Syair Perahu

  • Uploaded by: Nur Ain Mohd Amin
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Syair Perahu as PDF for free.

More details

  • Words: 1,018
  • Pages: 10
Falsafah dan Logika Melayu [ Jxea 1104 ] [ Karya ] Hamzah Fansuri Ontologi Syair Perahu. Pensyarah : Dr. Amran Muhammad Nama : Nor Haznie bte Suhaili No.Matrix : Jea 080074

1

Ontologi ialah cabang ilmu falsafah atau metafizik yang berkaitan dengan fitrah manusia. Iaitu setiap bentuk pemikiran manusia dapat dikembalikan kepada dasarnya. Dalam kajian ini, mendapati karya klasik Melayu sememangnya kaya dengan unsure-unsur mikrokosmos, antrophos dan mistik yang empirikal. Dalam karya Melayu banyak menerapkan unsure nasihat, peringatan, tauladan, dan pengajaran menjadikannya sebuah disiplin ilmu yang tinggi nilainya. Hal ini juga menjadikannya suatu falsafah Melayu yang pragmatik. Untuk memahami ilmu yang disampaikan melalui sebuah karya, kita mestilah mengkaji dan memahami setiap disiplin ilmu yang dihujahkan seperti yang diterangkan oleh ahli sufi Jalalludin Rumi, “Ucapan merupakan bagian yang tak terpisahkan dari manusia. Ia seperti air yang dialirkan oleh penjaga waduk, tidak tahu ke mana air akan dialirkan – menuju kebun timun, ladang bawang, 2

atau ke sebuah taman? Aku banyak tahu tentang hal ini: Jika air mengalir deras, banyak tanah kering disekitarnya. Tapi jika air sedikit mengalir, sedikit tanah disekitarnya; sebuah kebun atau halaman yang sempit. Nabi bersabda, “Tuhan menanam kebijaksanaan pada lidah para da’i, disesuaikan dengan tingkat pemahaman orang yang mendengarkannya.” Aku adalah seorang tukang sepatu, dengan sedikit kulit, ku potongpotong ia dan kujahit sesuai dengan ukuran kaki.” [F 108/119] Wahai muda kenali dirimu, Ialah perahu tamsil tubuhmu, Tiadalah berapa lama hidupmu, Ke Akhirat jua kekal diammu. Hai muda arif budiman, Hasilkan kemudi dengan pedoman, Alat perahumu jua kerjakan, Itulah jalan membetuli insane. Dalam petikan tersebut terlalu puitis untuk kita perdengarkan malah terdapat nasihat yang elok untuk dipatuhi. Dalam rangkap 3

syair yang dihasilkan banyak mengaitkan hubungan antara manusia dengan alam semesta (kosmologi), manusia dengan alam ghaib (teologi), dan manusia dengan manusia itu sendiri (berkaitan dengan aksiologi). Penulis banyak menyalitkan maksud tersirat dan tersurat di dalam karya ini. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk mengupas lebih lanjut tentang ontologi yang terdapat dalam karya tersebut. Berdasarkan rangkap tersebut kita dapat rasakan penulis menyeru masyarakat muda khususnya, supaya mengenali diri sendiri agar sentiasa berwaspada dan beringat-ingat selalu. Dalam masa yang sama penulis mengingatkan kita agar sentiasa melakukan amal ibadat yang berfaedah. Beliau telah menyampaikan idea beliau melalui tiga cara iaitu techne iaitu cara menyampaikan hujahan melalui sistem tulisan yang boleh di baca oleh setiap lapisan masyarakat. Kemudian praxis iaitu menerapkan amalanamalan murni, seperti menyeru masyarakat 4

tidak mudah leka dan sentiasa beringat untuk melakukan ibadah sepanjang hayatnya. Dan pentaakulan, iaitu beliau telah membuat pertimbangan akal untuk menghasilkan karyanya itu untuk dipersembahkan khalayak ramai. Dalam karya ini dapat kita lihat penulis menyampaikan idea melalui idiologi Islam, di mana terdapat unsure-unsur alam ghaib atau mistik (teologi) melalui mengaitkan konsep wujudnya alam akhirat. Beliau telah mengaitkan unsur-unsur yang empirikal untuk menyampaikan hujahan, seperti menakrifkan diri seperti perahu. Perlambangan ini membawa maksud yang mendalam kepada pembaca. Seperti yang kita tahu perahu dibina menggunakan papan. Jika tidak di jaga dengan sempurna maka ia akan cepat menjadi rosak. Fungsi perahu juga kita dapat fahami iaitu sebagai alat untuk memudahkan kita bergerak di atas permukaan air. Sekiranya salah tuju kemudi maka kita akan karam didasar laut. Dengan 5

ini kita dapat saksikan bahawa penulis bijak menghasilkan dan menghujahkan idea dengan hal-hal yang empirikal dengan aksiologi kehidupan. Secara rasionalnya penulis telah menghubungkan pembaca dengan Penciptanya melalui pengalaman hati kalbu. Menerusi aksiologi yang ingin di ketengahkan oleh penulis beliau telah menasihati para pembaca agar sentiasa menjaga batas-batas kehidupan berlandaskan hukum syarak. Di sini beliau telah melunaskan falsafah beliau mengikut falsafah Islam. Di mana menurut kajian Prof. Dr. Awang Sariyan, ’Islam telah mengalihkan pandangan sarwa orang Melayu yang asalnya berlandaskan anismisme, yakni pahaman yang berlandaskan kepercayaan akan kuasa benda-benda di alam’. Yang di petik melalui karyanya Falsafah dan Logika Melayu. Begitu juga dengan pendapat Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas (1969) menegaskan bahawa Islam telah mengalihkan paksi Tamadun 6

Melayu daripada prospektif ketuhanan kepada aspek-aspek kehidupan keseluruhannya. Dalam karya alam Melayu, penulis banyak memasukan eleman-eleman yang berkaitan mikroslogi sebagai tamsilan, seperti ‘hasilkan kemudimu dengan pedoman, alat perahumu jua kerjakan,’. Hal ini menunjukkan bahawa penulis telah mengalami atau menyedari sesuatu hakikat yakni epistemologi yang diperolehi daripada hal-hal alam sekeliling (mikrokosmos) dan telah merungkaikan ilmu atau suatu falsafah di dalam suatu karya. Yang menjadikan karya tersebut memiliki nilai estetika yang tinggi dan lambang kearifan ahli ilmuan tersebut. Daripada kajian ini maka hujah itu disampaikan melalui etimologi kepada para pembaca. Pembacalah yang mengalami di mana proses membuat tafsiran (hemeneutik) berdasarkan sintax. Maka wujudnya suatu fahaman atau makna falsafah yang disampaikan. 7

Dalam rangkap kedua ini juga memperlihatkan bertapa halusnya pemikiran si penulis dalam mengadaptasikan sumber ilmu melalui pengalaman langsung, kepada sebuah karya agung ini. Di mana ilmu ini diperoleh melalui imbasan yang menggunakan deria dan diproses melalui akal. Serta digabungkan dengan pengalaman langsung yang mistik iaitu ilham yang kebenaranya di ukur melalui rasa kalbu. Seterusnya dilahirkan dengan pengucapan, dan akhirnya dicatatkan sebagai sastera. Maka dari situlah ilmu falsafah itu dibiaskan kepada setiap pembaca khususnya, untuk mengenali ilmu tersebut. Di mana pembaca akan mengkaji, menganalisis, dan memahami suatu disiplin ilmu yang abstrak dan hanya mampu dirasa menggunakan rasa kalbu dengan pertimbangan yang logic. Tidak dapat di nafikan lagi bahawa falsafah Melayutidak lari daripada lunas pendidikan Islam. Di mana penerapan aspek-aspek 8

agama dan nilai-nilai murni di dalamnya menjadikannya cabang ilmu yang mampat dan teratur. Petikan syair hasil karya Hamzah Fansuri ini menjelaskan bahawa falsafah yang di bawa oleh beliau berasaskan Islam yang empirikal. Aksiologi yang dibincangkan di dalam karya tersebut juga memperlihatkan bertapa indahnya budi dan santun, gaya bahasa, tutur kata masyarakat Melayu, serta agungnya pemikiran orangorang Melayu. Sebagai kesimpulannya, karya-karya klasik mempunyai nilai yang tinggi dengan hujahan yang cukup puitis untuk diperdengarkan. Malah idea-idea yang disampaikan juga sangat bermakna untuk dimanfaatkan dalam kehidupan.

9

Nota Rujukan: -Falsafah, Logik, Teori Nilai, dan Estika Melayu Suatu Pengalaman: Hasyim Musa, Ph.D -Falsafah dan Logika Melayu: Prof Dr. Awang Sariyan, Jabatan Bahasa Melayu Akedemi Pengajian Melayu Universiti Malaya. -Comments On The Re-examination Of Ai-Raniri’s Hujjatul-Siddiq: A Refutation: Syed Muhammad alNaquib al-Attas,Muzium Negara, Kuala Lumpur,Malaysia. -Jalan Cinta Sang Sufi Ajaran-ajaran Spiritual Jalaluddin Rumi: William C.Chittick Qalam, Pustaka Pemikiran. -Kamus Dewan Bahasa edesi ke empat: Dewan Bahasa dan Pustaka.

10

Related Documents

Syair Perahu
October 2019 38
Syair
June 2020 30
Syair
December 2019 49
Syair Berendoi
October 2019 54
Syair Rakitan.docx
June 2020 17
Syair Bidasari.docx
May 2020 51

More Documents from "Azlina Ahmad"

Pantun Budi
October 2019 46
Al-ghazali
October 2019 46
Nazam Ajal
October 2019 53
Al-kindi
October 2019 40
Tajus Salatin
October 2019 36
St-01-01
October 2019 48