B Profile Pak Salleh

  • Uploaded by: abdul razak
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View B Profile Pak Salleh as PDF for free.

More details

  • Words: 227
  • Pages: 1
Lampiran B

Johari Bin Arshad atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Salleh dilahirkan di pada Mac 1944 di Kampung Kundang Ulu Muar Johor. Beliau mendapat pendidikan awal sehingga Darjah Khas Sekolah Umum. Pak Salleh mula mempelajari seni muzik ghazal ini seawal umur 11 tahun dan mendapat tunjuk ajar daripada bapanya sendiri. Sekitar awal tahun 70 an Pak Salleh menubuhkan kumpulan ghazalnya sendiri yang bernama Sri Wana dan beliau adalah merupakan pemimpin bagi kumpulan tersebut. Pada tahun 1986 beliau berhijrah dari Kampung Kundang Ulu ke bandar Muar kerana mengikuti isterinya yang diarahkan bertugas sebagai kerani di pejabat Jabatan Kerja Raya. Di Muar beliau menubuhkan pula Kumpulan Ghazal Sri Muar dan bertahan sehingga ke hari ini. Kumpulan Ghazal Sri Muar di bawah pimpinan Pak Salleh telah banyak menempa kejayaan antaranya, juara tiga tahun berturut-turut dari tahun 2001-2003 Pertandingan Ghazal Johor Peringkat kebangsaan. Selain itu kumpulan Sri Muar mendapat banyak undangan majlis-majlis resmi terutamanya dari Kerajaan Negeri Johor. Berdasarkan kredibilitinya serta ketokohannya dalam seni muzik ghazal pada tahun 1998 beliau telah dilantik oleh Yayasan Kesenian Johor sebagai salah seorang jurulatih yang menjalankan program pengajaran ghazal dalam kegiatan kokurikulum di sekolah-sekolah Negeri Johor. Kejayaan paling manis apabila sekolah di bawah bimbingannya, SMK Tun Mamat menjadi Johan Pertandingan Ghazal Johor kategori sekolah Peringkat Kebangsaan pada tahun 2006. Kini beliau merupakan salah seorang pengadil bagi pertandingan Ghazal yang dianjurkan oleh Yayasan Kesenian Johor.

Related Documents


More Documents from ""

Muka Depan Tesis
June 2020 18
Seminar Sekolah Seni
November 2019 21
Siap Penuh
November 2019 38
B Profile Pak Salleh
June 2020 18