Tokoh Astronomi.docx

  • Uploaded by: Law Kai Xin
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tokoh Astronomi.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 978
  • Pages: 4
Galileo Galilei (1564-1642)

Galileo Galilei

Galileo Galilei telah dilahirkan di Pisa, Italy dalam tahun 1564.Beliau telah belajar ilmu perubatan dan menjadi profesor matematik di dua universiti di Padua dan Pisa. Beliau amat meminati bidang matematik .Antara faktor menarik mengenai Galileo ialah beliau terpaksa meninggalkan bangku sekolah kerana masalah kewangan.

Kebanyakan orang mempunyai tanggapan salah mengenai Galileo sebagai pencipta teleskop.Beliau juga bukan orang pertama yang melihat ke arah langit dengan teleksop.Sebenarnya teleskop pertama telah dicipta oleh Hans Lippershey, seorang pembuat kanta mata, dalam tahun 1609 di negara Belanda.Galileo merupakan orang pertama untuk mengkaji langit secara sistematik dan mengaplikasikan pemerhatian beliau kepada masalah teori semasa.

Galileo merupakan penyokong Model Copernicus. Namun demikian beliau tidak membuat pengakuan secara terbuka kerana takut akan dihukum. Akhirnya dengan penemuan yang beliau lakukan dengan teleksop mendorong beliau untuk mempertahankan model heliosentrik secara umum.

Penemuan Galileo dilaporkan dalam sebuah buku kecil bertajuk Sidereus Nuncius.Terdapat tiga penemuan utama.

Pertamanya, bulan adalah tidak sempurna. Bulan mempunyai gunung-ganang dan lembah pada permukaannya. Ini bertentangan dengan Model Ptolemy yang menyatakan bulan adalah sempurna .

Kedua, bima Sakti adalah terdiri daripada ribuan bintang-bintang yang kabur dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Ketiga, terdapat empat Bulan Galilean yang mengelilingi planet Musytari.

Ini

menyokong Model Copernicus dan menentang Model Ptolemy.

Pengkritik Copernicus menyatakan jikalau Bumi bergerak maka Bulan (satelit semulajadi)akan ketinggalan di belakang. Tetapi penemuan Galileo menunjukkan planet Musytari bergerak dan pada masa yangsama mengekalkan empat satelitnya. Penemuan ini membolehkan Galileo mencadangkan Bumi adalah seperti Musytari turut bergerak dan mengekalkan satelitnya(bulan).Model Ptolemy menyatakan Bumi adalah pusat alam semesta. Tetapi Galileo menjelaskan jika bulan-bulan Musytari beredar mengelilingi Musytari maka mungkin ada satu pusat alam semesta yang lain.

Setelah terbitnya Sidereus Nuncius, Galileo membuat dua lagi penemuan . Pertama pemerhatian beliau mengenai bintik/tompok hitam pada matahari . Ini menimbulkan kesangsian tentang pandangan Ptolemy bahawa matahari adalah sempurna . Beliau turut memerhatikan tompok matahari bergerak dan menyimpulkan bahawa matahari adalah sfera dan berputar di atas paksinya .

Kedua, apabila Galileo memerhatikan planet Zuhrah, beliau mendapati Zuhrah mengalami fasa-fasa seperti bulan di Bumi.Hujah menyokong Copernicus. Dalam model Ptolemy, Zuhrah bergerak mengelilingi satu epicycle yang berpusat atas satu garis di antara Bumi dengan matahari . Dalam model itu Zuhrah akan sentiasa kelihatan seperti bulan sabit dari Bumi. Fasa-fasa Zuhrah yang diperhatikan oleh Galileo hanya boleh diterangkan dengan sistem yang berpusatkan matahari.

Al-Farghani

Nama lengkapnya Abu’l-Abbas Ahmad ibn Muhammad ibn Kathir al-Farghani. Ia merupakan salah seorang sarjana Islam dalam bidang astronomi yang amat dikagumi. Beliau adalah merupakan salah seorang ahli astronomi pada masa Khalifah Al-Ma’mun. Dia menulis mengenai astrolabe dan menerangkan mengenai teori matematik di balik penggunaan peralatan astronomi itu. Al-Farghani melakukan

eksperimen untuk menentukan diameter bumi. Ia menjabarkan pula jarak dan diameter planet-planet lainnya. Astronom ini juga memperkenalkan istilah-istilah dari bahasa Arab asli seperti azimuth, zenith, nadir,dansebagainya. Al-Farghani menulis dua karya yang masyhur. Salah satunya adalah Fi al-Harakat al-Samawiya wa Jawami Ilm al-Nujum. Buku tersebut mengupas gerakan celestial dan kajian atas bintang. Naskah asli berbahasa Arab kedua buku itu sampai saat ini masih tersimpan di Paris (Prancis) dan Berlin (Jerman). Pada abad ke-12 M, karya Al-Farghani telah diterjemahkan dengan judul The Elements of Astronomy. Terjemahan ini telah memberi pengaruh besar bagi perkembangan astronomi di Eropa sebelum masa Regiomontanus.

3. Ibnu Yunus (950-1009M) Ibnu Yunus bernama lengkap Abu al-Hasan Ali abi Said Abd al-Rahman ibnu Ahmad ibnu Yunus al-Sadafi al-Misri. adalah astronom agung yang terlahir di negeri piramida, Mesir. Sayangnya, sejarah kehidupan masa kecilnya nyaris tak ditemukan. Para sejarawan terbagi dalam dua pendapat soal tahun kelahiran sang ilmuwan. Sebagian kalangan meyakini Ibnu Yunus lahir pada tahun 950 M dan ada pula yang berpendapat pada 952 M. Ibnu Yunus terlahir di kota Fustat, Mesir. Pada saat masih belia, sang astronom legendaris itu menjadi saksi jatuhnya Mesir ke genggaman Dinasti Fatimiyah. Kekhalifahan yang menganut aliran Syiah itu mendirikan pusat kekuasaannya di Kairo pada 969 M. Karya penting Ibnu Yunus dalam astronomi yang lainnya adalah Kitab ghayat al-intifa. Kitab itu berisi tabel bola astronomi yang digunakan untuk mengatur waktu di Kairo, Mesir hingga abad ke-19 M. Sebagai astronom terpandang, Ibnu Yunus melakukan penelitian dan observasi astronomi secara hati-hati dan teliti. Tak hairan, jika berbagai penemuannya terkait astronomi selalu akurat dan tepat. Ibnu Yunus juga diyakini para sejarawan sebagai orang pertama yang menggunakan bandul untuk mengukur waktu pada abad ke-10 M. Ia menggunakan bandul untuk memastikan akurasi dan ketepatan waktu. Dengan begitu, Ibnu Yunus merupakan penemu pertama bandul waktu, bukan Edward Bernard dari Inggris, seperti yang diklaim masyarakat Barat. Tak cuma itu, Ibnu Yunus juga telah mampu menjelaskan 40 planet pada abad ke-10 M. Selain itu, ia juga telah menyaksikan 30 gerhana bulan. Ia mampu menjelaskan konjungsi planet secara akurat yang terjadi pada abad itu. “Konjungsi Venus dan Merkurius pada Gemini. Waktu itu kira-kira delapan ekuinoksial jam setelah pertengahan hari, di hari Ahad. Merkurius berada di utara Venus dan garis lintang mereka berbeda tiga derajat,” tutur Ibnu Yunus.

Buah pemikiran Ibnu Yunus mampu mempengaruhi ilmuwan Barat. ”Pada abad ke-19 M, Simon Newcomb menggunakan teori yang ditemukan Ibnu Yunus untuk menentukan percepatan bulan,” papar John J O’Connor, dan Edmund F Robertson, dalam karyanya Abul-Hasan Ali ibnu Abd al-Rahman ibnu Yunus”. Ibnu Yunus juga telah membuat rumus waktu. Ia menggunakan nilai kemiringan sudut rotasi bumi terhadap bidang ekliptika sebesar 23,5 derajat. Tabel tersebut cukup akurat, walaupun terdapat beberapa error untuk altitude yang besar. Ibnu Yunus juga menyusun tabel yang disebut Kitab as-Samt berupa azimuth matahari sebagai fungsi altitude dan longitude matahari untuk kota Kairo. Selain itu, disusun pula tabel a(h) saat equinox untuk h = 1, 2, …, 60 derajat. Sebagai bentuk pengakuan dunia astronomi terhadap kiprahnya, namanya diabadikan pada sebuah kawah di permukaan bulan. Salah satu kawah di permukaan bulan ada yang dinamakan Ibn Yunus. Ia menghabiskan masa hidupnya selama 30 tahun dari 977-1003 M untuk memperhatikan benda-benda di angkasa. Dengan menggunakan astrolabe yang besar, hingga berdiameter 1,4 meter, Ibnu Yunus telah membuat lebih dari 10 ribu catatan mengenai kedudukan matahari sepanjang tahun.

Related Documents

Tokoh-tokoh Dalam Gem
November 2019 64
Tokoh
May 2020 40
Tokoh
October 2019 51
Kenali Tokoh-tokoh Hadith
November 2019 49

More Documents from "siti nurdiyana"

4. Pendahuluan.docx
April 2020 19
Inclusive Education.docx
April 2020 12
Tokoh Astronomi.docx
December 2019 30
Satu Malaysia.docx
April 2020 12
Task 4.docx
December 2019 22