Lampiran A Senikata Lagu-Lagu Ghazal Melayu Johor Lagu-lagu Diselenggarakan Oleh Haji Ahmad Bin Roslan Dipetik dari Koleksi Yayasan Warisan Johor 1. Anak Manja Anak manja buah hatiku, Dari kecil ditimang ibu, Menumpang kasih bukan selalu, Sekali sekala baru bertemu. 2. Bayangan Pelangi Bayangan pelangi indah berseri, Langit mendung hujan gerimis, Mengenang nasib diriku sendiri, Di dalam senyuman hati menangis 3. Bila Mengenang Apa pertanda atau alamat, Hujan panas di tengah hari Debar rasa yang amat sangat, Bagai terasa pilu di hati. Suara burung terbang riang, Tiba masa menjelang suria, Hilang pilu berganti gembira, Bila mengenang padamu dinda. 4. Bintang Timur Bintang Timur namanya puteri, Parasnya indah tiada bandingan, Mahligai berada di gunung berapi, Asalnya puteri dari kayangan. Mahligai berada di gunung berapi, Semenjak dari dahulu kala, Kerana cantik paras terperi, Menjadi rebutan tujuh panglima.
1
Lampiran A 5. Bukit Melati Bukit Melati indah berseri, Nampak dipandang dari seberang, Jangan diturut rasa di hati, Alamat rosak nyawa di badan. Bukit Melati tinggi sederhana, Tempat duduk orang kaya, Dalam hati gundah gulana, Orang tak hendak apakan daya. 6. Bunga Melati Bunga Melati Bunga Kenanga, Bunga di jambang cantik berseri, Hajat di hati ingin bersama, Hati bimbang orang tak sudi. 7. Bunga Raya Bunga Raya bunga yang indah, Di mana ditanam hidupnya mudah, Kembang berseri dipandang indah, Sekali dipandang rasa tak sudah. Ia bunga jadi pilihan, Disebut orang tidak berkesudahan, Diberi gelaran oleh kerajaan, Bunga Raya Bunga Kebangsaan. 8. Burung Puteh Burung puteh terbang malam, Hinggap mari di pohon tinggi, Sudah ku cari sekitar alam, Cuma satu penghibur hati. Terbang mari berkawan-kawan, Hinggap ranting dahan yang rapuh, Tuan umpama payung yang kembang, Saya di bawah tumpang berteduh.
2
Lampiran A 9. Damak Sayang damak dalam sumpitan, Dibawa orang pergi memburu, Apa dikenang nasib badan, Sudah tertulis di kandung ibu. Dari Mersing ke Kuala Sedeli, Tempat nelayan mencari ikan, Hidup ku ini membawa diri Kemana pergi mencari makan 10. Damak Bentan Damak bentan lagu bernama, Digubah Orang Melayu dahulu, Masa berlalu meninggal kenangan, Tempat bersemadi di lubuk kalbu, Damak Bentan namanya lagu, Merdu suara hanya dendangan, Biarpun kenangan memilu kalbu, Jasa yang baik di lupa jangan. 11. Derita Hati Derita hati lagu ciptaan, Membawa tabir di waktu silam, Bermacam halangan menjadi dugaan, Kebahagiaan sendiri menjadi idaman. Sedih pilu derita hati, Sentiasa berusaha untuk seni, Tak hiraukan sambutan sepi, Umpama air di daun keladi. 13. Embun Jantan Embun jantan jatuh berderai, Sejuk terasa seluruh badan, Hajat di hati tak mahu bercerai, Apakan daya sudah suratan.
3
Lampiran A 14. Gambus Api-Api Tiup api abu berderai, Patah galah haluan perahu, Niat di hati tak mahu bercerai, Kuasa Allah siapa yang tahu. Runtuh gunung tempat berpijak, Patah galah tempat bergantung, Hendak menangis bukannya budak, Hendak terbang bukannya burung. 15. Godaan Rindu Burung Tempua terbang rendah, Cenderawasih burung di awan, Mengapa hati selalu gelisah, Kerana rindu pada mu tuan. 16. Gunung Bentan Dari Johor ke Majapahit, Singgah berlabuh di belakang Bentan, Sudah masyhur nama yang baik, Bertambah pula bertuah badan. Jalan-jalan ke Kota Melaka, Singgah membeli buah berangan, Walau jauh pandangan mata, Di dalam hati tetap ku kenang. 17. Gunung Daik Gunung Daik bercabang tiga, Sama bertentang Lautan Cina, Kasih hatiku tetap setia, Tetap ku kenang selama-lamanya. Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga, Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik dikenang juga.
4
Lampiran A 18. Gunung Pulai Gunung Pulai mencecah awan, Nampak dari Tanjung Pelepas, Biar terkulai nyawa di badan, Hajat di hati tiak kan terlepas. Burung Tempua bersarang rendah, Mati dipijak si anak kera, Walaupun luka sembuhnya sudah, Parutnya rasa masih terasa. 19. Indra Kayangan Indera Kayangan Negeri Perlis, Bertanam padi luas terbentang, Diusik kenangan hati menangis, Peristiwa tidak kembali lagi. Indera Kayangan negeri utara, Indah pandangan damai suasana, Bersama kenangan mengulit mesra, Ke alam mimpi tidur yang lena. 20. Istana Melati Istana Pahang Istana Melati, Hiasan Taman jambangan bunga, Bila ku pandang menawan di hati, Menjadi kenangan selama-lamanya. Duduk termenung menungkat dagu, Tanam padi tumbuhnya lalang, Apa direnung pada diriku, Tiada budi bahasapun kurang.
21. Istana Pelangi Istana Pelangi istana indah, Tetamu Diraja Duli Baginda, Negeri Johor Negeri Bertuah, Rakyat hidup aman sentosa. 5
Lampiran A 22. Kasih Menumpang Kasih menumpang hubungan jiwa, Ibarat mendung di waktu petang, Kasih sayang bukannya sama, Gugurlah irama kasihpun hilang. Kasih menumpang dugaan hidup, Usah dikenang sepanjang hari, Jangan direka angin bertiup, Kalau rekaan merana diri. 23. Kuala Endau Kuala Endau pasirnya berdebu, Airnya mengalir sampai ke hulu, Remuk rendam di dalam kalbu, Terkenang zaman dahulu. Kuala Endau daerah Mersing, Kualanya menghadap Lautan Cina, Hatiku resah jiwaku rungsing, Apa dibuat semua tak kena. 24. Kuala Pontian Kuala Pontian nama diberi, Tempat orang menjala udang, Putus benang putuslah tali, Kasih yang mana dapat ku tumpanh. Kuala Pontian menganjur ke laut, Nampaknya dari Lautan Cina, Kasih dan sayang sudah terpaut, Kalau terpisah tentu merana.
6
Lampiran A
25. Laksamana Bentan Laksamana Bentan menyembah durhaka, Menuntut bela kematian isteri, Seulas nangka empunya angkara, Matilah isteri yang dikasihi. Seulas nangka empunya angkara, Matilah isteri yang dikasihi, Asal cerita bukan direka, Sudah termasyhur jadi begini. 26. Laila Manja Kenapalah nasib jadi begini, Menanggung seksa setiap hari, Emak tak ada ayah tak kembali, Azabnya kita dibuat emak tiri. Jikalaulah ada emak sejati, Tentunya kita tak jadi begini, Dimaki hamun setiap hari, Dibuat seperti hamba abdi. 27. Lancang Daik Lancang Daik mudik ke hulu, Hendak menuju ke laut Cina, Budilah baik dikenang selalu, Menjadi ingatan selama-lamanya. Lancang daik lancang pusaka, Tidaklah boleh ditukar ganti, Lagi tak kering Lautan Melaka, Tidaklah saya mungkirkan janji.
7
Lampiran A 28. Lika Di hati Orang Melaka membuat titi, Titi dibuat papan melintang, Manakan tidak luka di hati, Kekasih ditunggu tak kunjung datang. Pergi ke taman memetik bunga, Bunga dipetik di dalam pasu, Luka di tangan nampak darahnya, Luka di hati siapa yang tahu. 29. Mak Ngah Tersenyum Wahai Mak Ngah Pak Ngah balik, Pak Ngah bali membawa tuka, Senyumlah abang sungguh pelik, Pandai mengubat yang luka. Senyum Mak Ngah bak bunga Mawar, Diambil dari Tanjunglah Jati, Senyum lah abang menjadi penawar, Kepada adik yang hampir mati. 30. Makan Sirih Makan sirih berpinang tidak, Pinang ada di bukit batu, Toleh ke kiri ke kanan tidak, Baru ku tahu dagang piatu. Sirih ada pinang pun ada, Sengaja saya tak taruh di tepak, Kasih ada sayang pun ada, Sahaja saya buat tak nampak.
8
Lampiran A 31. Malam Merindu Rindu malam tidur tak nyaman, Duduk terkenang berhati sayu, Memikir nasib tak ada pedoman, Bunga kembang kembali layu. Ramai mudik pergi ke hulu, Singgah ke tasik duduk di pinggir, Hati sedih bertambah pilu, Berserah sahaja kepada takdir. 32. Mendung Petang Mendung petang hari nak hujan, Hatiku risau tidak terhibur, Tuan di sana rindu tak makan, Saya di sini rindu tak tidur. 33. Mustika Embun Lajulah sungguh kapal belayar, Haluan menuju ke Tanjung Aru, Budi yang lama belum ku bayar, `Menerima pula budi yang baru. 34. Nasib Kiambang Sayang Kiambang Bunga Kiambang, Kiambang tumbuh di tepi telaga, Puas ku cangkul puas ku tebang, Sunda lalang kan tumbuh juga. Sayang Kiambang Bunga Kiambang, Kiambang terapung dibawa ombak, Sudah memang nasib kiambang, Pohon berimbun akar tak jejak.
9
Lampiran A 35. Nasib Panjang Pasir Panjang Pulau Semulun, Bertentang dengan Tanjong Keling, Hilang sehari rasa setahun, Bagaimana hati tak runsing. Pasir Panjang Teluk Belanga, Sama bertentang Pulau sentosa, Kasih ibarat sekuntum bunga, Tidak ku lupa setiap masa. 36. Nilam Delima Nilam Delima bata permata, Hiasan tangan si jari manis, Semenjak tuan jauh di mata, Saya di sini asyik menangis. Hiasan tangan di jari manis, Dipakai mari di waktu petang, Apalah guna duduk menangis, Orang di tunggu tak kunjung datang. 37. Pak Ngah Balik Bulan mengambang di tengah malam, Nampak bercahaya dengan serinya, Janganlah adik merasa bimbang, Abang pergi tidaklah lama. 38. Pantai Pontian Pantai Pontian lautan luas, Pulau Pisang rumah api, Sekali ku pandang rasa tak puas, Hendak ku ulang menyayat hati. Pulau Pisan airnya tenang, Air mengalir Selat Selaka Walau lama tidak ku pandang, Sekali-sekala berjumpa juga.
10
Lampiran A 39. Pasir Gudang Pasir Gudang binaan baru, Kapal dagang datang dan pergi, Penduduknya ramah di Air Biru, Semoga aman kekal abadi. 40. Patah Hati Patah hati terus merajuk, Merajuk sampai ke hutan belukar, Hati yang panas kembali sejuk, Burung terbang kembali ke sangkar. Hendak dirajuk air di ruang, Langit mendung hujannya tidak, Apa dirajuk kepada orang, Entahkan kasih entahkan tidak. 41. Pulau Pisang Pulau Pisang Rumah Api, Pedoman kapal belayar malam, Sebelum ajal berpantang mati, Biar tercampak di lautan dalam. 42. Pusaka Melayu Pusaka Melayu namalah diberi, Lagu dikarang ciptaan bersama, Seia sekata bersatu hati, Jujur dan ikhlas selama-lama. Setinggi-tinggi Pusaka Melayu, Dijaga bersama muda dan mudi, Sungguhkan hati bersatu padu, Baru kekal sepanjang hari.
11
Lampiran A 43. Putera Puteri Wahai putera harapan bangsa, Puteri juga tiang negara, Sama sehati sama sekata, Membuat bakti serta berjasa. Berganding bahu bekerjasama, Tidak mengira bangsa agama, Berat diangkat dijinjing bersama, Kekal abadi selama-lamanya. 44. Pancaran Senja Anaklah Raja pulang memburu, Dapat rusa memburu Orang ku harap semakin jauh, Tidak mungkin bertemu lagi. Tangkap ikan dengan tangkul, Dapat seekor Ikan Tenggiri, Daku bagaikan seekor Pungguk, Rindukan bulan di langit tinggi. 45. Rahsia Hati Rahsia hati nama lagu ku, Dikarang oleh pemimpin Melayu, Bila dikenang nasib diri ku, Ibarat kapal putus teraju. Angin bertiup di pagi hari, Riuh dan rendah dendang nelayan, Kalau ku turut resah di hati, Alamat jauh terbuang badan. 46. Ratapan Melayu Ratapan Melayu tangis terisak, Tangis mengisak perlahan-lahan, Asyik menunggu buah yang masak, Burung Kerdil meninggalkan dahan.
12
Lampiran A 47. Sayang Muslamah Sayang Musalmah memakai sanggul, Turun ke sawah menanam padi, Emas sekoyan dapat ku pikul, Aku tak sanggup menanggung budi. Turun ke sawah menanam padi, Hendak dijual ke Pekan Lama, Jangan Selalu menanggung budi, Kerap kali menjadi bencana. 48. Selamat Timggal Daun Selasih daun Pandan, Mari dimakan di pagi hari, Tinggalkan kasih tinggallah tuan, Saya mohon mengundur diri. Ayam berkokok hari nak siang, Murai berkicau di waktu pagi, Tinggal;ah tuan saya nak pulang, Panjanglah umur berjumpa lagi. 49. Siti Payung Ramalah rama di hujung daun, Membuat sarabg di dahan jati, Belum pun sampai setahun, Hendak ku tinggal tak sampai hati, Lembu pedati darilah seberang, Masuk gelanggang hendak berlaga, Buahlah hati kekasih orang, Sayalah Cuma nak menumpang manja.
13
Lampiran A 50. Sri Banang Layang-layang bertali benang, Putuslah benang berganti tali, Saya seorang duduk mengenang, Orang dikenang tak ambil peduli. Putus benang berganti tali, Tali pula ditukar ganti, Orang dikenang tak ambil peduli, Biarlah saya membawa diri. 51. Sri Di Awan Jangan ditabgis awan berlalu,- Sri Di Awan Awan yang cerah membawa hujan,Orang tak ada jangan ditunggu, Lupakan sahaja dari ingatan.-
2X 2X
Air di tempayan jangan dicurahkan,- Sri Di Awan Angin yang kencang hujan tak jadi,2X Jujur dan ikhlas jadikan amalan, Buat pedoman di kemudian hari.2X 52. Sri Johor Negeri Johor membangun pesat, Sultan Iskandar Raja Berdaulat, Ajaran agama pegangan kuat, Duni akhirat pasti selamat. Bangunan indah di Bukit Timbalan, Jabatan Kerajaan lahirnya negeri, Kalangan rakyat muhibah berkekalan, Aman dan damai setiap hari.
14
Lampiran A 53. Sri Mersing Ser Mersing lagulah Melayu, Lagu dikarang Melayu dahulu, Hati ku runsing bertambah pilu, Mengenangkan nasib untung diri ku. Pantai Mersing Kuala Johor, Pantainya indah sudah masyhur, Hati ku runsing dapat dihibur, Patah hati jiwa terkubur. 54. Sri Siantan Rambut panjang mayang mengurai, Berbaju kurung si dara nan ayu, Hancur daging tulang berkecai, Barulah hilang luka hatiku. Sulam kebaya cantik menawan, Disulam seni si lentik jari, Tempat ketawa kiri dan kanan, Tempat menangis seoranglah diri. Anak manggis tumbuh di ladang, Alihkan nangka di pangkal jati, Rupanya manis jemu dipandang, Budi bahasa lekat dihati. 55. Sri Skudai Sayang Skudai sebelah kiri, Air mengalir Selat Tebrau, Jikalau pandai nama diberi, Kemana pergi tidak dihirau. Sayang Skudai nama diberi, Untuk dendangan orang di sini, Bersopan santun tidak rugi, Hiasan badan membaiki nama.
15
Lampiran A 56. Jambatan Johor Jambatan Johor di Selat Teberau, Tempat berlabuh kapalo DiRaja, Hati terkejut rasa berderau, Melihat pahlawan muda remaja. Indah berseri Jambatan Johor, Nampak dari Tanjung Puteri, Biar mati jiwa berkubur, Dari hidup memakan hati. 57. Tangisan Ibu Tangisan ibu merayu-rayu Anaknya banyak hidup merana, Suami tidak mengambil tahu, Hendak dimakan semua tak ada. Puaslah ibu menahan rasa, Mengenang nasib hidup sengsara, Memandangkan anak apakan daya, Akhirnya ibu menutup mata. 58. Tangisan Hati Tangisan hati bertambah risau, Sedih rasanya bukan kepalang, Beginilah nasib anak di rantau, Menumpang kasih pada yang sayang. 59. Tanjung Tuan Tanjung Tuan menganjur ke laut, Nampak dari Selat Melaka, Memandang tuan hati terpaut, Di dalam hati ingatan tak lupa. Sejarah purba di Tanjung Tuan, Dekat dengan Kuala Linggi, Ingatan tak lupa pada mu tuan, Sentiasa tersemat di dalam hati.
16
Lampiran A 60. Wak Daing Sayang Wak Daing Panglima Sakti, Sudah terkenal di mana-mana, Saya umpama seutas tali, Tak ada rotan akar berguna.
17
Lampiran A
18