Essei Hsa 101 (wani).docx

  • Uploaded by: nur rara
  • 0
  • 0
  • July 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Essei Hsa 101 (wani).docx as PDF for free.

More details

  • Words: 2,622
  • Pages: 11
1.0

Pengenalan Secara amnya, istilah sejarah tidak dapat ditakrifkan sembarangan mengikut

keterangan – keterangan yang diberikan oleh kamus semata-mata .1 Hal ini demikian kerana medium tersebut hanya menyediakan keterangan yang agak singkat di samping memberikan beberapa makna yang berbeza. Hal ini sekaligus akan menyebabkan timbulnya kekeliruan dalam kalangan pembaca. Sebagai contohnya, istilah sejarah telah diberikan tiga takrifan yang berlainan dalam kamus dewan. 2 Buktinya, menurut

kamus dewan,

sejarah juga

ditakrifkan sebagai salasilah ataupun asal usul, kajian atau pengetahuan mengenai peristiwa – peristiwa yang telah berlalu serta peristiwa yang benar-benar berlaku pada masa lampau.3 Pada dasarnya, makna tersebut tidak terpesong memandangkan ia menjelaskan maksud umum tentang pengertian sejarah. Namun begitu, ia tidak menghuraikan satu penakrifan yang halus dan tepat tentang sejarah sebagai disiplin ilmu.4 Ekoran itu, tulisan sarjana - sarjana tertentu seperti E.H Carr, M.Mandelbaum, F.J Teggard dan R.G Collingwood perlulah dirujuk dalam usaha untuk mendapatkan penakrifan yang lebih halus dan terperinci berkaitan sejarah.5 Menurut ahli sejarah E.H Carr, sejarah merupakan suatu proses perhubungan yang tidak putus- putus antara ahli sejarah dengan bahan- bahannya dan suatu dialog yang juga tidak putus-putus di antara zaman sekarang dengan masa yang telah lalu. 6 Hal ini jelas memperlihatkan bahawa ahli sejarah mempunyai hubungan yang rapat dan erat dengan fakta – fakta yang telah dikumpulkan bagi menghasilkan sesebuah karya sejarah. Fakta sejarah sememangnya merupakan nadi ataupun tulang belakang bagi sejarah. Ia terhasil daripada

1

R, Suntharalingam, Pengenalan kepada sejarah (1985), hlm. 1 Ibid, hlm. 1 3 Ibid, hlm. 1- dalam buku Pengenalan Kepada Sejarah 4 Ibid, hlm. 1 5 Ibid, hlm. 1 6 Muhd Yusof Bin Ibrahim, Pengertian sejarah (1975), hlm.1 2

proses ingatan para sejarawan dan merupakan suatu perkara yang bersifat subjektif pada hakikat yang sebenarnya memandangkan ia merupakan satu bentuk gambaran atau cerita mahupun konstruk yang dilakukan oleh ahli sejarah. 7 Oleh hal yang demikian, sejarah tidak dapat dipisahkan dengan soal penafsiran ahli – ahli sejarah. Penafsiran ahli-ahli sejarah dalam sesebuah karya sejarah sememangnya berbeza antara satu sama lain bergantung kepada cara mereka menafsirkan sesebuah fakta sejarah. Oleh itu, tidak hairanlah jika setiap karya sejarah yang terhasil mempunyai keunikan dan dihiasi dengan fikiran ahli sejarah yang menulisnya. Persoalannya, sebagai seorang pembaca karya sejarah, apakah langkah-langkah yang sewajarnya dipraktikkan sebelum kita membaca dan menelaah sesebuah karya sejarah? 2.0

Langkah – langkah Yang Perlu Diambil Sebelum Membaca Karya Sejarah Umumnya, terdapat beberapa langkah yang sewajarnya dipraktikkan oleh setiap

individu sebelum membaca sesebuah karya sejarah Hal ini amat penting agar kita bebas melakukan sebarang penilaian di samping tidak mudah terpengaruh serta taksub dengan sesuatu idea dan pemikiran yang telah diutarakan oleh ahli sejarah dalam karya mereka. Tambahan pula, melalui pendekatan tersebut, kita juga dapat mengenal pasti fakta sejarah yang sahih serta fakta sejarah yang diada – adakan oleh ahli sejarah memandangkan karya sejarah sering dihiasi oleh pemikiran si pencatat. Hal ini dikukuhkan lagi dengan hujah seorang ahli sejarah Amerika yang menyatakan bahawa fakta sejarah tidak wujud bagi manamana ahli sejarah sehinggalah dia mewujudkannya. 8 Pernyataan ini jelas memperlihatkan bahawa risiko wujudnya fakta sejarah yang tidak sahih dalam sesebuah karya sejarah adalah tinggi Ekoran itu, melalui pengamalan langkah – langkah ini secara tidak langsung dapat

7 8

Arbaiyah Mohd Nor, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan, (2002), hlm. 53 EH Carr terjemahan Abdul Rahman Haji Ismail, Apakah sejarah, (1984), hlm. 17

memberi persediaan awal serta membantu para pembaca supaya lebih berhati – hati dan peka sebelum menelaah sesebuah karya sejarah. 2.1

Mengkaji Ahli Sejarah yang Menghasilkan Sesebuah Karya Sejarah Salah satu langkah yang perlu diimplementasikan ialah kita seharusnya mengkaji ahli

sejarah yang menulis sesebuah karya sejarah sebelum menelaah karya sejarah tersebut.9 Hal ini jelas terbukti apabila: Seorang mahasiswa pintar telah disarankan supaya membaca karya sarjana ulung Jones dari St. Judes. Ekoran itu, dia telah berusaha untuk menemui seorang rakan di St Jude’s kerana mahu bertanyakan dan mengetahui perwatakan Jones serta jenis corak pemikiran yang mempengaruhinya.10 Secara peribadinya, saya amat bersetuju dengan tindakan mahasiswa tersebut yang menemui rakannya di St Judes untuk bertanyakan perwatakan serta corak pemikiran sejarawan yang menulis karya sejarah tersebut memandangkan ia merupakan usaha yang sangat baik dan sewajarnya dicontohi oleh setiap individu. Hal ini demikian kerana peribadi seseorang ahli sejarah seperti perwatakan dan corak pemikiran turut berkait rapat dengan karya sejarah yang ditulisnya. Buktinya, Profesor Oakeshott menyatakan bahawa sejarah adalah pengalaman ahli sejarah. Ia tidak ‘dibuat’ oleh sesiapa melainkan ahli sejarah. Oleh itu, hanya menulis sejarah sahajalah satu satunya cara untuk membuatnya.11 Pendapat Profesor Oakeshott tentang perkara tersebut jelas

sependapat dengan Collingwood. Walau

bagaimanapun, saya percaya bahawa sesetengah indivudu pasti akan tertanya - tanya tentang skop dan perkara - perkara yang perlu dititikberatkan ketika mengkaji ahli sejarah. Bagi merungkai persoalan ini, Tariff Khalidi telah menyarankan dua petunjuk yang relevan dan

9

EH Carr terjemahan Abdul Rahman Haji Ismail, Apakah sejarah, (1984), hlm. 19 Ibid, hlm. 20 11 Ibid, hlm. 18 10

wajar dijadikan panduan dalam mengkaji sejarawan yang mengarang sesebuah karya sejarah. Menurut beliau : Sejarawan boleh dikaji secara bermakna dari dua sudut. Mereka boleh dilihat sama ada dari sudut kebenarannya iaitu secara amnya sebagai sumber-sumber, ataupun seperti yang dilakukan di dalm kajian ini, dari sudut pandangan- pandangan mereka terhadap sejarah dan asas-asas teorinya, memikirkan kembali pemikiran – pemikiran mereka sebagaimana dikatakan oleh R.G Collingwood12 Berdasarkan pendapat di atas, kita dapat menyimpulkan bahawa tumpuan terhadap aspek kebenaran iaitu sumber dan sudut pandangan ahli sejarah terhadap sejarah, asas teori serta aliran pemikiran sejarawan penting apabila ingin mengkaji seseorang ahli sejarah yang menulis karya sejarah. Oleh itu, penekanan terhadap perkara – perkara berikut sewajarnya diberi perhatian yang serius. Misalnya, kita sedia maklum bahawa sudut pemikiran ahli sejarah mencakupi aliran objektif dan aliran subjektif. Hal ini sekaligus menunjukkan bahawa setiap sejarawan memiliki dan mengamalkan aliran pemikiran yang berlainan antara satu sama lain. Umumnya, sejarawan yang mengamalkan aliran objektif sememangnya melihat kepada kewujudan objek atau nilai di luar diri manusia secara terpisah dan bebas. 13 Objek tersebut dianggap baik sifatnya tidak kira dalam ruang atau waktu mana sekalipun.14 Jadi, sekiranya manusia tidak mengetahuinya, maka itu adalah kerana kelemahannya sendiri bukan disebabkan objek tersebut tidak ada. Ringkasnya, sejarawan yang mengamalkan aliran ini menekankan keperluan untuk membuat pemisahan yang mutlak antara objek dengan subjek. Ekoran itu, sejarawan yang beraliran objektiviti akan memisahkan antara kedua-duanya dan tidak

12

Mohd Yusof Ibrahim & Mahayudin Haji Yahya. Sejarah dan pensejarahan, (1988), hlm.10 Abdul Rahman Haji Abdullah. Pengantar Ilmu Sejarah, ( 1994), hlm. 22 14 Ibid, hlm. 22 13

mencampuradukkannya sehingga tidak jelas hakikat dan identiti masing –masing kerana ilmu tersebut dianggap saintifik dan tulen. Sebagai contohnya, sejarawan Leopold Von Ranke yang merupakan pelopor kepada aliran ini berpendapat bahawa penulisan sejarah mampu untuk menegakkan kebenaran objektif dengan memaparkan secara tepat dan betul kejadiankejadian

lampau.

15

Menurut

Ranke,

tujuan

mempelajari

sejarah

adalah

untuk

menggambarkan kejadian-kejadian “ sebagaimana ia berlaku” (wie es eigentlinch gewesen) berteraskan fakta dan dokumen-dokumen yang dikaji secara saintifik. 16 Oleh itu, sebagai pembaca kita seharusnya memahami bahawa setiap hasil karya sejarah Ranke semestinya bersifat objektif dan tepat tanpa mencampurkan emosi dan perasaannya. Dengan itu, barulah kita dapat menelaah teks sejarah yang dikarangnya dengan mudah, mendalam dan adil. Sebaliknya, sejarawan yang mempraktikkan aliran subjektif akan menekankan unsur perasaan dan memberi nilai baik atau buruk terhadap karya sejarah mereka tetapi bukannya nilai asli yang terdapat pada sesuatu benda itu. Hal ini persis kata Shakespeare iaitu ‘there is nothing either good or bad, but thinking makes it so’. 17 Oleh itu, dapatlah dirumuskan bahawa ahli sejarah yang beraliran subjektif menekankan bahawa semua sejarah adalah sejarah pemikiran memandangkan ia merupakan pembentukan semula dalam fikiran ahli sejarah tentang pemikiran sejarah yang sedang dikaji olehnya. Hal ini demikian kerana pengarang yang mengamalkan aliran subjektif berpendapat bahawa aliran tersebut bercorak sastera. Ringkasnya, pembaca karya sejarah sewajarnya mengetahui bahawa sejarawan yang mengamalkan aliran ini tidak menulis apa yang sudah berlaku tetapi menulis apa yang ditulis oleh sejarawan. Selain itu, teknik penulisan para sejarawan juga perlulah dikaji sebelum menelaah sesebuah karya sejarah. Hal ini demikian kerana setiap ahli sejarah berbeza pendapat tentang 15

R, Suntharalingam, Pengenalan kpd sejarah (1985), hlm. 119 Abdul Rahman Haji Abdullah. Pengantar Ilmu Sejarah, ( 1994), hlm. 23 17 Ibid, hlm. 22 16

cara ataupun teknik penulisan sejarah yang meliputi pengumpulan bahan- bahan, penyesuaian, penulisan dalam proses menjadikannnya sebagai bahan bacaan kepada umum. 18 Oleh itu, sebagai pembaca sejarah, kita digalakkan untuk mengetahui teknik penulisan para sejarawan agar kita mudah untuk memahami karya tersebut. Misalnya, Carr mempunyai teknik penulisan yang berbeza daripada sejarawan yang lain dan beliau menolak teknik tersebut. Buktinya : Suatu tanggapan yang menyeluruh ( mengenai teknik penulisan sejarah) ialah bahawa ahli ahli sejarah itu membahagikan kerja-kerja kepada dua peringkat atau masa yang nyata. Pertama, ia menggunakan banyak masanya untuk membaca bahan – bahannya dan mengisi buku catitannya dengan fakta – fakta yang diperlukan, Kemudian setelah peringkat itu selesai, dia pun menyimpan kembali bahan – bahannya yang telah dibaca tadi, mengambil buku catitannya yang telah berisi lalu memulakan kerja menulis bukunya dari awal hinggalah bukunya tamat.19 Namun begitu, cara penulisan ini ditolak oleh Carr walaupun pada hakikatnya cara ini turut diamalkan oleh ahli sejarah yang lain. . Buktinya : Pada saya, cara begini adalah merupakan suatu gambaran yang kurang meyakinkan serta tidak menunjukkan kebenarannya. Bagi saya, sebaik –baik saja saya percayai satu peristiwa sebagai terpenting, dorongannya semakin kuat dan dari saat itu juga saya mula menulis dan tidak semestinyalah pada bahagian pemulaannya tapi selepas itu membaca dan menuliskannya berjalan tanpa henti.20 Dalam pada itu, Carr juga menyatakan bahawa sesetengah ahli sejarah tidak langsung menggunakan alat seperti pensel, buku catitan, mesin taip dan sebagainya. Mereka hanya

18

Muhd Yusof Bin Ibrahim, Pengertian sejarah (1975), hlm. 20 Ibid, hlm. 20 20 Ibid, hlm. 21 19

membaca dan merangka –rangkanya dalam kepala dan menulisnya untuk dijadikan buku atau pertimbangan umum.21 Itulah sebenarnya cara yang tidak dapat dicontohi oleh EH Carr serta menimbulkan rasa cemburu. Oleh itu, para pembaca seharusnya mengetahui teknik penulisan ahli sejarah dalam karyanya untuk memudahkan urusan menelaah karya sejarah. Oleh hal yang demikian, saya ingin menegaskan bahawa pengkajian terhadap peribadi ahli sejarah yang menulis karya sejarah amat penting sebelum menelaah sesebuah karya sejarah. 2.2

Mengesani gemanya ketika membaca sesebuah karya sejarah Selain itu, setiap pembaca karya sejarah sewajarnya bijak dan berupaya untuk

mengesani gema sesebuah karya sejarah yang ditulis oleh sejarawan khususnya ketika membaca karya sejarah tersebut. Hal ini demikian kerana menurut EH Carr, sekiranya pembaca karya sejarah tidak dapat mengesani apa-apa gema maka, dia atau ahli sejarah tersebut boleh dianggap sebagai tuli nadanya dan bengap. 22 Secara analoginya, kita dapat mengungkapkan bahawa : Fakta – fakta sebenarnya bukanlah seperti di atas papan penyiang si penjual ikan. Ia adalah seperti ikan yang berenang – renang ke sana ke mari di dalam sebuah samudera yang luas dan kadangkala tidak mungkin orang sampai kepadanya dan apa yang ditangkap oleh ahli sejarah bergantung sebahagiannya kepada nasib dan terutamanya pada bahagian di Samudera tersebut dia memilih alat untuk memancing dan alat pemancing apakah yang dipilih untuk digunakannya.23 Apabila berbicara tentang fakta sejarah, ia semestinya berkait rapat dengan proses proses seperti tafsiran, pertimbangan, pemilihan dan juga pemikiran kembali. 24 Hal ini bermakna setiap fakta sejarah tidak akan dapat diperoleh sekiranya tidak melibatkan proses21

Muhd Yusof Bin Ibrahim, Pengertian sejarah (1975), hlm. 21 EH Carr terjemahan Abdul Rahman Haji Ismail, Apakah sejarah, (1984), hlm. 20 23 EH Carr terjemahan Abdul Rahman Haji Ismail, Apakah sejarah, (1984), hlm. 20 24 Muhd Yusof Bin Ibrahim, Pengertian sejarah (1975), hlm. 17 22

proses tersebut. Umumnya, kita dapat merumuskan bahawa fakta fakta sejarah ibarat lautan yang sangat luas dan dalam manakala sejarawan diumpamakan seperti pengail ikan. Oleh hal yang demikian, para sejarawan akan memilih dan mengasingkan fakta – fakta yang dianggap penting dan dikehendakinya. Hal ini jelas memperlihatkan bahawa segala bentuk fakta sejarah yang dipilih dalam sesebuah karya sejarah adalah bergantung kepada ahli sejarah yang menulisnya. Hal ini demikian kerana sejarah amat sinonim dengan penafsiran dan setiap sejarawan berhak untuk memberi penafsiran dan pandangan masing – masing terhadap fakta sejarah yang dipilih. Misalnya, EH Carr dalam karyanya Apakah Sejarah, mengatakan bahawa sekiranya dengan menegakkan Sir George Clark dengan kepalanya di bawah dan beliau mengatakan sejarah sebagai ‘suatu teras keras penafsiran’ yang dikelilingi dengan fakta yang boleh diperdebatkan, pernyataan beliau nyata akan menjadi berat sebelah dan mengelirukan. Tetapi hakikatnya, ia tidak lebih daripada itu. 25 Pada pedapat saya, sekiranya pembaca berjaya mengesani gema sesebuah karya sejarah, mereka akan lebih bersifat kritis dan hal ini secara tidak langsung akan mendorong mereka agar lebih berhati hati dengan karya sejarah yang telah dimanipulasi . Dengan itu, para pembaca tidak akan menerima fakta sejarah yang ditulis oleh ahli sejarah secara bulat-bulat atau semberonoh tetapi mereka akan mula mengkaji dan menyiasat kesahihan dan kerelevanan fakta sejarah tersebut. Misalnya, sejarawan Windstedt dan Frank swetenham telah memanipulasikan Sejarah Tanah Melayu yang sememangnya menyimpang jauh daripada keadaan sebenarnya. 26 Hal ini disebabkan oleh sikap berat sebelah mereka yang hanya menulis mengikut pendapat mereka sendiri. Memang tidak dinafikan bahawa penulisan sejarah yang rasional tentang sesuatu bangsa amat sukar untuk dihasilkan tetapi janganlah sampai memuji sesuatu pihak dan

25 26

EH Carr terjemahan Abdul Rahman Haji Ismail, Apakah sejarah, (1984), hlm. 20 Muhd Yusof Bin Ibrahim, Pengertian sejarah (1975), hlm. 22

mengeji pihak yang lain. Hal ini demikian kerana nilai keadilan dalam sesebuah karya sejarah sewajarnya dikekalkan dan bukannya menyanjung amalan berat sebelah. Hal ini demikian keran amalan berat sebelah dalam karya sejarah hanya akan menjadikan karya tersebut sebagai satu dakyah dan bukannya satu karya sejarah yang baik dan mantap. Oleh itu, dengan mengesani gema sesebuah karya sejarah, pembaca akan dapat mengenal pasti penyelewengan fakta sejarah yang berlaku di samping menghindarkan diri daripada menerima fakta yang telah dimanipulasi. Rumusan Secara keseluruhannya, benarlah bahawa fakta – fakta sejarah tidak pernah sampai kepada kita dalam keadaan yang murni memandangkan ia sentiasa dihiasi dengan pemikiran si pencatat. Hal ini sememangnya berlaku memandangkan setiap ahli sejarah memiliki penafsiran yang tersendiri terhadap sesuatu fakta sejarah ataupun peristiwa yang telah berlaku. Sebagai ahli sejarah, mereka sebenarnya mempunyai hak untuk mentafsirkan fakta – fakta sejarah mengikut sudut pandang dan aliran yang mereka amalkan. Mungkin ada benarnya kita mengatakan bahawa setiap sejarawan memiliki pandangan yang berbeza terhadap sesuatu fakta ekoran wujudnya perbezaan interpretasi serta andaian ataupun matlamat dalam kalangan sejarawan terhadap fakta sejarah yang dibincangkan.27 Oleh hal yang demikian, sebagai pembaca karya sejarah kita seharusnya mengamalkan langkah – langkah yang telah dinyatakan sebelum membaca sesebuah karya sejarah sebagai persediaan awal agar kita tidak mudah terpengaruh atau taksub dengan penafsiran yang diutarakan oleh para sejarawan dalam karya sejarah mereka. Hal ini amat penting supaya kita tidak menerima sesebuah karya sejarah secara bulat – bulat memandangkan kemungkinan wujudnya penyelewengan fakta adalah tinggi. Tambahan pula,

27

Qasim Ahmad, Karya Sejarah : Pendekatan dan Persoalan., (1991), hlm. x

pengamalan langkah – langkah tersebut dapat memudahkan pembaca untuk lebih memahami fakta-fakta sejarah yang terkandung dalam sesebuah karya sejarah. Misalnya, dengan mengkaji terlebih dahulu ahli sejarah yang menulis karya sejarah secara tidak langsung akan memudahkan kita untuk menelaah karya sejarah yang telah dihasilkannya. Hal ini demikian kerana kita sudah jelas tentang corak pemikiran,sudut pandang, latar belakang serta teknik penulisan yang sering diamalkannya dalam menghasilkan karya sejarah. Dengan itu, jelaslah bahawa setiap individu perlulah mengamalkan langkah – langkah tersebut sebelum membaca karya sejarah demi menjaga kemaslahatan disiplin ilmu sejarah itu sendiri.

(2500 patah perkataan)

Bibliografi Arbaiyah Mohd Nor. Ilmu Sejarah dan Pensejarahan, Selangor Darul Ehsan, Percetakan Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2002. Abdul Rahman Haji Abdullah, Pengantar Ilmu Sejarah. Pulau Pinang : Pusat Pendidikan Jarak Jauh USM, 1994. Carr, E.H. Apakah Sejarah? (terj.) Abdul Rahman Bin Haji Ismail. Kuala Lumpur, 1984. Collingwood, R.G. Idea Sejarah. Kuala Lumpur :DBP, 1985. Muhd Yusof Bin Ibrahim. Pengertian sejarah. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1975. Muhd Yusuf Ibrahim & Mahayudin Haji Yahya. Sejarawan dan Pensejarahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1988. Suntharalingam. R. Pengenalan kpd sejarah, Petaling Jaya, P.K.S Sdn. Bhd, 1985. Qasim Ahmad, Karya Sejarah : Pendekatan dan Persoalan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991.

Related Documents

Rotinas Hsa
November 2019 17
Manual Hsa Manipuladores
October 2019 16
Essei Asignment Sdg
May 2020 8
101
November 2019 57

More Documents from ""