan. Universiti Sains Malaysia : Pulau Pinang. Kaur, 1990. The Underside of Malaysian History. Singapore University Press PJ Rimmer, 1990. The Underside Of Malaysian History. Singapore: University Press R. Suntharalingam, 1987. Pensejarahan Barat. Petaling Jaya : Fajar Bakti. R. Suntharalingam, 1985. Pengenalan Kepada Sejarah .: Marican. Manderson, 1987 The Underside Of Malaysian History. Singapore: University Press

12

Related Documents

Dri
November 2019 15
Sej
April 2020 42
Tajuk
October 2019 38
Tajuk
November 2019 26

More Documents from ""