1.0 PENGENALAN Zaman sejarah sesuatu bangsa itu bermula apabila bangsa yang berkenaan mula mencipta tulisan dengan tulisan itu mencatitkan berbagai perkara untuk ingatan dan untuk dijadikan pengajaran dan pedoman pada masa hadapan. Dalam penulisan sejarah, ahli sejarah menekankan supaya tiada pengadilan moral dan berat sebelah terhadap sesuatu pihak. Hal ini demikian kerana, matlamat kajian sejarah adalah untuk memaparkan perkara yang sebenarnya berlaku. Penulisan sejarah objektif tidak akan dicapai sekiranya ahli sejarah dipengaruhi oleh pengaruh atau nilai sezaman (zeitgesist).[1]. Burton Watson merupakan ahli sejarah yang mengisahkan tentang seorang sejarawan China yang tersohor dan juga diangkat sebagai Bapa Pensejarahan China iaitu Ssu-ma Ch’ien. Burton Watson menghasilkan karya Ssu-ma Ch’ien Grand Historian Of China yang mengandungi 279 muka surat keseluruhannya. Buku tersebut mengandungi lima bahagian tidak termasuk pengenalan. Bahagian pertama mengisahkan tentang Dunia Ssuma Ch’ien, kedua mengisahkan Biodata Ssu-ma Ch’ien, ketiga tentang Permualaan Pensejarahan China, keempat menceritakan tentang Bentuk atau Kandungan Shih Chi dan terakhir mencatatkan tentang Pemikiran Ssu-ma Ch’ien. B.Watson dilahirkan pada 13 Jun 1945 di New Rochelle, New York dan mendapat Pendidikan di Universiti Colombia. Penulis telah mengkaji tentang penyataan B.Watson dalam bukunya yang berjudul buku Ssu-ma Ch’ien Grand Historian Of China iaitu “Beliau (Ssu-ma Ch’ien) telah memiliki perasaan cinta dan simpati yang mendalam unutk masa lampau yang merupakan petanda untuk semua ahli sejarah yang benar-benar agaung itu”.[2]. Maksud peryataan tersebut menunjukkan bahawa Ssu-ma Ch’ien benar-benar agung dan patut dicontohi oleh semua ahli sejarawan yang lain. Hal ini demikian kerana, menurut B.watson, Ssu-ma
1
Abdullah, Abdul rahman haji. (2003). Pengantar Ilmu Sejarah: Siri Pendidikan Jarak Jauh. Kuala Lumpur: Penerbit Bersama Dewan Bahasa dan Pustaka, dan Pusat Pendidikan Jarak Jauh USM. hlm. 116. 2
Watson, B. (1963). Ssu-ma Ch'ien: Grand historian of China. New York: Columbia University Press. hlm.154.
Ch’ien mendalami dan menulis sebenar-benarnya apa yang berlaku dalam penulisan Shih Chi. Manusia agung adalah seorang individu dann sebagai seorang individu terkemuka adalah juga suatu gejala sosial yang terkemuka pentingnya.[3]. Oleh itu, penulis bersetuju dengan pernyataan B.Watson itu tentang pemikiran Ssu-ma Ch’ien. Namun begitu, terdapat beberapa pemikiran Ssu-ma Chien yang dipaparkan oleh B.Watson tidak dipersetujui oleh penulis.
2.0 LATAR BELAKANG Pensejarahan tradisional Negara China dalam zaman dinasti yang memerintah telah ditandai oleh beberapa orang tokoh yang menonjol terutamanya dalam bidang pensejarahan termasuklah Ssu-ma Ch’ien, iaitu anak kepada Ssu-ma Tan(sejarawan rasmi). Ssu-ma Ch’ien merupakan sejarawan yang mengasaskan pensejarahan China tradisional.[4]. Ssuma Chien dilahirkan di wilayah Lung-men pada kira-kira 145 S.M.[5]. Ssu-ma Ch’ien mewarisi jawatan t’ai-shih atau ahli sejarawan agung daripada bapanya. Semasa zaman mudanya, Ssu-ma Ch’ien banyak mengembara ke pelosok negaranya. Sewaktu berusia 20 tahun, beliau mengembara kea rah selatan, ke Sungai Yangtse dan Sungai Huai (Kiangsu), beliau mendaki K'uai-chi dan mencari Gua Yu (Chekiang), dan beliau melihat Sembilan puncak (Honan).[6]. Dalam karyanya yang berjudul Shih Chi (Catatan Sejarah), Ssu-ma Ch’ien telah memperlihatkan secara menyeluruh perkembangan sejarah China dari zaman Huang Ti sehingga ke abad pertama S.M. Tulisan Shih Chi jelasnya ditumpukan terhadap sejarah
3
E.H. Carr. (1988). terjemahan Abdul Rahman Haji Ismail. Apakah Sejarah. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 54. 4 Watson, B. (1963). Ssu-ma Ch'ien: Grand historian of China. New York: Columbia University Press. hlm. 40. 5 Yahaya, Muhd. Yusof Ibrahim dan Mahayudin Haji. (1988). Sejarawan dan Pensejarahan: Ketokohan dan Karya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 71. 6 Watson, B. (1963). Ssu-ma Ch'ien: Grand historian of China. New York: Columbia University Press. hlm.48.
Dinasti Han seperti yang diingini oleh Ssu-ma T’an[7]. Ssu-ma Ch’ien memulakan penulisan Shih Chi pada tahun 104 S.M, iaitu kira-kira empat tahun sesudah beliau menerima perlantikan rasmi untuk menggantikan bapanya sebagai sejarawan agung [ 8]. Ssu-ma Ch’ien dilantik sebagai sejarawan agung untuk negaranya pada tahun 108 S.M. Beliau telah berkhidmat di istana sebagai sejarawan rasmi pada tahun 140-160 S.M. Sebelum Ssu-ma Tan meninggal dunia, Ssu-ma Ch’ien telah berkhidmat di istana sebagai pelayan istana (Lang-Chung). Tugas seorang pelayan istana ialah ditugaskan untuk mengiringi maharaja Han dalam perjalanan atau lawatan baginda ke mana-mana tempat. Ssu-ma Ch’ien telah menghasilkan karya yang berjudul Shih Chi (Catatan Sejarah). Penulisan Shih Chi ini merupakan sejarah negara China dari awal hingga ke zaman Wangsa Han. Pada asasnya penulisan Shih Chi adalah suatu karya pensejarahan yang telah dirancang oleh bapa Ssu-ma Ch’ien, iaitu Ssu-ma Tan.[9]. Walaupun Ssu-ma Ch’ien berkhidmat dengan istana dan tokoh istana sepanjang hayatnya, namun beliau menulis Shih Chi ini bukanlah daripada perintah maharaja. Karya itu dihasilkan secara persendirian dalam kedudukannya sebagai setiausaha istana (Chung Shu Ling).[10]. Ssu-ma Ch’ien membahagikan karya pensejarahannya kepada lima bahagian, Babadbabad yang Asas, Jadual-jadual Tertib Tarikh, Penghuraian-penghuraian, Keluargakeluarga Berketurunan dan Memoir atau Riwayat Hidup. Karya Shih Chi ini terdiri daripada 130 bab kesemuanya dan mempunyai 526,500 perkataan. Ia menggunakan sebanyak 700,000 huruf tulisan Cina yang dianggarkan bersamaan dengan lebih kurang 4,000 halaman buku biasa dalam tulisan rumi.[11]. Karya-karya beliau, Shih Chi atau
7
Hong, Tan Kim. "Ssu-ma Ch'ien dan Penulisan sejarah Sezaman." satu Kajian Awal Mengenai Pendekatan dan Soal Keobjektifan, (1988): 1-25. hlm 1. 8 Ibid, hlm 1. 9 Yahaya, Muhd. Yusof Ibrahim dan Mahayudin Haji. (1988). Sejarawan dan Pensejarahan: Ketokohan dan Karya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 75. 10 Ibid, hlm. 76. 11 Mc Neill. W.H. Sedlar, J.W. eds. (1970). Classical China. New York: Oxford University Press. Hlm 132.
Catatan Sejarah, dalam 130 bab, menceritakan sejarah orang Cina dan bangsa-bangsa asing itu diceritakankan kepadanya dari zaman awal lagi hingga ke tahun kehidupan beliau.[12].
3.0 SUMBANGAN SSU-MA CH’IEN Ssu-ma Ch’ien telah memberi banyak sumbangan kepada negaranya terutamanya kepada Dinasti Han. Sebaik sahaja Ssu-ma Ch’ien mula berkhidmat sebagai ahli sejarah agung selepas menggantikan bapanya, beliau rajin menjalankan penyelidikan di Shih-Shih dan tsing-kui (Arkib Negara dan Perpustakaan Negara Dinasti Han) untuk meneliti sumbersumber sejarah yang diperlukannya. Pada tahun 104 S.M, beliau berperanan penting dalam menyelenggarakan kalendar baru Han yang bernama kalender t’ai ts’u. Dalam karya B.watson ada menyatakan tentang pembaharuan kalendar. “Five years after this was the first year of the era T'ai-ch'u. At dawn on the first day of the eleventh month, the day chiatzu [Dec. 25, 105], the zenith of winter, the calendar of the heavens was first corrected and set up in the Illustrious Hall.”[13]. Selain itu, beliau telah membentuk kaedah baru dalm pensejarahan China dengan menggunakan biografi, babad dan monograf dalam penulisannya. Oleh sebab itulah beliau digelar sebagai bapa Pensejarahan Tradisonal China. Hal ini demikian kerana, beliau telah mengambil masa 18 tahun untuk mengkaji sejarah china hampir 2400 tahun sebelumnya iaitu menulis sejarah 5 Dinasti China. Di samping itu, Ssu-ma Ch’ien telah memulakan usaha menulis sejarah negaranya untuk memenuhi cita-cita ayahnya dahulu. Beliau sendiri merasakan bahawa sejarah masa lalu negaranya memang wajar dicatatkan demi kepentingan generasi yang akan datang.
12
Watson, B. (1963). Ssu-ma Ch'ien: Grand historian of China. New York: Columbia University Press. hlm. Vii. 13 Ibid, hlm. 50.
4.0 HUJAH YANG MENYOKONG PERNYATAAN B. WATSON 4.1 REALISME Realisme bermaksud usaha memaparkan sesuatu perkara dalam suatu karya bagaimana ia tampil dalam kehidupan seharian tanpa tambahan atau tafsiran tertentu. B.Watson menganggap pemikiran Ssu-ma Ch’ien sebagai realisme dalam menulis Shih Chi. Ssu-ma Ch’ien dapat menulis secara benar dan tiada tokok tambah disebabkan beliau telah banyak mengembara ke pelosok negaranya. Semasa beliau mengembara, beliau banyak mengambil bukti-bukti untuk beliau menghasilkan karya Shih chi itu secara jelas dan sebenar-benarnya berlaku. Semasa menjadi pelayan istana, Ssu-ma Ch’ien telah mengikuti rombongan Maharaja Wu Ti ke barat-laut chian dalam tahun 112 S.M. dan 112 S.M. Hasil daripada pengembaraan ini telah memberikan banyak kelebihan kepadanya dalam menulis karya Shih Chi. Pengembaraan itu juga telah menyebabkan beliau kerap disamakan dengan Herodotus dari Halicarnassus, sekurang-kurangnya dari segi pengalaman walaupun tidak dari segi kandungan pensejarahan.[14]. Banyak penolakan bahan yang ragu-ragu oleh Ssu-ma Ch’ien dan beliau bersikap berhati-hati dalam mengambil bahan tersebut dan cuba untuk membetulkan fakta hasil daripada temubual dengan orang-orang yang mempunyai pengetahuan tentang sesuatu peristiwa. Yang Hsiung mengatakan sejarah itu ‘rekod yang sebenar’ dan Pan Ku memuji Ch’ien dan mengulangi frasa tersebut “penulisannya tepat dan jelas, dia tidak memalsukan apa yang indah dan tidak menyorokkan sebarang perkara yang jahat. Oleh itu, ini boleh didefinisikan sebagai rekod-rekod yang sebenar”.[15].
14
Yahaya, Muhd. Yusof Ibrahim dan Mahayudin Haji. (1988). Sejarawan dan Pensejarahan: Ketokohan dan Karya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 72. 15 Watson, B. (1963). Ssu-ma Ch'ien: Grand historian of China. New York: Columbia University Press.hlm. 86.
Walaupun Ssu-ma Ch’ien tidak mencerminkan pemerintahan Wu Ti secara menyeluruh dalam bab 12, ini tidak bererti bahawa beliau telah gagal menghasilkan karya sejarah yang bernas. Beliau terpaksa menulis sejarah sezamannya dengan berhati-hati di bawah kawalan rapi istana.[16]. Beliau terpaksa menggunakan katakata berselubung dan gaya penyampaian tidak langsung demi mengelak maharaja Wu Ti murka terhadapnya. 4.2 SIKAP PERIKEMANUSIAAN Ssu-ma Ch’ien dikatakan bersikap perikemanusiaan kerana beliau mengumpul bahan-bahan lama untuk dijadikan sebagai bahan bukti dalam penulisannya. Beliau mengumpulkan rekod-rekod lama dan kronologi masa lalu, membuat salinan entri (susunan) yang berkaitan dengan kisah serta merekod tarikh-tarikhnya, menyebabkan dia menanda secara peribadi yang mengetepikan isi karya penulisannya sejak awal atau akhir sesuatu bab.[17]. Beliau juga sanggup menunaikan tanggungjawab hsio (hormat bakti) terhadap bapanya (Ssu-ma T’an) dan keturunan Ssu-ma untuk menyiapkan karya Shih Chi. Matlamat mengekalkan nama baik ibu bapa dan keluarga jugalah yang menjadi salah satu pendorong utama seseorang ahli sejarah China itu menulis.[18]. Sekiranya beliau tidak mempunyai perasaan tersebut, sudah pasti beliau tidak akan menulis karya tersebut yang mengambil masa selama 18 tahun untuk menyiapkannya. Usaha beliau dalam mengumpul data-data sejarah bukan sahaja merujuk kepada sumber semata-mata malah melalui pemerhatian dan temu bual. Hal ini telah menunjukkan beliau amat
16
Hong, Tan Kim. "Ssu-ma Ch'ien dan Penulisan sejarah Sezaman." satu Kajian Awal Mengenai Pendekatan dan Soal Keobjektifan, (1988): 1-25. Hlm. 11. 17 Watson, B. (1963). Ssu-ma Ch'ien: Grand historian of China. New York: Columbia University Press. hlm. 153. 18 Ismail, Abdul Rahman Haji. (1983). China Tradisional Pensejarahan: Pusingan Wangsa dan Proses Pencinaan. Penerbit Tak Berkala Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan No. 3. Universiti Sains Malaysia. Hlm. 8.
menitikberatkan ketepatan dalam mencatat sejarah. Beliau menulis sejarah seolaholah dia hidup melaluinya, kerana sesungguhnya dia mesti melakukan apa yang dalam fikirannya ketika beliau mengembara ke pelosok negaranya, melihat mercu tanda yang telah lalu, dan berbual-bual dengan orang lain tentang sejarah lalu.[19]. Selain itu, Ssu-ma Ch’ien dikatakan bersikap perikemanusiaan dengan membela Li Ling iaitu kawan baiknya. Beliau memberitahu Maharaja Wu Ti bahawa Li Ling telah menyerah diri kepada pihak lawan. Namun begitu, Maharaja Wu Ti tidak mempercayai kata-kata itu dan menjatuhkan hukuman kasi kepada Ssuma ch’ien.Kebiasaanya hukuman kesalahan besar itu akan dijatuhkan hukuman mati, namun hal ini berbeza terhadap beliau. Hukuman yang dikenakan ialah hukuman kasi iaitu memotong kemaluannya dengan sebilah pisau yang tajam.[20]. Hukuman itu telah mendatangkan perubahan dalam sikap dan tanggapannya terhadap sistem pentadbiran dan sistem kehakiman Han.
4.3 CONFUCIANISME Karya Shih Chi mempunyai dua matlamat yang nyata iaitu untuk mengkaji hubungan antara t’ien dan masyarakat manusia. Matlamat kedua adalah menyelidiki sebab musabab perubahan dalam sejarah sejak zaman kuno sehingga Dinasti Han Barat. Namun begitu, terdapat satu matlamat yang tertutup dan tidak dijelaskan secara langsung iaitu untuk membentangkan pandangan sendiri. Dianggarkan bahawa 57% daripada jumlah tulisan Shih Chi ditumpukan kepada sejarah sezaman, maka matlamat utama penulisan Shih Chi untuk menasihati golongan pemerintah
19
Watson, B. (1963). Ssu-ma Ch'ien: Grand historian of China. New York: Columbia University Press. hlm. 154. 20 Yahaya, Muhd. Yusof Ibrahim dan Mahayudin Haji. (1988). Sejarawan dan Pensejarahan: Ketokohan dan Karya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 72.
mutlak Han supaya membetulkan penyelewengan-penyelewengan yang telah dilakukan oleh mereka. Ssu-ma Ch’ien sedaya upaya cuba untuk menghujahkan dua isu tentang hubungan t’ien dengan masyarakat manusia. Yang pertama, mengenai pengertian alam semulajadi dan pergerakannya yang berjalan secara spontan. Ssu-ma Ch’ien menganggap kedudukan bintang dan peredarannya, kemunculan komet serta gerhana bulan atau matahari sebagai kejadian-kejadian semula jadi yang sanggup dikirkan dan diramal oleh manusia. Fenomena astronomi tersebut tidak sepatutnya diterima sebulat-bulatnya sebagai penanda Tuhan yang mistik.[21]. Ssu-ma Ch’ien sememangnya mengaggap manusia sebagai pencetus kepada pusingan wangsa. Ahli-ahli sejarah Yunani seperti Thucidides (471-400 S.M) dan Polybius (197-117 S.M) menggap bahawa sesuatu keadaan itu berulang, dan setelah selesai satu pusingan sejarah, maka bermulah pusingan sejarah yang baru.[22]. Ssu-ma Ch’ien mentafsirkan konsep t’ien ming sebagai faktor-faktor peribadian pentadbiran serta segala keadaan dan suasana yang mencorakkan perubahan politik itu iaitu satu episod yang bukan ditakdirkan oleh tuhan.
4.4 HEURISTISME Menurut B.Watson, Ssu-ma Ch’ien berpemikiran heuristisme dalam menulis sejarah. Dalam konsep Heuristisme, terdapat dua sumber yang digunakan untuk menghasilkan karya Shih Chi iaitu sumber lisan dan tulisan. Sumber ini merupakan asas yang penting dalam menulis pensejarahan. Herodotus dan Thucydides juga menggunakan sumber tersebut dalam menghasilkan karya pensejarahan mereka.
21
Hong, Tan Kim. "Ssu-ma Ch'ien dan Penulisan sejarah Sezaman." satu Kajian Awal Mengenai Pendekatan dan Soal Keobjektifan, (1988): 1-25. Hlm. 5. 22 Ismail, Abdul Rahman Haji. (1983). China Tradisional Pensejarahan: Pusingan Wangsa dan Proses Pencinaan. Penerbit Tak Berkala Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan No. 3. Universiti Sains Malaysia. Hlm. 23.
Contohnya, Herodotus dan Thucidides telah mneggunakan bahan-bahan bertulis dan kesan-kesan peninggalan lama seperti babad, puisi epik, karya geografi, etnografi dan perubatan, dokumen kerajaan, inskripsi, batu bersurat, serta catatancatatan yang diukir ke atas batu nisan, bangunan dan rumah berhala.[23]. Tujuan Ssu-ma Ch’ien menggunakan sumber lisan adalah untuk mendapat bukti yang tepat dan fakta-fakta yang benar untuk beliau menulis sejarah. Sumber kedua yang digunakan oleh beliau ialah sumber tulisan. Beliau telah mengumpulakan segala teks-teks serta dokumen-dokumen dari zaman silam hingga zaman beliau sendiri. Beliau juga beruntung kerana dapat merujuk dokumendokumen yang terdapat di dalam istana kerana sewaktu itu beliau berkhidmat dibawah istana sebagai setiausaha istana. Sebenarnya ia memang berpeluang berbuat demikian, kerana sebahagian daripada tugasanya, mula-mula sebagai Sejarawan Istana dan kemudian Setiausaha Istana, adalah menerima dan meyimpan dokumen-dokumen negara yang dianggap penting untuk diabadiakan.[24].
4.5 ELEKTISME Seterusnya, penulis bersetuju dengan pernyataan B.Watson bahawa dalam menulis Shih Chi, Ssu-ma Ch’ien menggunakan pemikiran secara elektisme. Beliau telah mengambil fakta-fakta yang sedia ada dan menyusun semula dengan lebih sistematik bagi mendapatkan kesahihan dalam penulisan Shih chi. Sebahagian besar Shih chi merupakan hasil usaha Ssu-ma Chien (penyusun dan penulis karya pensejarahan yang sebenar). Dalam karya biografi pahlawan yang mengembara, sebagai contohnya, beliau membuat atau mengambil kata-kata daripada pelbagai
23
R. Suntharalingam. (1987). Pensejarahan Barat. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hlm.14. Yahaya, Muhd. Yusof Ibrahim dan Mahayudin Haji. (1988). Sejarawan dan Pensejarahan: Ketokohan dan Karya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 80. 24
pengarang seperti Han Fei Tzu, Chuang Tzu, Hsiin Tzu, and Kuan Tzu.[25]. Pernyataan B.Watson ini ditegaskan oleh Muhd . Yusof Ibrahim dalam bukunya menyatakan, “Dalam bab-bab yang awal umpamanya, beliau telah menyalin daripada karya yang berjudul Shu Ching, dan kadangkala beliau mengubah jalan Bahasa kunonya itu supaya lebih mudah difahami.” [26]. Ssu-ma Ch’ien memilih dan mengambil sumber-sumber yang benar untuk dimuatkan dalam penulisannya. Bahagian-bahagian yang melingkungi jangka waktu lebih kurang satu kurun sebelum zaman beliau adalah sebahagian besarnya merupakan hasil penulisan sendiri.
4.6 RASIONALISME Menurut B.Watson, Ssu-ma Ch’ien berpegang kepada pemikiran rasionalisme iaitu menyatakan kebenaran yang ditentukan melalui pembuktian, logik dan analisis berdasrkan fakta. Beliau juga telah memaparkan fakta-fakta sejarah secara objektif tanpa menghiraukan kesan yang akan berlaku terhadapnya. Beliau telah mencontohi Confucius dalam menulis karyanya supaya menjadi satu amalan intelektual yang bertahap tinggi dan mulia. Disebabkan pemikiran beliau secara rasionalisme, beliau menyangkal dakwaan Kerajaan Han yang beranggapan bahawa unsur-unsur ketuhanan berfungsi sebagai penggerak sejarah. Ssu-ma Chien sememangnya menganggap manusia sebagai pencetus sejarah yang tidak-tanduknya telah
25
Watson, B. (1963). Ssu-ma Ch'ien: Grand historian of China. New York: Columbia University Press. hlm. 152. 26 Yahaya, Muhd. Yusof Ibrahim dan Mahayudin Haji. (1988). Sejarawan dan Pensejarahan: Ketokohan dan Karya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 83.
membawa kepada pusingan wangsa.[27]. Secara rasionalnya manusia yang menentukan turun naiknya sesebuah kerajaan itu. 5.0 HUJAH TIDAK MENYOKONG PERNYATAAN B. WATSON 5.1 SPIRITUAL Penulis tidak bersetuju dengan pernyataan B.watson tersebut kerana Ssu-ma Ch’ien telah memasukkan unsur-unsur spiritual dalam karyanya. Ahli-ahli sejarah menyatakan bahawa tidak perlu memasukkan unsur tersebut dalam pensejarahan. Unsur ini juga dianggap sebagai mitos. Contohnya, Wu Ti (141-86 S.M), salah seorang maharaja Han yang paling masyur menetapkan tanah sebagi unsur penaung Han tetapi pada zaman Han kemudia kerajaan Han kembali menganggap api pula sebagai unsur penaungnya.[28]. Dalam buku shih chi bab 8 mengandungi mitos. Apabila bapa Kao-tsu pergi mencarinya, dia melihat seekor naga bersisik berada diatas tempat Puan Liu sedang berbaring.[29].
5.2 BERAT SEBELAH/BIAS Ssu-ma Ch’ien menulis Shih Chi ini dengan perintah ayahnya supaya nama keluarganya kekal dan dikenang. “Sekiranya saya tidak menyatakan perasaan saya dan sebaliknya menyimpannya di dalam hati, saya khuatir yang setelah saya mati saya tidak dikenali orang”.[30]. Beliau juga telah banyak memasukkan pengadilan moral didalam penulisannya sedangkan beliau sangat memntingkan keobjektifan. Hal ini demikian kerana, Ranke bekata bahawa, “Unsur pengadilan moral harus
27
Hong, Tan Kim. "Ssu-ma Ch'ien dan Penulisan sejarah Sezaman." satu Kajian Awal Mengenai Pendekatan dan Soal Keobjektifan, (1988): 1-25. Hlm. 6. 28 Watson, B. (1963). Ssu-ma Ch'ien: Grand historian of China. New York: Columbia University Press. hlm. 145-146. 29 Ismail, Abd. Rahman Haji. (2001). China: Pensejarahan dan Pembinaan Tamadun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 154. 30 Ibid, hlm. 8.
diketepikan, kerana ia akan membuka peluang untuk kemasukkan unsur berat sebelah atau prasangka sezaman.[31].
6.0 KESIMPULAN Sememangnya tujuan utama Ssu-ma Ch;ien menulis Shih Chi ini adalah untuk dijadikan sebagai iktibar kepada pemimpin masa hadapan supaya tidak mengulangi perkara yang lepas iaitu yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan. Ssu-ma Chien juga telah bertindak secara ilmiahnya terhadap pemilihan dan pentafsiran buktinya yang terkumpul dari sumber-sumber bertulis dan lisan. B.Watson sangat mengagungkan sejarawan China itu disebabkan pemikiran yang digunakan oleh Ssu-ma Ch’ien dalam menhasilkan karya Shih Chi. Ssu-ma Ch’ien telah mengunakan beberapa pemikiran yang dinyatakan oleh B.Watson dalam karyanya yang menyebabkan penulis bersetuju iaitu pemikiran
secara
confucianisme,
heruistisme,
elektisme,
realisme,
dan
sikap
perikemanusiaan. Namun begitu, terdapat juga penulis tidak menyokong pernyataan B.Watson itu kerana Ssu-ma Ch’ien memasukkan unsur-unsur mitos dan bersikap berat sebelah. Oleh itu, kita sebagai ahli sejarah sepatutnya menulis sejarah dengan sebagimana ia benar-benar berlaku tanpa membuat pengadilan moral. Namun begitu, diakui bahawa setiap ahli sejarah tidak akan terlepas untuk membuat pengadilan moral. Sekiranya istilah keobjektifan dalam sejarah ditakrifkan secara khususnya sebagai kebenaran, ketepatan, keadilan, keseimbangan, dan sikap berkecuali maka Shih Chi itu adaalh sejarah yang objektif.
31
R. Suntharalingam. (1987). Pensejarahan Barat. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hlm.111 & 112.
BIBLIOGRAPHY
Abdullah, Abdul rahman haji. (2003). Pengantar Ilmu Sejarah: Siri Pendidikan Jarak Jauh. Kuala Lumpur: Penerbit Bersama Dewan Bahasa dan Pustaka, dan Pusat Pendidikan Jarak Jauh USM. E.H. Carr. (1988). terjemahan Abdul Rahman Haji Ismail. Apakah Sejarah. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka. Fitzgerald, C. P. (1961). China: A short cultural history (3rd. ed.). New York: Praeger. Hong, Tan Kim. "Ssu-ma Ch'ien dan Penulisan sejarah Sezaman." satu Kajian Awal Mengenai Pendekatan dan Soal Keobjektifan, (1988): 1-25. Ismail, Abdul Rahman Haji. (1983). China Tradisional Pensejarahan: Pusingan Wangsa dan Proses Pencinaan. Penerbit Tak Berkala Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan No. 3. Universiti Sains Malaysia. Ismail, Abd. Rahman Haji. (2001). China: Pensejarahan dan Pembinaan Tamadun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ibrahim, Muhd Yusof. (1971). Pengertian Sejarah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mc Neill. W.H. Sedlar, J.W. eds. (1970). Classical China. New York: Oxford University Press. Noor, Arba’iyah Mohd. (2002). Ilmu Sejarah dan Pensejarahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. R. Suntharalingam. (1987). Pensejarahan Barat. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Watson, B. (1963). Ssu-ma Ch'ien: Grand historian of China. New York: Columbia University Press.
Yahaya, Muhd. Yusof Ibrahim dan Mahayudin Haji. (1988). Sejarawan dan Pensejarahan: Ketokohan dan Karya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.