4. Pendahuluan.docx

  • Uploaded by: Law Kai Xin
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View 4. Pendahuluan.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 3,610
  • Pages: 11
1.0 PENDAHULUAN Dewasa ini, dunia telah dilakari oleh pelbagai trend dan paradigma kehidupan bentuk baru. Arus kemodenan dan globalisasi ini telah memberi impak yang cukup besar dalam kehidupan moral masyarakat Malaysia. Masyarakat menjadi materialistik di mana manusia sanggup menjadi hamba kepada wang dan bertindak mengikut nafsu semata-mata. Hal yang serupa turut meresap ke dalam jati diri masyarakat Malaysia langsung menerima citra dan model kehidupan barat. Hal ini diperkukuhkan oleh pandangan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye (2013). “Kemerosotan moral bertambah serius terutamanya dalam golongan muda Malaysia termasuk bercakap kasar kepada pelanggan, merokok di kawasan larangan merokok, meludah di tempat awam dan tidak memberikan tempat duduk kepada warga tua, orang kelainan upaya dan wanita mengandung. perbuatan membuang sampah di tempattempat awam, merosakkan harta awam, memotong barisan dan tidak "meminta maaf" apabila melakukan kesalahan.” Sehubungan itu, modenisasi amat berbahaya sekiranya idea, pemikiran dan falsafah modenisasi itu ditiru bulat-bulat. Ashmore (1987) mengatakan bahawa semua perkara dalam alam semula jadi bertindak mengikut peraturan atau hukum yang tertentu. Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa manusia memerlukan peraturan-peraturan yang dapat membatasi kelakuan dan kebanyakan perbuatan manusia sendiri supaya manusia tidak terlalu bebas sehingga mengancam keselamatan dan hak asasi orang lain. Kamus Dewan (1994) mendefinisikan moral sebagai ajaran atau pegangan berkenaan baik buruk sesuatu perbuatan. Dalam erti kata lain, moral merupakan nilai-nilai dan norma-norma yang menjadi pegangan bagi seseorang atau suatu kelompok dalam mengatur tingkah lakunya. Ia berkait rapat dengan kehidupan seharian kita, Setiap tingkah laku atau amalan yang dilakukan seperti bagaimana kita berpakaian, percakapan dan pemikiran serta perasaan adalah berkaitan dengan moral. 2.0 LATAR BELAKANG Momentum kemodenan ternyata begitu cepat menular dan menjalar ke seluruh urat saraf dan nadi kehidupan bermasyarakat, khususnya institusi keluarga. Uthman el-Muhammady dalam Rumaizuddin (2000) menegaskan dari segi sosial dan kekeluargaan, nilai-nilai modenisme akan menghuruharakan dan menimbulkan konflik yang tidak berkesudahan. Begitulah situasi yang berlaku dalam filem Gunting di mana mencerminkan masalah moral yang turut akan kita hadapi dalam kehidupan seharian.

1

Telefilem berjudul “Gunting” merupakan telefilem berbahasa Melayu yang dikarya dan dihasilkan oleh pengarah filem kreatif tempatan, M.Raihan Halim. Filem ini dibintangi Hisyam Hamid, Taufik Batisah, J.A. Halim, Yuslina Yussof, Najib Soiman, Shane Mardjuki dan Adlina Adil. File mini pertama disiarkan di Suria pada 25 Jun 2017 (VK Team, 2017). Gunting merupakan sebuah telemovie yang mengisahkan tentang ketegangan hubungan antara bapa, Salihin dengan anaknya, Taufik. Salihin terpaksa menutup kedai gunting rambutnya selepas penyakit diabetes yang dihadapi semakin serius. Anaknya, Taufik yang bekerja di LA sebagai hairstylist pulang ke Singapura untuk menjaga ayahnya. Tidak mahu kedai gunting rambut ayahnya hilang begitu saja, Taufik dan kawan baiknya Hisyam membuat keputusan untuk membuka Salihin & Sons sebuah barber shop. 3.0 ALIRAN PEMIKIRAN MORAL 3.1 ALIRAN PEMIKIRAN NATURALIS Menurut Abdullah Zhidi Omar et al.(2014), pemikiran naturalis merupakan aliran pemikiran yang menggambarkan sesuatu yang sebenar. Seseorang individu yang dikatakan naturalis akan menerima apa sahaja keadaan yang sebenar. Seseorang yang naturalis suka merendah diri iaitu lebih suka memencil diri dan tidak mudah untuk berinteraksi. Mereka jarang untuk mengeluarkan pendapatnya kerana hidup yang berada dalam keadaan yang tertekan. Mereka biasanya lemah jiwa, tiada motivasi dan kurang berusaha untuk melakukan sesuatu. Mereka membiarkan halangan merentangi matlamat hidup yang ingin dicapai. Mereka ini juga merupakan pengikut yang setia dan kurang membantah atas arahan serta mudah juga berpuas hati. Dalam filem Gunting, Salihin, bapa kepada watak utama, Taufik menunjukkan aliran pemikiran naturalis. Beliau menegaskan pendiriannya supaya Taufiik menjadi seorang jurutera sementara Taufik ingin menjadi seorang penggunting rambut seperti bapanya. Beliau berpegang kepada kepercayaan bahawa kerja tukang gunting tidak mendapat kejayaan dalam kehidupan di mana kepercayan itu berdasarkan pengalamnya sebgai tukang gunting selama 40 tahun. Sebaliknya, beliau berpendapat bahawa seorang jurutera mendapat peluang pekerjaan yang lebih baik dan gaji yang lebih tinggi. Secara logiknya, sesuatu tidak boleh ditentukan secara langsung dengan berdasarkan sesuatu situasi sahaja. Dalam situasi ini, masyarakat sudah berubah dari zaman kuno kepada zaman moden. Salihin sepatutnya memberi kebebasan kepada Taufik untuk memilih kerjaya yang diminati dan bertanggugjawab atas kerjaya yang dipilih. 3.2 ALIRAN PEMIKIRAN EMOTIVISM

2

Menurut Encyclopaedia Britannica (2013), pemikiran emotivism merujuk kepada sikap manusia yang bertindak mengikut perasaan dan emosi. Golongan emotivisme akan meluahkan perasaan mereka dan mungkin menimbulkan perasaan yang sama dalam kalangan orang yang mendengar pada masa yang sama. Ciri-ciri atau sifat seseorang yang emotivisme yang paling jelas ialah mereka ini bertindak mengikut perasaan atau emosi. Ekspresi mereka ini ditunjukkan melalui perlakuan mereka iaitu dari air muka atau katakatanya. Golongan ini sangat pendiam, cepat tersinggung dan sentiasa tertekan dengan emosi. Walau bagaimanapun, mereka ini kadang-kadang agresif dan kuat cemburu. Dalam filem Guntng, Taufik seorang watak yang memaparkan pemikiran emotivism. Dia segera membuat keputusan untuk pergi ke L.A semasa menerima tawaran menjadi assistant hairstylist. Hal ini demikian dia sedang berada dalam perang dingin dengan bapanya, Salihin mengenai kerjaya. Taufik berpendapat bahawa dia tidak dapat berkomunikasi dengan bapa mengenai isu tersebut kerana mereka mempunyai idea bercanggah. Tanpa menyelesaikan ketegangan ini, dia tergesa-gesa bergerak ke L.A. walaupun tidak mendapat restu bapa menjadi seorang penggunting rambut. Tindakan Taufik boleh dikatakan mengikut semata-mata emosi dan perasaan. Dia tidak pernah berfikir tentang kesan atau akibat di sebalik tindakan tersebut. Secara kesannya, ketegangan antara bapa dengan anak bertambah serius dan bapanya, Salihin ditinggalkan seorang di rumah. Pemikiran emotivism juga dipaparkan melalui watak Taufik apabila bapanya Salihin yang terjatuh masuk ke hospital menelefon Hisyam tetapi bukan anak sendirinya. Taufik memarahi ayahnya yang tidak cuba memahami pilihannya sebagai tukang gunting rambut walaupun dia berusaha bersungguh-sungguh untuk membuktikan kejayaan kepada bapanya. Sepanjang masa dia balik dari L.A, bapanya Salihin masih menunjukkan sikap dingin terhadap Taufik. Dia kembali ke Singapura untuk menjaga bapanya namun dia tetap rasa seperti bapanya tidak menghiraukannya langsung. Orang sekeliling Salihin juga salah faham bahawa Hisyam ialah anak kandungnya tetapi bukan Taufik. Peristiwa-peristiwa ini menimbullkan kemarahan Taufik dan mencetuskan pertelingkahan antaranya dengan bapa, Salihin. 3.3 ALIRAN PEMIKIRAN INTUITIONIS Aliran pemikiran intuitionis ini berkait rapat dengan gerak hati seseorang. Pemikiran ini juga melibatkan proses melihat dan memahami secara spontan (Muscato, n.d.). Aliran pemikiran ini memerlukan ilmu, kematangan fikiran dan timbunan pengalaman hidup. Seseorang akan bertindak berlandaskan apa yang dirasai di dalam hatinya tanpa memikirkan akibat, kualiti dan kesannya. Ia dikaitkan dengan pemikiran spontan yang celik akal dan kemunculan idea 3

yang meledak secara tiba-tiba dalam memberikan tafsiran terhadap sesuatu perkara. Oleh itu, mereka ini cepat dalam membuat keputusan. Watak filem Gunting yang memaparkan aliran pemikiran intuitionis ialah Hisyam, iaitu rakan baik kepada Taufik. Dengan kepulangan Taufik, idea untuk berpakat bersama dan menghidupkan semula kedai gunting muncul dan bermula mencari tempat kedai yang sesuai pada keesokan hari walaupun tiada modal untuk membuka sebuah kedai. Hal ini boleh dibuktikan semasa dia berdua-dua bertawaran harga dengan Adi supaya dapat membeli kedai padaa harga rendah. Dia sanggup meninggalkan pekerjaan semasa yang gajinya tinggi dan memulakan sesuatu perniagaan sebegitu sahaja. Hisyam mengatakan bahawa, “Aku dah ada idea apa yang kita perlu buat. Kita buka sebuah kedai gunting…Aku dan

bosan

dengan

sewa

dan

jual

beli

rumah…Aku

nak

jadi

seorang

yang

berjaya…membuat sesuatu yang different. ” Melalui dialog ini, kita mendapati bahawa tukang gunting rambut merupakan impian sebenar dalam Hisyam. Dia berasa sudah tiba masa untuk dia menunaikan impian yang didukung selama ini supaya tidak berasa menyesal dalam kehidupannya. 3.4 ALIRAN PEMIKIRAN RASIONALIS Menurut Abdullah Zhidi Omar et al. (2014) dalam pemikiran rasionalis, penaakulan atau pemikiran merupakan faktor perdana sebelum sesuatu tingkah laku. Manusia mendapat pengalaman melalui pancaindera seperti penglihatan, pendengaran, sentuhan, bau dan rasa dan pengalaman yang diperoleh disusun oleh pemikiran supaya membentuk satu sistem yang bermakan sebelum ia menjadi pengetahuan. Manusia mempunyai keupayaan untuk mengetahui dengan pasti, pelbagai kebenaran mengenai kebenaran bumi yang tidak dapat diberikan oleh pacaindera semata-mata. Dalam filem Gunting, Kamsani Aris memaparkan perwatakan yang mempunyai pemikiran rasionalis. Kamsani yang sebelum ini bekerja keras sebagai scrapyard selama 25 tahun telah

dilucutkan.

Namun

demikian,

Kamsani

tidak

mencari

alasan-alasan

yang

menyebabkan dia kehilangan pekerjaan. Sebaliknya, beliau berbincang dengan ahli keluarganya dan melalui anak perempuannya mendapat tahu bahawa SkillsFuture. Beliau mendapat sokongan ahli keluarga dan berusaha mempelajari kemahiran yang baru iaitu kemahiran gunting rambut dan bersedia untuk mencari pekerjaan yang baru. Namun demikian, Kamsani Aris tidak mempunyai pengalaman yang banyak dalam menggunting rambut. Hal ini dibuktikan semasa sesi temu duga dengan Taufik, dia menerangkan bahawa dia baru mendapat ijazah dari sekolah menggunting. Beliau tidak dapat mencari pekerjaan berkenaan kerana situasi ekonomi yang tidak baik. Walaupun menemui kegagalan beberapa kali, dia tetap tidak berputus asa dan akhirnya mendapat pengiktirafan daripada Taufik dan 4

bekerja sebagai penggunting rambut. Tindakan Kamsani ini menunjukkan pemikiran rasionalis apabila dia menerima kegagalan kehidupan dan redha kepada takdir Tuhan tanpa rungutan. Seterusnya, dia segera membuat keputusan untuk mempelajari sesuatu untuk mencari nafkah kehidupan. Beliau mengetahui bahawa rungutan tidak akan mengubah situasi dialami tetapi hanya dengan usaha sendiri, dia dapat mencari jalan penyelesaian. Taufik dan Hisyam juga menunjukkan pemikiran rasionalis apabila mereka membuat keputusan untuk mengupah Kamsani Aris sebagai penggunting rambut selepas Kamsani membuktikan kemahiran menggunting rambut. Kamsani berjaya memuaskan hati seorang pelanggan dengan kemahiran menggunting rambut. Mereka tidak membuat keputusan secara tergesa-gesa. Sebaliknya, mereka juga sudi memberi peluang kepada Kamsani untuk membuktikan diri dan menaruh kepercayaannya kepada Kamsani untuk melayan pelanggannya. Melalui peristiwa ini, Taufik dan Hisyam merupakan majikan yang bertanggungjawab terhadap pekerja lain dan pelanggan kedai gunting di mana mereka mengambil pekerja yang layak dan menjamin perkhidmatan yang terbaik. Salihin juga memaparkan pemikiran rasionalis apabila beliau sudi mengiktiraf dan menerima pilihan kerjaya Taufik sebagai penggunting rambut. Beliau sedar bahawa Taufik memilih untuk menjadi seorang tukang gunting akibat mendapat inspirasi daripadanya dalam satu pertelingkahan dengan anaknya. Beliau mengambil inisiatif untuk mengakui kesalahannya dan membaikpulih hubungan tegang yang selama ini antaranya dengan anak dengan melawat ke kedai gunting Taufik dan memberi Taufik menggunting rambutnya. Tindakan Salihin dikatakan rasional kerana ketegangan yang berterusan hanya akan memburukkan lagi hubungan kekeluargaan. 4.0 JENIS-JENIS NILAI 4.1 Nilai instrumental Nilai instrumental juga diirujuk sebagai nilai ekstrinsik yang membawa maksud satu kualiti yang diterima atau ditolak sebagai alat mencapai sesuatu matlamat (Brahm, n.d.). Dalam erti kata lain, nilai ini bergantung kepada nilai lain untuk mencapai sesuatu matlamat. Nilai instrumental dijadikan satu kepiawaian kepada apa yang dilaksanakan, membantu dalam menunjukkan arah dan menjadi penentu dalam membuat pilihan. Dalam filem Gunting, watak Taufik telah memaparkan nilai instrumental. Dia berusaha bersungguh-sungguh sehingga berjaya menjadi seorang penggunting rambut di L.A adalah untuk membuktikan kepada bapanya bahawa pilihannya untuk menjadi sebagai seorang penggunting rambut adalah tidak salah. Nilai “membuktikan pilihan sendiri adalah betul” bergantung kepada nilai “rajin berusaha”. 5

Seterusnya, Salihin juga menunjukkan nilai instrumental. Bapa Taufik telah berkerja bertungkus lumus sebagai seorang tukang gunting rambut. Matlamatnya adalah untuk membesarkan Taufik dengan baik dan sempurna serta dapat memberi pendidikan yang terbaik kepada anaknya. Jelaslah di sini bahawa kehidupan keluarga dan masa depan Taufik yang selesa dijadikan sebagai nilai ektrinsik atau pendorong kepada bapa Taufik untuk berkerja keras. 4.2 Nilai intrinsik Nilai intrinsik merupakan nilai peringkat pertama di mana ia tidak perlu bergantung kepada nilai lain untuk mencapai matlamatnya kerana nilai itu sendiri merupakan matlamat akhir. Kualiti bagi nilai diterima atau ditolak semata-mata ia berniat baik atau buruk dan tanpa mengira kesannya (Westacott, 2017). Nilai ini dijadikan sebagai alat penentuan dalam membuat

pilihan

atau

tindakan

dan

menegaskan

penyempurnaan

tugas

serta

tanggungjawab dan keadilan dalam setiap perbuatan. Watak Hisyam dalam filem Gunting menunjukkan nilai intrinsik iaitu nilai baik hati. Taufik dan Hisyam merupakan kawan yang amat rapat. Hisyam merupakan seorang rakan baik yang sentiasa ikhlas kepada Salihin dan anaknya, Taufik. Dia sedia menolong apabila Salihin dalam kesusahan tanpa meminta balasan. Sebagai contoh, sepanjang masa Taufik di L.A, kawan baiknya iaitu Hisyam yang menjaga bapanya yang juga mempunyai masalah kesihatan iaitu kencing manis. Walaupun Hisyam bukan anak kandung kepada Salihin, dia tetap sudi bertolong untuk menjaga bapa kepada Taufik dengan sepenuh hati tanpa mengharapkan apa-apa daripada keluarga Taufik. Kita mendapat tahu bahawa Hisyam amat menghargai persahabatan sejati dengan Taufik sehingga meluangkan masa untuk menjaga bapanya yang sakit. Selain itu, Hisyam turut meminta maaf kepada Taufik sebab berasa serba salah kerana dia menjadikan Taufik berasa dia “mengganti” tempatnya. Dia tidak berharap sendiri akan menjadi batu api antara Taufik dan Salihin sehingga menjejaskan hubungan kekeluargaan mereka. Melalui contoh ini, kita mendapati bahawa tindakan Hisyam ini bukan kerana untuk mendapat sesuatu daripada keluarga Taufik tetapi niat untuk menunaikan tanggungjawab sebagai rakan baik Taufik secara ikhlas. 4.3 Nilai subjektif Definisi bagi nilai subjektif adalah nilai (kualiti) yang diterima atau ditolak oleh seseorang individu dengan berdasarkan kepada pandangannya sendiri terhadap sesuatu benda atau perkara (Rolston, 1982). Punca nilai ini berasal daripada dunia dalaman seserang individu seperti kegemaran, minat atau perasaan seseorang. Nilai iini berbeza bagi setiap indivivu

6

kerana kita mempunyai fikiran yang berbeza. Fungsi nilai subjektif ialah membayangkan perasaan gemar atau tidak gemar bagi individu terhadap sesuatu perkara atau benda. Dalam filem Gunting, peristiwa yang membawa kepada nilai subjektif ialah apabila Taufik membuat pilihan antara bidang kejuruteraan yang gajinya tinggi dengan penggunting rambut yang diminati selama ini. Taufik membuat keputusan untuk mengejar impianny dengan sanggup meninggalkan bapa Salihin selepas ditawarkan menjadi assistant hairstylist di L.A. Taufik berpendapat bahawa keputusan untuk meninggalkan segala dan mengingkari arahan bapa adalah tidak salah kerana inilah impian dan keinginan. Sebaliknya, bapanya, Salihin bekerja keras supaya Taufik mendapat peluang pekerjaan baik dan berharap dia menjadi seorang jurutera. Contoh ini menjelaskan dua pihak yang melihat nilai dari dua sudut yang berbeza. Satu pihak melihat dari sudut tujuan jaminan masa depan yang baik manakala satu pihak melihat dari aspek minat sendiri dalam pemilihan kerjaya. Jelaslah di sini bahawa nilai subjektif yang diterima atau ditolak oleh seseorang individu dengan berdasarkan kepada pandangannya sendiri terhadap sesuatu benda atau perkara. 4.4 Nilai objektif Definisi bagi nilai objektif adalah nilai yang bebas daripada pilihan peribadi. Nilai yang diterima atau ditolak berdasarkan pengalaman dalaman yang dialami atau berpunca dari aspek luar yang dipersetujui oleh kebanyakan orang (Rolston, 1982). Dalam nilai objektif, setiap barangan atau objek telah diberi kegunaan tersendirinya. Dengan mengenalpasti kegunaan objek, kita membuat pertimbangan yang selanjutnya. Contoh dalam filem Gunting yang memaparkan nilai objektif ialah nilai menjaga kesihatan diri. Nilai menjaga kesihatan diri merupakan sesuatu yang dipersetujui oleh semua atau kebanyakan orang. Salihin yang menghidapi penyakit kencing manis menerima rawatan dialysis supaya keadaan kesihatan stabil. Beliau bertanggungjawab atas kesihatan tubuh badan dengan menjaga tabiat pemakanan dan bersenam setiap hari. Selain itu, Salihin turut menggesa anaknya Taufik untuk mendapatkan screening seawal-awalnya untuk penyakit kencing manis kerana mencegah lebih baik daripada mengubati. Sekiranya dianalisis dari contoh ini, semua orang bersetuju bahawa kriteria nilai menjaga kesihatan diri adalah tindakan yang sepatutnya. 4.5 Nilai relatif Schilgen (2013) mendefinisikan nilai relatif sebagai nilai yang diterima atau ditolak dengan berdasarkan peraturan masyarakat untuk mencapai matlamat masyarakat. Nilai ini bersifat arbitrary. Dalam erti kata lain, ia tidak tertentu dan berubah mengikut masyarakat berlainan.

7

Sebagai contoh, masyarakat Barat boleh memandang isu pergaulan bebas sebagai sesuatu yang boleh diterima tetapi bagi masyarakat Timur, isu ini dipandang serius. Oleh hal demikian, nilai relatif membolehkan semua manusia membentuk nilai norma masyarakat yang berbeza mengikut kesesuaian pandangan masyarakat masing-masing. Nilai norma masyarakat akan berubah bergantung kepada masalah yang dihadapi dan pemikiran manusia serta perubahan zaman. Dalam filem Gunting, watak yang memaparkan nilai relatif ialah Adi Hashim. Adi bekerja sendiri untuk mencari rezeki kehidupan. Dalam masyarakat Melayu lama, perempuan sepatutnya duduk di rumah dan mengurus rumah tangga. Namun demikaan, dengan perubahan zaman, status perempuan telah berubah di mana mereka juga dapat berdikari mencari rezeki kehidupan tanpa bergantung semata-mata kepada golongan lelaki. Selain itu, kita juga mendapati Adi yang berani menceburi bidang pekerjaan yang selama ini dibuat oleh golongan lelaki seperti bidang pertukangan kayu. Di samping itu, Huda juga berazam untuk memulakan perniagaan sendiri dengan menawarkan perkhidmatan Barbebellas aka mobile barber. Huda juga berusaha mencari pelabur-pelabur untuk menjayakan perniagaan baru ini. Contoh ini menunjukkan pandangan masyarakat terhadap golongan wanita telah berubah di mana mereka juga medapat peluang bersama golongan lelaki terutamanya peluang pekerjaan. 4.6 Nilai mutlak Nilai mutlak adalah nilai yang dihargai dan tidak terikat kepada sesuatu kebiasaan bagi sesebuah masyarakat (Abdullah Zhidi Omar, 2014). Dalam nilai ini, segala idea atau fakta telah diterima umum dan terbukti sama ada sesuatu nilai baik atau buruk. Impaknya, nilai mutlak adalah berkekalan sepanjang masa dan konsisten bagi setiap tempat atau masyarakat yang berlainan. Nilai ini berfungsi sebagai satu standard yang konsisten dan kukuh bagi seseorang individu atau masyarakat untuk bertindak supaya seseorang dapat bertindak secara rasional dan tidak keterlaluan. Contoh yang berkaitan dengan nilai mutlak dalam filem Gunting ialah nilai menghormati ibu bapa dan orang tua-tua. Seorang anak dituntut menghormati ibu bapa. Anak yang tidak menghormati ibu bapa dianggap sebagai anak derhaka dan dipandang keji oleh orang lain. Namun demikian, Taufik tetap mengingkari nasihat bapa yang berharap dia menjadi seorang jurutera tetapi menjadi seorang tukang gunting. Taufik meninggalkan tanggungjawab seorang anak yang patut menjaga bapanya yang menghidapi kencing manis dan pergi ke L.A. nyatalah di sini bahawa nilai menghormati ibu apa atau orang tua tidak akan berubah dengan perubahan zaman tetapi akan berkekalan untuk sepanjang hayat.

8

5.0 FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN INDIVIDU BERMORAL Melalui filem Gunting, kita dapat membuat kesimpulan bahawa keluarga merupakan faktor perdana pembentukan individu bermoral. Peranan ibu bapa tidak hanya menyediakan keperluan-keperluan bersifat material semata-mata, namun lebih daripada itu, ibu bapa berkewajipan memenuhi keperluan rohani anak (Madya Aziziz Yahaya, n.d.). Sememangnya, untuk membina sebuah keluarga yang bahagia, keluarga itu harus mempunyai disiplindisiplin yang tertentu dan ini adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa memberi penekanan dan perhatian yang tinggi supaya kes-kes yang tidak bermoral tidak berlaku. Jelaslah di sini bahawa kasih saying dan perhatiaan yang mencukupi memastikan anak-anak dibesarkan dalam keadaan yang sihat. Dalam fiilem Gunting, kita dapat melihat betapa bahagia dalam keluarga Taufik semasa dia masih kecil. Salihin meluangkan masa dan mencurahkan kasih sayang yang tidak terhingga nilainya kepada Taufik. Beliau turut bekerja keras untuk memastikan Taufik mempunyai masa depan yang cerah. Sebagai balasan, walaupun Taufik mengingkari harapan beliau menjadi seorang jurutera, dia tetap mengenang jasa bapa selama ini. Taufik balik ke Singapura untuk menjaga bapanya yang menghidapi kencing manis. Di samping itu, Salihin juga menjadi inspirasi kepada anaknya Taufik. Taufik berusaha untuk menjadi penggunting rambut yang baik seperti bapa dan akhirnya menjadi seorang penggunting rambut yang berjaya seperti Salihin. Dalam memberikan didikan moral, ibu bapa harus menggunakan pendekatan yang fleksibel, di mana mereka mesti bijak dalam menimbangkan perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh anak-anak mereka. Ibu bapa perlu mentaksirkan atau mengaplikasikan gaya keibubapaan mengikut kesesuaian, keadaan atau kes kebebasan yang dibenarkan. Dalam kes filem Gunting, bapa Salihin mengambil stail autokratik semasa Taufik memilih kerjaya. Salihin tidak memberi peluang untuk Taufik menuruti keinginannya untuk menentukan haluan hidup sendiri. Peristiwa ini meyebabkan timbulnya perasaan ingin memberontak dan melawan dalam Taufik. Sememangnya, ibu bapa perlu mengamalkan sikap toleransi dalam berbagai perkara yang ingin dilakukan oleh anak mereka. Kongkongan yang berlebihan pula akan menimbulkan pertelingkahan dan perselisihan faham yang tidak diingini. Ibu bapa seharusnya memberi kelonggaran dan menghormati hak kanak-kanak di samping memberi dorongan dan pandangan yang sesuai dengan nilai moral dan agama. Oleh hal demikian, Salihin seharusnya memberi peluang Taufik menuruti keinginannya selagi tidak bertentang dengan nilai-nilai mulia dan akhlak yang baik. Di samping itu, rakan sebaya juga menjadi faktor penting pembentukan individu bermoral. Seorang sahabat sejati merupakan seorang yang sanggup bersusah payah bersama kita dan membimbing kita ke landasan betul dan saling mengingatkan apabila terlupa. Dia tidak 9

akan melihat kita menderita malah turut bersama-sama merasai penderitaan itu. Hisyam, rakan baik kepada Taufik merupakan suri teladan kepada Taufik selama ini. Dia menolong Taufik menjaga bapanya dan melayan Salihin sebagai ayah kandungnya. Hisyam amat berharap hubungan antara Taufik dan Salihin akan baik semula. Akhirnya, Taufik berasa insaf akan ketidakpedulian terhadap bapanya dan menyesal bahawa dirinya tidak menunaikan tanggungjawab sebagai seorang anak dan membanggakan bapa dengan pencapaiannya. Jelaslah di sini bahawa rakan yang berakhlak mulia dan memiliki nilai-nilai perbadi luhur mempunyai pengaruh positif dalam seseorang semasa membuat sesuatu keputusan moral. Sahabat sejati adalah orang yang membimbing sahabatnya ke landasan betul dan saling mengingatkan apabila terlupa.

6.0 KESIMPULAN Sebagai kesimpulan, peristiwa-peristiwa dalam filem Gunting jelas memaparkan masalahmasalah moral yang akan kita hadapi dalam kehidupan sebenar. Tambahan pula, masalah mral ini bukan sahaja wujud dalam institusi keluarga malah seluruh komuniti Malaysia. Selaras dengan kemajuan dan modenisasi yang dicapai negara Malaysia, kita juga megalami krisis pada masa yang sama iaitu kelunturan nilai-nilai budaya, kelonggaran nilainilai moral dan keterasingan nilai-nilai agama. Ketinggian dan kemajuan tamadun sesuatu bangsa boleh diukur dari segi kualiti manusianya dan pencapaiannya – merangkumi dimensi-dimensi kebendaan, agama, keintelektualan, sains dan teknologi, kebudayaan, sistem ekonomi, sistem politik, sistem sosial, sistem pertahanan, sistem perundangan dan adat istiadat. Namun demikian, nilai-nilai kerohanian dan moral yang menjadi asas keutuhan sesuatu budaya. Oleh itu, kita harus menyedari bahawa kesan kegawatan moral dalam kalangan masyarakat Malaysia dan mencari jalan penyelesaian untuk mencegah krisis sosial bertambah serius.

10

7.0 RUJUKAN ____________(2013). Kemajuan teknologi punca keruntuhan moral. Sinar Online. Diperolehi pada 1 Mac 2018, http://www.sinarharian.com.my/nasional/kemajuan-teknologi-punca-kerunt moral- 1.182477

from

Abdullah Zhidibin Omar, Mahdibin Shuid, Dr. Mazlanbin Aris, Mohd Fu’ad bin Sam dan Dr. Roslina binti Suratnu. (2014). Pengantar Pendidikan Moral. Selangor DarulEhsan: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Ashmore, R.B. (1987). Building a moral system. Indiana University: Prentice-Hall. Brahm, J. (n.d.). The value of human life: intrinsic or instrumental. Diperolehi pada 28 Februari 2018, daripada http://www.grtl.org/docs/intrinsicorinstrumental.pdf Encyclopaedia Britannica. (2013). Emotivism. Diperolehi pada 1 Mrch 2018, daripada https://www.britannica.com/topic/emotivism Kamus Dewan. (1994). Edisi keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Madya Azizi Yahaya. (n.d.). Keluarga dalam pembentukan moral. Diperolehi pada 26 Februari 2108, daripada http://eprints.utm.my/6035/1/aziziyahmoral.pdf Mohd. Rumaizuddin Ghazali (2000). “Pascamodenisme: Kesan Kepada Akidah Umat Islam dalam Risalah. Bil. 3/2000. Muscato, C. (n.d.). What is intuitionism? – Characteristics, strengths & weaknesses. Diperolehi pada 1 March 2018, daripada https://study.com/academy/lesson/what-isintuitionism-characteristics-strengths-weaknesses.html Rolston, H. (1982). Are Values in Nature Subjective or Objective? Environmental Ethics, 4(1982), 125–151. https://doi.org/10.5840/enviroethics19824218 Schilgen, O. (2013). Value – is it relative or absolute. Diperolehi pada 28 Februari 2018, daripada https://www.researchgate.net/post/Value-is_it_relative_or_absolute VK Team. (2017). First Malay Movie to explain governmet initiatives. Diperolehi pada 28 Februari 2018, daripada https://www.mci.gov.sg/pressroom/news-andstories/pressroom/2017/6/first-malay-telemovie-to-explain-government-initiatives Westacott, E. (2017). Intrinsic and instrumental value. Diperolehi pada 28 Februari 2018, daripada https://www.thoughtco.com/intrinsic-and-instrumental-value-2670651

11

Related Documents

4:4
June 2020 76
4-4
December 2019 120
4
December 2019 37
4
November 2019 31
4
November 2019 44
4
November 2019 47

More Documents from ""

4. Pendahuluan.docx
April 2020 19
Inclusive Education.docx
April 2020 12
Tokoh Astronomi.docx
December 2019 30
Satu Malaysia.docx
April 2020 12
Task 4.docx
December 2019 22