Program Satu Daerah Satu Industri

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Program Satu Daerah Satu Industri as PDF for free.

More details

  • Words: 1,135
  • Pages: 7
program satu daerah satu industri

program satu daerah satu industri telah diperkenalkan sebagai satu kampung satu produk (sksp) pada tahun 1992. pada tahun 2002, program ini dikembangkan menjadi satu kampung satu industri (sksi) dan setahun kemudian ditukar kepada satu daerah satu industri (sdsi) yang mencakupi skop yang lebih luas. program sdsi yang dilaksanakan ketika ini berkonsepkan pembangunan produk atau perkhidmatan yang beridentitikan satu daerah yang dihasilkan secara komersial untuk menarik minat pelancong ke daerah tersebut. program ini menjurus ke arah pembangunan budaya masyarakat kreatif dan berinovasi sekaligus memupuk keharmonian bermasyarakat melalui aktiviti sosio-ekonomi secara komuniti. konsep baru dilaksanakan pula berorientasikan model perniagaan yang lebih berdaya tahan dan berdaya maju serta mempunyai rantaian nilai tambah yang tinggi untuk mendapat manfaat sepenuhnya. melalui konsep ini, sdsi tidak dianggap sematamata pekerjaan sampingan dan pendapatan tambahan, atau sebahagian daripada program pembasmian kemiskinan, tetapi sebagai salah satu bentuk perniagaan yang menjana potensi / prospek yang menjamin pendapatan berterusan. teras utama konsep baru adalah: i) penyelarasan serta pelaksanaan secara menyeluruh dan bersepadu dengan mengenal pasti satu atau lebih produk atau perkhidmatan utama bagi sesuatu daerah untuk dibangun dan dikembangkan. ii) pemantapan proses perniagaan melalui pewujudan mekanisme pemasaran yang tersusun bertunjangkan maklumat pasaran, penjenamaan dan pengurusan pengeluaran yang

berorientasikan perniagaan. selain itu, konsep baru program sdsi ini menggunakan kaedah pengelompokan (clustering) bagi menyokong dan menggerakkan keseluruhan rantaian nilai dari peringkat bekalan sumber bahan mentah, tahap pengeluaran dan seterusnya pengedaran dan pemasaran. pendekatan setiap aktiviti di sepanjang rantaian nilai dalam setiap program sdsi hendaklah memberikan nilai tambah kepada aktiviti berkenaan. sehubungan itu, kerajaan telah mewujudkan satu jentera pentadbiran khas bagi memastikan kerjasama penuh antara pihak kerajaan dengan swasta diwujudkan pada pelbagai peringkat yang merangkumi daerah, negeri dan kementerian. jentera penyelarasan pelaksanaan program sdsi adalah seperti berikut:peringkat kebangsaan i) jawatankuasa peringkat kebangsaan merupakan badan utama yang mengawasi, menyelaras serta menilai kemajuan pelaksanaan danmemuruskan dasar serta strategi pelaksanaan program sdsi. jawatankuasa ini dipengerusikan oleh timbalan perdana menteri malaysia. ii) jawatankuasa peringkat agensi merupakan badan pada peringkat pegawai yang memastikan keputusan jawatankuasa peringkat kebangsaan dilaksanakan. jawatankuasa ini juga bertanggungjawab menangani isu dan masalah pelaksanaan dasar serta strategi program sdsi. unit penyelarasan pelaksanaan (icu), jabatan

perdana menteri dipertanggungjawab sebagai pengerusi bagi jawatankuasa ini. iii) jawatankuasa kerja (di kementerian berkaitan) merupakan badan pada peringkat kementerian yang bertanggungjawab secara langsung dalam penyelarasan pelaksnaan program sdsi. jawatankuasa ini bertanggungjawab memastikan keputusan jawatankuasa peringkat kebangsaan dan jawatankuasa peringkat agensi dilaksanakan. jawatankuasa ini juga perlu menangani isu dan masalah pelaksanaan program / projek di bawah bidang kuasa kementerian masing-masing yang relevan. bidang kuasa ini terbahagi kepada tujuh (7) jawatankuasa iaitu; jawatankuasa kerja produk makanan, jawatankuasa kerja homestay, jawatankuasa kerja produk kraf, jawatankuasa kerja pembangunan keusahawanan, jawatankuasa kerja pemasaran dan promosi, jawatankuasa kerja industri desa, jawatankuasa kerja sawari. peringkat negeri i) jawatankuasa peringkat negeri bertanggungjawab memastikan keputusan jawatankuasa peringkat kebangsaan dan jawatankuasa peringkat agensi dilaksanakan. jawatankuasa peringkat negeri juga perlu menangani isu dan masalah pelaksanaan program sdsi di

negeri masing-masing. di peringkat ini, menteri besar dan juga jabatan pembangunan persekutuan / pejabat pembangunan negeri bertanggungjawab melaksanakan segala aktiviti di peringkat negeri. ii) jawatankuasa peringkat daerah / bahagian bertanggungjawab menyelaras pelaksanaan sdsi di peringkat daerah / bahagian. oleh itu, pegawai daerah dan pejabat daerah berfungsi untuk memastikan semau aktiviti sdsi di peringkat daerah berjalan lancar. kerajaan juga telah mengeluarkan satu arahan pelaksanaan program sdsi yang bertujuan untuk memantap dan menggariskan makenisme serta rangka kerja pelaksanaan program sdsi ke seluruh negara. peranan kerajaan melalui mecd dalam membangunkan sdsi sehingga tahun 2006, di antara produk dan perkhidmatan yang telah dibangunkan menerusi program sdsi meliputi makanan dan minuman, homestay, tekstil dan sulaman, kraftangan, seramik, tumbuhan herba dan produk kesihatan, hasil ternakan laut, hasil tanaman buah-buahan dan nursery. semua produk dan perkhidmatan ini akan dipertingkatkan kualitinya menerusi program groom big. ianya meliputi aspek pembungkusan, pelabelan, penjenamaan, amalan peningkatan kualiti, haccp dan ms iso 9001 serta peningkatan kualiti asas

pengeluaran. peningkatan produk ini bertujuan untuk membolehkan produk sdsi lebih ’presentable’ dan memberi keyakinan terhadap kualiti produk desa. selain itu, kerajaan juga menyediakan latihan serta kemahiran bagi meningkatkan ilmu keusahawanan kepada semua pengusaha sdsi dalam mengendalikan serta mengurus organisasi perniagaan pada peringkat daerah. kursus seperti ”latihan asas perniagaan”, ”kursus atau bengkel kemahiran kraf” dan juga ”seminar motivasi usahawan” dianjurkan oleh institut keusahawanan negara (insken) di bawah kementerian pembangunan usahawan dan koperasi. begitu juga dengan sokongan dari aspek pembiayaan dan penajaan di mana kerajaan telah menyediakan pembiayaan sebanyak rm50 juta untuk mempromosi dan memasarkan produk sdsi sepanjang tempoh rancangan malaysia ke -9. dalam hal ini semua produk sdsi akan berpeluang untuk diketengahkan dan dipertingkatkan di dalam pasaran domestik dan antarabangsa dengan ditaja oleh kerajaan sehingga 50% daripada kos keseluruhan perbelanjaan. semua produk sdsi akan dipromosikan menerusi stesyen televisyen, radio, media akhbar dan majalah dan juga melalui pemasangan billboard. selain itu, lapangan terbang seperti klia juga akan digunakan untuk mempamerkan produk sdsi sebagai salah satu pendekatan untuk memperkenalkan produk sdsi kepada pelancong asing. status pelaksanaan dan pembangunan program sdsi kerajaan telah merancang beberapa program untuk membangunkan program sdsi ini. antaranya showcase sdsi di

peringkat nasional yang dilaksanakan setiap tahun yang dapat mengumpulkan keseluruhan produk sdsi dari setiap daerah dan juga dari setiap agensi yang berkaitan dengan pembangunan sdsi seperti pelancongan, kraftangan, pertanian, kebudayaan dan kesenian. program ini selain mempromosi dan memasarkan produk sdsi, ia juga bertujuan untuk meluaskan rangkaian perniagaan sesama usahawan dan memberi peluang kepada usahawan sdsi untuk mendapat business matching dengan pihak luar. showcase sdsi ini melibatkan jumlah keseluruhan 206 usahawan sdsi yang mengusahakan pelbagai produk dan perkhidmatan daripada 13 buah negeri. selain itu, kerajaan dengan kerjasama pihak swasta dan government link companies (glcs) telah mengambil beberapa daerah sebagai daerah angkat bagi tujuan pembangunan daerah tersebut. pelbagai program dan aktiviti yang dilaksanakan antaranya menyediakan ruang premis jualan, memberikan kemudahan mesin, mengambil produk yang dihasilkan sebagai ‘corporate gift’, memberikan latihan dan kemahiran kepada usahawan sdsi dan menemukan usahawan dengan pembeli berpotensi di bawah rangkaian syarikat dan glcs. diharapkan lebih ramai syarikat swasta seperti tnb, petronas dagangan berhad, naza berhad (automatif industri), malaysia airlines (mas) dan juga air asia untuk mengambil beberapa daerah untuk dijadikan sebagai daerah angkat. bagi memantapkan lagi usaha pembangunan sdsi, sebuah galeri sdsi yang menempatkan semua produk terbaik sdsi telahpun diwujudkan di bangunan mecd, putrajaya. selain mempamer dan menjual produk sdsi

tersebut, galeri sdsi ini juga berfungsi sebagai salah satu pusat tarikan pelancong asing yang mengunjungi putrajaya. ini bagi membolehkan produk-produk sdsi diperkenalkan berdasarkan kepada keunikan dan hasil daripada industri desa yang berasaskan kepada ‘community based’. melalui galeri ini, pelbagai informasi berkaitan sdsi akan dipaparkan kepada orang ramai bagi menerangkan konsep sdsi secara keseluruhan. selain itu, satu program promosi produk/perkhidmatana sdsi melalui media massa telah dilaksanakan oleh mecd melalui kaedah penjelajahan atau travelogue dari satu daerah ke satu daerah. program tv yang dinamakan travelog sdsi bersama mecd di rtm ini akan memberi peluang kepada usahawan sdsi mempromosi dan mengenengahkan produk/perkhidmatan kepada masyarakat dengan capaian (viewer) yang lebih luas.

Related Documents

Satu
November 2019 58
Satu Dimensi.docx
October 2019 34
Satu Mare.pdf
December 2019 4
Satu Malaysia
May 2020 15