Bangunan Sultan Abdul Samad ini terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Bangunan ini berhadapan dengan Dataran Merdeka, Kelab Diraja Selangor dan berdekatan dengan Sungai Bonus. Bangunan Sultan Abdul Samad dibina bercirikan seni bina Moor direka bentuk oleh arkitek berbangsa British,Anthony C.Norman. Bangunan dua tingkat ini didirikan di atas kawasan seluas 10200 meter persegi dan tingginya ialah 57 meter. Di bawahnya terdapat tempat letak kereta untuk hakim - hakim dan pegawai–pegawai mahkamah. Ia mempunyai 3 kubah dan sebuah menara jam setinggi 40 meter. Bangunan ini turut dilanda banjir pada tahun 1971 apabila hujan lebat berlaku di seluruh negara. Jumlah hujan yang lebat itu ditambah pula dengan sistem saliran yang tidak begitu memuaskan di sekitar Kuala Lumpur. Pengubahsuaian pada tahun 1978 mengambil masa enam tahun, menelan belanja sebanyak RM 17.2 juta ringgit. Di sini tempat di mana bendera Union Jack telah diturunkan pada 31 Ogos 1957 dan Jalur Gemilang dikibarkan. Peristiwa ini menunjukkan satu tanda berlalulah satu era dan lahirlah satu masyarakat yang merdeka. Nama bangunan ini diambil sempena nama Sultan Selangor yang memerintah ketika itu. Bangunan ini dirasmikan pada tahun 1896. Bangunan ini menjadi saksi perarakan kemerdekaan Malaysia setiap tahun pada tarikh 31 Ogos 1957.
GAMBAR BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD
Bangunan Sultan Abdul Samad bina bercirikan seni bina Moor direka bentu oleh arkitek British,Anthony C.Norman.Bangunan dua tingkat ini didirikan di atas kawasan seluas 10200 meter persegi dan tingginya ialah 57 meter.Dibawahnya terdapat tempat letak kereta untuk hakimhakim dan pegawai –pegawai mahkamah.Ia mempunyai 3 kubah dan sebuah menara jam setinggi 40 meter. Pengubahsuaian pada tahun 1978 mengambil masa enam tahun,menelan belanja sebanyak RM 17.2 juat ringgit.Disini tempat dimana bendera Union Jack telah diturunkan pada 31 Ogos 1957 dan
bendera Wilayah Persekutuan dikibarkan.Tanda ini menunjukkan satu tanda berlalulah satu era dan lahirlah satu masyarakat yang merdeka. Nama bangunan ini diambil sempena nama Sultan Selangor yang memerintah ketika itu.Ia dirasmikan pada tahun 1896. http://anzmiza.tripod.com/sultan.htm