Tugasan 1 Spm 6423 Muzik Dunia Dalam Pendidikan Muzik

  • Uploaded by: abdul razak
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tugasan 1 Spm 6423 Muzik Dunia Dalam Pendidikan Muzik as PDF for free.

More details

  • Words: 636
  • Pages: 3
SPM 6423 MUZIK DUNIA DALAM PENDIDIKAN MUZIK Abdul Razak b. Abd Rahman M20071000072 [email protected]

BINCANGKAN ISU 1.

Anda bertemu dengan seorang pemuzik tua yang bermain satu alat muzik yang dikatakan hanya satu di dalam masyarakat tersebut. Perlukah anda membeli alat tersebut dan simpan di sesebuah muzium. Sebagai pengkaji adalah tidak wajar jika saya hanya ingin memiliki alat muzik tersebut dengan tujuan untuk dipertontonkan di muzium. Kajian haruslah dijalankan bagi membolehkan generasi hadapan dapat melihat serta mengetahui dari beberapa aspek ilmu muzik, peranan dan bagaimana alat muzik tersebut mempunyai kaitan dengan masyarakat terdahulu.

2.

Anda membawa pemuzik dari satu kaum lain untuk membuat persembahan di tempat anda. Dia bercadang memainkan sebuah lagu tapi anda rasa ianya kurang menarik untuk dipersembahkan sedangkan anda telah mendengar sebuah lagu yang lebih menarik yang pernah beliau main. Sebagai usaha menghormati hasil karya sesuatu kaum keutamaan yang perlu diberi perhatian iaitu memberi kebebasan berasaskan elemen yang terdapat dalam budaya sesuatu kaum. Setiap karya yang diperdengarkan atau dipertontonkan mempunyai maksud yang hanya boleh difahami oleh pengamal kaum tersebut sahaja. Walaupun Ianya mungkin tidak sesuai untuk kaum-kaum yang lain anda harus menghormatinya. Anda juga mungkin menilai dari perspektif hiburan yang hanya memenuhi cita rasa anda dan penonton tanpa menghormati budaya persembahan sesebuah kaum.

3.

Anda diberi kebenaran merakam sebuah upacara yang ‘sacred’. Untuk menayangkan semula anda perlu berada di tempat penayangan bagi membuat penerangan dan interpretasi. Bagaimanakah sekiranya anda mati? Perlukah rakaman tersebut juga dimusnahkan. Seorang penyelidik wajar faham tentang beberapa prinsip yang mempengaruhi asas etika penyelidikan. Antara prinsip etika yang penting adalah prinsip autonomi. Prinsip autonomi berkait rapat dengan tanggungjawab ke atas perlakuan diri sendiri. Prinsip ini berasaskan bahawa individu mempunyai kebebasan melakukan sesuatu tindakan dengan bertanggungjawab. Hakikatnya, autonomi juga memberi implikasi bahawa individu wajar menghormati orang lain kerana apabila seseorang itu menuntut hak kebebasannya, ia wajar menghormati hak orang lain. Prinsip ini sangat berkait rapat dengan hak seorang penyelidik menjalankan kajian dan sehubungan ini wajarlah menghormati hak subjek dalam kajiannya. Dalam persoalan yang dikemukakan rakaman tersebut tidak perlu dipertontonkan tetapi perlu disimpan sebagai bahan rujukan bagi tujuan penyelidikan. Interpretasi yang tidak tepat daripada penonton banyak membawa keburukan dari kebaikan. Perkara-perkara yang melibatkan sensitiviti yang menyentuh perihal budaya, adat resam dan keagamaan mempunyai nilai-nilai tersendiri oleh sesuatu kaum. Nilai tersebut kadang kala tidak boleh dianalisis berdasarkan kefahaman teori ataupun logik akal.

4.

Anda membuat kajian luar dan membayar pemuzik untuk rakaman anda. Setelah selesai anda datang kembali dengan memberi salinan rakaman tersebut. Adakah ia memadai ? Pada pendapat saya ganjaran atau sagu hati sepatutnya diberikan kepada pemuzik yang membantu dalam penyelidikan anda. Perkara ini akan membuatkan pemuzik berkenaan merasakan hasil seni serta karya mereka lebih dihargai. Banyak manfaat yang boleh diperoleh dengan memberikan salinan rakaman tersebut. Di antaranya ialah :• • • •

Memberi penghargaan terhadap muzik yang mereka hasilkan Menambah koleksi lagu-lagu bercirikan “world music” Memberi ruang kepada mereka untuk memperkenalkan hasil seni mereka di mata dunia Memelihara karya untuk generasi akan datang

5.

Anda menjemput kumpulan muzik etnik untuk satu rakaman persembahan untuk siaran televisyen. Disebabkan faktor teknikal kesan lampu dan kamera, warna kostum ditentukan oleh penerbit. “Make up” dan hiasan dibuat oleh pakar yang dilantik. Cara keluar masuk pentas ditentukan oleh penerbit. Sebagai pihak yang membawa kumpulan ini, apa pula pendapat anda. Saya amat tidak bersetuju jika pihak penerbit hanya memikirkan nilai-nilai komersial tanpa mengambil kira keaslian sesuatu persembahan. Jika perkara ini berlaku sudah pasti matlamat asal rancangan yang disiarkan tidak mencapai objektif. Rancangan ini sudah pasti tidak mempunyai banyak perbezaan dengan mana-mana rancangan yang hanya mempunyai matlamat hiburan semata-mata. Seharusnya pihak televisyen tidak hanya memikirkan tujuan mengaut keuntungan sematamata. Hari ini banyak rancangan yang mengeksploitasi persembahanpersembahan yang berbentuk etnik sesuatu kaum dengan menokok tambah dari aspek kostum, penampilan mereka yang membuat persembahan, susunan muzik semata-mata dan sebagainya semata-mata untuk menarik minat penonton tanpa menghormati atau memelihara keaslian sesuatu persembahan.

Related Documents

Muzik
June 2020 27
Muzik
November 2019 51
Dalam Bidang Seni Muzik
November 2019 52
Dunia Muzik Year 2.docx
December 2019 9

More Documents from "TAHVAMANI DEVIA/P NAGARAJAN -"

Muka Depan Tesis
June 2020 18
Seminar Sekolah Seni
November 2019 21
Siap Penuh
November 2019 38
B Profile Pak Salleh
June 2020 18