Sastera Rakyat

  • Uploaded by: Nur Ain Mohd Amin
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Sastera Rakyat as PDF for free.

More details

  • Words: 2,809
  • Pages: 19
KARYA KLASIK( SASTERA RAKYAT) PENDAHULUAN Karya menurut Kamus Dewan edisi ketiga memberi maksud kerja atau buatan / ciptaan (seni dan lain-lain). Manakala Klasik menurut Kamus Dewan edisi ketiga bermaksud serius dan abadi nilainya serta tertinggi mutunya dan menjadi standard kepada yang lain.

Hal ini menunjukkan bahawa karya klasik adalah sesuatu hasil kerja atau ciptaan seni seseorang yang sangat tinggi nilai dan mutunya sehingga menjadi standard kepada yang lain atau penentu nilai karya sesorang dalam menghasilkan sesuatu karya seni. Bagi sastera rakyat pula, menurut Kamus Dewan edisi ketiga,sastera diberi maksud Bahasa yang digunakan dalam kitab-kitab (bukan bahasa basahan) dan kitab ilmu pengetahuan pustaka yang mengandungi ramalan dan lain-lain.Manakala rakyat pula bermaksud seluruh penduduk sesebuah negara dan orang kebanyakan.

Sastera rakyat terbahagi kepada beberapa jenis dan salah satu daripadanya adalah sastera rakyat cerita binatang.Sastera rakyat cerita binatang ini biasanya watak utama dan watak-watak yang ada dalam cerita itu terdiri daripada binatang-binatang yang boleh bercakap dan berperwatakan seperti manusia biasa yang mempunyai sifat seperti manusia contohnya watak Sang Kancil dalam cerita Sang Kancil dan Sang Siput yang pandai berkata-kata.Sastera rakyat cerita binatang ini biasanya akan memberi pengajaran dan teladan kepada pembaca diakhir cerita nanti.

PETIKAN CERITA (SANG KANCIL DAN SANG SIPUT)

Syahadan adapun akan Sang Kancil setelah ia terlepas daripada bala itu berjalanlah ia sambil berfikir, ‘Apakah kuhendak perbuat lagi,supaya menduga akalku,dan siapakah gerangan yang ada akal yang terlebih dari aku?’ Maka,dengan takdir Allah Taala,dalam ia berfikir demikian itu,lalu bertemulah Sang Kancil dengan seekor siput sedang meniti pada batang kayu.DilihatnyaSang Siput itu berjalan sangatlah perlahan,terkesot-kesot seperti tidak bergerak langsung lakunya.Maka timbullah niat di dalam hatinya ingin mempermainkan Sang Siput.Telah difikirnya demikian ia pun berkata, “Hai,Sang Siput,mahukah awak berlumba lari dengan hamba?”

Maka sahut Sang Siput, “Baiklah,Sang kancil,tetapi hamba pohonkan bertangguh barang tujuh hari,”

Apabila mendengar pengakuan sang Siput itu,Sang kancil sangat bersukacita kerana ia dapat mempertunjukkan kecekapan dan kepandaiannya kepada Sang Siput pula.Maka ujar Sang Kancil, “Yalah,tetapi ikrar ini bersungguh-sungguh.”

Setelah itu ia pun pergilah mencari mangsa sementara genab perjanjian itu.Adapun dalam tujuh hari itu,bermuafakatlah Sang Siput dengan segala siput yang ada pada segenap tepi sungai,tepi pantaidalam paya,lopak dan redang,katanya, “Pada hari yang kedelapan kelak,apabila ada sahaja bunyiSang kancil meneriak nama kita hendaklah

segera disahuti oleh barang siapa yang di hadapannya,dan jangan bersuara sekali-kali siapa pun yang tinggal di belakangnya.” Demikianlah mesyuarat siput-siput itu, masingmasing pun ikrarlah akan perjanjian itu.

Kalakian apabila genablah janjiSang kancil dengan sang siput itu,datanglah ia menuntut waadahnya.Maka dimulailah berlumba pada pagi itu;Sang Kancil mengikut tanah datar dan Sang Siput berjalan di dalam air; keduanya pun berjalanlah dengan bersungguh-sungguh.Ada kira-kira sekali penat Sang Kancil berjalan itu,maka ia pun berserulah meneriak akan Sang Siput,maka disahuti oleh Sang Siput sayup bunyinya terlalu jauh dihadapan.

Wah! Serta Sang Kancil mendengar suara Sang Siput itu,apatah lagi ia pun berkejar pula seperti kilat senja lakunya.Oleh tersangat pantas ia berlari itu,hampir-hampir separuh hari perjalanan Sang Kancil berlari yang tiada berhenti, oleh tersangat letih dan penatnya,berhentilah ia sekejab seraya menyeru Sang Siput.Maka disahuti oleh Sang Siput terlebih dura pula dari yang tadi.Maka kata sang Kancil, “Ceh! Celaka betul Sang Siput ini. Aku pun sedanglah kuat mengejar dia,kenapa agaknya setiap kali aku menyeru ia selalu disahut di hadapanku?pada sekali ini malulah aku pada sekalian siput oleh aku sudah kalah berlumba dengan Sang Siput bedebah ini,Tetapi aku lihat tatkala ia berjalan di ranting-ranting itu sentiasa ia merayap dan mengap sahaja; rupanya dahulu sengaja diperbuatnya berjalan lambat-lambat.Jika aku tahu begini pantasnya,kalau diupah aku segantang biji nangka pun haramlah pada aku.”

Maka hari pun petanglah dan Sang Kancil merasai terlalu letih dan lesu segala badannya serta dengan malasnya ia pun menyeru Sang Siput, katanya, “Sudahlah,Sang Siput,menanglah awak sekali ini.”

Hatta setelah didengar oleh segala siput akan Sang Kancil telah mengaku kalah maka sekaliannya pun bersorak menggiat Sang Kancil.Sang Kancil berasa sangat malu dan menyesal atas perbuatannya memandang rendah terhadap kebolehan Sang Siput.Sejak hari itu Sang Kancil sangat berhati-hati terhadap binatang-binatang lain yang tinggal di hutan rimba itu.

SINOPSIS CERITA

Cerita Sang kancil dan Sang Siput ini bermula apabila Sang Kancil berjalan seorang diri di dalam hutan sambil berfikir apa yang patut dilakukannya bagi menunjukkan kehebatan dan kebolehannya kepada binatang lain yang ada di hutan itu.Maka dalam berfikir-fikir itu,dengan kuasa dan takdir Allah,Sang Kancil telah terpandang seekor siput yang sedang meniti pada sebatang kayu dengan sangat perlahan sehingga nampak seperti tidak bergerak.Maka dengan perasaan yang angkuh dan bongkak itu telah menyebabkan timbul niat dihati Sang Kancil untuk mempermainkan Sang Siput.Setelah difikirkan,Sang kancil pun meluahkan hasrat hatinya untuk berlumba lari dengan Sang Siput. Mendengar

ajakan berbaur cabaran dari Sang kancil itu,lantas Sang Siput menyahut tanda setuju dengan cabaran itu namun,Sang Siput inginkan pertandingan itu ditangguhkan selama tujuh hari.

Mendengar persetujuan dari Sang Siput itu, hati Sang Kancil sangat berasa gembira kerana difikirnya dapatlah ia menunjukkan kebolehan dan kehebatan yang ada padanya selama ini kepada Sang Siput dengan menginginkan kepastian dari Sang Siput atas persetujuan Sang Siput untuk berlumba lari dengannya.Sementara menunggu tujuh hari untuk pertandingan itu, Sang kancil pergi mencari makanan seperti biasa, manakala siput yang telah membuat perjanjian dengan Sang Kancil tadi telah membuat pakatan dengan semua siput-siput yang ada di hutan itu sama ada di tepi sungai,tepi pantai, dalam paya, lopak dan redang iaitu apabila tiba hari pertandingannya dengan Sang Kancil nanti hendaklah siput yang berada dihadapan Sang Kancil sahaja yang boleh bersuara apabila dipanggil oleh suara Sang kancil,dan semua siput-siput itu pun bersetuju.

Setelah genab tujuh hari,maka datanglah Sang Kancil kepada Sang Siput untuk menuntut janjinya.Maka bermulalah pertandingan antara Sang Siput dan Sang Kancil pada pagi itu.Sang kancil melalui tanah datar,manakala Sang Siput berjalan di dalam air.Setelah beberapa lama Sang kancil berlari dan dia berasa penat lalu dipanggilnya Sang Siput dan di dengarnya sahutan balas itu berada sangat jauh dihadapannya.Mendengar sahutan itu,Sang Kancil telah berlari sepantas kilat untuk mengejar Sang Siput yang disangka berada jauh dihadapannya.Setelah hampir separuh hari berlari tanpa henti,Sang Kancil berasa sangat letih dan berhenti sebentar untuk berehat lalu memanggil Sang

Siput.Kali ini juga suara Sang Siput yang menyahut berada di hadapan Sang Kancil.Maka terfikirlah Sang Kancil mengapa setiap kali dipanggil Sang Siput,Sang Siput akan menyahut di hadapannya sedangkan dia berlari sangat pantas sepanjang hari untuk mengejar Sang Siput,dan difikirannya tentu ia akan mendapat malu pada kali ini dengan semua siput yang ada kerana telah kalah pada siput bedebah itu.Sang Kancil berfikir demikian kerana dilihatnya Sang Siput setiap kali berjalan diranting-ranting kelihatan sangat lambat dan merayap sahaja,rupa-rupanya selama ini Sang Siput hanya berpurapura berjalan lambat dan jika diketahuinya kebenaran itu tentu ia tidak akan sekali-kali mengajak Sang Siput untuk berlumba lari dengannya.

Setelah hari senja, Sang kancil telah berasa sangat letih dan penat.Dengan malas Sang Kancil pun memanggil Sang Siput dengan memberi kemenangan pada Sang Siput pada kali ini. Mendengar kemenangan yang diperoleh daripada Sang Kancil yang mengaku kalah itu telah menyebabkan kesemua siput-siput itu bersorak gembira. Tetapi Sang Kancil berasa sangat malu dan kesal dengan perbuatannya dan sejak hari itu Sang Kancil sangat berhati-hati dengan semua binatang yang ada di hutan rimba itu.

FALSAFAH YANG TERDAPAT DALAM CERITA INI

Perkataan falsafah berasal dari perkataan Yunani yang mengandungi 2 perkataan iaitu ‘philo’(cinta) dan ‘sophia’(kebenaran/hikmah).Ini bermakna perkataan falsafah membawa maksud cinta akan kebenaran. Bagi sastera rakyat cerita binatang iaitu Sang

Kancil dan Sang Siput ini telah memberi banyak huraian falsafah yang terkandung di dalamnya.

Salah satu falsafah yang terdapat dalam cerita ini ialah sifat sombong dan bongkak yang ada dalam diri setiap orang bagi menunjukkan kebolehan mereka. Pengarang cuba memberi nasihat kepada pembacanya melalui watak-watak binatang yang terdapat dalam cerita ini seperti watak Sang Kancil yang suka meninggi diri terhadap binatang yang lebih kecil dan lemah berbanding dengan dirinya.Tetapi pada akhirnya Sang Kancil telah mendapat malu terhadap sifat sombong dan bongkaknya selama ini.

Hal ini menunjukkan bahawa pengarang cuba memberi nasihat kepada pembaca pada zaman itu bahawa sifat sombong dan suka meninggi diri adalah satu perbuatan dan sifat yang sia-sia kerana pada akhirnya diri sendiri yang mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka sendiri lakukan. Ini bermakna, perbuatan itu hanya akan mendatangkan perkara yang pada akhirnya akan memalukan dan merugikan diri sendiri.Hal ini disebabkan oleh sifat sombong dan suka meninggi diri itu adalah salah satu sifat dan sikap yang tidak disukai Allah kerana sifat itu akan mengundang kepada sifat riak yang hampir kepada sifat syaitan iaitu ciptaan yang di laknat Allah dan juga merupakan musuh kepada umat manusia.

Sifat meninggi diri yang dipegang atau dibawa oleh watak Sang Kancil dalam cerita ini sebenarnya cuba disampaikan tentang keburukan atau impak hasil daripada sifat sombong itu tidak akan membawa apa-apa faedah dan makna kepada orang yang

mempunyai sifat tersebut. Hal ini kerana, sifat sombong dan suka meninggi diri ini bukan sahaja merugikan dan memalukan diri sendiri malah sifat ini akan menyebabkan orang yang berada disekelilingnya akan berasa tidak selesa dan kurang senang dengan sifat itu dan akhirnya orang yang mengamalkan sifat suka meninggi diri dan angkuh dengan suka menunjuk-nunjuk itu akan dijauhi dari semua orang.

Selain itu, falsafah yang terkandung dan terdapat dalam cerita Sang Kancil dan Sang Siput yang dapat dihuraikan ialah pengarang cerita ini ingin memberi pengajaran kepada pembacanya agar jangan suka memandang rendah akan kebolehan orang lain dengan hanya berpandukan kepada pandangan zahir dan sifat luaran dan fizikal mereka sahaja.Hal ini dapat diperhatikan melalui watak Sang kancil yang suka memandang rendah terhadap kebolehan Sang Siput dengan hanya menilai kebolehan Sang Siput dari pergerakkan Sang Siput yang sangat perlahan dan lembab itu apabila meniti dan berjalan pada batang-batang kayu.

Hal ini demikian kerana, melalui sifat Sang Kancil yang suka memandang rendah terhadap kebolehan lawannya atau kebolehan Sang Siput telah menyebabkan dirinya berasa sangat malu kerana telah kalah kepada Sang Siput yang disangkanya sangat lemah dan tidak setanding dengan dirinya apabila berjalan dan berlari berdasarkan penilaiannya melihat pergerakkan Sang Siput yang sangat lambat berjalan ketika meniti pada sebatang ranting.Sifat suka memandang rendah terhadap kebolehan orang lain adalah satu sifat yang tidak patut diamalkan oleh setiap orang.Hal ini demikian kerana,sifat suka memandang rendah terhadap kebolehan orang lain adalah satu sifat yang merugikan

kerana kita tidak boleh menilai diri seseorang itu dengan hanya menilai sifat dari luaran dan fizikalnya sahaja.

Sifat suka memandang rendah terhadap kebolehan orang lain ini samalah ertinya dengan sifat suka meninggi diri dan menunjuk-nunjuk dengan kebolehan diri sendiri kerana orang yang suka memandang rendah terhadap kebolehan orang lain ini biasanya tidak mahu membuka mata hati mereka untuk menilai tentang kebolehan orang lain kerana mereka bimbang dan berasa tercabar jika orang yang dipandang rendahnya itu memiliki kebolehan yang setaraf atau lebih dari dirinya dan ini akan menyebabkan mereka berasa tercabar.Oleh yang demikian, bagi menutup perasaan rasa tercabarnya itu,golongan tertentu ini lebih senang dan suka memandang randah terhadap kebolehan orang lain berdasarkan menilai mereka melalui sifat fizikal dan luaran mereka sahaja.

Selain itu, sifat lemah atau kekurangan seseorang itu boleh diketepikan atau dibantu dengan kebijaksanaan akal dalam menyelesaikan sesuatu masalah seperti watak Sang Siput dalam cerita Sang Kancil dan Sang Siput ini. Walaupun Sang Siput memiliki banyak kekurangan dan kelemahan dalam berlari mahupun berjalan jika hendak dibandingkan dengan Sang Kancil yang memang terkenal dengan larinya yang laju.Namun, dengan kebijaksanaan akal yang dimilikinya dapat membantunya untuk memenangi dalam perlumbaan yang dibuat oleh Sang Kancil untuk membuktikan kehebatan dan kebolehannya dalam berlari.

Penggunaan akal seseorang dalam melakukan sesuatu adalah sangat penting kerana teori falsafah mengemukakan bahawa sesorang itu tidak akan dapat memperoleh sesuatu ilmu itu tanpa berusaha untuk berfikir dengan menggunakan akal. Maka dengan menggunakan akal seseorang itu akan dapat membantu dirinya sendiri apabila menghadapi sesuatu masalah, seperti yang ditunjukkan dalam watak Sang Siput yang bijak dalam menyelesaikan masalahnya dalam menghadapi kehebatan Sang Kancil dalam perlumbaan untuk berlari sedangkan Sang Siput itu sendiri tahu bahawa kelemahan atau kekurangan dirinya untuk berlari.

Di samping itu,falsafah yang dapat dihuraikan mengenai penggunaan akal juga termasuklah kita hendaklah menggunakan akal sepenuhnya sebelum kita bertindak dalam melakukan sesuatu yang akhirnya akan merugikan diri sendiri seperti, kita mesti menggunakan akal dengan mencari idea bagi membantu kita dalam menghadapi sesuatu masalah sebelum kita mengaku atau menyerah kalah terhadap sesuatu atau sesorang.

Bagi merujuk cerita sastera rakyat cerita binatang Sang Kancil dan Sang Siput ini,dapat kita lihat bahawa jika kita bijak dalam menggunakan akal,maka kita akan terselamat dari sebarang perkara yang akan merugikan dan memalukan diri kita sendiri.Seperti watak Sang Siput dalam cerita ini yang bijak menggunakan akalnya pada akhirnya akan membawa kemenangan kepada dirinya.Tidak seperti watak Sang Kancil yang tidak menggunakan akalnya tetapi hanya menggunakan kehebatan dan kebolehannya semata-mata telah menyebabkan dirinya kalah terhadap Sang Siput yang di sangkanya boleh berlari dengan sangat pantas berbanding dengan dirinya.

Ini bermakna kekuatan dan kebolehan atau kepandaian seseorang itu tidak bermakna dan tidak berguna jika seseorang itu tidak pandai menggunakan kehebatan dan kebolehannya itu bersama-sama dengan kebijaksanaan akal.Hal ini demikian kerana, penggunaan akal dan kebijaksanaan seseorang itu akan dapat menambahkan lagi kebolehan dan kehebatan yang ada pada seseorang itu jika dia bijak berfikir dan menggunakan akal yang ada pada dirinya dalam melakukan sesuatu.

Hal ini dapat dibuktikan apabila seseorang itu bijak menggunakan akal yang ada pada dirinya. Ini dapat dilihat melalui watak Sang Siput yang berjaya mengalahkan Sang Kancil dalam lumba lari. Dengan menggunakan akal yang ada dan kebijaksanaan Sang Siput, Sang Siput telah berjaya mengalahkan Sang kancil tanpa menggunakan banyak tenaga untuk berlari mengejar Sang Kancil dan dengan hanya menggunakan kebijaksanaan dalam mengatur strategi perlawanan,tetapi dengan tidak menggunakan akal dan kebijaksanaan dalam berfikir,Sang Kancil telah kalah walaupun telah berusaha sepenuh tenaga untuk mengalahkan Sang Siput seterusnya dapat menunjukkan kehebatan dan kebolehan dirinya dalam berlari kepada semua siput-siput yang ada di dalam hutan itu.

Ini jelas menunjukkan bahawa betapa pentingnya penggunaan akal dalam setiap perkara yang hendak kita lakukan agar apa yang kita buat itu tidak sia-sia dan merugikan diri sendiri sahaja pada akhirnya. Seperti orang buta, walaupun kita tahu bahawa dia tidak dapat melihat,tetapi dengan kebijaksanaan dan kesungguhannya dalam melakukan

sesuatu telah memungkinkan dirinya juga boleh turut berjaya seperti manusia normal yang lain yang boleh melihat seperti biasa.

Pengarang cerita ini juga menyelitkan unsur-unsur pengajaran dan nilai-nilai murni dalam cerita Sang Kancil dan Sang Siput.Dalam erti kata lain falsafah yang dapat diungkapkan dan dihuraikan dalam cerita ini ialah sikap tolong-menolong, Bantumembantu, dan sikap bekerjasama.Hal ini dapat dilihat melalui watak yang dipegang oleh Sang Siput yang meminta pertolongan dari semua siput-siput yang ada di dalam hutan itu bagi menolongnya pada hari pertandingan nanti.Sifat tolong menolong yang ditunjukkan oleh semua siput itu adalah satu sifat terpuji yang patut di amalkan oleh semua orang dari setiap generasi yang patut dijadikan amalan.

Kini,sifat tolong menolong ini biasanya diamalkan oleh orang atau masyarakat yang tinggal di kawasan kampung dan yang tinggal di kawasan luar bandar sahaja yang masih mengamalkan budaya dan sikap tolong menolong ini.Sikap ini sangat diperlukan dalam sesebuah masyarakat dan perlu disemai dalam diri setiap anggota masyarakat disitu.Hal ini bagi membolehkan sesebuah masyarakat itu berada dalam keadaan yang kukuh kerana sentiasa dibantu oleh pihak mereka sendiri untuk terus tegar menghadapi pancaroba dunia.Hal ini kerana,sikap tolong menolong dan Bantu membantu ini penting dalam menjadi benteng kekuatan sesebuah masyarakat bagi menghadapi segala rintangan yang akan mereka hadapi bersama.

Selain itu,cerita ini juga menerangkan nilai murni yang dapat dihuraikan dari sudut atau pandangan falsafah iaitu berpegang pada janji.Sifat berpegang pada janji ini dapat dilihat melalui watak yang dibawa oleh Sang Siput yang berjanji dengan Sang Kancil akan berlumba lari dengan Sang Kancil setelah meminta pertandingan itu ditangguhkan selama tujuh hari, dan apabila tiba pada hari yang ketujuh itu iaitu pada hari pertandingan antara Sang Kancil dengan Sang Siput,Sang Siput tidak menolak dan memungkiri janjinya yang telah dipaterinya dahulu dengan Sang Kancil.

Pengarang cerita ini juga cuba menyampaikan kepada para pembaca pada zaman itu agar sifat tidak memungkiri janji ini diamalkan dalam masyarakat dan akan terus disemai dan terus hidup subur dalam masyarakat melayu serta dijadikan amalan agar nilai-nilai murni ini tidak mati ditelan zaman. Hal ini kerana, sifat tidak memungkiri janji ini terlalu kuat ikatannya dengan masyarakat melayu sehingga ada beberapa buah pantun melayu lama yang dikaitkan dengan keperluan untuk menepati janji. Contohnya;

Kalau lembu diikat pada talinya, Manusia pula diikat pada janjinya.

Hal ini jelas menunjukkan bahawa betapa pentingnya menepati janji dalam masyarakat melayu.

Di samping itu,pengarang juga ingin memberitahu kepada pembaca agar jangan terlalu mempercayai seseorang dan mudah terpedaya dengan tipu muslihat orang lain

seperti watak yang digambarkan dalam cerita sang kancil dan Sang Siput,dimana Sang siput yang memperdaya sang Kancil bagi membolehkan dirinya menang dalam pertandingan itu nanti.Walaupun dalam cerita ini pengarang ingin menyampaikan pengajaran kepada Sang Kancil yang suka membangga diri tetapi sikap bodoh sang kancil yang terlalu mudah untuk mempercayai orang lain telah menyebabkan dirinya kalah.

KESIMPULANNYA

Falsafah hidup seseorang itu adalah sangat penting bagi menguatkan diri seseorang agar tidak mudah menjadi mangsa orang lain dan bijak dalam mengendalikan sesuatu perkara.

BIBLIOGRAFI

1. Zalila Syarif 1993, Warna sari sastera melayu tardisional,Kuala lumpur,Dewan Bahasa dan Pustaka 2. Hashim Hj. Musa 2001. Falsafah, Logik, Teori, Nilai dan etika.Suatu Pengenalan. Universiti Malaya.Penerbit.Akademi Pengajian Melayu 3. Awang Sariyan 2007. Falsafah dan Logika Melayu / Awang Sariyan

Synergymate Sdn Bhd. 4. Noresah Baharom 1997. Kamus Dewan edisi ketiga. Kuala lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka

Related Documents

Sastera Rakyat
October 2019 49
Sastera Epik
May 2020 16
Peranan Sastera
November 2019 17
Lesson Plan Sastera
June 2020 11

More Documents from ""

Pantun Budi
October 2019 46
Al-ghazali
October 2019 46
Nazam Ajal
October 2019 53
Al-kindi
October 2019 40
Tajus Salatin
October 2019 36
St-01-01
October 2019 48