Laman Web 1 http://www.toontrack.com/product_demos.asp
Gif Demo audio
Laman web ini menggunakan pelbagai komponen multimedia seperti teks, grafik, audio, video dan anamasi. Komen
Animasi Flash
1. Teks Penggunaan jenis teks Times New Roman dan Arial (font) san-serif jelas dengan pelbagai saiz dan warna. Teks adalah merupakan perkara yang paling asas yang perlu difikirkan dalam sesuatu pembangunan laman web bertujuan penyampaian maklumat. 2. Grafik Penggunaan grafik yang bersesuaian mampu membantu untuk menjadikan sesuatu penyampaian maklumat akan lebih berkesan dan tepat berdasarkan tujuan grafik. Penggunaan grafik yang bersesuaian dan jelas menjadikan pelayar laman web ini tidak mudah bosan dan mampu memberi fokus terhadap maklumat yang hendak disampaikan.
3. Audio Memandangkan laman web ini bertujuan mempromosikan bahan audio contoh-contoh keratan audio yang di sertakan mempunyai kualiti bunyi yang bermutu tinggi. Untuk menghasilkan mutu audio yang berkualiti tinggi kebiasaannya format wave digunakan. Perkara ini amat penting jika pembangunan sesebuah laman web bertujuan untuk meyakinkan pelayar terutama mereka yang terlibat dalam penghasilan gubahan bagi tujuan rakaman. Penggunaan sampel bunyi yang besar akan melambatkan pelayar untuk memuat turun audio yang hendak didengar dan ini menyebabkan pengguna merasa bosan untuk menunggu. 4. Video Penggunaan video disertakan di mana pelayar laman web ini dapat melihat bagaimana produk yang dijual di dalam laman web ini dihasilkan. Ini bertujuan menarik minat pembeli seta menambahkan keyakinan mereka. Penggunaan video merupakan antara elemen paling dinamik untuk menyampaikan maksud secara realistik kepada pengguna 5. Animasi Terdapat sedikit animasi bertujuan untuk menjadikan laman web ini tidak bosan dan lebih ceria. 6. Lain-lain komen i. Terdapat ciri-ciri keselamatan di dalam laman web ini. ii. Kemudahan untuk percubaan produk yang di jual. Muat turun versi percubaan iii. Kemudahan penghantaran makluman terkini melalui email kepada pengguna. iv. Ulasan daripada pakar-pakar serta pengguna yang telah menggunakan produk berkenaan. v. Product tutorial dalam format video (mpeg) yang sungguh jelas dan mudah difahami.
Laman Web 2 http://www.ckmusic.com.my/
Animasi Flash Laman web ini menggunakan pelbagai komponen multimedia seperti teks, grafik dan animasi. Laman web ini adalah merupakan sebuah laman web yang mempromosikan barangan muzik. Komen 1. Teks Penggunaan teks yang ringkas dan tepat. Jenis font yang bersesuaian digunakan iaitu Arial dan Times New Roman. Penggunaan warna font yang kontras untuk memberi fokus pada tajuk utama serta maklumat yang hendak disampaikan. Penggunaan saiz teks sesuai dan mudah untuk dibaca. 2. Grafik Grafik yang digunakan amat menarik dan memberi kesan kepada pelayar. Walaupun hanya sedikit grafik dipaparkan dalam laman web ini tetapi ianya sudah cukup untuk menyampaikan tujuan penggunaan grafik. Jenis grafik yang digunakan berbentuk format JEPG. Penggunaan grafik yang mempunyai resolusi yang tinggi kadang kala menjadikan grafik yang dipaparkan tidak menunjukkan warna sebenar pada sesetengah komputer jika komputer tersebut tidak mempunyai kad grafik yang bersesuaian. Pautan teks yang memberikan kesan
‘hover’ ketika tetikus diarahkan kepada pautan telah memudahkan pengguna untuk mengesan bahawa teks tersebut mempunyai arah tertentu untuk dilayari. 3. Audio Kelemahan laman web ini tidak menggunakan bahan audio sebagai medium utama untuk menarik minat pengguna. Memandangkan laman web ini bertujuan untuk mempromosikan alatan muzik sudah semestinya penggunaan audio diberi keutamaan untuk menarik minat pelayar. Penggunaan audio seperti memuat turun contoh-contoh rakaman, bunyi kibod serta pelbagai kesan bunyi boleh disertakan di dalam laman web ini supaya pengguna akan merasa lebih selesa untuk mengetahui dengan lebih lanjut sesuatu produk yang dijual. Penggunaan jenis fail MP3 amat bersesuaian digunakan kerana format fail ini adalah lebih kecil berbanding format wave. Ini bertujuan menjadikan laman web ini lebih ringan (pantas) digunakan untuk memuat turun contoh audio yang di sertakan. 4. Video Tiada bahan video disertakan di dalam laman web ini. 5. Animasi Terdapat sedikit animasi bertujuan untuk menjadikan laman web ini tidak bosan dan lebih ceria. Animasi yang sering bertukar dan tidak tetap menjadikan penggunaan animasi itu memberi kesan yang menarik kepada pelayar laman web. Laman Web 3 http://www.geocities.com/BourbonStreet/Canal/9445/index.html
Sebuah laman we yang biasa dilayari untuk mencari lagu-lagu dalam format midi file. Laman web ini menggunakan pelbagai komponen multimedia seperti teks, grafik, audio, dan animasi. Komen 1. Teks Teks yang digunakan di laman ini mempunyai saiz font yang tidak seragam dan sukar untuk dibaca pada sesetengah bahagia. Ini disebabkan pembangunan laman web ini menggunakan saiz font yang kurang sesuai. Terdapat perbezaan saiz font untuk membezakan tajuk utama, kategori bertujuan untuk memudahkan pelayar laman web. Penggunaan terlalu banyak warna dalam penggunaan font kadangkala mengelirukan pelayar laman web ini. 2. Grafik
Grafik yang digunakan menggunakan format JEPG. Tiada pengubahsuaian terhadap grafik dilakukan. Penggunaan perisian Photoshop, paint dan lain-lain perisian grafik akan memberikan kesan yang menarik terhadap grafik yang dipaparkan. 3. Audio Tiada audio digunakan dalam laman web ini. 4. Video Walaupun kebiasaannya pelayar laman web masa kini lebih berminat dengan penggunaan pelbagai media terutamanya video tetapi di dalam laman web ini bahan video tidak disertakan. Bagi tujuan pembangunan laman web ini kadangkala penggunaan video tidak memberikan kesan terhadap pelayar laman web. 5. Animasi Terdapat sedikit animasi terhadap paparan font bertujuan untuk menjadikan laman web ini tidak bosan dan lebih ceria.
Laman Web 4 http://www.era.fm/
Animasi Flash
Saiz Teks Tidak Jelas
Sebuah laman web yang popular di Malaysia bertujuan untuk menyampai pelbagai infomasi duni hiburan tanahair.
Komen 1. Teks
Penggunaan teks yang amat menarik dari aspek warna , saiz serta jenis font menjadikan laman web ini amat bertenaga. Walaubagaimanapun terdapat beberapa maklumat yang disampaikan melalui penggunaan teks tidak jelas disebabkan penggunaan saiz font yang kurang sesuai. Penggunaan pelbagai jenis font dalam sesebuah laman web kadangkala menjadikan sesuatu maklumat yang hendak disampaikan kepada pelayar laman web tidak menepati dari aspek maksudnya. Walaupun terdapat pelbagai media penggunaan teks masih lagi diperlukan sebagai salah satu elemen utama dalam proses penyampaian maklumat. 2. Grafik
Penggunaan grafik digunakan secara maksimum di dalam laman web ini bertujuan menarik minat pelayar terutama golongan remaja berdasarkan konsep rekaan grafik yang bersesuaian dengan kumpulan sasaran. Terdapat ruangan animasi intraktif yang digunakan di laman ini. Penggunaan aplikasi flash untuk dimainkan secara online dapat menarik minat pelayar terutama kumpulan sasaran untuk terus berinteraksi bersama kemudahan yang disediakan.
3. Audio Penggunaan audio yang disediakan di dalam laman web ini amat bersesuaian dengan isi kandungan aplikasi. Pelayar dapat mendengar rancangan radio secara online. Penggunaan audio dengan kadar sample yang tidak terlalu tinggi (format mp3) digunakan bagi mudahkan pelayar lama web ini untuk memuat turun contoh-contoh lagu terbaru di pasaran serta carta lagu rancangan radio untuk laman web ini. Penggunaan audio secara maksimum amat relevan digunakan di dalam laman web ini. 4. Video
Penggunaan elemen video merupakan antara elemen multimedia yang dikatakan paling dinamik dan juga realistik berbanding elemen-elemen lain. Oleh itu, penggunaan video dalam proses penyampaian maklumat berupaya untuk mempengaruhi motivasi seseorang terhadap proses penerimaan maklumat. Penggunaan video yang dimuat turun dari laman web youtube adalah merupakan di antara kaedah terkini yang amat biasa digunakan oleh mana-mana laman web. Kemudahan kawalan seperti pelayar boleh memainkan video, menghentikan seketika atau mengulangi kembali klip-klip video pilihan menjadikan pengguna lebih terhibur. 5. Animasi
Terdapat penggunaan animasi yang ketara dalam laman web ini terutama untuk tujuan pengiklanan. Selain daripada penggunaan video kaedah pengiklanan secara animasi juga sesuai digunakan untuk menceriakan proses penyampaian.