Satu Malaysia – Altruisme Satu Malaysia merupakan satu gagasan yang diuar-uarkan oleh Perdana Maneteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 22 April 2009. Gagasan ini menfokuskan pada idea Malaysia sebagai satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik dan kebudayaan dan setiap rakyat Malaysia perlu menggalas kewajipan untuk menjayakannya. Dalam usaha merealisasikan gagasan satu Malaysia, prinsip altruisme memainkan peranan yang penting untuk menjamin kesejahteraan kehidupan rakyat Malaysia. Prinsip ini menegaskan supaya seseorang mementingkan orang lain berbanding diri sendiri. Setiap rakyat Malaysia harus memegang kepada prinsip altruisme. Seseorang haarus sentiasa menghulurkan bantuan secara ikhlas, berasa empati dan rela mengorbankan kepentingan peribadi serta mengutamakan orang lain. Dalam kalangan rakyat Malaysia yang majmuk, sekiranya setiap orang mementingkan diri sendiri, negara kita pasti akan mengalami huru-hara. Hal ini demikian kerana kalangan masyarakat bersikap tidak ambil peduli dan individualistik akan masalah yang dihadapi orang lain. Sebaliknya, dengan berlandaskan prinsip altruisme, rakyat Malaysia akan hormatmenghormati dan lebih bersatu padu tanpa mengira perbezaan yang wujud. Sebagai contoh, individu akan menyumbang bakti seperti kepakaran, kemahiran, pengetahuan dan bantuan kepada orang yang memerlukan secara rela hati atau tanpa paksaan untuk meringankan beban pihak ini.