Tajuk

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tajuk as PDF for free.

More details

  • Words: 992
  • Pages: 8
ABSTRAK Dewasa kini pembangunan terhadap komponen merupakan titk asas yang amat penting bagi meningkatkan prestasi keseluruhan sesuatu motosikal di samping menjamin keselamatan dan ketahanan pada sesebuah komponen pada motosikal itu. Secara umumnya pelbagai rekabentuk camshaft telah direka. Setiap rekabentuk mempunyai kelebihan dan kekurangan. Namun begitu matlamat rekabentuk ini adalah sama iaitu mencapai tahap kestabilan dan prestasi sebuah enjin yang tinggi. Didalam kes ini perbandingan telah dijalankan antara komponen asal dengan komponen yang telah diubahsuai. Dengan itu perbandingan dapat dilihat antara kedua-dua komponen yang akhirnya akan memberikan satu keputusan samada komponen yang asal dan komponen yang telah diubahsuai yang manakah akan memberikan keputusan yang lebih baik.

1.0

TAJUK Mengubahsuai camshaft untuk meningkatkan prestasi enjin semasa beroperasi.

2.0

SKOP Membina satu camshaft berdasarkan reka bentuk yang telah diubahsuai untuk meningkatkan prestasi enjin menerusi pengubahsuaian pada ’lope’ di intake dan ekzos.

3.0

METODOLOGI

3.1

MASALAH a. Mengenalpasti bahagian pada camshaft yang perlu diubah. b. Mengukur dimensi pada bahagian camshaft. c. Melukis semula camshaft dengan menggunakan perisian lukisan kejuruteraan iaitu Solid Work dan AUTOCAD 2002.

3.2

SKOP a. Mengkaji setiap komponen pada camshaft. b. Membuat pengubahsuaian dan analisa keatas camshaft untuk tujuan peningkatan prestasi.

3.3

KAEDAH KAJIAN Sebelum memulakan kajian, kami telah membuat penilaian awal terhadap kaedah kajian yang akan di jalankan. Antara kaedah kajian yang akan dilakukan adalah seperti berikut: a. b. c. d. e. f.

Mengukur camshaft. Membuat lukisan 3D dengan menggunakan perisian lukisan kejuruteraan. Membina model menggunakan Prototaip Deras. Membuat perbandingan dengan camshaft asal. Mengubahsuai camshaft. Membina model Prototaip Deras berdasarkan pengubahsuaian yang telah di lakukan ke atas camshaft. g. Membina camshaft dengan menggunakan mesin CNC.

3.4

PERISIAN Dalam menghasilkan lukisan kejuruteraan, dua perisian telah digunakan seperti berikut: a. AUTOCAD 2002. b. Solid Work.

3.5

HASIL KEPUTUSAN a. Camshaft yang telah di ubahsuai dipasang pada motosikal untuk mengetahui bahawa ia berjaya atau tidak. b. Jika camshaft yang telah di ubahsuai itu berjaya, maka camshaft yang di ubahsuai itu akan digunakan dalam perlumbaan cubprix.

4.0

LATARBELAKANG MASALAH Camshaft mengambil masa yang lama untuk proses intake dan ekzos. Dalam situasi seperti perlumbaan, hal ini menyebabkan masa yang di perlukan untuk memecut bertambah seterusnya melambatkan pecutan motosikal. Apa yang ingin diubah adalah untuk membolehkan masa bagi proses intake dan ekzos dikurangkan ke paras paling minimum.

5.0

LITERATURE REVIEW

5.1

FUNGSI CAMSHAFT a. Funsi utama camshaft adalah untuk mengenalpasti barisan injap, bentuk cam atau contour adalah faktor utama dalam menentukan ciri-ciri operasi bagi enjin. ’Lopes’ pada canshaft adalah untuk membukan injap bagi melawan tekanan pada injap. Lopes camshaft mengubah pergerakan rotary ( camshaft ) kepada pergerakan linear (injap). b. Camshaft juga menjalankan seperti berikut: • • •

Pam minyak mekanikal Pam minyak Pengagih

5.2

KEDUDUKAN CAMSHAFT Camshaft terletak di dalam blok enjin. Camshaft disokong di dalam blok oleh bearing camshaft dan dipandu oleh crankshaft dengan gear atau sproket dan panduan rantai.

5.3

REKABENTUK CAMSHAFT Camshaft adalah satu produk casting lobes, journal bearing, dure flanges dan eksesori gear blank. Aksesori gear pandu di akhiri dengan pemotong gear. Lobes dan journal di bentuk kepada bentuk yang sepatutnya. Bahagian permukaan camshaft yang tidak dinyatakan di atas biasanya tidak di mesin. Kebanyakkan camshaft automotif digunakan dengan pengangkat bermuka leper atau rata yang diperbuat daripada besi tuang iaitu aloi yang diperkuat. Ia dapat menyingkir kelusuhan dan menyediakan kekuatan yang dikehendaki. Faktor ini juga menyebabkan ia dipengaruhi ’chipping’ sebagai hasil pembebanan sistem atau kecuaian dalam pengendalian. Besi tuang camshaft mempunyai kekuatan yang sama secara keseluruhannnya. Jika di ubah, ianya di salut dengan salutan fosfat. Camshaft keluli biasanya menggunakan SAE 4160 atau keluli 4180 dan selalunya dikeraskan secara induksi iaitu melibatkan pemanasan camshaft kepada warna merah dalam ruang elektrik. Kemudian camshaft yang panas di masukkan kedalam minyak. Penyejukan cepat ini akan mengeraskan permukaannnya.

Gambarajah 1 : Penamaan cam bagi camshaft.

Gambarajah 2 : Camshaft yang telah haus dengan dua lobes yang haus yang menghampiri bentuk bulat sepenuhnya.

Gambarajah 3 : Camshaft yang haus diperbaiki dengan mengimpal lobes dan mencanai kepada bentuk contour seperti yang asal.

Gambarajah 4 : Lubang menerusi bearing journal camshaft yang membawa minyak kepada rocker shaft apabila ia bertemu dengan laluan minyak dalam bearing cam.

Gambarajah 5 : Sokongan bearing yang telah rosak. Ia disebabkan oleh camshaft yang terlampau panas kerana kegagalan kipas penyejuk elektrik.

(a)

(b) Lifter bersentuh pada lobe cam. a) lobe cam pada permulaan untuk mengangkat lifter. b) Lifter di angkat sepenuhnya. c) lifter semakin menurun. (c)

6.0

OBJEKTIF Dengan melaksanakan projek pengubahsuaian camshaft ini, kami berhasrat untuk mencapai beberapa objektif utama iaitu;

a. Memantapkan diri dalam bidang pengukuran iaitu dengan melakuka kerjakerja pengukuran yang melibatkan aspek ketepatan dalam proses yang melibatkan pengukuran, toleransi yang perlu bagi sesebuah komponen dan menjalankan pengukuran dengan mengikut prosedur yang betul di smping belajar menggunakan msin-mesin pengukuran yang terdapat di dalam makmal. b. Menambah pengetahuan dalam bidang kejuruteraan bahan dan kajian tentang komponen yang ingin di ubahsuai. Dalam kes ini, kajian menyeluruh telah dijalankan mengenai fungsi camshaft, bahan yang digunakan untuk menghasilkan camshaft dan cara untuk meningkatkan prestasi. c. Selain itu juga, dapat menimba ilmu dalam bidang lukisan kejuruteraan iaitu dengan menggunakan perisian Solid Work dan AutoCad untuk melukis komponen tersebut dengan memanipulasikan segala data yang diperoleh untuk membina lukisan yang tepat mengikut spesifikasi berdasarkan camshaft yang asal. d. Mengubahsuai camshaft berdasarkan bentuk yang terbaik dan menggunakan bahan yang terbaik untuk menggantikan bahan asal camshaft berdasarkan kajian yang telah dilakukan. Seterusnya membuat simulasi ujian awal dengan menggunakan perisian Anite Element seperti Solid Work, Cosmos Express dan Nastran. e. Ini juga dapat meningkatkan pengetahuan dalam pengguanaan mesin seperti mesin CNC Milling dalam menghasilkan camshaft yang telah diubahsuai dan memahirkan dalam penggunaan mesin Prototaip Deras dalam menghasilkan camshaft untuk buat perbandingan dengan yang asal.

7.0 Bil

PENJADUALAN DAN PERANCANGAN PROJEK Minggu

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

Perkara Pembahagian Kumpulan Pemilihan tajuk tugasan Pengambilan buku Log Definisi Masalah Mengkaji Permasalahan Pemilihan bahan Membuat rekabentuk Melakukan Pemesinan Pengujian Membuat Laporan Projek Pembentangan Projek Menghantar Tugasan

Related Documents

Tajuk
October 2019 38
Tajuk
November 2019 26
Tajuk
October 2019 28
Tajuk
December 2019 17
Tajuk
May 2020 23
Tajuk Disertasi.docx
November 2019 19