Esei Penuh

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Esei Penuh as PDF for free.

More details

  • Words: 5,246
  • Pages: 20
1.

PENDAHULUAN Falsafah bermaksud ‘cinta akan kebijaksanaan dan kebenaran’. Perkataan falsafah

diambil daripada perkataan philosophy iaitu love of wisdom and truth. Falsafah pendidikan sangat penting dalam membantu pembentukan personaliti seorang guru. Falsafah pendidikan memberikan perspektif makro untuk sistem dan bidang pendidikan, kerana setiap komponen tidak dilihat secara berasingan tetapi ditinjau di segi pertalian di antara komponen-komponen yang membentuk kesuluruhan (Sufean Hussin, 2004). Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) merupakan panduan utama setiap guru dalam melaksanakan aspirasi pendidikan negara kepada generasi akan datang. Justeru itu, pelaksanaan FPK adalah sangat penting supaya hasrat negara dalam pembentukan modal insan yang cemerlang dapat dicapai. Biologi adalah berasal daripada gabungan dua perkataan bahasa Latin iaitu ’bios’ yang bermaksud kehidupan dan ’logos’ yang bermaksud kajian. Oleh itu, perkataan biologi membawa maksud kajian mengenai kehidupan. Ilmu biologi mengkaji tentang struktur, fungsi, pertumbuhan, asal, evolusi dan taburan benda hidup. Secara umumnya, bidang ini mengelaskan dan menerangkan organisma, fungsi, cara dan sebab sesuatu spesies hidup serta interaksi sesama mereka dan alam sekeliling. Ozon (O3) merupakan sebatian yang terdiri daripada tiga atom oksigen setiap molekul. Pada suhu dan tekanan biasa ia berbentuk gas biru. Ozon membentuk cecair biru tua pada suhu bawah -112 C, dan cecair biru tua gelap pada suhu di bawah -193 C. Ozon didapati dengan banyaknya pada aras stratosfera, dalam kawasan yang juga dikenali sebagai lapisan ozon. Di sini ozon menapis cahaya lampau ungu dari sinaran matahari yang merbahaya kepada kehidupan di bumi. Bagaimanapun sekiranya ozon terhasil di permukaan bumi seperti melalui asap kenderaan, ozon boleh membahayakan kesihatan. Sekiranya lapisan ozon tiada, banyak kehidupan di bumi akan pupus termasuk manusia. Oleh itu ramai yang mula berasa bimbang apabila terdapat laporan bahawa wujudnya lubang pada lapisan ozon di kutub utara dan kutub selatan.

1

2.

Penterjemahan

Unsur-unsur

FPK

dalam

Proses

Pengajaran

dan

Pembelajaran Pendidikan merupakan tunjang utama membangunkan insan yang cemerlang sebagai aset negara. Semua negara memerlukan modal insan sebagai asas pembentukan negara bangsa. Aset yang paling berharga bagi sesebuah negara adalah warganya. Modal insan inilah yang merupakan aset yang boleh disuntik nilai tambahnya, ditingkatkan nilai inteleknya serta diperkaya modal budayanya. Pembangunan modal insan adalah penentu bagi meningkatkan daya saing dan produktiviti negara. Bersesuaian dengan kehendak industri serta pasaran semasa dan masa hadapan, pembangunan modal insan perlu dirancang dengan rapi agar dapat meningkatkan bina upaya generasi muda Malaysia ke arah melahirkan guna tenaga yang terlatih dan berdaya saing, sepadan dan mencukupi dengan keperluan negara pada 2020. (PIPP 2006-2010). Justeru itu, pendidikan memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju 2020. Modal insan yang ingin dihasilkan perlu mampu untuk berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluangpeluang baru, mempunyai ketahanan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah Umum mengetahui bahawa falsafah pendidikan negara yang dirumuskan pada tahun 1988 dan disebut dalam Akta Pendidikan 1996 berbunyi pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan

untuk

berketrampilan,

melahirkan berakhlak

warganegara

mulia,

Malaysia

bertanggungjawab

yang dan

berilmu

pengetahuan,

berkeupayaan

mencapai

kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga masyarakat dan negara.

2

Insan yang seimbang dan harmonis bermaksud insan yang memiliki dan menghayati ilmu pengetahuan yang diperoleh, berakhlak mulia, mempunyai kepercayaan dan keyakinan yang teguh kepada Tuhan, mempunyai fikiran dan jiwa yang tenteram dan stabil, tubuh badan yang sihat dan cergas, serta dapat bekerjasama dengan orang lain. Penerapan unsurunsur jasmani, emosi, rohani dan emosi yang digariskan dalam FPK adalah merangkumi semua aspek yang diperlukan dalam usaha melahirkan modal insan yang seimbang dan harmonis secara menyeluruh tanpa mengabaikan sebarang unsur lain. Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan dalam Perutusan Hari Pekerja Mei 2006, “Modal insan yang berkualiti adalah satu kemestian, bukan lagi satu kemewahan. Kerajaan dan rakyat harus bersama-sama mempunyai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan penuh komitmen. Pendidikan dan latihan kemahiran berkualiti yang berterusan juga akan memastikan modal insan negara kekal relevan dengan kehendak industri dan pasaran semasa serta mampu berdepan dengan cabaran dan suasana persaingan antarabangsa yang kian meningkat.” Penterjemahan unsur-unsur FPK dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) adalah sangat penting supaya penerapan semua aspek tersebut mampu diterima oleh pelajar secara optimum tanpa meninggalkan sebarang unsur lain. Secara asasnya, unsur-unsur utama dalam FPK tersebut mampu melahirkan generasai masa depan yang baik dan cemerlang dari segi agama dan kehidupan mereka seperti kepercayaan kepada Tuhan serta melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri dan dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

3

2.1

Intelek

Di antara unsur utama dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang cuba diterapkan oleh guru kepada para pelajar ialah unsur intelek. Unsur ini sering dianggap perkara yang paling penting yang sesuai diterapkan oleh sesetengah guru. Walaubagaimana pun, seorang guru yang dedikasi dan bertanggungjawab tidak sekadar memandang unsur intelek sebagai unsur utama sebaliknya guru tersebut akan menggabungkan semua unsur untuk disemai dalam jiwa pelajar. Unsur intelek memberi tumpuan kepada daya berfikir seseorang pelajar yang meliputi beberapa ciri iaitu mempunyai kemahiran asas 3M (Membaca, Menulis dan Mengira), mendapat, meningkat dan menyebarkan ilmu, berfikir secara kritis dan kreatif serta memanfaatkan ilmu untuk diri sendiri dan orang lain. Setiap manusia yang dilahirkan di atas muka bumi ini mempunyai sifat intelek yang tersendiri dan mampu untuk diasah dan dididik. Unsur intelek yang dimiliki tersebut seterusnya mampu digunakan oleh manusia untuk dikongsi dan bersama-sama berganding bahu mentadbir dan menguruskan alam seterusnya mendatangkan manfaat khususnya kepada negara, bangsa mahupun negara. Terdapat empat set rancangan pengajaran yang dapat membantu guru menerapkan unsur intelek kepada para pelajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Rancangan pengajaran tersebut masing-masing melibatkan 40 minit untuk satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang cuba disampaikan. Dalam set rancangan pengajaran yang pertama, objektif utama yang cuba dicapai dalam set pengajaran ini adalah untuk membolehkan pelajar memahami tentang kesan rumah hijau dan penipisan lapisan ozon di bumi. Oleh itu, dalam set induksi, guru telah menunjukkan gambar-gambar, video dan juga tayangan mengenai kesan rumah hijau kepada para pelajar untuk menjana pemikiran mereka terhadap isi pengajaran yang akan disampaikan pada hari tersebut. Secara tidak langsung, hal ini dapat membantu pelajar berfikir secara kreatif dan kritis sebelum guru menerangkan tentang kesan rumah hijau secara lebih mendalam. Apabila guru bertanya kepada para pelajar

4

mengenai gambar yang ditunjukkan kepada mereka serta kesan berlakunya kesan rumah hijau, secara tidak langsung pelajar dapat mengutarakan pendapat mereka secara bebas berdasarkan pengetahuan mereka sama ada melalui pembacaan atau pengalaman kepada rakan-rakan. Oleh itu, pelajar dapat berkongsi serta memanfaatkan ilmu untuk diri sendiri dan orang lain. Mereka juga dapat berkongsi manfaat yang sama kerana saling memberi dan menerima pendapat secara kreatif dan kritis. Semasa guru mengaitkan gambar, video dan tayangan yang telah ditunjukkan dengan sesi pengajaran tersebut, pelajar dapat memperoleh ilmu yang baru di samping meningkatkan ilmu yang telah sedia ada. Set induksi yang melibatkan cara guru memperkenalkan tajuk kepada pelajar ini mengambil masa yang singkat sahaja iaitu selama 4 minit. Manakala dalam aktiviti satu, unsur intelek turut diterapkan kepada pelajar. Aktiviti tersebut dijalankan selama lima minit. Apabila guru menerangkan tentang kesan rumah hijau, kesannya dan sebab berlakunya rumah hijau kepada pelajar, pelajar dapat memahami isi pelajaran dengan lebih mendalam. Selain itu, semasa guru bertanya kepada pelajar perkaitan antara penerangan yang telah disampaikannya dengan pengalaman dan pengetahuan mereka, pelajar dapat berkongsi ilmu bersama rakan-rakan serta meningkatkan ilmu yang baru. Secara tidak langsung, aktiviti ini juga membantu peljar mempunyai kemahiran membaca dengan baik. Dalam aktiviti dua yang dijalankan selama 12 minit, guru telah membahagikan pelajar kepada enam kumpulan. Setiap kumpulan tersebut adalah terdiri daripada lima orang pelajar. Pembahagian kumpulan akan membantu pelajar untuk berbincang dan berkongsi ilmu dengan rakan secara baik dan tepat. Apabila guru meminta pelajar supaya membuat carta aliran mengenai kesan rumah hijau, kesan dan penyebabnya, pelajar dapat berbincang sesama mereka tanpa bantuan guru di samping sama-sama mengutarakan pendapat untuk diisikan dalam carta aliran yang bakal dibina. Hal ini dapat membantu pelajar berfikir secara kreatif dan kritis di samping mengingat kembali apa yang telah diajar guru sebelum itu. Selain itu, pelajar juga dapat menunjukkan bakat mereka dalam bidang seni semasa menyiapkan carta aliran yang bakal dipersembahkan kepada rakan daripada kumpulan yang lain.

5

Dalam aktiviti tiga yang dijalankan selama 16 minit, pelajar diberikan peluang untuk membuat pembentangan mengenai carta aliran yang disediakan oleh kumpulan masingmasing kepada rakan lain di hadapan kelas. Secara tidak langsung, pelajar dapat meningkat kefahaman dan menyebarkan ilmu yang telah didapati daripada guru serta rakan di samping memanfaatkan ilmu umtuk diri dan orang lain. Apabila guru mendengar dan memberikan maklumat tambahan kepada pelajar berdasarkan pembentangan mereka, pelajar dapat meningkatkan lagi kefahaman dan ilmu mengenai kesan rumah hijau. Seterusnya, semasa sesi penutup, guru membuat kesimpulan mengenai tajuk yang telah dipelajari pada hari tersebut secara menyeluruh supaya pelajar dapat melihat dengan lebih jelas mengenai kesan rumah hijau dalam kehidupan mereka. Merujuk kepada set pengajaran kedua, objektif utama yang ingin dicapai ialah untuk membolehkan pelajar menghubung kaitkan hubungan antara kepekatan karbon dioksida dengan pemanasan global di dunia. Sesi pembelajaran dimulakan dengan set induksi . guru menayangkan video mengenai pemanasan global yang melanda dunia. Apabila pelajar didedahkan dengan tayangan ini, mereka dapat menjana pemikiran yang kreatif dan kritis dan akan menambahkan sikap ingin tahu dalam diri mereka. Kemahiran berfikir secara kreatif mampu membolehkan pelajar meningkatkan daya imaginasi , menjana idea yang inovatif dan asli dan mampu mengubah suai idea dan produk yang sedia ada. Apabila pelajar menguasai strategi berfikir, mereka mampu untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah yang berlaku di sekeliling mereka. Menerusi aktiviti pertama, para pelajar dikehendaki mengikut kumpulan untuk menyelesaikan masalah yang diberikan oleh guru. Pelajar dapat berbincang dan mengutarakan pendapat masing-masing. Pendapat yang berbeza daripada setiap individu mampu menghasilkan idea yang bernas untuk menyelesaikan tugasan yang diberi. Pelajar dapat mengetahui cara untuk mensintesis maklumat dan menghubungkaitkan dengan tugasan yang diberikan oleh guru.

6

Menerusi aktiviti kedua, guru menerangkan tentang kesan kepekatan karbon dioksida yang boleh menyebabkan kepada pemanasan global. Apabila guru menerangkan dengan lebih lanjut, para pelajar lebih memahami isi-isi pembelajaran mereka dengan lebih jelas. Pelajar juga boleh bertanya kepada guru jika tidak memahami sesuatu dan boleh memberikan pendapat mereka.. Hal ini menunjukkan hubungan dua hala di antara pelajar dan guru telah berlangsung. Manakala menerusi aktiviti ketiga, pelajar dikehendaki menjawab kuiz yang telah disediakan oleh guru. Melalui aktiviti ini, guru dapat menguji tahap kefahaman para pelajar terhadap tajuk ini. Guru juga dapat menilai tahap respon mereka ketika sesi pembelajaran berlaku. Nilai intelek juga diterapkan kepada pelajar semasa aktiviti satu sesi pengajaran tiga. Apabila guru menerangkan silibus pengajaran dan pembelajaran iaitu pengenalan kepada lapisan ozon, kepentingan lapisan ozon dan sebab-sebab penipisan lapisan ozon. Semasa aktiviti ini, pelajar dapat menjana nilai inteleknya. Input yang diberi oleh guru memberikan pengetahuan baru kepada pelajar. Sesi pengajaran melibatkan komunikasi sehala guru kepada pelajar. Selain aktiviti satu, nilai intelek juga diterapkan semasa aktiviti dua sesi pengajaran tiga. Pelajar diminta guru memudahkan penerangan guru ke dalam bentuk gambar rajah dan peta minda. Selain itu, guru akan melukis gambar rajah penipisan lapisan ozon di atmosfera tanpa label. Pelajar diminta melabelkan gambar rajah tersebut. Aktiviti ini mampu menggilap minda pelajar berfikir dan meningkatkan kemahiran inteleknya. Melalui aktiviti tiga sesi pengajaran tiga, pelajar yang berada dalam bentuk kumpulan kecil empat hingga lima orang melakukan perbincangan kumpulan bagi menyelesaikan permainan kad yang diberi guru. Pelajar menggunakan elemen inteleknya apabila berfikir cara menyusun kad mengikut aturannya. Apabila membentangkan keputusan akhir susunan kad yang bertulis proses penipisan lapisan ozon, pelajar juga menajamkan inteleknya. Selain

7

itu, nilai intelek pelajar juga diuji semasa aktiviti empat sesi pengajaran tiga. Pelajar diberi ujian ringkas berkaitan sesi pengajaran dan pembelajaran hari berkenaan. Ketika sesi pengajaran empat, pelajar diajar mengenai kesan-kesan penipisan lapisan ozon dan pemanasan global terhadap persekitaran. Apabila guru menggunakan analogi lampu suluh dan pencairan ais bagi menunjukkan kesan pemanasan global terhadap alam sekitar, pelajar dapat memahami dengan lebih mendalam. Pelajar akan memerhatikan kesan haba pada ais dan memikirkannya dalam konteks yang lebih luas. Selain itu, pelajar diminta menjawab soalan dalam kumpulan. Soalan diberikan guru berdasarkan isi pelajaran hari berkenaan. Guru menerapkan nilai intelek pada pelajar apabila meminta pelajar menjawab soalan-soalan yang diberikan.

2.2

Rohani

Dalam FPK, antara unsur penting yang lain ialah rohani iaitu mengenai perkara yang melibatkan nilai dan kepercayaan seseorang terhadap agama mereka. Unsur rohani sangat penting disampaikan oleh guru kepada pelajar supaya keseimbangan antara luaran dan dalaman dapat diseimbangkan secara baik dan maksimum. Justeru, unsur ini tidak seharusnya dipandang remeh oleh guru kerana peranannya adalah besar bagi melengkapkan unsur-unsur lain dalam FPK. Unsur rohani adalah berkaitan dengan kerohanian iaitu meliputi beberapa ciri seperti menyedari dan menginsafi daya Pencipta, menghargai dan mensyukuri pemberian Pencipta, menyedari dan menginsafi tanggungjawab, memupuk dan membina disiplin diri serta membentuk akhlak mulia. Guru seharusnya memupuk unsur rohani dalam diri setiap pelajar supaya unsur lain dalam FPK dapat dicapai dengan baik dan tepat. Pembangunan sahsiah seseorang insan sangat mementingkan aspek kerohanian kerana dapat melahirkan seorang insan yang seimbang secara mental dan fizikalnya.

8

Kehebatan sesuatu bangsa tidak sahaja diukur dengan kemajuannya tetapi juga keupayaannya mengamalkan budi bahasa dan budi pekerti yang mulia. Dalam konteks pendidikan, budi bahasa dan adab sopan telah dimaktubkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan menerusi pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah, penggabungjalinan ilmu dan penerapan nilai merentasi kurikulum. Cabaran Kementerian Pelajaran Malaysia adalah untuk memastikan budi bahasa dan nilai-nilai murni dibudayakan pada peringkat sekolah secara berterusan agar para pelajar dapat menghargai dan mengamalkan nilai dan budaya bangsa dalam kehidupan seharian. Seperti juga unsur intelek, terdapat empat set rancangan pengajaran yang dapat membantu guru menerapkan unsur rohani kepada para pelajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Rancangan pengajaran tersebut juga mengambil masa selama 40 minit untuk satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang cuba disampaikan. Dalam set rancangan pengajaran yang pertama, objektif utama yang cuba dicapai dalam set pengajaran ini adalah untuk membolehkan pelajar memahami tentang kesan rumah hijau dan penipisan lapisan ozon di bumi. Dalam set induksi, semasa guru bertanya kepada pelajar mengenai apa yang mereka fahami apabila gambar, video dan tayangan ditayangkan, pelajar dapat menyemai unsur rohani dalam diri mereka apabila melihat kebesaran Tuhan serta keadaan yang berlaku akibat daripada kesan rumah hijau dalam kehidupan. Secara tidak langsung, pelajar dapat menyemai rasa bersyukur, menyedari serta menginsafi disiplin kendiri dalam menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi ini. Apabila guru menerangkan perkaitan antara gambar yang ditayangkan dengan isi pelajaran pada hari itu, pelajar dapat menyedari dan menginsafi daya Pencipta sekaligus menghargai dan mensyukuri pemberian-Nya. Melalui aktiviti pertama, semasa guru bertanya kepada pelajar mengenai kesan rumah hijau, penyebab dan kesannya, pelajar dapat memupuk dan membina disiplin diri secara positif dan menyeluruh di samping menghargai dan mensyukuri pemberian serta menyedari dan menginsafi tanggungjawab mereka untuk bersama-sama memelihara bumi ini daripada kemusnahan yang dilakukan secara sedar mahupun tidak. Malahan, semasa pelajar menjawab

9

soalan guru, mereka mampu membentuk akhlak mulia dalam diri mereka supaya mereka sedar akan keadaan dan masalah masa kini. Dalam aktiviti dua pula, pelajar dapat memupuk dan membina disiplin kendiri apabila guru membahagikan mereka kepada beberapa kumpulan. Secara tidak langsung, mereka dapat menyedari dan menginsafi tanggungjawab mereka terhadap kumpulan dalam usaha untuk menyiapkan carta aliran yang diminta oleh guru. Oleh itu, mereka dapat memberikan komitmen secara maksima kepada kumpulan supaya pembentangan yang dihasilkan adalah menepati kehendak dan kemahuan guru. Semasa pelajar sedang menyiapkan certa aliran yang diminta guru, mereka dapat memupuk rasa menghargai dan mensyukuri pemberian Pencipta. Manakala, semasa aktiviti tiga, pelajar dapat mnyemaikan rasa bersyukur dalam diri rakan mereka malalui pembentangan yang dilakukan di hadapan kelas di samping menambah kesedaran masing-masing mengenai tanggungjawab yang harus dipikul sebagai seorang pelajar bagi memelihara bimu daripada sebaang kemusnahan dan kerosakan supaya generasi akan datang masih berpeluang untuk menikmati kehidupan di dunia ini dalam keadaan aman, sihat dan bersih. Selain itu,mereka juga dapat menambah kecintaan dan menginsafi daya Pencipta serta tidak bersifat takbur dalam menghadapi kehidupan di dunia. Semasa sesi penutup, apabila guru membuat kesimpulan dan mengaitkan kesan rumah hijau dengan kehidupan pelajar, pelajar mampu untuk menghargai dan mensyukuri pemberian Pencipta yang mampu dinikmati dan dikongsi bersama orang lain, bukan untuk kepentingan diri sendiri. Berdasarkan set rancangan pengajaran kedua,semasa set induksi dijalankan, guru telah menayangkan video tentang pemanasan global. Respon pelajar dapat diperolehi. Pelajar dapat menanam rasa kesyukuran dan keinsafan

terhadap Tuhan tentang kejadian alam

sekitar. Pelajar juga lebih menghargai kepentingan alam sekitar dan bertanggungjwab dalam mengendalikan kehidupan yang sihat dan bersih.

10

Menerusi aktiviti

satu,

pelajar

bekerjasama

dalam satu

kumpulan

untuk

menyelesaikan tugasan yang diberikan guru. Mereka akan menyedari tanggungjawab mereka dalam usaha untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan. Oleh itu mereka dapat memberikan komitmen yang mendalam dalam melaksanakan tugas mereka. Mereka juga dapat membentuk akhlak mulia apabila mereka berganding bahu dan saling menghormati dalam menyelesaikan tugas. Menerusi aktiviti dua, pelajar juga dapat menyedari dan menginsafi daya Pencipta apabila mereka memahami segala tugasan mereka dan bertanggungjawab dalam menjaga alam sekitar daripada dimusnahkan oleh insan-insan yang mementingkan diri sendiri. Pelajar juga dapat membentuk akhlak mulia apabila memberi tumpuan dan respon ketika guru mengajar. Menerusi aktiviti tiga, pelajar dikehendaki menjawab kuiz yang disediakan untuk menguji tahap kefahaman para pelajar. Hal ini dapat memupuk dan membina disiplin kendiri dalam diri pelajar apabila setiap pelajar menjawab kuiz dengan jujur dan tidak menipu. Semasa sesi pengajaran tiga, pelajar diterapkan nilai kerohanian apabila mereka ditekankan supaya menghargai alam sekitar. Apabila mempelajari penipisan lapisan ozon dan sebab-sebabnya, pelajar diajar supaya menjaga alam sejagat secara bersama supaya tidak akan memudaratkan manusia seluruhnya. Begitu juga semasa sesi pengajaran empat, pelajar diterapkan nilai menjaga alam sekitar supaya sentiasa terpelihara. Kesan-kesan negatif penipisan lapisan ozon dan pemanasan global memberikan kesedaran dalaman kepada pelajar. Hal ini akan menjadikan pelajar seseorang yang menghargai alam sekitar. Nilai kesyukuran kepada Tuhan juga disemai semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar dididik supaya bersyukur kepada Tuhan kerana diberikan nikmat hidup dengan selesa dan nikmat mendapat alam sekitar yang bagus. Sebagai imbalannya, manusia perlu berkerjasama menjaga alam sekitar. Sebarang kerosakan pada alam yang akhirnya membawa kemusnahan akan ditanggung secara bersama di seluruh dunia.

11

Selain itu, pelajar juga diterapkan nilai cintakan alam. Pelajar diterapkan nilai menjaga alam sekitar dan menghargainya. Apabila unsur ini dapat diterapkan dalam diri pelajar, mereka akan menjaga alam sekitar bermula daripada awal. Justeru itu, apabila pelajar ini kelak akan menjadi orang yang akan mentadbir, mereka tidak akan mengabaikan aspek menjaga alam sekitar dalam melaksanakan sesuatu perkara seperti pembangunan lestari yang amat menekankan aspek menjaga alam sekitar. Matlamat FPK untuk melahirkan masyarakat yang seimbang dalam semua aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek akan dapat dicapai sekiranya aspek rohani ditekankan sama dengan aspek-aspek lain.

2.3

Emosi Emotional intelligence (EI) ditafsirkan sebagai kebolehan seseorang untuk mengawal

emosi serta perasaan diri sendiri dan orang lain. Kebolehan ini kemudiannya digunakan sebagai panduan untuk berfikir dan bertindak. Mercino (2007) dan Wilding (2007) menggunakan istilah EI sebagai merujuk kepada kemahiran insaniah. Memahami EI dan berusaha mengawalnya adalah satu usaha untuk meningkatkan kualiti diri dan kehidupan. EI penting bagi menjaga perhubungan dengan orang lain. Unsur emosi sering dianggap sama seperti unsur rohani oleh sesetengah guru. Namun, hakikatnya kedua-dua unsur adalah sangat berbeza tetapi saling berkaitan antara satu sama lain. Unsur emosi dititikberatkan dalam FPK kerana unsur ini dapat menentukan tahap penerimaan pelajar terhadap sesuatu isi pelajaran yang sedang disampaikan oleh guru kerana pelajar yang mempunyai emosi yang stabil dapat menerima dan menerapkan apa yang diajar dengan lebih mudah dan berkesan. Terdapat beberapa ciri yang dapat membantu membentuk perasaan jiwa yang kuat iaitu perasaan tenang dan tingkah laku terkawal, memiliki dan memupuk perasaan kasih sayang, memiliki semangat kekitaan dan perpaduan serta menghargai dan menilai keindahan dan kesenian. Unsur emosi adalah penting untuk diterapkan kepada para pelajar supaya matlamat dan wawasan negara dapat dicapai secra maksimum di samping meminimumkan

12

masalah yang bakal dihadapi semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Unsur emosi melibatkan perasaan manghargai persekitaran dan rakan. Terdapat empat set rancangan pengajaran yang dapat membantu guru menerapkan unsur emosi kepada para pelajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Rancangan pengajaran tersebut melibatkan 40 minit untuk satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang cuba disampaikan. Dalam set rancangan pengajaran yang pertama, objektif utama yang cuba dicapai dalam set pengajaran ini adalah untuk membolehkan pelajar memahami tentang kesan rumah hijau dan penipisan lapisan ozon di bumi. Semasa set induksi dijalankan, apabila guru bertanya kepada pelajar tentang gambar, video dan tayangan yang ditayangkan, serta kesan dan penyebab berlakunya kesan rumah hijau, pelajar dapat menyemai perasaan menghargai serta menilai keindahan dan kesenian alam. Selain itu, perasaan dan tingkah laku pelajar adalah tenang dan terkawal semasa sesi pengajaran dan pembelajaran apabila guru mengaitkan gambar, video dan tayangan yang ditunjukkan kepada pelajar dengan isi pelajaran pada hari tersebut. Dalam aktiviti satu, apabila guru bertanya kepada pelajar supaya mengaitkan pengalaman mereka dengan kesan rumah hijau, pelajar mampu menyemai rasa menghargai serta menilai keindahan dan kesenian dalam kehidupan mereka di samping memiliki dan memupuk perasaan kasih sayang kepada persekitaran apabila pelajar menjawab soalan guru secara sedar dan rasional berdasarkan pengalaman mereka. Seterusnya, dalam aktiviti dua, peljar dapat menyemai semangat kekitaan dan perpaduan dalam diri mereka semasa guru membahagikan mereka ke dalam beberapa kumpulan di samping menyiapkan carta aliran untuk pembentangan yang dikehendaki. Selain itu, apabila pelajar menyiapkan carta aliran yang diminta, mereka mampu memiliki dan memupuk perasaan kasih sayang sesama mereka, perasaan tenang dan tingkah laku yang terkawal serta memiliki semangat kekitaan dan perpaduan tanpa melibatkan perasaan mementingkan diri dengan menerima pendapat orang lain secara terbuka. Pelajar juga

13

mampu menerapkan perasaan menghargai rakan dan persekitarannya semasa sedang melakukan carta aliran bersama rakan sekumpulan. Dalam aktiviti tiga pula, pelajar diminta untuk membentangkan carta aliran yang telah disiapkan tersebut di hadapan kelas. Hal ini dapat memupuk pelajar dengan perasaan yakin dan berani untuk bercakap di hadapan kelas. Selain itu, semasa pembentangan pelajar dapat merasai semangat kekitaan dan perpaduan sesama ahli kumpulan apabila mereka berusaha untuk menyampaikan hasil perbincangan mereka kepada rakan dari kumpulan lain. Secara tidak langsung, pelajar dapat memupuk perasaan sayang akan rakan-rakan. Manakala semasa penutup, pelajar mampu merasai perasaan tenang dengan tingkah laku yang terkawal apabila guru mengaitkan kesan rumah hijau dengan kehidupan mereka. Berdasarkan set rancangan pengajaran kedua, semasa set induksi dijalankan, setiap pelajar memberi respon yang positif terhadap tayangan video. Hal ini menunjukkan para pelajar memberi tumpuan semasa sesi pembelajaran. Ia juga menunjukkan pelajar mempunyai perasaan cinta dan sayang terhadap alam sekitar. Pelajar juga mampu menilai keindahan alam sekitar yang diciptakan oleh Tuhan dan tidak sepatutnya mensia-siakan kurniaan Tuhan. Menerusi aktiviti pertama, pelajar dapat memupuk semangat kerjasama dalam kalangan ahli kumpulan apabila mereka dikehendaki meneyelesai tugasan yang diberikan oleh guru. Apabila pelajar bergerak di dalam kumpulan, secara tidak langsung mereka juga dapat memupuk semangat kekitaan dan perpaduan. Hal ini juga memberi peluang untuk pelajar memahami alam sosial dan fizikal supaya mereka dapat menyesuaikan diri dalam kehidupan bermasyarakat. Para pelajar juga dapat mengamalkan sikap tolak ansur ketika membuat keputusan. Menerusi aktiviti kedua, para pelajar dikehendaki untuk membentangkan hasil kerja mereka. Melalui akitivit ini, ia dapat memupuk pelajar untuk menjadi lebih berani dan berkeyakinan untuk tampil bercakap di hadapan khalayak ramai. Apabila pelajar memberi tumpuan semasa guru sedang mengajar, hal ini menunjukkan bahawa para pelajar

14

menghormati guru dan berdisplin. Sesi soal jawab juga berlangsung dan hal ini menunjukkan bahawa pelajar tidak berasa rendah diri untuk bertanya soalan jika mereka tidak dapat memahami pengajaran yang disampaikan oleh guru. Menerusi aktiviti ketiga sesi pengajaran dua, para pelajar juga dapat mengawal tingkah laku daripada melakukan penipuan semasa kuiz sedang berlangsung. Para pelajar dapat menanam sikap kejujuran dalam diri. Sifat ini penting supaya negara dapat melahirkan masyarakat yang baik yang akan menguntungkan negara kelak. Semasa sesi pengajaran tiga, nilai emosi juga diterapkan secara langsung mahupun tidak langsung. Semasa sesi pengajaran tiga, pelajar diletakkan dalam kumpulan pelajar dan diminta berbincang sesama mereka. Apabila perlu berinteraksi secara langsung dengan rakan-rakan, pelajar perlu menghormati rakan mereka. Semasa membuat pembentangan di hadapan juga, pelajar membina kekuatan emosinya dengan meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan keyakinan diri semasa di hadapan. Aktiviti ini juga menerapkan elemen kepimpinan dalam diri pelajar. Selain itu, melalui aktiviti menyusun kad mengikut urutan yang betul, pelajar diterapkan sifat sabar dan bersungguh-sungguh ketika melakukan sesuatu. Menyusun kad memerlukan nilai kesabaran untuk melakukannya sehingga berjaya. Selain itu, melalui sesi pengajaran empat, nilai emosi diterapkan kepada pelajar semasa aktiviti pengajaran. Pelajar ditunjukkan bagaimana ais mencair ketika didedahkan pada suhu yang tinggi dan bertanyakan kepada guru mengenai situasi ini. Pelajar juga diterapkan kemahiran semangat berpasukan apabila perlu bekerjasama dalam kumpulan bersama pelajar lain. Semangat berpasukan penting supaya pelajar dapat hidup dengan baik dalam kelompok masyarakat kelak. Aktiviti berpasukan seperti ini dapat melengkapkan pelajar dengan sifat-sifat kecemerlangan diri seperti kepimpinan, daya saing, jati diri, kreatif, kritis, berkeyakinan tinggi dan daya tahan. Selain itu, ini meningkatkan tahap disiplin pelajar melalui penyemaian dan pemupukan nilai-nilai murni dan sikap positif selaras dengan hasrat Rukun Negara.

15

Aktivi kuiz yang dijalankan juga menerapkan nilai etika yang tinggi dalam diri pelajar. Etika adalah himpunan nilai akhlak atau moral yang berteraskan pegangan agama, kepercayaan, adab dan adat yang menjadi pegangan individu. Ia menjawab persoalan mengenai nilai-nilai hidup yang baik. Etika adalah prinsip dan panduan yang membimbing individu membezakan baik buruk dan benar salah sesuatu tindakan. Pemilihan untuk memutuskan apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan ini merupakan satu aktiviti pertimbangan yang sentiasa dilalui oleh setiap individu ketika berinteraksi. Justeru, etika adalah prinsip pegangan dan bukanlah satu kemahiran yang boleh dilihat dan dinilai melalui tingkah laku dan tindakan seseorang. Tingkah laku dan tindakan tidak semestinya mencerminkan prinsip dan nilai yang menjadi pegangan seseorang.

2.4

Jasmani Unsur jasmani merupakan unsur yang menumpukan kepada perkembangan tubuh

badan yang sihat. Unsur jasmani telah diterapkan sejak sekian lama melalui aktiviti semasa Pendidikan Jasmani di sekolah. Penerapan unsur jasmani juga dianggap penting dalam FPK kerana mampu melahirkan pelajar yang cergas dan sihat dari segi mental dan fizikal kerana otak yang cerdas itu ada pada badan yang sihat. Justeru, unsur jasmani adalah sangat penting supaya keseimbangan mental dan fizikal dapat diperoleh. Antara ciri-ciri yang terdapat dalam unsur jasmani ialah menjaga kesihatan, melakukan riadah, mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal dan manipulatif, memantapkan tenaga fizikal untuk pendidikan, menggunakan tenaga fizikal bagi kepentingan masyarakat serta berusaha meningkatkan daya pengeluaran. Pembinaan unsur jasmani memungkinkan seseorang pelajar mempunyai sikap berdaya saing yang mampu membantu kehidupannya pada masa akan datang.

16

Secara umumnya, terdapat empat set rancangan pengajaran yang dapat membantu guru menerapkan unsur jasmani kepada para pelajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Rancangan pengajaran tersebut melibatkan 40 minit untuk satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang cuba disampaikan. Dalam set rancangan pengajaran yang pertama, objektif utama yang cuba dicapai dalam set pengajaran ini adalah untuk membolehkan pelajar memahami tentang kesan rumah hijau dan penipisan lapisan ozon di bumi. Semasa set induksi dijalankan, pelajar dapat memberi tindak balas terhadap apa yang ditanya guru dengan menjawab soalan guru mengapa kesan rumah hijau berlaku, kesan dan penyebab yang mendorong kepada berlakunya fenomena tersebut. Malahan, pelajar juga mampu mengembangkan bakat mereka di samping meningkatkan daya pengeluaran idea yang bernas. Dalam aktiviti satu, semasa pelajar memberi tindak balas kepada soalan guru, mereka mampu menerapkan nilai menjaga kesihatan dan persekitaran supaya kesan rumah hijau dapat dikurangkan. Selain itu, pelajar juga dapat memantapkan tenaga fizikal untuk pendidikan di samping menggunakan tenaga fizikal tersebut untuk kepentingan masyarakat supaya masalah kesan rumah hijau tidak dipandang remeh oleh masyarakat. Di samping iyu, apabila pelajar menjawab soalan guru berdasarkan pengalaman dan pengetahuan, secara tidak langsung pelajar akan menjaga kesihatan badan dan mengembangkan bakat mereka dengan kemahiran teknikal dan manipulatif. Semasa aktiviti dua, apabila guru membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan, pelajar akan bertindak secara aktif supaya dapat menyiapkan carta aliran yang diminta dengan cepat dan tepat di samping berusaha meningkatkan daya pengeluaran. Pelajar juga dapat menggunakan tenaga fizikal untuk kepentingan kumpulan seperti menulis, menghias dan sebagainya untuk kepentingan kumpulan masing-masing semasa sedang menyiapkan carta aliran yang dikehendaki guru. Melalui aktiviti tiga, pelajar dapat menggunakan tenaga fizikalnya semasa membentangkan hasil perbincangan kumpulan mereka untuk kepentingan kumpulan dan rakan lain supaya maklumat yang cuba dikongsi dapat diterima oleh rakan lain secara

17

maksimum. Pelajar juga dapat mengembangkan tenaga fizikal untuk pendidikan apabila guru memberikan maklumat tambahan kepada mereka selepas mereka selesai pembentangan. Semasa sesi penutup, pelajar sekali lagi dapat memantapkan tenaga fizikalnya untuk pendidikan demi kepentingan masyarakat. Berdasarkan set rancangan pengajaran dua, aktiviti pertama adalah melibatkan aktiviti berkumpulan. Aktiviti ini memerlukan usaha yang lebih mantap untuk meningkatkan daya pengeluaran idea yang bernas. Pelajar juga menggunakan tenaga fizikal untuk melengkapkan peta minda. Pelajar mengumpulkan bahan.- bahan untuk menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru. Menerusi aktiviti kedua, para pelajar dikehendaki untuk membentang hasil perbincangan mereka. Melalui ini, para pelajar dapat menguji kepantasan dalam menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. Mereka dapat melatih diri mereka dalam pengurusan masa yang betul. Melalui set rancangan pengajaran tiga, pelajar diminta supaya berdiri untuk menjawab soalan ransangan minda yang diberikan guru. Elemen kecerdasan emosi sangat berkait rapat dengan kecergasan fizikal tubuh badan. Antara lain, aktiviti ini dapat mencungkil bakat dan potensi pelajar untuk dikembangkan lebih jauh. Setiap pelajar adalah modal insan yang berpotensi untuk memajukan negara. Aktiviti fizikal di dalam bilik darjah juga dapat meningkatkan tahap kesihatan fizikal dan mental pelajar. Pergerakan tubuh badan yang dilakukan pelajar dapat meningkatkan kesihatan tubuh badan mereka. Selain itu, melalui aktiviti menyusun kad manila supaya berada dalam turutan yang betul, pelajar diuji kemahiran fizikalnya supaya dapat melakukan kerja-kerja fizikal dengan cekap. Hal ini penting supaya negara dapat melahirkan warganegara yang memiliki pelbagai kemahiran fizikal dan dapat meningkatkan produktiviti negara.

18

Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya. Pengajaran ini adalah dirancangkan guru secara sisitematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan. Penggunaan alat bantu mengajar oleh guru seperti LCD, pen marker berwarna, kad manila, ais dan lampu suluh membantu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Penggunaan alat bantu mengajar adalah penting dalam memastikan apa yang cuba disampaikan oleh guru dapat diterima dan diserap oleh para pelajar dengan sebaiknya. Penggunaan alat bantu mengajar juga mampu peningkatkan pemahaman pelajar.

19

3.

PENUTUP Jatuh bangun institusi sosial seperti sekolah terletak di tangan guru, bukannya orang

lain. Di tangan warga pendidiklah tergenggam segala permasalahan pendidikan sejak sekian lama, dan di pundak guru jugalah disandarkan harapan untuk mewarnakan dunia pendidikan. Bagi mencapai agenda negara, pendidikan menjadi wahana utama. Pelajar di semua peringkat perlu dididik dengan sempurna. Dalam hal ini, warga pendidik adalah golongan di barisan paling hadapan dalam usaha membina generasi masa depan Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Perlaksanaan unsur-unsur FPK dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah suatu usaha yang amat penting dan perlu dititikberatkan oleh setiap individu yang bergelar guru supaya tiada pelajar yang ketinggalan di samping menggalakkan para pelajar berfikiran secara kreatif dan kritis semasa sesi pengajaran mahupun dalam kehidupan seharian mereka. Oleh itu, pelaksanaannya harus bersifat konsisten dan bukanlah ‘sekadar melepaskan batuk di tangga’. Falsafah pendidikan negara ini mengambil inspirasi daripada proses pembangunan bangsa dan negara yang agak panjang. Apa yang digariskan dalam falsafah ini juga amat berkait rapat dengan perkembangan dunia Islam dan pembangunan negara Malaysia. Dalam hal ini, apabila merujuk kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Sukatan Pelajaran, adalah sangat jelas bahawa kedua-dua perkara tersebut adalah saling berkaitan dalam usaha untuk menterjemahkan unsur-unsur Falsafah Pendidikan Kebangsaan semasa isi sesuatu mata pelajaran ingin disampaikan oleh guru. Guru harus menekankan semua unsur FPK supaya dapat diterapkan dalam diri pelajar sama ada secara langsung atau secara tidak langsung. Terdapat empat unsur utama yang telah digariskan dalam FPK iaitu unsur jasmani, emosi, rohani dan intelek. Keempat-empat unsur tersebut adalah saling berkaitan dalam usaha menghasilkan modal insan yang cemerlang dan harmonis.

20

Related Documents

Esei Penuh
June 2020 29
Esei
June 2020 35
Esei
May 2020 38
Esei
June 2020 32