SA ST ER A KE TATANE GA RAA N
DEF INIS I
Karya yang menjadi petunjuk kepada golongan raja-raja dari segi mentadbirkan negara. Kandungan kitab ketatanegaraan merupakan penerangan secara naratif cara mentadbirkan sesuatu negeri dengan berdasarkan contoh rajaraja zaman dahulu kala khususnya raja-raja dari Timur Tengah. Karya ketatanegaraan juga dikenali sebagai sastera Adab.
Co nto h Karya
Taj al Salatin oleh Bukhari al-Jauhari Bustan al-Salatin oleh Nuruddin al-Raniri Nasihat Segala Raja-raja oleh Syeikh Abdul Kadir
Ci ri -ci ri I si Sastera Ketatanegaraan
Membicarakan tentang tanggungjawab raja-raja, menteri, hulubalang dan rakyat sekalian. Contohnya Fasal yang pertama dalam Kitab Nasihat segala Raja-raja Mengenai persoalan agama. Karya ketatanegaraan mengandungi matlamat yangmenyentuh soalakidah dan soal-soal yang berkaitan dengan ketuhanan, asal-usul kejadian bumi. Nur Muhammad,malaikat dan lain-lain Menyentuh sejarah kerajaan-kerajaan Islam di Asia Barat dan Alam Melayu.
Berkisar pada undang-undang perlembagaan yang diambil daripada sumber Islam (tidak bercampir aduk daripada pelbagai sumber lain) Contoh-contoh yang diberikan adalah daripada raja-raja yang berasal dari Timur Tengah termasuk contoh nabi-nabi dan tokoh-tokoh Islam terkenal dalam sejarah. Menjadi panduan kepada raja-raja dan pembesar-pembesar untuk mentadbir negeri.
Kaya dengan unsur-unsur nasihat, petunjuk, panduan dan pengajaran berharga kepada pemerintah. Mengandungi filsafat pemikiran Islam yang tinggi. Banyak dimasukkan petikan-petikan dari ayat al-Quran dan hadis-hadis Nabi.
FUNGS I SA STER A KE TATA NEG ARAAN 1. Sebagai panduan kepada golongan raja dan pemerintah. Dalam menjalankan pentadbiran dan pemerintahan negeri, misalnya dalam soal hubungan antara rakyat dengan pemerintah, tanggungjawab pembesar-pembesar negeri dalam mentadbirkan negeri. Panduan kepada seluruh masyarakat dalam halhal seperti cara mendidik anak, mengenai budi bahasa, pekerti yang baik dan tanggungjawab hubungan sesama manusia.
2. Sebagai alat pendidikan – unsur-unsur pengajaran, pendidikan serta amalan hidup Islam yang tinggi dapat dijadikan contoh. Contohnya teladan daripada sifat tokoh-tokoh Islam, kisah nabi-nabi dari segi kelakuan, sifat, tindak-tanduk, dalam hubungan sesama insan demi keharmonian hidup bermasyarakat.