Syair Berendoi

  • Uploaded by: Nur Ain Mohd Amin
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Syair Berendoi as PDF for free.

More details

  • Words: 1,035
  • Pages: 8
SARJANA MUDA PENGAJIAN MELAYU AKADEMI PENGAJIAN MELAYU UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR

JXEA 1104 FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU KARYA KLASIK:

FALSAFAH SYAIR BERENDOI FAKULTI: AKADEMI PENGAJIAN MELAYU NAMA: FAIZATUL SYAHEERA ABDUL AZIZ NO MATRIK: JEA 080180 NAMA PENSYARAH: DR AMRAN MUHAMMAD SEMESTER: SATU SESI 08/09

SYAIR BERENDOI Ibu bapamu berdoa selalu Supaya kamu dimasukkan iman Inilah saja pesan ibumu Sabar itu kepala ilmu

Dua puluh lima rasul pilihan Nama tersebut di dalam Al-Quran Martabat yang tinggi dilebihkan tuhan Hendaklah kita imankan Mula pertama nabi Allah Adam Nenek manusia kafir dan Islam Mula asalnya dari Islam Di tempat Jibarail tanah segenggam

Ayuhai budak yang cantik rupawan Lahirlah kamu ke alam nyata Untuk berbakti kepadanya tuhan Dunia akhirat wajib serta

Ilmu yakin mula pertama Dipetualah sekalian ulama Itulah menjadi pakaian kita Kepada Allah kita berserah

PENDAHULUAN Falsafah merupakan sebuah atau satu bidang yang mencari jawapan bagi sesuatu persoalan yang diutarakan. Bidang ini mempelajari seluruh fenomena kehidupan dan pemikiran manusia secara kritis dengan menimbulkan persoalan-persoalan, melalui penyelidikan atau eksperimen atau membuat kajian secara menyeluruh untuk memberi alasan secara tepat bagi sebagai penyelesaian. Untuk mempelajari bidang falsafah, logik berfikir dan logik bahasa sangat diperlukan dalam membantu mencari jalan penyelesaiannya.

Kajian atau kupasan terhadap Syair Berendoi.Syair adalah salah satu jenis karya yang terdapat dalam puisi tradisional. Puisi merupakan salah satu daripada bahan sastera yang selalunya hadir dalam bentuk lisan. Manakala syair pula bererti susunan perkataan yang berirama sama pada bunyi akhirannya. Ia wujud berpasangan namun tidak sama seperti gurindam serta tidak memerlukan kesempurnaan pasangan.

Endoi bermakna

buaian dan syair ini biasanya dilagukan dalam adat berendoi iaitu menyambut kelahiran bayi.

Kajian Syair Berendoi internet.

ini menggunakan kaedah rujukan, perpustakaan dan

PENGENALAN Biarpun kehidupan kini kian moden dan dikelilingi oleh pembangunan material, namun masih namun masih terdapat segelintir golongan masyarakat yang masih tidak meminggirkan adat dan budaya. Golongan ini berpendapat bahawa adat dan budaya Melayu terutamanya yang berteraskan Islam perlu terus dikembang dan dikekalkan sebagai pusaka yang sungguh berharga oleh setiap generasi yang ada. Oleh itu, tidak hairanlah

dalam

sesetengah

majlis

tertentu

seperti

perkahwinan,

sambutan Maulidul Rasul, berkhatan, cukur kepala serta berendoi masih terdapat adat dan budaya lama yang masih diamalkan.

FALSAFAH SYAIR BERENDOI Berpandukan bentuk Syair berendoi di atas, syair ini adalah dalam kelompok bentuk syair bukan cerita yang mempunyai falsafah tertentu. Falsafah yang dibincangkan adalah bermaksud pegangan atau tema utama yang digunakan dalam membentuk syair ini. Syair berendoi menegakkan falsafah tentang keagamaan, nasihat dan pengajaran sebagai asasnya. Sesuai dengan penggunaannya di majlis-majlis berendoi atau menyambut kelahiran bayi, penggunaan syair ini dianggap sebagai ilmu pertama bagi anak-anak yang baru lahir ke dunia. Contoh pertama, maksud dan niat yang mendalam mengenai ibu bapa terhadap anak yang baru lahir ke dunia terdapat dalam rangkap pertama syair berendoi seperti berikut: Ibu bapamu berdoa selalu Supaya kamu dimasukkan iman Inilah saja pesan ibumu Sabar itu kepala ilmu

Rangkap ini menjelaskan mengenai perasaan seseorang manusia yang telah mempunyai tanggungjawab sebagai seorang ayah atau ibu dan mengharapkan anak yang baru dilahirkan berada dalam golongan orang yang beriman, sabar dan berilmu.

Kemudian, penyair menekankan keutamaan beriman kepada rasul sepertimana yang terkandung dalam Rukun Iman. Sebagai seorang umah Islam yang percaya dengan Rukun Iman, syair ini dijadikan sebagai satu alat untuk menyerapkan nilai-nilai Islam ke dalam diri anak-anak. Ini dijelaskan seperti berikut: Dua puluh lima rasul pilihan Nama tersebut di dalam Al-Quran Martabat yang tinggi dilebihkan tuhan Hendaklah kita imankan

Sesuai dengan syair ini yang dilagukan dalam adat istiadat berendoi, pesanan atau nasihat kepada anak disertakan dengan puji-pujian dengan tujuan lahirnya ke dunia ini dalam rangkap berikut: Ayuhai budak yang cantik rupawan Lahirlah kamu ke alam nyata Untuk berbakti kepadanya tuhan Dunia akhirat wajib serta

Dalam masyarakat dahulu, syair menjadi wadah hiburan yang penting selepas pantun selain sebagai satu alat untuk penghubung untuk menyampaikan nasihat kepada pendengar. Maka, falsafah yang terkandung di dalamnya adalah sangat penting supaya

apa yang disampaikan penyair dapat dijadikan panduan masyarakat. Falsafah yang pelbagai bergantung kepada atau di mana syair itu digunakan. Oleh itu, syair berendoi mempunyai keistimewaan dan falsafah tersendiri yang terletak pada penggunaan katakata apatah lagi apabila dilagukan.

Perkara utama ia dilagukan adalah kerana iramanya yang mudah meresap ke dalam jiwa. Irama berasal daripada suara yang mampu mengolah dan mencipta suasana.Suara pula adalah pemberian semulajadi daripada Allah tetapi manusia boleh membimbing rohnya untuk mencapai keharmonian bunyi, irama dan melodi daripada gema suara.

Menurut seorang penyelidik, Syair Berendoi ini mempunyai pelbagai lagu dan mempunyai tujuan untuk menasihati dan memberi pengajaran. Ini ditujukan kepada anak-anak agar menjadi anak yang baik, taat, berbakti dan membalas budi kepada ibu bapa. Syair Berendoi ini dimulakan dengan menceritakan tentang rasul-rasul dan wajib beriman dengan-Nya serta diikuti dengan nasihat kepada si anak. Unsur pengajaran dan nasihat yang terkandung di dalamnya menekankan bahawa anak-anak hendaklah sentiasa berpegang dengan ajaran Islam dan mengabdikan hidup kepada Allah untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat. Di samping harapan ibu bapa kepada anak-anaknya untuk menjadi anak yang beriman dan sentiasa bersabar serta berserah kepada Allah.

Selain itu, falsafah tentang adat juga ketara dalam syair ini. Adat bermaksud sesuatu yang dilakukan dan akan diikuti secara turun-temurun melalui pelakuan. Syair

memainkan peranan yang penting sebagai wadah bagi masyarakat menzahirkan nilai-nilai dan sikap mereka. Ini menggambarkan kepekaan masyarakat terhadap persekitarannya, mementingkan nilai budi dan adat. Adalah jelas segala bentuk aktiviti dalam masyarakat dahulu terilham melalui persekitaran dan tergambar dengan jelas di dalam rangkaprangkap yang dihasilkan.

Sesuai dengan fungsi Syair Berendoi yang dianggap sebagai saluran ilmu pertama untuk anak-anak yang baru lahir ke dunia, tata tingkat bidang ilmu untuk kesempurnaan insan kita dapat melihat kekuatan, keistimewaan, serta fungsinya yang diwarnai oleh keindahan yang tinggi nilainya sebagaimana susunan kata berikut:

Falsafah sebagai penjelasan hidup, Kesusasteraan sebagai nyanyian hidup, Kesenian sebagai intisari hidup, Ibadat sebagai pegangan hidup. PENUTUP Jadi berdasarkan falsafah-falsafah yang dijelaskan, ternyata bahawa syair berendoi tidaklah semata-mata sebagai media hiburan malah ia turut digunakan sebagai alat untuk menggerak dan menyedarkan masyarakat. Selain daripada mengutarakan isi yang berbentuk nasihat, ia juga turut membicarakan soal-soal ilmu pengetahuan, budi pekerti manusia yang disandarkan kepada ajaran Islam dengan tujuan untuk memupuk semangat keislaman dan kesedaran di kalangan orang Melayu.

Banyak rahsia dan

pengajaran yang boleh dipelajari daripadanya terutama dalam keadaan masyarakat sekarang dalam membentuk kehidupan yang sempurna mengikut ajaran Islam.

RUJUKAN Aripin Said,1997,Nyanyian Rakyat,Kementerian Kebudayaan,Kesenian dan Pelancongan Malaysia. http://www.ashtech.com.my/adat resam melayu berendoi. www.google.com www.yahoo.com www.idesa.net.my

Related Documents

Syair Berendoi
October 2019 54
Syair
June 2020 30
Syair
December 2019 49
Syair Rakitan.docx
June 2020 17
Syair Bidasari.docx
May 2020 51
Syair Mahabbah
December 2019 39

More Documents from "sabil"

Pantun Budi
October 2019 46
Al-ghazali
October 2019 46
Nazam Ajal
October 2019 53
Al-kindi
October 2019 40
Tajus Salatin
October 2019 36
St-01-01
October 2019 48