1
1.0 PENGENALAN Ahli sejarah sememangnya tidaklah terhad kepada usaha untuk mengenal pasti peristiwaperistiwa yang lepas. Bahkan, ada tugas yang penting dalam menghasilkan karya sejarah iaitu membuat pengadilan moral.
Persoalan tentang
pengadilan moral sering
dibincangkan dalam penulisan sejarah. Sarjana Barat ada memberi pandangan tentang isu pengadilan moral dan menyatakan bahawa: Secara kasarnya, terdapat dua sikap di kalangan ahli sejarah tentang ini. Di satu pihak, terdapat mereka yang mengatakan bahawa pengadilan moral itu tidak patut dilakukan, kerana di antara si pengkaji sejarah dengan pelaku ( atau masyarakat) yang dikajinya itu, mungkin terdapat sistem nilai yang berlainan. Dengan kata lain, apabila ahli sejarah menjatuhkan pengadilan moral ia mungkin tidak bersikap adil kepada orang atau masyarakat yang dikaji atau diadili.1 Pandangan sarjana Barat, membuktikan bahawa ahli sejarah yang mempunyai dua sikap sama ada
menjatuhkan pengadilan moral terhadap peristiwa yang dikaji atau
sebaliknya. Sememangnya, hujah yang dinyatakan memperlihatkan unsur perasaan ahli sejarah dalam mentafsir bukti sejarah. Bahkan, ahli sejarah akan menjatuhkan pengadilan moral bagi memperkuatkan hujah tentang peristiwa sejarah. Manakala, menurut pandangan Adrian Oldfield mengemukakan pandangan tentang pengadilan moral yakni berkaitan dengan bahasa yang memuji atau mempersalahkan dengan berpandukan kepada ukuran “baik dan buruk”.2 Selain itu juga, pandangan tokoh Qasim Ahmad mengenai pengadilan moral adalah berkaitan dengan
perlakuan menjatuhkan hukuman
ataupun mengenakan penilaian
tertentu kepada sesuatu peristiwa sejarah atau kepada seseorang pelaku dalam sejarah. 3 Misalnya, dalam penulisan ahli sejarah ada menyatakan sesuatu peristiwa itu tidak baik, Ketua Negara itu bersalah, masyarakat pada masa itu mundur, sistem politik ini tidak progresif dan sebagainya. Pendeknya, ahli sejarah itu telah menghukum dan menilai. Tegasnya, pengadilan moral ini telah menyebabkan ahli sejarah membuat satu tindakan sama ada memuji atau mempersalahkan. 1 B. Croce. History: Its Theory and Practice ( New York: Cornell Unversity Library. 1960) ms. 27. 2 A. Oldfeld. Moral Judgement in History: and History Teaching ( London: Studies in the Nature and Teaching of the History. 1981 ) ms. 260. 3 Qasim Ahmad, Karya Sejarah : Pendekatan dan Persoalan, ( Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991) ms.36.
2
Terdapat tiga aliran yang memberi pandangan tentang pengadilan moral
iaitu
golongan menyokong, golongan menentang dan golongan pertengahan. Bagi golongan yang meyokong pengadilan moral seperti Voltaire, Arian Oldfield dan Agges Heller. Mereka yang menyokong pengadilan moral ini digelar sebagai ahli konsevatif. Manakala, golongan yang menentang pengadilan moral iaitu Hebbert Butterfield, Kitson Clarke, Benedetto Croce, dan
Leapold Von Ranke. Golongan ini dikenali sebagai golongan
progresif yang mendakwa pengadilan moral tidak wajar dijatuhkan dalam penulisan sejarah.
Hujah yang dinyatakan oleh ahli progresif adalah sistem nilai yang tersendiri dalam mentafsir peristiwa sejarah.4
Hujah ini ditambah dengan kenyataan Ranke yang lebih
mementingkan penulisan sejarah bersifat objektif dan jelas. Manakala,
golongan
pertengahan pula dipelopori oleh E.H. Carr. Tokoh ini merupakan tokoh yang menolak pengadilan moral pada masa yang sama menggalakkan pengadilam moral dilakukan terhadap peristiwa-peristiwa sejarah yang lepas. Tegasnya, pengadilan amat penting dalam merungkai, menilai, dan mentafsir peritiwa sejarah supaya sejarah ditulis seperti sebenar-benar yang berlaku dan menjadikan pensejarahan tidak kaku.5 Justeru itu, penulis amat menyokong pengadilan moral dijatuhkan terhadap peristiwaperistiwa sejarah. Hal ini demikian kerana, setiap ahli sejarah tidak berupaya untuk menjatuhkan sesuatu penulisan daripada pengadilan moral. Bahkan, pengadilan moral tidak dapat dielakkan oleh ahli sejarah dalam mentafsir atau menulis peristiwa sejarah. Sudah terang lagi bersuluh, penulis sememangnya bersetuju bahawa pengadilan moral perlu wujud dalam dalam usaha mengkaji, mentafsir ataupun menghuraikan penyebaban. Tanpa sejarah kita tidak mampu untuk mengetahui masalah-masalah sezaman dan tanpa pengetahuan
asas tentang sejarah kita tidak boleh menggunakan kebijaksaan untuk
berhadapan dengan masa depan.6
2.0 MENOLAK PANDANGAN R.G COLLINGWOOD
4 Qasim Ahmad, Karya Sejarah: Pengadilan Moral dalam Sejarah Kes Nazi di Jerman (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1985) ms. 54. 5 E.H Carr, Apakah Sejarah?, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1984) ms. 27. 6 A. Marwick. The Nature of History (London: Macmillan Education Ltd. 1989) ms .17.
3
R.G. Collingwood dikenali sebagai golongan progresif yang menolak pengadilan moral terhadap peristiwa sejarah. Bahkan, beliau menggangap ahli sejarah yang menjatuhkan pengadilan moral terhadap zaman silap merupakan satu perkara yang telah memberi kesan buruk kepada penulisan tentang sejarah. Menurut Collingwood yang menyatakan bahawa: Untuk menyampaikan penghakiman moral pada masa lalu adalah untuk jatuh ke dalam kegagalan bayangan bahawa di suatu tempat, di belakang tabir, masa lalu masih berlaku… dan hentikannya. Perkara- perkara ini telah berlaku: semua sudah berakhir: tiada apa yang perlu dibuat mengenai pekara-perkara. R.G. Collingwood ( 1889-1943).7 Hakikatnya, penyataan Collingwood tidak bersetuju bahawa ahli sejarah menjatuhkan pengadilan moral terhadap penulisan sejarah. Pandangan Collingwood bertentangan dengan penulis kerana penulis menyokong pengadilan moral dilakukan dalam mentafsir peristiwa sejarah. Terbukti bahawa ahli sejarah perlu membuat pengadilan moral supaya penulis dapat menilai, mengkaji dan mentafsir tentang peristiwa sejarah. Jika, pengadilan moral dilakukan dalam penulisan sejarah akan membuktikan bahawa ahli sejarah mempunyai tahap pemikiran dan hujah
yang tersendiri dalam menghasilkan karya
sejarah yang memberi teladan kepada masyarakat.
Berlin merupakan ahli sejarah yang menyokong pengadilan moral dilakukan. Hujah Berlin, kehidupan manusia memang wujud pemilihan di antara berapa alternatif dan pemilihan dibuat oleh individu itu adalah bebas untuk diadili dari segi kebaikan ataupun keburukan. 8 Bahkan, tindakan manusia sebagai makhluk yang berfikir boleh membuat pemilihan secara sedar, rasional dan berpandukan kepada tujuan-tujuan tertentu yang melibatkan unsur nilai dan moral. Penyataan Berlin membuktikan bahawa para ahli sejarah perlu menjatuhkan pengadilan moral supaya dapat memberi penilaian pada setiap peristiwa sejarah yang berlaku.
Pendapat Berlin telah dipersetujui oleh Adrian Oldfield dalam rencananya iaitu “ Moral Judgement in History” dengan memberi hujah kecederungan para ahli sejarah 7 R. Suntharalingam. Pengenalan Kepada Sejarah. (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa danPustaka. 1985) ms. 9091. 8 I. Berlin. Historical Inevatability : dalam The Philosophy of History in our time ( New York. Oxford University Press. 1959) ms. 249-271.
4
kearah
membuat pengadilan moral
juga digalakkan
oleh pengguna dengan
menggunakan kata-kata tertentu yang berunsur pengadilan moral seperti “penindasan” “persubahat” dan “kesahan”. Tambahan Oldfield yang mendakwa bahawa usaha ahli sejarah untuk menceritakan apa yang telah berlaku itu melibatkan penggunaan kata-kata berunsurkan moral.9 Sememangnya, ahli sejarah yang menjatuhkan pengadilan moral untuk memberi pendidikan moral kepada masyarakat dengan mendedahkan keadaankeadaan yang mencetuskann sesuatu
kejadian sejarah.
Oldfield memberi contoh
peristiwa yang berlaku di Britian : Penglibatan perabadi W.G. Gladstone, Perdana Menteri Britian, dalam menyelamatkan pelacur-pelacur yang terjerumus dalam kegiatan yang terkutuk itu boleh menjadi bahan pengajaran jika dapat didedahkan keikhlasan hati Glastone, keengganannya untuk menerima nasihat untuk menghentikan penglibatannya oleh kerana insaf tentang kewajibannya sert perjuangan nya yang menjangkau hampir separuh abad. Jika pengadilan moral dikikiskan, sejarah tinggal tidak lebih daripada cerita.10 Hujah yang dinyatakan oleh Oldfield dan Berlin sememangnya menyokong pengadilan moral dalam penulisan sejarah perlu wujud. Hal ini demikian kerana, penilaian dalam peristiwa sejarah amat penting dalam menghasilkan karya yang memberi impak kepada pembaca. Bahkan, penulisan sejarah yang berunsur pengadilan moral memperlihatkan nilai-nilai moral kepada masyarakat supaya sentiasa menghargai dan mengambil pengajaran setiap peristiwa sejarah yang berlaku. Pengadilan moral yang berlaku telah menghasilkan karya yang mempunyai hujah-hujah
yang memberi
kesedaran kepada pembaca. Tokoh seterusnya, Lord Acton yang merupakan profesor di Universiti Cambridge turut menyokong pengadilan moral perlu dilakukan oleh ahli sejarah. Menurut Acton, pendapat ahli sejarah sentiasa berubah, tabiat-tabiat berubah, kepercayaan bangkit dan jatuh, tetapi hukum moral telah diukirkan ke atas kepingan logam yang berkekalan.11 Kenyataan yang dinyatakan oleh Acton menunjukkan bahawa setiap ahli sejarah mempunyai nilai yang tersendiri dalam mengkaji peristiwa sejarah. Penulis yang meyokong bahawa, pengadilan moral perlulah seiring dengan peristiwa sejarah yang 9 R. Suntharalingam. Pengenalan Kepada Sejarah. (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa danPustaka. 1985) ms. 96. 10 A. Oldfeld. Moral Judgement in History: and History Teaching ( London: Studies in the Nature and Teaching of the History. 1981 ) ms. 260-277. 11 R. Suntharalingam. Pengenalan Kepada Sejarah. (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1985) ms. 94.
5
ditafsirkan. Tambahan pula, ahli sejarah mewujudkan pengadilan moral dalam penulisan sejarah seemangnya untuk memberi kesedaran moral dan menghargai para penjuang negara. Menurut Acton, yang menyangkal tanggapan bahawa kanun moral tidak akan wujud atau peraturan
moral manusia yang sentiasa berubah ataupun mesti menimbangkan
keadaaan mas, kelas mana orang itu berasal serta pengaruh sekeliling sehinggakan tiada orang yang boleh diadili dan sukar untuk menentukan siapakah yang bertanggungjawab untuk tindakan – tindakan
tertentu.
Sebagai contohnya, seorang individu yang
melakukan pembunuhan, kemudian dilepaskan daripada jenayah yang dilakukan jika ia mengikuti adat tempatan, jika jiran – jiran merestuai, jika digalakkan oleh penasihat – penasiaht kerajaan atau didorong oleh pihak kerajaan, jika dia berindak untuk sebab kerajaan atau cinta murni.12 Melalui contoh di atas dapat memperlihatkan bahawa, tindakan jenayah perlu diadili dengan moral. Walaupun perbuatan tersebut dikira kejam dan terkutuk oleh para ahli sejarah ia perlu difahami dan menjelaskan tentang tindakan yang dilakukan. Perkara ini juga boleh didapati apabila seseorang ahli sejarawan itu mula memuji, mengkeji dengan menggunakan perkataan-perkataan seperti baik, mulia, kejam, ganas dan sebagainya.13 Di samping itu juga, tindakan yang dilakukan dapat menghasilkan satu sejarah yang menjadi pedoman kepada manusia dan dapat membantu mewujudkan kehidupan yang lebih sempurna. 3.0 HAL-HAL YANG DIADILI Tidak dapt dinafikan bahawa berbagai hal diadili oleh ahli sejarah. Kebiasaannya hal – hal yang diadili adalah individu, peristiwa dan institusi. Menurut E.H. Carr menyatakan bahawa pengadilan moral dalam sejarah boleh mencakupi individu, peristiwa, institusi dan dasar.14 Jelaslah, penyataan yang dinyatakan oleh E.H. Carr telah memberi pendedahan tentang perkara yang diadili oleh penulisan sejarah. Oleh itu, bagaimana ahli sejarah mengadili individu, peristiwa, institusi dasar dan zaman dengan merujuk kepada contoh-contoh yang dinyatakan oleh ahli sejarah.
12 Ibid. 13 Abdul Rahman Haji Abdullah. Penghantar Ilmu Sejarah. (Pulau Pinang: Pusat Pendidikan Jarak Jauh,USM, 1994) ms. 113-114. 14 E. H. Carr. Apakah Sejarah?. (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1984) ms 78.
6
Perkara pertama yang diadili oleh para ahli sejarah berkaitan dengan individu atau tokoh. Menurut Berlin dan Oldfield, para ahli sejarah perlu mengkaji peranan individu dalam pergolakan sejarah akan menekankan niat orang itu secara langsung atau tidak langsung.15 Jelaslah, memperlihatkan bahawa ahli sejarah untuk menilai seseorang tokoh sejarah dengan nilai moral. Jika seseorang melakukan perkara yang baik sememangnya ahli sejarah memuji tindakan tersebut. Kebiasaannya, tindakan individu lebih digelar sebagai pahlawanan ataupun penjahat dalam sejarah. Melalui contoh Raja Iskandar Syah yang membangunkan Melaka dipuji sebagai tokoh yang handal dalam karya Dahlan Mansoer manakala Fancis Light telah memperdayakan Sultan Abdullah dianggap sebagai pendusta oleh Bonney. Sudah terang lagi bersuluh, jika seseorang tokoh ataupun dikenali sebagai wira dalam menbangunkan sesebuah kerajaan memangnya boleh dipuji oleh penulis sejarah. Sememangnya, menjatuhkan pengadilan moral kepada wira-wira negara dapat memberi teladan dan semangat nasionalisme kepada masyarakat. Bahkan, dapat menghargai dan mengekalkan keamanan yang dikecapi oleh pahlawan negara. Seterusnya, pengadilan moral boleh dilakukan terhadap peristiwa-peristiwa sejarah. Sebagai contohnya, Dr. Lim Teck Ghee ketika meninjau kejadian pengenalan Rancangan Stevenson yang bertujuan menghadkan pengeluaran getah di Tanah Melayu sekitar tahun 1920 telah menuduh bahawa pihak berkuasa British telah berlaku tidak adil kepada para peladang tempatan. Tambahan penyataan Lim, dorongan untuk menggubal rancangan berpunca daripada desakan para peladang Eropah yang memiliki estet getah yang besar sedangkan para peladang tempatan yang memiliki lading-ladang kecil bukan sahaja tidak menyokong malah membantah kerana mengugat kepentingan rakyat tempatan.16 Melalui peristiwa yang berlaku, memperlihatkan pengadilan moral dilakukan kepada British yang telah melakukan satu rancangan iaitu Rancangan Stevenson yang dapat memberi kesan negetif kepada rakyat tempatan. Tambahan pula, menjatuhkan pengadilan moral terhadap rancangan tersebut telah bertolak tanggapan bahawa sesebuah kerajaan sepatutnya bertindak secara adil kepada semua golongan di bawah jagaannya. Bahkan, Rancangan Stevenson telah memberi kesan buruk kepada para peladang tempatan. Sememanya, melalui peristiwa yang berlaku telah menyebabkan ahli sejarah menjatuhkan 15 R.G Collingwood. The Idea of History ( London. University Oxford Press. 1978) ms. 103. 16 Ibid. ms. 106.
7
pengadilan moral supaya dapat menilai dan mengambil teladan tentang peristiwa sejarah yang berlaku. Manakala, hal-hal yang diadili dalam sejarah melibatkan institusi- institusi seperti perhambaan, feudalisme despotisme, kasta, gereja, parlimen dan sebagainya. Menurut Aminuddin Baki yang mengkaji institusi pemhambaan dalam masyarakat tradisional Melayu. Beliau yang telah mengutuk institusi raja Melayu yang dianggap kejam bahkan berlawanan dengan rukun-rukun Islam. Seperti yang sedia maklum bahawa dalam ajaran Islam menyarankan bahawa setiap manusia memberi layanan yang baik antara satu sama lain.
Bahkan, Aminuddin Baki mengutuk tuan-tuan hamba yang mengenetepikan
peraturan yang wujud. Tegasnya, Aminuddin Baki menjelaskan bahawa hamba yang tertindas itu cuba melarikan diri, tetapi mereka yang diberkas itu akan dihukum secara teruk oleh tuan hamba17
Hakikatnya, pengadilan moral perlu dilakukan dalam memberi penilaian
terhadap peristiwa sejarah yang berlaku. Penindasan yang berlaku dalam kalangan masyarakat Melayu tradisional
membuktikan bahawa masyarakat dahulu terlalu
berpegang kepada pangkat dan keturunan. Golongan pemerintah di agung-agungkan manakala golongan diperintah ditindas dan dianggap sebagai hamba. Sememannya, ahli sejarah perlu menjatuhkan pengadilan moral terhadap peristiwa yang berlaku supaya menjadi pedoman kepada masa hadapan. Pengadilan moral memainkan peranan penting dalam memberi pengajaran dan teladan kepada masyarakat. Bahkan, Lord Acton berpendapat bahawa sejarah sebagai bahan dalam pengajaran moral kepada masyarakat pada masa kini. Di samping itu, pengadilan moral telah dijatuhkan pada masa lalu menyebabkan masyarakat tidak berani mengulangi kesalahan-kesalahan pada zaman lalu. Sebagai contohnya, peristiwa pengeboman atom pihak Amerika Syarikat di bandar Hiroshima dan Nagasaki di Jepun pada tahun 1945 telah mengorbankan banyak nyawa. Oleh itu, pengadilan moral harus dijatuhkan ke atas Amerika Syarikat
kerana mereka
hanya
ingin membalas dendam atas kematian
rakyatnya di Kepulauan Pasifik. Penulis yang menyokong pengadilan moral dapat mewujudkan benteng melindungi hak asasi manusia. Murut pandangan R. Sutralingam, ukuran dalam penilaian sejarah 17 Aminuddin Baki. The Institution od Debt-Slavery in Perak, Malaysia in History ( Malaysia. Persatuan Sejarah Malaysia. 1983) ms. 22-30.
8
bukan sahaja berdasarkan persoalan kepentingan negara dan rakyat secara keseluruhnya tetapi melihat kepada pihak tertentu yang memperlekehkan hak asasi manusia. Misalnya, pendudukan Jepun semasa Perang Dunia Kedua, telah mengakibatkan penganiayaan hak asasi manusia terhadap rakyat tempatan dan kaum wanita. Selain daripada penganiayaan ke atas kaum wanita dilakukan di tempat terbuka dan tempat khas diadakan di mana orang perempuan disediakan untutk askar-askar Jepun. Peristiwa yang berlaku telah memberi tindakan kepada tentera Jepun untuk dikutuk kerana telah melanggar hak asasi kaum wanita di Tanah Melayu. Pengadilan moral perlu dijatuhkan supaya tidak menganiaya terhadap kaum wanita. Tanpa sejarah generasi akan datang tidak mampu untuk memahami masalah-masalah sezaman dan tanpa pengetahuan asas tentang sejarah kita tidak boleh menggunakan kebijaksanaan untuk berhadapan dengan masa depan.18 Hujah yang dinyatakan memberi pandangan bahawa pengadilan moral memainkan peranan penting dalam usaha membentuk teladan kepada masyarakat kini.
4.0 KESIMPULAN. Pengadilan moral sememangnya penting kepada penulis sejarah dalam menghasilkan karya sejarah yang dapat memberi kesedaran kepada masyarakat. Bahkan, pengadilan moral yang dilakukan oleh penulis sejarah telah memperlihatkan peristiwa sejarah mempunyai nilai baik dan buruk. Penilaian yang dilakukan oleh ahli sejarah hanya semata-mata untuk memberi pengajaran serta teladan kepada masyarakat hari ini. Tambahan pula, peristiwa yang berlaku mempunyai kelebihan dan keburukan dalam menjatuhkan pengadilan moral. Di samping itu, pengadilan moral merupakan satu unsur sosial dalam penulisan sejarah yang bertujuan memberikan panduan, pengajaran, iktibar pada generasi akan datang. Kewujudan pengadilan moral merupakan medium utama dalam memberi 18 A. Marwick. The Nature of History. (London: Macmillan Education Ltd. 1989) ms. 17.
9
pengajaran kepada masyarakat supaya tidak mengulangi peristiwa lalu. Peristiwa sejarah sememanngnya telah memberi kesan yang baik kepada masyarakat terutamanya generasi muda dalam mengekalkan keamanan tanah air yang sekian lama pahlawanan berjuang untuk memerdekan negara. Pengadilan moral bukanlah satu perkara untuk mendedahkan kesalahan dan keaiban seseorang individu pada masa lampau. Sebaliknya, ahli sejarah mengkaji dan menilai tindakan tokoh-tokoh pejuang supaya dapat memberi kesedaran kepada masyarakat. Walaupun sesuatu peristiwa pahit untuk ditelan, yang pensejarahan sebenar harus digali dan dibongkar lalu dijelaskan kepada umum supaya menjadi tatapan dan iktibar bagi generasi mendatang. Tuntasnya, pengadilan moral yang dilakukan oleh ahli sejarah semata- mata untuk memberi kebenaran terhadap peristiwa sebenar yang berlaku. Hakikatnya, ahli sejarah yang menjatuhkan pengadilan moral terhadap peristiwa sejarah untuk menghidupkan peristiwa yang lalu. Pengadilan moral semamangnya wajar dilakukan oleh penulis dalam memberi pengajaran kepada masyarakat. Pengajaran dan teladan daripada peristiwa sejarah perlu masyarakat kini mengambil perhatian supaya sentiasa menghargai jasa dan pengorbanan tokoh-tokoh sejarah. Tambahan pula, kewujudan pengadilan moral dalam penulisan sejarah akan menghasilkan satu karya yang mempunyai nilai yang tinggi dan memberi
pendedahan nilai-nilai moral tentang
peristiwa sejarah.
BIBLIOGRAFI Abdul Rahman Haji Abdullah. 1994. Penghantar Ilmu Sejarah. (Pulau Pinang: Pusat Pendidikan Jarak Jauh USM. Aminuddin Baki. 1983. The Institution od Debt-Slavery in Perak, Malaysia in History Malaysia. Persatuan Sejarah Malaysia. B.Croce. 1960. History: Its Theory and Practice. New York: Cornell Unversity Library . Carr, E.H. 1984. Apakah Sejarah?, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Collingwood, R.G. 1978. The Idea of History. London. University Oxford Press Heller, Agnes. 1982. A Theory of History. London: Routledge & Kegan Paul.
10
I. Berlin. 1959. Historical Inevatability : dalam The Philosophy of History in our time New York. Oxford University Press. Marwick, Arthur. 1989. The Nature of History. London: Macmillan Education Ltd. Mohd. Yusof Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahya. 1988. Sejarahwan dan Pensejarahan:Ketokohan dan Karya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Oldfeld, Adrian. 1981. Moral Judgement in History: and History Teaching London: Studies in the Nature and Teaching of the History. Qasim Ahmad. 1991. Karya Sejarah : Pendekatan dan Persoalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Qasim Ahmad. 1985. Pengadilan Moral dalam Sejarah Kes Nazi di Jerman. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. Suntharalingam, R. 1985. Pengenalan Kepada Sejarah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.