Tajuk 3.docx

  • Uploaded by: nur rara
  • 0
  • 0
  • July 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tajuk 3.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 2,909
  • Pages: 10
1.0 PENGENALAN Edward Hallett Carr atau E.H. Carr merupakan seorang tokoh pemikir sejarah yang terkenal sebagai pelopor dalam teori hubungan antarabangsa, serta berpegang pada prinsip pensejarahan radikal di dalam karyanya iaitu “What Is History?”. E.H. Carr dilahirkan pada 28 June 1892, dan merupakan bangsa British yang pernah memegang jawatan sebagai ahli diplomat pada tahun 1916 selama 3 tahun dan juga pembantu editor di The Times . Beliau pernah mendapat pendidikan di Merchant Taylors’ School, London dan Trinity College, Cambridge dan meninggal dunia pada 3 November 1982 ketika berusia 90 tahun. E.H. Carr ada mengatakan di dalam bukunya iaitu ‘Apakah Sejarah’ bahawa, “Fakta-fakta sejarah tidak pernah sampai kepada kita dalam keadaan ‘murni’, oleh kerana ia tidak wujud dan tidak mungkin wujud dalam bentuk yang murni: ia sentiasa dihiasi melalui fikiran si pencatat”.1 Murni dari segi istilah bermaksud tidak mengandungi unsur-unsur asing serta disifatkan sebagai bersih, suci, asli, benar, dan tulen. Walaupun sejarah ini merupakan “catatan ataupun rekod mengenai sesuatu peristiwa yang telah berlaku pada suatu masa yang lalu”,2 namun sejarah bukanlah memfokuskan pencarian fakta sematamata, tetapi juga memerlukan pentafsiran atau penjelasan rasional oleh sejarawan tentang sebab-sebab sesuatu peristiwa lampau itu telah berlaku. Hal ini telah ditegaskan oleh E.H. Carr iaitu kajian “sejarah adalah kajian tentang sebab-musabab”.3 Di dalam pentafsiran inilah berlakunya perbezaan pandangan serta penulisan antara seorang tokoh dengan tokoh yang lain, sehingga mampu mengelirukan masyarakat dalam fakta-fakta sejarah yang dikemukakan. Pandangan E.H. Carr dalam menekankan kepentingan penyebaban “rasional” dalam menjelaskan peristiwa sejarah adalah bertentangan dengan pandangan seorang lagi sejarawan iaitu Collingwood. Mengikut penulisan R.G. Collingwood, sesuatu kejadian sejarah itu adalah hasil daripada tindakan rasional si pelaku sejarah dan tindakan tersebut juga boleh difahami oleh pengkaji. Hal ini kerana menurut Collingwood, kejadian sejarah adalah dilakukan diatas tujuan-tujuan tertentu. “Jika tidak, maka tidaklah ada sejarah; jika ia dilakukan atas tujuan yang tidak dapat kita soroti, maka sekurang-kurangnya kita tidak akan dapat membina kembali sejarah”.4

1

2

Carr, Edward Hallet, and Ab Rahman. Apakah Sejarah?. Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988. hlm. 19. Ibrahim, Muhd Yusof B. Pengertian Sejarah. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia, 1975.

hlm. 7. 3 4

Carr, Edward Hallet, and Ab Rahman. Apakah Sejarah?. hlm. 93. Ibrahim, Muhd Yusof B. Idea Sejarah. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka. 1985. hlm. 391.

1

Di dalam penjelasan yang diberikan oleh tokoh tentang sesuatu peristiwa lampau, perlulah diteliti dahulu oleh pembaca sebelum digunakan agar maklumat atau fakta yang diterima adalah benar. Hal ini kerana, pada Zaman Klasik Barat, mereka melihat dan mentakrif sejarah dalam pengertian yang sangaat terbatas. Maka, pengertian yang terbatas itu menunjukkan bahawa “kesedaran terhadap sejarah belum wujud lagi dalam kalangan ahli sejarah”.5 2.0 KEPENTINGAN PENJELASAN SEJARAH Di dalam kajian sejarah, para ahli sejarah telah menemui bahawa “terdapat garis pemisahan di antara tugas penceritaan dan tugas penjelasan di dalam sesebuah fakta, walaupun pemisahan begini dipertikaikan oleh sarjana-sarjana tertentu seperti Collingwood”.6 Namun kebanyakan ahli sejarah sejak dari zaman Herodotus mengakui terdapat perbezaan antara kedua-dua perkara tersebut. Misalnya H. Taine pernah mentakrifkan tugas-tugas sejarawan dengan kata-kata begini: “Terlebih dahulu mengesan faktafakta; kemudian mencari sebab-sebab”7 Fakta-fakta yang dikaji selalunya “menekankan perincian yang tepat seperti tarikh, tempat, nama orang yang terlibat di dalam sesuatu kajian sejarah, sebaliknya tugas mencari sebab-sebab diertikan sebagai mendedahkan motif, niat, dorongan, keadaan, dan pengaruh yang mencetuskan kejadian itu”.8 Fakta dan penjelasan adalah saling berkait di antara satu sama lain, kerana setiap peristiwa yang dijelaskan dapat menggambarkan perkara yang telah berlaku. Namun begitu, sebelum membuat penjelasan terhadap sesuatu fakta, ahli sejarawan sepatutnya memastikan bahawa fakta sejarah yang terdapat di dalam sumber seperti dokumen, jurnal, dan monumen tidak mempunyai unsur-unsur tokok tambah oleh penulis sejarah sebelumnya. Hal ini kerana, menurut Collingwood: “Apa pun adalah bukti yang membolehkan anda untuk menjawab soalan anda”.9 Jika bukti yang yang dikemukakan adalah salah, maka penjelasan dalam sejarah juga akan terpesong daripada kejadian yang sebenar. Akhirnya fakta sejarah itu tidak akan sampai kepada kita dalam keadaan yang sepatutnya. Penulisan sejarah di negara kita lebih terjerumus dalam aspek menulis semula fakta-fakta yang diterima, berbanding mencari sendiri kebenaran melalui penafsiran yang dibuat terhadap mengapa sesuatu

5

Ibrahim, Muhd Yusof B. Aspek dan Perkembangan Falsafah Sejarah Dunia Barat. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991. hlm. 10. 6 Ibrahim, Muhd Yusof B. Idea Sejarah. hlm. 214. 7 Gairdner, Patrick. The Nature of Historical Explanation.” (1961). hlm. 70. 8 Suntharalingam, R. Pengenalan Kepada Sejarah. Kuala Lumpur, Marican dan Sons (M) Sdn Bhd. 1985. hlm. 70. 9 Ibrahim, Muhd Yusof B. Idea Sejarah. hlm. 281.

2

kejadian itu boleh berlaku. Sekiranya amalan “copy and paste” fakta sejarah diteruskan, maka tidak wujudlah interaksi antara ahli sejarah dengan fakta sejarah. Ahli sejarah dan fakta-fakta sejarah adalah mustahak antara satu sama lain. “Ahli sejarah tanpa fakta-faktanya tidak berpendirian dan tidak berguna; fakta-fakta tanpa ahli sejarahnya adalah fakta-fakta yang mati dan tidak bermakna”.10 Situasi ini membawa maksud bahawa ahli sejarah memainkan peranan yang sangat penting dalam mentafsirkan semula sesuatu peristiwa yang lepas itu. Sebagaimana yang kita sedar, ahli sejarah pada lazimnya tidak menyaksikan hal-hal yang diselidik itu. “Pengetahuannya mengenai masa lampau hanya diperolehi melalui sumber-sumber yang ditinggalkan oleh saksi-saksi”.11 Bagi mengelakkan perkara ini terus berlaku, amat penting untuk kita mengambil beberapa langkah sebelum membaca sesebuah karya, dan seterusnya membuat kritikan terhadap penulisan yang sedia ada sekiranya ia mempunyai unsur-unsur yang boleh diragui. 3.0 LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL SEBELUM MEMBACA SESEBUAH KARYA SEJARAH E.H. Carr mengatakan “Sejarah ialah suatu proses perhubungan tidak putus-putus di antara ahli sejarah dengan bahan-bahannya, suatu dialog yang juga tidak putus-putus di antara zaman sekarang dengan masa yang telah lalu”.12 Disebabkan oleh itu, sebagai pembaca fakta sejarah, beberapa langkah perlu diambil untuk memastikan bahawa sepanjang fakta sejarah itu diguna serta ditafsirkan, ia masih berada dalam keadaan yang tulus. Antara berikut ialah langkah-langkah yang perlu diambil sebelum membaca sesebuah karya sejarah. 3.1 Kritikan Luar Sebelum sesuatu fakta digunakan, ahli sejarah telah mengakui bahawa kritikan perlu dilakukan agar bukti yang dinyatakan adalah benar. “Kritikan luar boleh dimengertikan sebagai usaha mengesahkan ketulenan atau kesahan sesuatu sumber asli”.13 Pendirian ini, “sebagaimana yang dihuraikan oleh Marc Bloch, adalah sebahagian besarnya sumbangan Jean Mabillon, Richard Simon, Paperbroek, dan Spinoza yang pada kurun yang ke-17 telah menetapkan kaedah-kaedah yang harus mendukung proses kritikan bukti supaya menghasilkan ilmu sejarah yang tulen”.14

10

Carr, Edward Hallet, and Ab Rahman. Apakah Sejarah?. hlm. 27. Suntharalingam, R. Pengenalan Kepada Sejarah. hlm. 28. 12 Ibrahim, Muhd Yusof B. Pengertian Sejarah. hlm. 1. 13 Suntharalingam, R. Pengenalan Kepada Sejarah. hlm. 36. 14 Suntharalingam, R. Pengenalan Kepada Sejarah. hlm. 35. 11

3

Kritikan yang dilakukan bukanlah sesuatu yang dilaksanakan atas dasar tidak berpuas hati, atau individu tersebut berfikiran negatif terhadap fakta yang dikemukakan, namun ia adalah sebagai satu ujian untuk mencari kebenaran di dalam fakta tersebut. Ujian ini, menurut Marc Bloch, berpunca dari sikap kesangsian terhadap keterangan-keterangan yang diberikan oleh saksi-saksi tentang masa lampau, dan kaedah-kaedah yang berkesan telah dicari yang “membenarkan pengasingan kebenaran daripada pendustaan”.15 Keadaan ini dapat dilihat di negara kita sendiri, iaitu berlakunya pemalsuan dokumen, wang ringgit Malaysia, kad pengenalan, surat wasiat, surat geran tanah, dan sebagainya atas dasar kepentingan diri ataupun kepentingan sesuatu pihak. Penipuan ini juga tidak mustahil berlaku di dalam penulisan sejarah, jika ia tidak dipandang serius. 3.2 Ujian Kimia Setiap dokumen yang dijadikan sumber sejarah boleh melalui ujian kimia untuk memastikan ketulenannya. Hal ini kerana, melalui ujian kimia umur sebenar sesuatu dokumen dapat ditentukan. “Keadaan kertas, dakwat, dan cap di dalam sesebuah dokumen akan berubah mengikut peredaran masa, dan pakar-pakar kimia boleh memastikan sama ada sesuatu dokumen itu benar-benar dikeluarkan pada masa yang didakwa oleh pihak-pihak yang memilikinya”.16 Sesetengah pihak sanggup memalsukan dokumen penting kerana ingin mengaut keuntungan dengan menjual dokumen-dokumen tersebut dengan harga yang tinggi, atau menyembunyikan kebenaran fakta demi menjaga nama baik sesetengah pihak. Disebabkan oleh itu, pemalsuan dokumen berlaku dalam penulisan fakta sejarah. Namun, ujian kimia masih dapat membuktikan pemalsuan yang berlaku ini, sekaligus dapat mengelakkan fakta tersebut daripada terus menjadi rujukan pihak-pihak tertentu. 3.3 Ujian Bahasa Ketulenan dokumen juga boleh disahkan melalui ujian bahasa. “Sebagaimana yang kita maklum, gaya bahasa sentiasa berubah dari sudut nahu, struktur ayat, ejaan, istilah, tanda baca, dan sebagainya”.17 Mengikut G.J Garraghan: “Gaya tulisan Latin oleh Livy yang bertarikh abad yang pertama tidaklah serupa dengan gaya tulisan Latin Einhard pada abad yang ke-9”.18 Perkara ini juga seperti yang berlaku dalam penggunaan Bahasa Melayu iaitu pada tahun 1960-an yang mempunyai Marc, L., and P. Putnam. Historian’s Craft. Machester University Press, 1979. hlm. 79-86. Suntharalingam, R. Pengenalan Kepada Sejarah. hlm. 37. 17 Suntharalingam, R. Pengenalan Kepada Sejarah. hlm. 37. 18 Suntharalingam, R. Pengenalan Kepada Sejarah. hlm. 37. 15 16

4

perbezaan dengan

penggunaan Bahasa Melayu pada masa kini. Perbezaan yang ketara ini terdiri daripada ejaan, tulisan, kata gandaan, dan kata keturunan. Oleh itu, jika berlaku pemalsuan dokumen, pengkaji bahasa dapat mengesan penipuan yang cuba dibuat terhadap dokumen yang ditulis, berdasarkan kemahiran yang ada pada seseorang pengkaji bahasa. “Hakikatnya, untuk memalsukan dokumen adalah begitu sulit lebih-lebih lagi, jika karya atau dokumen yang dipalsukan itu didakwa sebagai tulisan tokoh terkenal seperti Napaleon, Bismarck, Lincoln, atau Churchill kerana tokoh-tokoh ini mempunyai gaya tulisan yang tersendiri yang tidak mudah ditiru oleh orang lain”.19 3.4 Ujian Tulisan Tangan Pemalsuan dokumen masih boleh didedahkan melalui ujian tulisan tangan dan bukan ditaip atau dicetak. Perkara yang diutarakan oleh Garraghan, “tulisan tangan adalah satu ciri yang tersendiri”.20 Setiap tulisan mempunyai seninya yang tersendiri bagi seorang individu dengan individu yang lain. Walaupun seseorang itu mempunyai pasangan kembar, namun tidak semestinya tulisan dua individu yang berlainan ini akan sama. Disebabkan oleh itu, “pakar-pakar dalam bidang ini boleh mendedahkan perbuatan untuk meniru tulisan tangan orang lain”.21 “Misalnya, dalam kes pemalsuan Buku Harian Hitler, yang mana semua catatan telah dibuat dalam tulisan tangan Hitler, termasuk menurunkan tandatangan Hitler pada tiap-tiap muka buka harian itu. Namun, pakar-pakar tulisan tangan telah membandingkan tulisan dalam buku terbabit dengan dokumen-dokumen lain yang pernah ditulis oleh Hitler”.22 Oleh hal yang demikian, pendedahan mengenai pemalsuan sesebuah karya dapat dibuktikan. 3.5 Ujian Bahan-Bahan yang Digunakan Penggunaan sesuatu bahan boleh menjadi bukti bahawa fakta yang ditulis adalah benar seperti yang dinyatakan. Perkara ini dapat dipastikan dengan, “bahan-bahan yang digunakan dalam menghasilkan dokumen itu memang sudah wujud pada masa yang ditarikhkan dalam dokumen itu sendiri”.23 Sekiranya terdapat fakta dicatat diatas kertas sekitar tahun 1150 T.M, boleh didakwa bahawa dokumen terbabit adalah palsu kerana pada sekitar tahun berkenaan, tiada sebarang penggunaan kertas, tetapi kulit kambing

19

Suntharalingam, R. Pengenalan Kepada Sejarah. hlm. 38. Garraghan, Gilbert J, and Jean Delanglez SJ. A Guide to Historical Method Garraghan. 1946. hlm. 179. 21 Suntharalingam, R. Pengenalan Kepada Sejarah. hlm. 38. 22 Suntharalingam, R. Pengenalan Kepada Sejarah. hlm. 38. 23 Suntharalingam, R. Pengenalan Kepada Sejarah. hlm. 38. 20

5

telah dijadikan bahan untuk menulis. “Keputusan yang sama juga boleh dibuat tentang sebuah dokumen yang bercetak yang ditarikhkan pada tahun 1350, kerana teknik pencetakan hanya diperkenalkan pada abad yang ke-15”.24 Ternyatalah bahawa ahli sejarah juga memerlukan bantuan kepakaran lain untuk membuktikan bahawa dokumen yang ditulis tersebut adalah asli dan juga mempunyai fakta-fakta yang sahih. Jika kepakaran ini tidak dihiraukan, pemalsuan dokumen pasti akan berleluasa. Masyarakat juga dapat membuka mata bahawa tugas ahli sejarah bukanlah mudah, kerana golongan ini tidak semuanya mempunyai kepakaran dalam ujian tulisan kimia, ujian bahasa, dan ujian tulisan tangan. 3.6 Menfokuskan Ahli Sejarah yang Menulis Karya Sejarah “Sebelum anda mengkaji ahli sejarah, kajilah persekitaran sejarah dan sosialnya”.25 Perkara ini menunjukkan bahawa pembaca perlu menyelidik kehidupan sebenar ahli sejarah sebelum membaca karya-karyanya. Hal ini demikian kerana, ahli sejarah mempunyai pelbagai aliran pemikiran, kehidupan sosial yang berbeza, serta perbezaan agama dan bangsa. Hal ini bertujuan untuk memastikan bahawa fakta sejarah yang dikeluarkan oleh golongan ini, tidak dipengaruhi oleh kehidupan sebenar mereka. Menurut E.H. Carr “seseorang penulis sejarah kerap benar tidak dapat menceraikan perasaannya dari perkara yang ditulisnya itu”.26 Begitu juga seperti kata-kata Collingwood bahawa, “Ahli sejarah mesti membentuk semula dalam fikirannya apa yang telah berlaku dalam fikiran pelaku sejarah. Sebaliknya pula, si pembaca mestilah membentuk semula apa yang telah berlaku dalam fikiran ahli-ahli sejarah. Kajilah ahli sejarah sebelum anda mengkaji fakta-fakta.”27 Pembaca juga harus menyelidik pendidikan ahli sejarah terbabit untuk memastikan kewibawaannya boleh dipercayai dan beliau juga telah mendapat pengiktirafan sebagai ahli sejarah. Hal ini demikian kerana, pengiktirafan sebagai ahli sejarah amat penting untuk memastikan bahawa ahli sejarah terbabit betul-betul arif dalam penulisan karyanya dan bukanlah hanya bersifat penceritaan fakta semata-mata. “Maka apa yang menjadi tugas sebenar ahli sejarah ialah mentafsir isi dokumen-dokumen yang disahkan tulen itu”.28 3.7 Mengesan Kebenaran Fakta yang Digunakan Dalam Sesebuah Karya

24

Suntharalingam, R. Pengenalan Kepada Sejarah. hlm. 38. Carr, Edward Hallet, and Ab Rahman. Apakah Sejarah?. hlm. 44. 26 Ibrahim, Muhd Yusof B. Pengertian Sejarah. hlm. 26. 27 Carr, Edward Hallet, and Ab Rahman. Apakah Sejarah?. hlm. 20. 28 Suntharalingam, R. Pengenalan Kepada Sejarah. hlm. 40. 25

6

Jika dibuat kajian, fakta sejarah itu terlalu banyak, namun terpulang kepada individu untuk memilih fakta yang diinginkan. Kata-kata ini telah dibuktikan dengan penulisan E.H. Carr iaitu: “Fakta adalah seperti ikan yang berenang-renang ke sana ke mari di dalam sebuah samudera yang luas dan kadangkala tidak mungkin orang akan sampai kepadanya; dan apa yang ditangkap oleh ahli sejarah bergantung, sebahagiannya, kepada nasib, dan terutamanya pada bahagian manakah di samudera tersebut dia memilih untuk memancing dan alat memancing apakah yang dipilih untuk digunakan”.29 Keadaan ini menggambarkan bahawa setiap fakta itu bergantung penggunaannya oleh ahli sejarah. Sejarawan bertanggungjawab dalam memilih serta merungkai setiap peristiwa yang telah berlaku mengikut kepakaran mereka dalam bidang ini. Namun, sebagai pembaca karya sejarah, kita juga perlu melihat kepada ahli sejarah terbabit kerana terdapat ahli sejarah yang hanya memilih fakta-fakta yang dikehendakinya, berfikiran imaginatif, dan fakta sejarah ditulis adalah mengikut kaca mata dan peredaran masa. Ahli Sejarah Hanya Memilih Fakta-Fakta yang Dikehendakinya. “Pada umumnya, ahli sejarah berkenaan akan memperolehi fakta-fakta menurut jenis yang dikehendakinya”.30 Dalam hal ini, mungkin berlakunya perbuatan berat sebelah dalam karya yang ditulis oleh sejarawan, demi menjaga status pelaku sejarah terbabit. Sebagai contoh, jika penulisan ahli sejarah mempunyai penceritaan tentang ketokohan pemimpin negara mahupun biografi seseorang, sudah semestinya perkara yang baik-baik sahaja yang akan dipertengahkan, sedangkan realitinya terdapat sesetengah perkara yang sebaliknya telah disembunyikan. Ini adalah bertujuan untuk memperlihatkan bahawa tokoh berkenaan sangat berjasa dan telah memainkan peranan yang besar dalam bidang yang diceburinya. Oleh itu, apabila anda membaca sesuatu karya sejarah, “perlulah sentiasa mengesani gemanya”.31

Ahli Sejarah Berkefahaman Imaginatif. Kini, masih terdapat ahli sejarah yang berkefahaman imaginatif. Sekiranya seorang tokoh sejarah sudah terbiasa dengan fakta-fakta sebelumnya, maka mereka akan mengguna pakai sahaja fakta terbabit 29

Carr, Edward Hallet, and Ab Rahman. Apakah Sejarah?. hlm. 20. Carr, Edward Hallet, and Ab Rahman. Apakah Sejarah?. hlm. 20. 31 Carr, Edward Hallet, and Ab Rahman. Apakah Sejarah?. hlm. 20. 30

7

tanpa membuat kajian semula. Keadaan ini dapat dilihat di Malaysia sendiri apabila sejak bertahun lamanya mengatakan bahawa Pulau Pinang telah dibuka oleh Francis Light pada tahun 1786, dan fakta tersebut masih diguna pakai hingga ke hari ini. Namun sejak kebelakangan ini, terdapat ahli sejarah yang menyangkal fakta tersebut dengan membuktikan bahawa Pulau Pinang telah dibuka oleh Dato Jenaton Bin Raja Labu pada tahun 1749. Pembuktian tersebut menunjukkan bahawa tidak semua fakta boleh dipercayai, terutamanya yang ditinggalkan oleh saksi-saksi atau pihak penjajah, melainkan fakta tersebut telah diakui oleh majoriti ahli sejarah. Pemikiran imaginatif tanpa kajian akan menyebabkan timbulnya salah faham dan mengakibatkan fakta sejarah yang sebenar tidak sampai kepada masyarakat. Fakta Sejarah Ditulis Mengikut Kaca Mata dan Peredaran Masa Kita dapat “lihat dan memperoleh kefahaman tentang masa lampau, dengan hanya melalui kaca mata masa kini”.32 Keadaan ini dibuktikan bahawa tokoh sejarahwan yang menulis sejarah, bukanlah mereka yang terdiri daripada masyarakat yang mengalami peristiwa sejarah terbabit. Hal ini kerana, semasa ahli sejarah melakukan pentafsiran dan pemilihan serta penyusunan fakta-fakta, “kedua-duanya mengalami perubahan-perubahan secara halus tanpa disedari”,33 seperti yang dinyatakan oleh Profesor Kitson Clark: “Tidak ada dokumen, dan tidak ada pernyataan rasmi atau tidak rasmi, yang tidak boleh disangsi”,34. Keadaan tersebut telah menggambarkan bahawa masih terdapat keraguan dalam penulisan sejarah yang ditulis mengikut kaca mata sekarang, dan berkemungkinan ahli sejarah berpandangan pragmatis semata-mata terhadap fakta-fakta yang dikemukakan. 4.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, sebagai seorang ahli sejarah yang berpendidikan serta mempunyai pemikiran yang luas sepatutnya terlebih dahulu menjalankan ujian atau analisa terhadap sumber-sumber sejarah terutamanya sumber kedua seperti dokumen, monumen, jurnal, dan sebagainya sebelum menulis sesuatu karya sendiri. Hal ini bertujuan untuk memastikan bahawa karya yang ditulis tidak mengakibatkan kekeliruan fakta dalam kalangan pembacanya. Sebagai seorang ahli sejarawan, mereka sememangnya layak untuk melakukan kritikan dalaman mahupun luaran memandangkan mereka mempunyai pengalaman serta pengetahuan yang luas dalam bidang tersebut. Bidang pengkajian sejarah ini semestinya akan terus berlanjutan dari masa sekarang hingga ke masa hadapan, malah ia tidak akan pernah berhenti. Namun mungkin perubahan akan berlaku pada

32

Carr, Edward Hallet, and Ab Rahman. Apakah Sejarah?. hlm. 21. Carr, Edward Hallet, and Ab Rahman. Apakah Sejarah?. hlm. 27. 34 Suntharalingam, R. Pengenalan Kepada Sejarah. hlm. 41. 33

8

sejarah seiring dengan kepesatan bidang teknologi. Maka sangatlah penting pada waktu ini ditekankan penelitian dalam mentafsir sejarah agar fakta yang sebenar tidak terpesong disebabkan oleh penafsiran yang dibuat oleh ahli sejarah. Pemeliharaan fakta penting supaya ia masih boleh diguna pakai buat generasi akan datang.

(2440 Patah Perkataan)

BIBLIOGRAFI

Carr, Edward Hallet, and Ab Rahman. Apakah Sejarah?. Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988. Gairdner, Patrick. “The Nature of Historical Explanation.” (1961).

Ibrahim, Muhd Yusof B. Aspek dan Perkembangan Falsafah Sejarah Dunia Barat. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991. Ibrahim, Muhd Yusof B. Idea Sejarah. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka. 1985.

Ibrahim, Muhd Yusof B. Pengertian Sejarah. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia, 1975. Marc, L., and P. Putnam. Historian’s Craft. Machester University Press. 1979.

Suntharalingam, R. Pengenalan Kepada Sejarah. Kuala Lumpur, Marican dan Sons (M) Sdn Bhd. 1985.

9

10

Related Documents

Tajuk
October 2019 38
Tajuk
November 2019 26
Tajuk
October 2019 28
Tajuk
December 2019 17
Tajuk
May 2020 23
Tajuk Disertasi.docx
November 2019 19

More Documents from "Chempaka Chem"