Satu Malaysia

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Satu Malaysia as PDF for free.

More details

  • Words: 1,890
  • Pages: 7
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS TAWAU

BAHASA MELAYU KOMUNIKASI

KPLI (SR) –SAINS

Satu Malaysia: ”Keutuhan Bangsa Penggerak Negara Jaya”

Disediakan oleh: AWG. ZAUHARY BIN AG. OMAR

Pensyarah: EN. ABDULLAH MUSA

1

Yang dihormati Encik Abdullah Musa, pensyarah kursus Bahasa Melayu Komunikasi, tuan-tuan dan puan-puan sekalian; Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan. Pada pagi yang berbahagia ini, saya ingin membawa pihak tuan-tuan dan puan-puan sekalian untuk merenungi satu tajuk iaitu “Keutuhan Bangsa Penggerak Negara Bangsa’. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Setelah mengecapi 52 tahun kemerdekaan daripada penjajah, bumi Malaysia yang terdiri daripada rakyat yang pelbagai kaum, agama, budaya, adat resam dan fahaman politik memerlukan satu misi bagi memajukan negara secara bersama. Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Mohd Najib, ingin mewujudkan satu bangsa Malaysia yang berfikiran terbuka serta ingin memajukan negara secara bersama pada masa hadapan. Hasrat ini telah disuarakan oleh beliau melalui pembentukan konsep Satu Malaysia pada awal tahun 2009. Konsep Satu Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri adalah langkah yang amat bertepatan dengan suasana dan citarasa rakyat. Kini ungkapan Satu Malaysia sudah begitu biasa didengar kerana amat kerap diperkatakan. Sesungguhnya, konsep mantik dan bercirikan nasionalisme ini kian diberikan perhatian oleh setiap lapisan masyarakat Malaysia yang begitu cinta akan Malaysia. Konsep ini tidaklah begitu sukar untuk diinterpretasikan oleh rakyat Malaysia lantaran konotasinya jelas merujuk kepada permuafakatan dan persefahaman secara kolektif demi mengekalkan keharmonian rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Hadirin dan hadirat sekalian, ERTI kemerdekaan bagi sesebuah negara sebenarnya dapat dilihat dari pelbagai perspektif. Namun, perkara paling fundamental dalam memperkatakan erti kemerdekaan ialah sejauh mana negara yang dikatakan merdeka itu benar-benar memiliki bentuk dan jiwa negara bangsa yang kukuh perlu diberi penekanan. Jika etnik minoriti seperti Tionghua dan Melayu di Indonesia dan Thailand telah berjaya di'Indonesiakan' atau di'Thailandkan', bagaimana pula

2

dengan kaum Cina dan India di negara kita yang keturunan nenek moyang mereka sudah menjejak kaki ke sini sejak berabad lamanya? Ini kerana perkembangan pendidikan dan penyiaran sahaja misalnya menunjukkan mereka seperti dibiarkan hanyut dalam kepompong kaum berkiblatkan China dan India bukannya di'Malaysiakan' mengikut lunas-lunas bahasa, pendidikan dan kebudayaan kebangsaan. Walaupun ramai tahu perpaduan bermula daripada pendidikan tetapi atas desakan politik, sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil tetap bercambah malah sebahagiannya diiktiraf mendapat bantuan penuh kerajaan. Ketika ada pihak yang melabel Universiti Teknologi Mara (UiTM) tidak berwajah Malaysia, tidak pula pihak yang sama nampak Universiti Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST), Kedah seperti puluhan institusi pengajian tinggiswasta (IPTS) lain tidak menggambarkan keadaan langit yang dijunjung dan bumi yang kita pijak di tanah air ini. Begitu juga dengan puluhan stesen televisyen dan saluran radio yang begitu banyak tidak mendorong kepada perpaduan bangsa Malaysia lantaran bernuansakan bahasa dan budaya asing. Akibat sikap dan tindakan yang terlalu menjaga hati orang lain atau atas atas nama perpaduan maka desakan demi desakan yang berbau anti kebangsaan seperti Malaysian Malaysia kian kuat kedengaran. Walhal, dalam konteks Malaysia, setiap daripada kita dari peringkat pemimpin tanpa mengira orientasi parti politik sehingga rakyat berbilang ras perlu menilai erti sebenar kemerdekaan. Pengisian makna kemerdekaan perlu konsisten dijana dengan perjuangan untuk meninggikan bahasa, sastera dan kebudayaan Melayu adalah satu perjuangan bersama seluruh rakyat Malaysia seperti yang ditegaskan oleh intelektual Kassim Ahmad dalam bukunya Mencari Jalan Pulang: Daripada Sosialisme kepada Islam (2008:85-86). Apatah lagi menurut Kassim, negara ini merupakan rantau Melayu jika ditinjau dari segi sejarah dan budaya negara kita. Itulah sebabnya semua lapisan rakyat Malaysia perlu menghayati sejarah asal-usul Malaysia yang dulunya dikenal sebagai Tanah Melayu. Malah dalam kerangka antropologi, kedudukan tanah air ini diiktiraf terletak dalam kawasan Gugusan Kepulauan Melayu (Malay Archipelago). Apakah ertinya 51 tahun merdeka jika pada hari ini aspek perpaduan rakyat Malaysia masih goyah lantaran lunturnya kita berpegang pada asas pembinaan negara bangsa yang disediakan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak merangkumi soal bahasa, pendidikan dan kebudayaan kebangsaan? Umum sedia maklum dengan landasan pembinaan negara bangsa Malaysia yang diasaskan oleh kepimpinan Tun Abdul Razak bermula 1970-an lalu itulah kita telah mengecapi kestabilan sosial dan kemakmuran ekonomi. Sepatutnya, dasar-dasar pembentukan bangsa yang direntasi oleh negarawan terdahulu ditambah

3

baik dan dipergiat secara konsisten bukannya diabaikan dengan terlalu banyak bertoleransi sehingga mengkhianati asas-asas pembinaan Negara bangsa ini. Tampaknya, Perdana Menteri yang amat kita kagumi ini sudah sekian lama meneropong kisah suka duka rakyat Malaysia yang bebas hidup di buana Malaysia sejak negara memperoleh kemerdekaan 52 tahun nan lalu. Beliau, ternyata merupakan pemimpin yang prihatin tentang keinginan rakyat yang mahukan beliau membuat anjakan paradigma seawal pengambilalihan tampuk kepemimpinan negara daripada mantan Perdana Menteri ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Buktinya, dengan penggunaan motto “rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan” yang mana memberi makna yang amat besar kepada seluruh rakyat jelata umumnya. Memperkatakan tentang kesejahteraan rakyat, YAB Dato’ Seri Mohd Najib mengajak rakyat berkerja secara bersama untuk membina, memaju serta memantapkan negara tanpa mengira kaum. Negara perlu diutamakan mengatasi segala kepentingan peribadi dan kumpulan masing-masing. Kerajaan akan bersikap adil dan saksama kepada rakyat di negara ini tanpa memingirkan mana-mana kaum berdasarkan kepentingan dan mereka yang layak akan diberi bantuan. Kepentingan bumiputera juga akan dijaga sebagaimana yang terjamin dalam perlembagaan berasaskan kepentingan dan kelayakan. Para hadirin sekalian, KADANG kala ditanya ialah betapa Malaysia diukur kemajuannya dalam pelbagai bidang setelah sekian lama merdeka. Antara jawapan masa kini ialah laporan lengkap berjudul From Kampung to. Twin Towers, karya Dr. Richard Leete, seorang pegawai expatriate yang pernah berkhidmat di Malaysia dan kemudian menjadi pegawai kordinasi di Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu. Pada permulaannya beliau mencatat betapa Malaysia telah berubah sama sekali darisebuah negara miskin dan pertanian menjadi negara moden dan penuh bangga kerana kemajuan pesat yang dicapai.Bilangan penduduk, umpamanya telah meningkat lebih daripada dua pertiga dari 7.4 juta pada tahun 1957 hingga 13.7 juta pada tahun 1980 dan 26.1 juta pada tahun 2005. Bilangan mereka lebih ramai dari penduduk Australia dan New Zealand. Bilangan warga bumiputera meningkat daripada kira-kira setengah pada tahun 1957 hingga dua pertiga menjelang peralihan abad. Pada masa yang sama bilangan warga Cina menurun daripada 37 peratus kepada 26 peratus dan bilangan warga India daripada 11 peratus kepada 8 peratus. Lantas

4

disebut betapa kian meluasnya rasa identiti nasional dari masa lampau kerana sebilangan besar bukan Melayu lahir dan membesar di Malaysia dan kebanyakan para pekerja asing memilih untuk bermastautin sebagai bumiputera. Juga disebut betapa Malaysia dapat mengatasi beberapa krisis besar sama ada dari luar atau dalam negeri. Ketika mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Negara menghadapi darurat (1948-60), iaitu pemberontakan Parti Komunis Malaya. Seperti diakui penyokong-penyokongnya mahu mendirikan sesuatu republik komunis. Lain-lain cabaran berlaku selanjutnya, termasuk konfrontasi Indonesia pada tahun 1962-1966, pemisahan Singapura dari Malaysia, pada tahun 1965, rusuhan perkauman 1969, kepincangan ekonomi pada awal 1970-an dan pertengahan 1980-an. Demikian antara pelbagai cabaran yang dihadapi. Kemiskinan Dalam pada itu ialah kejayaan Dasar Ekonomi Baru anjuran Tun Abdul Razak untuk mengatasi masalah kemiskinan rakyat dan keadaan tidak seimbang antara kaum. Di samping itu ialah pelancaran kereta Proton yang mulanya tidak dipersetujui oleh pelbagai pihak, termasuk daripada golongan akademik. Namun usaha tersebut terus berjaya. Selanjutnya dicatat ialah penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (1970), yang pertama menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama. Dan Universiti Putra Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Tekonologi Malaysia, Universiti Teknologi MARA, Universiti Teknologi Petronas, Universiti Tenaga Nasional. Universiti Tun Abdul Razak, Universiti Tunku Abdul Rahman. Antara lain-lain hal yang disebut: l Bilangan universiti-universiti swasta meningkat sejak pertengahan 1990-an. Bahasa Inggeris menjadi bahasa pengantar utama. Ini akan memberi kelebihan kepada mereka dari universitiuniversiti yang bahasa pengantarnya bahasa Melayu, terutama bila bersaing untuk mendapatkan para pelajar antarabangsa. Bilangan para pelajar bukan - bumiputera akan mengatasi yang lain di peringkat institusi swasta. Pertanyaan: Betapa nanti bila bersaing mencari kerja? 2. Parlimen dipulihkan pada bulan Februari 1971, kira-kira 21 bulan setelah ditangguh sidangnya, Perlembagaan Malaysia dipinda untuk menghindarkan perbincangan terbuka berupa hasutan mengenai bahasa, kerakyatan, kedudukan orang Melayu dan status sultan. l Dalam masa pemerintahan penjajah sebahagian besar kawasan-kawasan luar Bandar btidak mendapat perhatian dalam rancangan pembangunan dan penduduknya, sebahagian besar Melayu, tidak mendapat kemudahan-kemudahan asas seperti di bandar, termasuk kemudahan ke sekolahsekolah, bekalan elektrik dan air, kemudahan telekomunikasi dan kemudahan bagi yang sakit. 5

3. Ketika kemerdekaan, kepentingan-kepentingan asing dan Cina hampir menguasai kekayaan korporat. Pada tahun 1970 kepentingan asing menguasai kekayaan korporatsejumlah 63 peratus, 27 peratus lagi oleh Cina dan hanya 2 peratus oleh bumiputera. 4. Menjelang tahun 2007 hampir hapus kemiskinan orang Melayu. Rancangan-rancangan pembangunan luar bandar dan pertanian meningkat pendapatan para petani. Pelbagai struktur pelajaran, kesihatan dan kemudahan sosial meningkatkan cara hidup rakyat umumnya. l Jumlah penduduk Malaysia dijangka meningkat hingga 28.4 juta pada tahun 2010 dan 33.1 juta pada tahun 2020. Menjelang tahun 2020, lebih daripada seorang dari tiap lima warga Malaysia akan tinggal di Sabah dan Sarawak. Buku From kampung to Twin Towers (Oxford Fajar) memuatkan kata-kata pengantar Raja Nazrin Shah mengingatkan tentang perubahan-perubahan yang perlu dilakukan jika negara mahu terus makmur selama 50 tahun akan datang. Lain-lain cabaran dan masalah telah pun muncul dewasa ini, termasuk pada peringkat negeri. Jika sudah maju dari kampung ke Twin Towers, betapa pula kemudian nanti? Baru-baru ini, YAB Dato’ Seri Mohd Najib telah mengumumkan berberapa perkara yang berhubung rapat ke arah kesejahteraan rakyat Malaysia. Antaranya termasuklah peruntukan RM150 juta kepada para peniaga dan penjaja kecil-kecilan serta RM15 juta lagi untuk kegunaan masyarakat India melalui program pembangunan usahawan muda. Ini sekaligus menjawab soalan mengenai keadaan masyarakat India yang dikatakan agak terpinggir di negara ini. Nilai-nilai murni seperti hormat menghormati dan saling mempercayai perlu wujud di kalangan rakyat Malaysia. Setiap kaum perlu menghindari perasan curiga dan syak wasangka kerana setiap kaum akan mendapat hak dan peluang yang sama. Setiap kaum bebas mengamal dan menganuti agama, budaya dan adat resam masing-masing di samping kaum yang lain perlu menghormati. Fikiran dan tindakan perlu mengatakan bahawa kita adalah rakyat Malaysia, bangsa Malaysia dan bertekad untuk bersama membangun dan memajukan negara di samping sedia mempertahankan negara daripada sebarang ancaman. Tuan-tuan dan puan-puan, Satu Malaysia juga menggariskan empat perkara; integriti, kebolehan, kesetiaan dan kesungguhan. Kabinet perlu berteraskan kepada kerajaan yang dekat di hati rakyat, mesra rakyat, 6

sanggup turun padang menyingsing lengan dan melakukan perkara yang boleh mengukuhkan lagi kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan kerajaan. Ia juga menyebut tentang pencapaian yang diharapkan oleh rakyat bahawasanya rakyat tidak mahu mendengar sesuatu yang dijanjikan atau sesuatu diumumkan. Rakyat mengharapkan pelaksanaan secepat mungkin. Maka dengan itu, indeks petunjuk prestasi bagi rakyat mengukur pencapaian anggota pentadbiran kerajaan atau KPI diperkenalkan. Ianya bertujuan untuk memastikan ada garis panduan jelas kepada kedua-dua penggubal dan pelaksana dasar-dasar dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka. Untuk menguji tahap pencapaian tersebut, semua menteri akan dinilai prestasi masing-masing dalam tempoh enam bulan. Telah tetapkan pada bulan November nanti akan lakukan proses penilaian atas prestasi dan pencapaian setiap menteri dan kementerian. Hadirin sekalian, Demikianlah antara usaha-usaha yang perlu diambil untuk merealisasikan konsep satu Malaysia ini. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu faham dan menghayati konsep perpaduan dalam kepelbagaian kaum di negara kita. Oleh hal yang demikian, kita tidak perlu menolak sesuatu sistem yang telah sekian lama memberikan kita faedah secara keseluruhannya. Jika ia mempunyai kelemahan, kita berusaha bersama memperbaikinya. Kita bersama memenuhi tuntutan hidup bersama sebagai sebuah masyarakat yang bersatu padu dan mengamalkan toleransi. Kita tinggalkan perbezaan yang boleh meruntuhkan sistem perpaduan kita, tetapi lihatlah kembali kepada kesamaan yang dikongsi bersama dalam nilai hidup dan budaya masyarakat kita. Tuan-tuan dan puan-puan, Setakat ini sahaja pidato saya pada pagi ini. Semoga apa yang saya sampaikan tadi mendatangkan manfaat kepada kita semua. Sebelum saya mengundur diri, izinkan saya memohon ampun dan maaf andai terdapat kesilapan dan keterlanjuran budi bicara. Sekian, terima kasih.

7

Related Documents