4.0 Kemahiran Belajar 4.1 Pendahuluan Kemahiran belajar merupakan kemahiran yang amat penting dalam kehidupan seseorang kerana seseorang itu tidak akan berhenti belajar sehingga ke akhir hayat kehidupan. Setiap makhluk manusia belajar sesuatu pada bila-bila masa. Oleh hal demikian, kita perlu menguasai kemahiran belajar yang bersesuaian supaya memastikan proses pembelajaran yang berkesan. Menurut Mohd Yunus (1990), kemahiran belajar didefinisikan sebagai keupayaan melaksanakan kegiatan pembelajaran dengan berkesan. Beliau telah membahagikan kemahiran belajar kepada beberapa elemen iaitu keupayaan mendisiplinkan diri, keupayaan membaca, keupayaan mendengar, keupayaan mencatat nota dan keupayaan mengingati. Dengan menguasai kemahiran-kemahiran belajar, kita dapat sentiasa mengenal pasti kelemahan dan kekuatan diri kita dan berusaha untuk mencari jalan penyelesainya agar dapat belajar secara efektif dan tanpa membuang masa. Kajian Hewitt (1973) menunjukan bahawa faktor-faktor yang menjadi punca kegagalan pelajar dan ketidakupayaan untuk mencapai skor yang baik adalah kerana mereka mempunyai masalah dalam kaedah pembelajaran mereka. Dunn dan Dunn (1992) menyatakan pelajar-pelajar yang mempunyai pencapaian akademik yang lebih cemerlang, lebih berdisiplin dan mempunyai sikap yang positif apabila mereka mempunyai teknik belajar yang berkesan. Jelaslah di sini bahawa kemahiran belajar seseorang individu mempunyai impak besar dalam pencapaian akademik mereka.
(180 patah perkataan)
1
4.2 Kemahiran Interpersonal 4.2.1 Pengenalan Kemahiran interpersonal merupakan salah satu kemahiran belajar yang amat penting untuk menjamin proses pembelajaran yang berkesan. Hal ini demikian kerana proses komunikasi berlaku dalam segala jenis pembelajaran dan merupakan kemahiran generik untuk mencapai kecemerlangan. Bukan sahaja guru pelatih yang menjalani praktikum di sekolah, malah graduan yang mencari pekerjaan dan pelajar-pelajar di sekolah akan dinilai dari segi hubungan interpersonal dan intrapersonal seperti elemen hubungan dengan murid, kakitangan sekolah, ibu bapa dan masyarakat setempat. Hal ini jelas membuktikan bahawa aspek komunikasi amat diberi penekanan pada era langit terbuka ini. Howard Gardner (1983) memberikan definisi kemahiran interpersonal di dalam bukunya Frames of Mind sebagai kebolehan memahami orang lain dan menggunakan kebolehan ini dalam berinteraksi, bekerjasama, membimbing dan menguruskan komunikasi. Komunikasi interpersonal adalah bidang kajian mengenai bagaimana individu manusia berinteraksi antara satu sama lain secara lisan atau bukan lisan bagi mencipta maksud dan membina hubungan (DeVito, 2002). Menurut Teori Kecerdasan Pelbagai (dalam Abdullah & Ainon, 2005), kemahiran interpersonal didefinisikan sebagai keupayaan untuk berinteraksi dengan orang lain dan memahami mereka. Terdapat enam kategori kemahiran interpersonal iaitu keupayaan untuk menerima perasaan dan idea, bertanya soalan, menyampaikan maklumat dan petunjuk dan yang paling tinggi ialah kemahiran berkomunikasi. Secara keseluruhannya, kemahiran interpersonal merupakan kemahiran seseorang untuk bersosial, bergaul atau berhubung dengan individu lain dalam sesebuah komuniti. Proses ini bersifat terus iaitu bersemuka tanpa menggunakan sebarang perantaraan atau saluran supaya dapat memahami perasaan, tabiat serta hasrat orang lain.
(229 patah perkataan)
2
4.2.2 Ciri-ciri Komunikasi Interpersonal Komunikasi interpersonal melibatkan perbualan secara satu individu dengan individu lain atau interaksi individu dengan sekumpulan individu dalam sesebuah komuniti. Interpersonal melibatkan penyampaian dan penerimaan mesej antara dua atau lebih individu. Penyampai merupakan punca sesuatu maklumat, emosi, idea dan pendapat manakala penerima merupakan individu yang menerima mesej dan memberi maklum balas untuk mencapai persefahaman. Maklumat atau mesej yang disampaikan boleh dalam bentuk katakata, tulisan, gambar, lagu dan sebagainya secara bersemuka atau melalui saluran tertentu seperti telefon, televisyen dan komputer. Komunikasi interpersonal merangkumi beberapa aspek penting termasuk kemahiran mendengar, kemahiran bertanya, kemahiran bertutur, kemahiran memberi maklum balas, unsur bahasa, mengubah sikap dan tingkah laku, penampilan dan komunikasi bukan lisan (Abdullah dan Ainon, 2002). Dari aspek kemahiran bertutur, seseorang perlu mementingkan penggunaan variasi nada, suara, tatabahasa, perkataan yang tepat dan mudah serta perhentian sejenak yang berpatutan supaya mesej yang disampai jelas. (Salleh & Noah, 2000) Kemahiran mendengar merupakan elemen yang mustahak dalam komunikasi interpersonal. Penerima dapat mendengar dengan jelas arahan atau mesej yang disampaikan dan memahami konteks atau mesej dengan baik. Dengan ini, pihak penerima dapat memberi maklum balas yang sesuai dengan segera. Kemahiran
interpersonal
juga
meliputi
kemahiran
menulis
dan
membaca
terutamanya komunikasi bukan lisan. Seorang penyampai boleh menulis dengan baik tanpa kesilapan tatabahasa dan ejaan. Pembaca pula perlu mempunyai kebolehan mengenal huruf dan suku kata dengan baik dan membaca teks dengan lancar untuk memahami konteksnya. Selain itu, dalam komunikasi interpersonal, setiap pihak perlu memaparkan sikap bersopan santun dan toleransi supaya interaksi berjalan lancar tanpa pertelingkahan dan perselisihan faham. Kita perlu menghormati orang lain terlebih dahulu sebelum kita menuntut perakuan dan penghormatan orang lain. Dengan ini, kemahiran interpersonal membolehkan seseorang memahami perasaan, tabiat serta hasrat orang lain. Individu ini dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh bekerjasama dengan orang lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah dan dapat memberi motivasi kepada orang lain. (Yahya & Muhamad, 2010)
3
4.2.3 Kelebihan menguasai Kemahiran interpersonal Menurut Zaharah Hassan ( 1997 ), kemahiran interpersonal ialah kemahiran menangani manusia. Kemahiran ini merujuk kepada kebolehan untuk bekerja bersama, memahami dan memotivasi orang lain baik dalam kumpulan atau perseorangan. Seseorang yang menguasai kemahiran interpersonal dapat menjalinkan hubungan sesama manusia dengan mudah, memupuk sifat kepimpinan dalan diri, membina keyakinan diri dalam interaksi harian serta memastikan keharmonian sejagat. Kemahiran interpersonal merupakan salah satu saluran untuk membina dan mengekalkan hubungan sesama manusia dalam sebuah masyarakat. Tamsilnya, tabiat memberi dan menerima serta prihatin terhadap orang lain adalah satu aspek yang penting dalam menjayakan hubungan sosial yang sihat. Menurut Jaafar Muhamad ( 2003: 167-169 ), beliau berpendapatbahawa dalam interaksi sesama manusia, terdapat berbagai-bagai jenis penglibatan manusia. Dengan memahami kemahiran interpersonal, kita dapat menggunakan cara terbaik dalam menguruskan interaksi seharian kita dengan orang lain. Kita mudah berkawan dengan orang lain dan mampu menyelesaikan konflik-konflik komunikasi secara bijak. Di samping itu, kemahiran interpersonal dapat melatih sifat kepimpinan dalam diri seseorang. Sulaiman Md. Yassin et al.( 2002: 109 ), mendefinisi kemahiran interpersonal dari sudut komunikasi dalam organisasi iaitu satu alat bagi seorang pemimpin dalam menentukan pembangunan dalam sesebuah organisasi. . Kemahiran interpersonal adalah kemahiran menangani manusia untuk bekerja secara berkesan.dan menggerakkan serta memotivasi anggota organisasi untuk mencapai matlamat. Seseorang yang berkemahiran interpersonal sangat sensitif kepada persekitaran sosial, menunjukkan kepintaran emosi, mengurus konflik interpersonal dengan rasional Sememangnya, pemimpin yang berjaya adalah pemimpin yang boleh mempengaruhi ahli-ahli di dalam kumpulannya dan dapat menjayakan aktiviti tertentu untuk mencapai matlamat kumpulan seperti yang telah ditetapkan. Untuk mempengaruhi orang lain, seseorang amat memerlukan kemahiran interpersonal yang tinggi seperti mempunyai karisma, kepakaran, kebolehan memberi arahan dan mewujudkan suasana hormat-menghormati antara ahli kumpulan Selain itu, kemahiran interpersonal dapat membantu dalam usaha memupuk perpaduan antara kaum. Negara Malaysia merupakan negara majmuk yang terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa, budaya dan agama. Oleh hal demikian, seseorang perlu melengkapkan diri dengan kemahiran interpersonal untuk mewujudkan keadaan harmoni. Kita perlu sentiasa bertoleransi dengan menghormati atau menerima pendapat dan
4
pendirian orang lain. Kita dapat mengelakkan daripada pertelingkahan dan perselisihan faham yang akan mengancam kesejahteraan negara. Kemahiran
interpersonal
membantu
seseorang
membina
keyakinan
dalam
komunikasi seharian. Tengku Mahaleel (2002) menyatakan antara penyebab graduan gagal dalam sesi temu duga adalah kerana mereka gagal meyakinkan majikan dengan kelebihan diri masing–masing. Mereka juga gagal untuk memberi pendapat yang bernas bagi sesuatu isu walaupun antara mereka mempunyai kelulusan akademik yang cemerlang.Oleh hal demikian, jelaslah kemahiran interpersonal memainkan peranan yang besar dalam menentukan kelulusan akademik seseorang. Menurut Abdullah dan Ainon (2000), komunikasi berkesan mempunyai lima ciri iaitu kefahaman, keseronokan, pengaruh ke atas sikap, perhubungan yang bertambah baik, dan adanya tindakan yang menyusuli. Kemahiran interpersonal yang baik sememangnya dapat dibentuk dalam diri kita melalui kegiatan yang disertai. Kita akan mendapat pengajaran daripada pengalaman kita supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama. Kemahiran ini juga dapat dikuasai melalui komunikasi antara rakan dan secara tidak langsung kita dapat berani untuk mengeluarkan pendapat dan bertanya serta mengambil insiatif untuk menyelesaikan sesuatu masalah. (481 patah perkataan)
5
4.2.4 Kemahiran interpersonal dalam meningkatkan kualiti pembelajaran di IPG Kemahiran interpersonal amat penting dalam profesion keguruan. Bakal-bakal guru amat memerlukan pengetahuan dan kemahiran menggunakan teknik-teknik berkomunikasi yang penting bagi membantu mereka menjadi guru yang lebih profesional dan berkesan dalam profesion perguruan. Komunikasi yang berkesan dalam pengajaran akan membantu pembelajaran dan kefahaman murid serta pengekalan pengalaman pembelajaran. (Abdullah & Ainon, 2002) Semasa pembelajaran di institusi pendidikan guru, saya telah belajar pelbagai teknik dan kemahiran interpersonal. Hal ini demikian saya akan berhadapan dengan banyak pihak dan kemahiran ini telah banyak membantu saya dalam meningkatkan kualiti pembelajaran di IPG. Individu-individu yang akan saya berinteraksi dalam kehidupan seharian termasuk pensyarah, rakan sekelas dan rakan daripada unit lain, senior-senior serta komuniti yang lain. Semasa belajar di sekolah menengah, saya amat lemah dalam menguasai kemahiran interpersonal. Saya sentiasa berasa takut dan tidak berani untuk bertanya khabar dengan orang sekeliling saya. Saya juga kedekut untuk memaparkan senyuman kepada orang lain. Hal ini turut menjejaskan hubungan saya dengan rakan sekelas saya. Apabila belajar di IPG, saya mendapati kemahiran ini sangat penting dalam menjalinkan hubungan erat dengan orang sekeliling saya. Komunikasi tidak dapat dielakkan. Kita berkomunikasi bukan sahaja menggunakan suara tetapi juga dengan isyarat badan, ekspresi muka dan sebagainya. Senyuman, anggukan, jelingan, lambaian dan sebagainya juga adalah antara cara kita berkomunikasi. Saya sentiasa bersikap positif dan bercakap tentang perkara yang baik dan benar, menggunakan perkataan yang tepat dan ringkas serta tekanan suara yang lembut tetapi jelas ketika berkomunikasi, elakkan daripada bersikap suka mengkritik, menggunakan bahasa badan dan gerak-geri yang sesuai, air muka, dan pertuturan agar memaparkan imej baik diri.Dengan sentiasa mengaplikasikan kemahiran ini, saya telah dapat menjalinkan hubungan erat dengan rakan-rakan sekeliling saya. Saya mampu membina keyakinan dalam diri saya untuk bergaul dan bersosial dengan orang lain. Selain itu, saya juga dapat bertanya khabar dengan pensyarah-pensyarah di IPG. Sememangnya, dalam pembelajaran di IPG, saya sentiasa perlu mendapat tunjuk ajar daripada pensyarah-pensyarah. Pada mulanya, saya amat takut untuk mendapat bimbingan daripada para pensyarah kerana kurang keyakinan pada diri sendiri. Namun demikian, saya amat bersyukur kerana para pensyarah amat mesra dan sedia untuk memberi dorongan dan bantuan apabila saya memerlukannya. Dalam hubungan interpersonal dengan para pensyarah, saya berasa sikap menghormati merupakan nilai yang penting dalam menjana 6
hubungan ini. Hubungan yang baik antara guru dan pelajar akan menimbulkan rasa hormat, selesa dan seterusnya mewujudkan rasa minat terhadap subjek yang membawa kepada peningkatan motivasi dan komitmen yang lebih baik terhadap pengajaran seseorang guru. Hubungan yang positif ini seterusnya akan merangsang dan mendorong pelajar untuk meningkatkan pencapaian akademik mereka terhadap subjek tersebut (Den Brok et al. 2005). Saya berani bertanya soalan sekiranya saya menghadapi masalah dalam pelajaran atau kerja kursus saya. Suasana pembelajaran menjadi lebih menarik dan kurang tekanan dengan adanya hubungan interpersonal dengan para pensyarah. Di samping itu, IPG merupakan sebuah komuniti yang besar dan terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa. Saya juga dapat menjalinkan hubungan dengan siswa pendidik di IPG termasuk senior-senior saya dan rakan dari unit-unit lain. Saya dapat mengenali mereka melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam institusi dan berpeluang keemasan untuk berkawan dengan mereka. Mereka akan memberi nasihat dan memberi bantuan sekiranya saya menghadapi masalah kerana kali ini kali pertama saya melanjutkan pelajaran tanpa teman ibu bapa. Mereka sentiasa sudi berkongsi pengalaman supaya saya tidak mengulangi kesalahan yang sama dan memberi tips-tips yang banyak membantu dalam pelajaran saya. Saya sentiasa merujuk kepada mereka agar dapat membuat keputusan dengan bijak. Kemahiran interpersonal memainkan peranan yang sangat penting untuk memupuk komuniti penyayang kerana komunikasi yang berkesan akan menghasilkan motivasi yang berkesan. Kecekapan hubungan interpersonal dapat mempengaruhi saya supaya bermotivasi dalam pelajaran harian dan meningkatkan kualiti pembelajaran saya secara tidak langsung. Saya juga berpeluang mengetahui cara berinteraksi dengan kaum lain terutamanya kaum India. Hal ini demikian saya tidak pernah mempunyai kawam berbangsa India di bandar saya. Saya dapat mengenali budaya mereka yang unik dan menyambut hari perayaan bersama-sama. Lebih-lebih lagi, hubungan interpersonal dengan rakan pelbagai bangsa dapat mewujudkan kerjasama bagi mencapai kehendak tugas. Pelbagai bangsa bersama-sama membina kehidupan dan bersatu dalam kelompok masyarakat yang sama amat menyentuh hati saya. Pembelajaran saya di IPG tidak bosan kerana saya berasa ilmu pengetahuan saya bertambah luas dan pengalaman-pengalaman ini telah membuka mata saya. Penampilan merupakan salah satu elemen yang penting dalam membina hubungan interpersonal yang baik antara satu sama lain. Penampilan diri yang baik dapat memberi rangsangan yang baik terhadap proses pengajaran dan pembelajaran kerana dapat memaparkan seseorang yang berkeyakinan diri. Saya sentiasa memastikan kekemasan dan 7
kebersihan diri serta kerapian rambut supaya tidak meninggalkan imej yang buruk. Saya mendapati elemen ini dapat membantu pembinaan hubungan yang mesra dan orang lain mudah menyenangi diri apabila bersama dengan saya. Hal ini telah meningkatkan kualiti pembelajaran saya di institusi kerana orang mudah berkawan dengan saya dan sedia membantu saya. Sebagai kesimpulan, dalam menguasai kemahiran interpersonal, saya berasa yang amat penting ialah kita perlu mempunyai sikap hormat dan telus terhadap orang lain. Dengan ini, orang lain akan menimbulkan kepercayaan terhadap kita dan sentiasa sudi membantu
serta
berkawan
dengan
kita.
Kemahiran
interpersonal
telah
banyak
meningkatkan kualiti pembelajaran saya di institusi pendidikan guru. (821 patah perkataan)
8
4.3 Rumusan Sebagai bakal pendidik, kita wajar menguasai kemahiran interpersonal untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Tahap kemahiran interpersonal dalam kalangan guru masih mempunyai ruang untuk dipertingkatkan. Kemahiran interpersonal amat penting dan dapat membantu dalam berinteraksi dengan orang ramai dan membina hubungan baik dengan masyarakat setempat. Geedele dan Tootelian (1989) turut menyokong kepentingan menguasai kemahiran interpersonal dan berkomunikasi dengan baik seperti yang terkandung dalam National Association of Colleges and Employers (1997). Kemahiran komunikasi interpersonal bukanlah suatu kemahiran yang boleh wujud tanpa sebarang kefahaman, latihan dan pengalaman kerana komunikasi interpersonal melibatkan dua orang manusia yang mempunyai berbagai-bagai perlakuan yang dipengaruhi oleh faktor psikologi, sosiologi dan juga budaya. (DeVito, 2002) Sebagai seorang bakal guru, kita perlu bijak dan dapat menyesuaikan diri dengan orang-orang di sekelilingnya. Pergaulan tersebut merangkumi perhubungan dalam kalangan warga institut, rakan-rakan, pensyarah dan masyarakat sekeliling dan dapat banyak meningkatkan kualiti pembelajaran di institusi pendidikan guru.
9
5.0 Rujukan Abd. Rahim Abd. Rashid & Yap Kim Fat. (1995). Bahasa Melayu: Komunikasi Berkesandan Pengucapan Umum Selangor: Siri Pendidikan Longman. Aziz Nordin & Siti Sumaziana Ali Mohamed (2011). Persepsi Bakal Guru Tentang Tahap Kemahiran Komunikasi Berkesan Dalam Kalangan Pelajar Tahun Akhir Aliran Sains Fakulti Pendidikan UTM. Diakses dari http//eprits.utm.my/2107/. Dimuat turun pada 26 Februari 2016. Aziz Salleh. (2005). Teknik Berkomunikasi dan Berinteraksi Yang Efektif . Shah Alam: Karisma Publication Sdn. Bhd.Maimunah Osman. (2000). Bienvenu, M. J., Sr. (1971). An Interpersonal Communication Inventory. The Journal of Communication, 21(4), 381-388. Den Brok, P., Fisher, D. & Scott, R. 2005. The importance of teacher interpersonal behavior for student attitudes in Brunei primary science classes. International Journal of Science Education. DeVito, J, A. (2002). The Interpersonal Communication Book. Ninth edition. New York: Longman Fraser, B. & Walberg, H. 2005. Research on teacher student relationships and learning environments: Context, retrospect and prospect. International Journal of Educational Research 43(1/2): 103-109 Gardner, H. 1993. Frames of mind: The Theory of Multiple Intelligences. New York: Basic Books. Maifuza Mohd. Amin (2011). Kemahiran interpersonal guru di dalam P&P. Diakses dari http://web,uthm.edu.my/ps/thesis/educational/maifuza%
20mohd%amin.pdf.
Dimuat
turun pada 28 Februari 2016. Mohd Yunus Noor. (1990). Psikologi belajar dan teknik belajar yang berkesan. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Salleh, L.M. & Noah, S.M. (2000). The Importance of Oral Communication among UPM Business Students. University Putra Malaysia Press. Syed Arabi Idid. (1998). Kaedah penyelidikan komunikasi dan sains sosial. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 10
Wubbels, T., Creton, H. A. & Hooymayers, H. P. 1992. Review of research on teacher communication styles with use of the Leary model. Journal of Classroom Interaction 27: 1-12. Yahya Buntat & Muhamad Shahabudin Hassan (2010). Kemahiran Komunikasi dalam Meningkatkan Keyakinan Diri Pelajar: Satu Tinjauan di Kalangan Ahli Jawatankuasa Kolej Mahasiswa, Universiti Teknologi Malaysia. Diakses dari http//eprits.utm.my/2107/ Zaharah Hassan ( 1997 ). Kemahiran Kepimpinan dan Kemahiran Interpersonal. Bangi Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.
11