UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 35900 TANJONG MALIM, PERAK
FAKULTI SENI DAN MUZIK
SEMINAR DALAM PENDIDIKAN MUZIK SPM 6443
TUGASAN
KERTAS KERJA SEMINAR DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH SENI MALAYSIA ANTARA HARAPAN DAN CABARAN
Oleh :
ABDUL RAZAK BIN ABD RAHMAN (M20071000072) Pensyarah : DR. MOHD HASSAN B HJ ABDULLAH
SEKOLAH SENI MALAYSIA ________________________________________________________________
SEKOLAH SENI MALAYSIA ANTARA HARAPAN DAN CABARAN Oleh Abdul Razak b. Abd Rahman Abstrak
Mata pelajaran pendidikan muzik dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) telah diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1995 sebagai satu kesinambungan dari pendidikan muzik di sekolah rendah yang telah bermula seawal tahun 1982. Hasil dari kesinambungan ini maka pihak kerajaan melihat pendidikan seni dan muzik perlu diberi perhatian yang lebih serius sehingga tertubuhnya Sekolah Seni Malaysia. Penulisan ini akan membincangkan tentang harapan serta cabaran yang bakal dihadapi oleh pelajar, guru, masyarakat serta pihak kerajaan dalam merealisasikan hala tuju Sekolah Seni Malaysia. Fokus penulisan ini memberi tumpuan terhadap program pendidikan muzik dari aspek syarat-syarat kemasukan pelajar, pelaksanaan kurikulum, ujian dan pengukuran serta cabaran-cabaran yang dihadapi. Metodologi yang digunakan dalam kertas seminar ini menggunakan kaedah temu bual informal bersama pegawai muzik di Bahagian Sekolah, seorang guru pendidikan muzik yang mengajar di Sekolah Seni Malaysia serta rujukan
perpustakaan. Kertas kerja ini diharapkan dapat memberi sedikit gambaran apa yang terjadi terhadap perkembangan pendidikan muzik di Malaysia.
ABTRACT
Music Education in Integrated Curriculum for Secondary School was introduced by Malaysia Ministry of Education in 1995 as a continuation of Primary Music Education which started in early 1982. The government sees that music and arts education needs to be given serious attention and this has led to the setting up of Malaysia Arts School. This paper will discuss the hopes and challenges which will be faced by the students, teachers, society and the government to make this project a reality. This write up will be focusing on music education programme from the aspects of students' enrollment qualifications, curriculum execution, tests and evaluation and other forthcoming challenges. The methodology applied in this seminar paper is through informal interviews conducted with Music Education Officer at Schools Department, a music educator teaching at Malaysia Arts School. A library research was also done to get a framework on how the write up is supposed to be structured. This seminar paper is hoped to give a general description of what will happen to the development of Music Education in Malaysia in the future.
PENGENALAN
Pendidikan Muzik di sekolah rendah (KBSR) telah diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1982 dan ini bermaksud setiap murid di sekolah rendah wajib mengikuti mata pelajaran ini. Sebagai satu kesinambungan, Pendidikan Muzik (KBSM) diwujudkan pada tahun 1995 di peringkat sekolah menengah namun ia hanya satu mata pelajaran elektif. Hanya pelajar-pelajar yang berminat dan melepasi uji bakat akan mengikuti mata pelajaran ini. Tujuan diadakan mata pelajaran ini dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah adalah untuk membantu memperkembangkan sahsiah pelajar dari aspek estetik, kreatif dan persepsinya supaya dapat mengamalkan pertimbangan kesenian dan kesempurnaan dalam urusan hidupnya serta mengenali identiti bangsa. Pendidikan muzik di sekolah menengah juga menekankan
pemupukan
semangat
kewarganegaraan
dan
nilai
murni
masyarakat Malaysia. Peranan Pendidikan Muzik juga adalah untuk memberikan penekanan ke arah pembentukan kualiti diri dan sahsiah kanak-kanak merangkumi aspek perasaan, kreativiti, nilai sosialisasi, estetika, dan etika. Di samping itu, Pendidikan Muzik mengambil kira aspek budaya untuk pemupukan perasaan cinta dan bangga terhadap Negara ( Mohd Salleh Lebar 1996).
Pendidikan
Muzik
peringkat
sekolah
menengah
juga
bertujuan
memperkembangkan tahap pencapaian pelajar dalam bidang akademik iaitu penggunaan seimbang di antara otak kiri dan kanan seseorang pelajar i tu di samping dapat mencungkil bakat dan juga kemahiran yang terpendam dalam
kalangan pelajar. Muzik meliputi segala bentuk maklumat, kemahiran, sikap dan ia sepatutnya dapat memperlihatkan kreativiti dan ekspresi setiap individu ( Charles R. Hoffer 1991).
Tahap pencapaian murid di sekolah yang mempunyai muzik sebagai mata pelajaran utama adalah lebih baik daripada sekolah yang meluangkan masa yang sedikit untuk mata pelajaran muzik. Muzik dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan (Zoltan Kodaly, 1995). Penglibatan kanak-kanak dalam muzik amat penting. Muzik merupakan satu bahan perantaraan yang dapat melancarkan sesuatu pembelajaran dan didapati sembilan daripada sepuluh orang bangsa Amerika menyatakan bahawa kanakkanak mereka lebih kreatif dan mempunyai imaginasi yang kuat, lancar bertutur, dan dapat menguasai kemahiran menulis melalui penglibatan mereka dalam muzik ( Louis Harris Poll 1996).
Menyedari
akan
kepentingan
pendidikan
muzik
yang
mampu
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan seimbang serta membuka pelbagai cabang peluang kerjaya yang berkaitan dengan bidang ini , Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil langkah yang positif dengan menubuhkan Sekolah Seni Malaysia. Berita gembira ini amat bermakna serta merealisasikan harapan ramai pendidik seni terhadap perkembangan pendidikan seni serta masa depan bidang tersebut di Malaysia. Justeru pihak Kerajaan Malaysia berharap penubuhan Sekolah Seni dapat dilaksanakan mengikut perancangan yang telah dirancang supaya dapat memberi sumbangan serta
memenuhi aspirasi dan harapan negara. Manakala pelbagai pihak seperti guru, pelajar serta masyarakat mempunyai tanggungjawab yang besar dalam merealisasikan harapan kerajaan. Cabaran-cabaran yang perlu dilalui perlu diterjemahkan dalam melaksanakan MISI dan VISI penubuhan Sekolah Seni Malaysia.
LATAR BELAKANG
Cadangan penubuhan Sekolah Seni telah diputuskan dalam Persidangan Perancangan Strategik KPM tahun 2004 yang diadakan di Hotel Pan Pacific, KLIA, Sepang pada 30 Oktober hingga 1 November 2004.
Y.B. Menteri Pelajaran telah mengumumkan rancangan penubuhan dua buah sekolah menengah seni di bawah Rancangan Malaysia ke-9. Sekolah tersebut akan dibina masing-masing sebuah di negeri Johor (Sekolah Seni Johor Baharu) dan Sarawak (Sekolah Seni Kuching Sarawak).
Mesyuarat Mengkonsepsikan Sekolah Seni telah diadakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) pada 9 -12 Mei 2005 dan beberapa contoh model pelaksanaan kurikulum Sekolah Seni telah dihasilkan. Ahli panel terdiri daripada guru, pegawai kementerian, pensyarah dan penggiat kesenian dari beberapa institusi dan universiti seperti Institut Kraf Tangan Negara, Yayasan Warisan Johor, Kolej Yayasan Melaka, Unversiti Pendidikan Sultan Idris,
Universiti Sains Malaysia, Universiti Teknologi Mara dan Malaysian Philharmonic Orchestra. Manakala, Akademi Seni Kebangsaan (ASWARA) adalah mewakili Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.
Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan Sekolah Seni Bil.2/2006 yang dipengerusikan oleh Y. Bhg. Dato’ KPPM telah menerima pada dasarnya Cadangan Kertas Konsep Sekolah Seni yang dikemukakan dengan beberapa pindaan. Lanjutan itu, pada 10 hingga 13 Oktober 2006 satu bengkel pemurnian kertas tersebut telah diadakan bagi membincangkan pindaan seperti yang telah diputuskan dalam Mesyuarat Bil.2/2006.
Panel bengkel ini terdiri daripada
antaranya Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia, pegawai-pegawai kanan KPM, pegawai-pegawai daripada JPN Johor dan Sarawak serta para penggiat seni yang diundangkan khas.
Sebagai persediaan pelaksanaan Sekolah Seni 2007, pihak PPK telah mengambil inisiatif memberi Kursus Orientasi kepada guru-guru Pendidikan Kesenian untuk Sekolah Seni.
Guru-guru tersebut telah didedahkan kepada
kurikulum mata Pelajaran Pendidikan Kesenian yang disediakan khas untuk Sekolah Seni. Mata pelajaran Pendidikan Kesenian merangkumi disiplin Seni Visual, Seni Tari, Seni Teater dan Seni Muzik.
Mesyuarat Hal-hal Profesional Kementerian Pelajaran Bil 09/2006 pada 24 November 2006 bersetuju dengan Dasar-dasar Pelaksanaan Sekolah Seni
yang telah dibentang dan mengesyorkan supaya kertas tersebut diangkat ke Mesyuarat Pengurusan Kementerian Pelajaran.
KERTAS DASAR MESYUARAT PENGURUSAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SEKOLAH SENI MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 2006 ASAS-ASAS PERTIMBANGAN
Konsep Sekolah Seni
Sekolah yang membangunkan potensi dan bakat kesenian murid.
Falsafah Pendidikan Kesenian
Suatu usaha membangunkan potensi individu secara seimbang dan bersepadu melalui pendidikan kesenian yang dilaksanakan secara terancang dan sistematik. Usaha ini adalah bagi melahirkan insan yang bertanggungjawab dan berkeperibadian mulia dalam mengamalkan budaya bangsa yang luhur dan beridentiti Malaysia.
Falsafah Sekolah Seni
Sebuah institusi yang membangunkan potensi individu secara seimbang dan bersepadu melalui pendidikan kesenian bagi melahirkan insan yang berilmu,
berketerampilan dan berkeperibadian mulia dalam mengamalkan budaya bangsa yang luhur dan beridentiti Malaysia.
Visi Pewaris Budaya Bangsa Misi
Misi sekolah seni ialah: i)
Memupuk bakat dan mengembangkan potensi kesenian di kalangan murid.
ii)
Menggalakkan penyertaan aktif murid dalam aktiviti kesenian.
iii)
Mewujudkan kerjasama dengan pelbagai institusi dan penggiat seni.
Objektif Objektif sekolah seni ialah: i)
Melahirkan murid yang seimbang dalam pencapaian akademik dan kesenian.
ii)
Melahirkan murid yang berilmu dan berketerampilan dalam bidang kesenian.
iii)
Menjadi tapak semaian kecemerlangan pendidikan kesenian yang beridentiti di peringkat antarabangsa.
iv)
Melahirkan penggiat seni dan pengamal budaya yang bersahsiah tinggi.
v)
Melahirkan individu yang berjiwa seni dan dapat memelihara budaya bangsa.
Pengurusan dan Pentadbiran
Pengurusan dan pentadbiran sekolah seni adalah seperti sekolah harian biasa kecuali dalam bidang-bidang berikut: i)
Norma Perjawatan Norma
perjawatan guru dan bukan guru akan mengambil kira
bidang dan kurikulum yang ditawarkan. Ini termasuk jawatan luar norma yang sedia ada seperti penolong kanan seni dan pentadbiran, ketua bidang kesenian (visual, teater, muzik, tari), instruktur / jurulatih kesenian, staf sokongan mengikut disiplin kesenian yang ditawarkan. Sekiranya jawatan tersebut tidak dapat diisi atau belum wujud di bawah Kementerian Pelajaran maka ia perlu diatasi dengan mendapat pegawai khidmat luar secara sambilan atau di bawah program pegawai pinjaman (secondment).
ii)
Pengurusan Kewangan Selain menggunakan peruntukan sedia ada (Belanja Mengurus), KPM menyediakan peruntukan khas bersesuaian dengan program pendidikan yang ditawarkan seperti elaun khidmat kepakaran, perolehan kelengkapan dan peralatan, utiliti, program ‘attachment’,
penyertaan
peringkat
nasional
dan
antarabangsa,
lawatan
benchmarking / penandarasan dan sebagainya.
iii)
Penyediaan guru Kursus latihan perguruan sama ada pra atau dalam perkhidmatan perlu
mengambil
kira
program
pendidikan
kesenian
yang
ditawarkan.
iv)
Pengurusan kurikulum Murid Sekolah Seni mengikuti kurikulum pendidikan kesenian yang digubal oleh Pusat Perkembangan Kurikulum.
Seperti pada
Lampiran.
v)
Pengurusan Pembangunan dan Perolehan Kemudahan fizikal dan infrastruktur Sekolah Seni disediakan dengan mengambil kira ciri-ciri kesenian setempat. Bagi perolehan peralatan dan perkakasan ia perlu mengikut spesifikasi yang ditetapkan berdasarkan subjek yang ditawarkan.
Akademik/Kurikulum
Struktur Akademik/Kurikulum sekolah seni adalah seperti berikut: i)
Murid Sekolah Seni mempelajari Mata Pelajaran Teras dan Pendidikan Kesenian.
ii)
Norma guru akademik dan guru mata pelajaran Pendidikan Kesenian di Sekolah Seni ialah 2.0 bagi setiap kelas.
iii)
Bilangan murid Sekolah Seni tidak melebihi 25 orang bagi setiap kelas.
iv)
Murid Sekolah Seni mempunyai jadual waktu persekolahan yang fleksibel. Walau bagaimanapun, jadual waktu yang standard.
v)
Semua murid Sekolah Seni akan menduduki peperiksaan PMR dan SPM seperti murid sekolah biasa.
vi)
Kementerian Pelajaran Malaysia disyorkan mengeluarkan Sijil Kemahiran Seni kepada murid Sekolah Seni yang berjaya menamatkan persekolahan mereka di sekolah ini.
Pengambilan Murid
Kemasukan murid adalah berdasarkan syarat dan kaedah berikut: i)
Warganegara Malaysia;
ii)
Kelulusan minimum 3A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR);
iii)
Permohonan ibu bapa;
iv)
Talent Scouting/Searching;
v)
Cadangan oleh badan kesenian negeri atau kebangsaan; DAN
vi)
Semua murid yang disenarai pendek akan melalui sesi uji bakat oleh Panel Pemilih KPM sebelum ditawarkan ke Sekolah Seni.
Murid Sekolah Seni adalah duta kecil negara untuk mempromosi negara di peringkat antarabangsa. Ia juga dapat menggalakkan industri pelancongan berasaskan seni warisan bangsa.
Para pencinta seni digalakkan menyumbang idea dan khidmat nasihat dalam program pembangunan seni di Sekolah Seni.
Murid Sekolah Seni digalakkan memberi khidmat sosial dalam majlismajlis utama negara atau Kementerian Pelajaran Malaysia.
Murid Sekolah Seni diberi keutamaan melanjutkan pelajaran kesenian mereka ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) atau Institusi Pengajian Tinggi Awam
(IPTA) sebagai sebuah program kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia dengan Kementerian Pengajian Tinggi.
Apa sebenarnya yang berlaku di sekolah ?
i)
Sukatan
Menurut En. Ahmad Nazri bin Nordin selaku jurulatih (guru) Sekolah Seni Johor Baharu Johor apa yang berlaku di sekolah
seni adalah seperti yang
dirancang. Peruntukan masa 12 waktu adalah amat mencukupi untuk menghabiskan sukatan pelajaran mengikut peruntukan masa dalam jadual waktu. Sukatan pelajaran yang disediakan oleh pihak Pusat Perkembangan Kurikulum yang mencakupi bidang konsep muzik, teori muzik, apresiasi muzik, pengurusan produksi serta kemahiran asas kibod dapat menyediakan asas muzik yang kukuh kepada pelajar-pelajar. Menurut beliau yang berpengalaman mengajar muzik KBSM di sekolah harian biasa, perkara tidak dapat menghabiskan sukatan pelajaran tidak berlaku di sekolah seni walaupun pada mulanya beliau bimbang akan masalah tersebut. Aktiviti kokurikulum yang di jalankan pada waktu petang dari pukul 2.30 hingga 4.30 petang pada setiap hari dapat memberi peluang kepada pelajar untuk mempraktikkan ilmu yang mereka pelajari secara praktikal . Ini disebabkan kegiatan kokurikulum di sekolah seni lebih tertumpu kepada aktiviti yang berkaitan dengan bidang seni yang mereka ceburi. ii)
Penilaian dan Penaksiran
Semua murid Sekolah Seni dinilai secara berterusan berdasarkan tugasan amali individu dan berkumpulan. Kemahiran praktikal diberi keutamaan dengan pemberatan 70% praktikal manakala 30% menunjukkan pelajar-pelajar lulusan Sekolah Seni Malaysia mempunyai kelebihan dari aspek praktikal amali mengikut bidang aliran mereka seperti seni muzik, seni teater, seni visual dan seni tari. Penilaian pencapaian kemajuan dibuat berasaskan sekolah. Pelajar juga diberi tugasan berbentuk pengurusan produksi yang dilakukan secara berpasukan. Murid juga digalakkan menduduki peperiksaan luar yang relevan yang menawarkan sijil atau diploma dalam bidang-bidang tertentu.
iii)
Kemudahan dan Prasarana
Sekolah Seni dilengkapi dengan kemudahan asas Sekolah Berasrama Penuh termasuk bangunan kompleks seni, bilik dan peralatan-peralatan khas kesenian serta landskap dan persekitaran yang bersesuaian dengan imej Sekolah
Seni.
Penyediaan
kemudahan
yang
mencukupi
membuatkan
pengajaran dan pembelajaran secara teori dan praktikal dapat dijalankan dengan berkesan. Kemudahan asrama yang disediakan menjadikan pelajar-pelajar dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya terhadap pelajaran serta latihan praktikal sama seperti sekolah-sekolah berasrama penuh yang lain. Namun sehingga kini pelaksanaannya masih belum menjadi realiti sebagai contoh, Sekolah Seni Johor Bahru masih lagi berstatus menumpang di Maktab perguruan Muhamad Khalid. Prasarana
serta
kelengkapan
peralatan
bagi
tujuan
pengajaran
dan
pembelajaran serta latihan sudah pasti terganggu. Walaubagaimanapun pihak Kementerian Pelajaran Malaysia memandang serius perkara ini dan telah mengambil langkah dengan mengenal pasti tapak baru bagi tujuan pembinaan Sekolah Seni selaras dengan justifikasi kemudahan dan prasarana seperti yang terkandung dalam Keras Dasar Mesyuarat Penubuhan Sekolah Seni Malaysia. Kelewatan penyediaan kemudahan dan prasarana ini sudah pasti akan memberi kesan yang negatif kepada
ambilan pertama yang bakal menamatkan
persekolahan mereka pada 2010.
iv)
Penglibatan Pihak Luar
Menurut temu bual bersama En. Ahmad Nazri bin Nordin, Sekolah Seni Johor Baharu mendapat kerjasama yang baik daripada agensi kerajaan negeri mahupun pihak swasta. Yayasan Seni dan Warisan Johor banyak memberikan khidmat kepakaran dalam aspek melatih pelajar-pelajar bidang muzik dan seni tari yang mencerminkan seni warisan negeri Johor seperti muzik Ghazal, Asli serta Zapin. Tidak ketinggalan juga tarian-tarian tradisional yang popular di ngeri Johor diajar dan diperkenalkan kepada pelajar melalui kegiatan kokurikulum. Menurut beliau lagi bengkel vokal yang dikendalikan sendiri oleh tokoh pendidik yang terkenal dalam bidang vokal iaitu Pn. Siti Hajar telah diadakan secara percuma kepada pelajar-pelajar. Pengalaman seperti ini amat ditunggu-tunggu oleh pelajar. Lebih berkesan lagi jika penglibatan sepenuhnya dari Kementerian Perpaduan dan Warisan, dahulunya Kementerian Kesenian dan Warisan memberi khidmat kepakaran secara berterusan dengan mengadakan bengkel-
bengkel yang berkaitan dengan seni dan budaya yang terdapat di Malaysia. Dengan ini keseimbangan pengetahuan serta kemahiran pelajar tidak hanya tertumpu kepada budaya kesenian masyarakat setempat di mana letaknya sekolah berkenaan. Contohnya pelajar dari Sekolah Seni Johor Baharu mempunyai pemberatan terhadap budaya negeri Johor manakala Sekolah seni Kuching Sarawak hanya mencerminkan budaya dan Seni masyarakat Sarawak. Perkara ini amat penting supaya pelajar lulusan Sekolah Seni Malaysia mempunyai input yang seimbang dan menyeluruh. Walau bagaimanapun sekolah yang mempamerkan identiti imej budaya negeri di mana letaknya sekolah tersebut amat digalakkan. Jika usaha sama
semua pihak daripada
kementerian, kerajaan negeri, pihak swasta serta individu-individu yang terkenal dengan kepakaran mereka amat menyumbang serta memberi impak yang besar dalam memperkasa perkembangan pendidikan seni di Malaysia.
v)
Peranan Ibu Bapa dan Masyarakat
Peranan masyarakat sekeliling memainkan peranan yang penting dalam menjayakan misi dan visi Sekolah Seni Malaysia. Kefahaman masyarakat terhadap pendidikan seni amat perlu terutama di kalangan ibu bapa pelajar.
“Muzik merupakan salah satu komponen utama dalam budaya sesebuah
negara
yang
(Johami Abdullah 1993 ).
boleh
menyatupadukan
rakyatnya”.
Kata-kata di atas boleh diaplikasikan seandainya golongan ibu bapa pelajar memahami muzik yang diterapkan kepada anak-anak mereka adalah berlainan daripada muzik komersial yang dianggap mengkhayalkan oleh sesetengah golongan masyarakat. Program pendidikan seni dan muzik di Malaysia dapat menyatupadukan anak-anak mereka serta hasrat kerajaan untuk melahirkan Bangsa Malaysia akan menemui jalan yang lebih mudah. Selain itu sikap keterbukaan ibu bapa terhadap bidang seni pada hari ini telah memberi ruang yang cerah terhadap bidang kerjaya yang boleh menjamin masa depan anak-anak mereka. Justeru keadaan ini diharap dapat memberi gambaran positif kepada masyarakat sekali gus sambutan terhadap penerimaan Sekolah Seni itu akan lebih berjaya. Bagi pelajar, dengan sokongan ibu bapa, mereka lebih yakin dan selesa serta mempunyai fokus hala tuju hidup mereka dalam bidang kerjaya seni. Pihak kerajaan dan swasta telah menyediakan pelbagai peluang kerjaya dalam bidang seni berbanding suatu ketika dulu. Kementerian Perpaduan Kesenian dan Warisan menyediakan peluang pelbagai perjawatan manakala pihak swasta terutama sektor penerbitan dan penyiaran juga telah menjadikan bidang seni ini satu bidang kerjaya yang profesional dan pilihan kerjaya masa kini.
Perbincangan dan Cadangan
Adalah sangat murni hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia mewujudkan Sekolah Seni. Walau bagaimanapun banyak perkara yang perlu diambil tindakan
untuk memastikan hasrat kerajaan dapat dicapai dengan jayanya. Di sini saya mempunyai beberapa pandangan yang boleh difikirkan untuk memastikan kewujudan Sekolah Seni Malaysia dapat memberi sumbangan yang besar terhadap perkembangan pendidikan kesenian di Malaysia. Antara kelemahankelemahan yang dapat dilihat;
1. perkara
Melihat pada visi sekolah seni iaitu Pewaris Budaya Bangsa, yang perlu di beri perhatian ialah pengisian ilmu yang bakal
disampaikan kepada pelajar perlulah tepat mengikut matlamat asal penubuhan Sekolah Seni Malaysia. Pihak Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) adalah merupakan badan yang bertanggungjawab dalam hal ini. Pihak PPK perlu memastikan pengisian kurikulum dalam membentuk masyarakat pewaris budaya bangsa itu harus tepat dan tidak terpesong. Melalui pendidikan muzik KBSR dan KBSM kita masih lagi terikat dengan orientasi muzik barat western music. Menurut (Johaimi Abdullah 1993) sistem pendidikan muzik seperti yang wujud sekarang dikatakan mempunyai banyak ciri yang telah diwariskan daripada sistem pendidikan yang telah diwujudkan pada zaman penjajah British. Muzik tradisional Malaysia termasuk bentuk-bentuk muzik daripada budaya lain kurang menerima penekanan dalam kurikulum muzik di sekolah-sekolah umum di Malaysia hingga sekarang. Justeru pengisian sukatan pelajaran yang lebih mencerminkan budaya Malaysia perlu diberi pemberatan untuk memastikan visi Sekolah Seni Malaysia tercapai.
2.
Penggunaan teknologi komputer pada masa kini adalah menjadi
suatu kemestian dalam era pendidikan moden. Penggunaan komputer di dalam pendidikan muzik sekarang adalah seiring dengan kepesatan penggunaan komputer dalam pelbagai bidang pendidikan umum masa kini. Pendidik muzik telah memainkan peranan yang penting di dalam pengajaran muzik berbantukan komputer (Higgins, 1992). Bagi memastikan pelajar-pelajar sekolah seni tidak ketinggalan dalam dunia teknologi, pengajaran berbantukan komputer perlu dilaksanakan. Hari ini pelbagai perisian muzik yang amat membantu pelajar menerokai bidang ilmu, terdapat banyak di pasaran. Pihak kementerian perlu menyediakan prasarana seperti makmal teknologi muzik, studio rakam muzik, studio komputer grafik, lighting computer studio
dan sebagainya. Persidangan,
perbincangan, forum berbentuk video conference juga dapat dijalankan dan ini amat membantu pelajar bertukar-tukar pengalaman dan pendapat sekiranya teknologi Internet dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan laman web yang berkaitan dengan memuat turun bahan-bahan audio video serta bahan-bahan bacaan secara online adalah sumber pembelajaran yang hidup dan bercirikan pendidikan masa kini. Dalam hal ini cita rasa dan aspirasi negara untuk melahirkan rakyat yang menguasai ilmu teknologi seperti yang terkandung dalam Wawasan 2020, tidak diketepikan.
3.
Kolaborasi dengan sekolah-sekolah seni sekitar negara jiran juga
amat membantu dalam meningkat pengetahuan ilmu kepada pelajar dan secara tidak langsung dapat menjalinkan hubungan yang sihat sesama anggota negara ASEAN. Saya mencadangkan agar pelajar-pelajar Sekolah Seni Malaysia diberi
peluang untuk mengadakan lawatan serta membuat persembahan dalam rangka lawatan sambil belajar ke sekolah-sekolah seni seperti sekolah seni di Indonesia dan sekolah seni di Thailand. Perkara ini harus dipandang serius kerana pelajarpelajar kita dapat menilai seni yang dipertontonkan oleh pelajar dari negara jiran dan bagaimana mereka dapat memelihara seni dan warisan negara mereka pada tahap yang tinggi. Perbandingan ini dapat memberi suntikan semangat serta membuka mata pelajar Sekolah Seni Malaysia supaya mengetahui di manakah standard mereka berbanding rakan-rakan dari negara jiran. Dengan cara ini kita pasti akan dapat menerapkan ke dalam diri pelajar supaya cinta akan warisan serta budaya masyarakat Malaysia itu sendiri.
4.
Penggabungjalinan empat bidang dalam satu subjek kesenian dari
tingkatan 1 hingga 3 memberi kesan yang mendalam dan amat membebankan pelajar. Menurut En. Ahmad Nazri bin Nordin, pelajar-pelajar tidak dapat menyesuaikan diri dengan program yang telah ditetapkan. Sebagai contoh pelajar muzik yang tidak meminati seni visual atau seni teater merasa amat tertekan sewaktu proses P&P mata pelajaran tersebut. Rata-rata di kalangan pelajar tidak dapat memberi tumpuan dengan mata pelajaran bukan pilihan mereka. Minat pelajar akan mula hilang seta pencapaian akademik akan merosot jika emosi mereka tidak stabil akibat dari tekanan ini. Menurut Goleman (1991), hanya 20% daripada kejayaan seseorang dipengaruhi oleh kecerdasan kognitif dan selebihnya bergantung kepada kecerdasan emosi, sosial dan nasib. Saya mencadangkan adalah lebih baik jika pelajar diberi kebebasan untuk membuat pilihan mereka. Contoh, pelajar jurusan seni muzik diberi peluang memilih satu
mata pelajaran seni yang lain sebagai mata pelajaran elektif mereka. Pihak Kementerian Pelajaran menetapkan pelajar sekolah seni harus memilih bidang kesenian mereka (major subjek) serta satu bidang elektif (minor subjek) seperti yang berlaku di universiti. Dengan ini pelajar-pelajar dapat memberi fokus serta tumpuan yang sepenuhnya terhadap bidang pilihan mereka. Perkara ini harus diteliti dan diperhalusi supaya tidak memberi kesan negatif bila mereka mula menjurus dalam aliran bidang masing-masing semasa di tingkatan empat.
Rumusan
Tidak dapat dinafikan kewujudan Sekolah Seni Malaysia menjadi titik tolak dalam perkembangan pendidikan muzik di Malaysia pada hari ini. Kerajaan telah mula memandang seni itu suatu perkara serius dan bidang seni itu perlu diberi perhatian secara khusus dari aspek persembahan serta pendidikannya. Apabila berbicara mengenai ilmu pendidikan kurikulum yang terancang adalah merupakan antara aspek yang utama dalam menentukan hala tuju sesebuah mata pelajaran. Pihak yang bertanggungjawab di kementerian iaitu Pusat Perkembangan Kurikulum perlu memastikan pembinaan kurikulum bagi sekolah seni perlulah bertepatan dengan matlamat sebenar penubuhan sekolah seni. Jika gagal maka impian dan hasrat untuk melihat Sekolah Seni Malaysia sebagai pusat pewaris kepada kesenian dan warisan budaya tidak akan mencapai matlamat asalnya. Saya mencadangkan agar pihak kementerian perlu mengkaji secara mendalam tentang pengisian dan keperluan yang perlu disampaikan kepada pelajar selaras dengan matlamat kerajaan. Pengisian yang terlalu
membebankan pelajar akan membuatkan tenaga pengajar serta pelajar merasa tertekan
untuk
melaksanakannya.
Dari
aspek
pelaksanaannya
pihak
kementerian juga perlu menyediakan tenaga pengajar yang benar-benar berkelayakan serta menyediakan prasarana yang mencukupi bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran tidak akan terganggu.
Bibliografi Kertas Dasar. Mesyuarat Pengurusan Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Sekolah Seni Malaysia: Kementerian Pelajaran Malaysia. Johami Abdullah (1993). Pendidikan Muzik Semasa. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Mohd. Salleh Lebar (1996). Perkembangan dan Haluan Kurikulum Pendidikan Malaysia: Kuala Lumpur. Berita Publishing Sdn. Bhd. Pusat
Perkembanga Kurikulum (1996). Sukatan Pelajaran Sekolah Menengah Pendidikan Muzik. Kementerian Pelajaran Malaysia.
R. Hoffer, C. (1983). Teaching music in the secondary schools. California. Wadsworth. Rosnani Hashim (1995). Pembaharuan Dalam Strategi Penilaian. Choksy, Lois 1974. The Kodaly Method. New Jersey. Prentice Hall. Louis Harris poll (1996). Higgins, W. (1992). Technology. In R. Colwell (Ed.), Handbook of Research on Music Teaching and Learning . New York: Schirmer Books. Sidek Mohd Noah (2002). Reka bentuk penyelidikan. Serdang. Universiti Putra Malaysia. Goleman, Daniel (1995). Emotional Intelligence: Why it can matter more than
IQ. New York. Bantam Books.