Refleksi

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Refleksi as PDF for free.

More details

  • Words: 1,132
  • Pages: 4
Refleksi Sekolah Bestari Pada tahun 1996, pihak kementerian pendidikan telah menggubal konsep Sekolah Bestari yang berpusatkan pengajaran dan pembelajaran yang membolehkan pelajar berfikiran kritis dan kreatif di bawah kepimpinan Tan Sri Dato' Dr. Wan Zahid Wan Mohamed iaitu merupakan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia waktu itu. Sekolah Bestari ialah satu insitusi pembelajaran yang direka khas semula secara menyeluruh bagi proses pengajaran dan pembelajaran dan pengurusan sekolah untuk membantu pelajar menghadapi zaman maklumat di mana pelajar berlumba-lumba mencari ilmu pengetahuan. Teknologi dijadikan medium utama sebagai komponen terpenting dalam konsep Sekolah Bestari, apabila projek Sekolah Bestari ini diwujudkan sebagai salah satu aplikasi atau “flagship” daripada Koridor Raya Multimedia (MSC). Sekolah Bestari berkembang dengan pembentukan staf yang profesional, sumber yang lengkap dan pentadbiran yang cekap. Ini membolehkan sekolah menyesuaikan diri dengan keadaan dan perubahan era masa kini. Sekolah Bestari adalah salah satu daripada tujuh “flagship” yang terdapat dalam Koridor Raya Multimedia (MSC) yang dilancar dan dilaksanakan pada tahun 2000. Ketika tahun 1999, sebanyak 90 buah sekolah di Malaysia termasuklah sekolah-sekolah berasrama penuh dah sekolah harian pilihan telah dipilih untuk menjayakan projek Sekolah Bestari yang bertujuan untuk maju setapak ke hadapan dan bukan kemewahan semata-mata. Sekolah ini diwujudkan bukan hanya untuk pelajar pintar, tetapi ianya bertujuan bagi menbantu setiap pelajar tidak kira pintar atau lemah, kaya atau miskin mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai mengikut gaya dan langkah pembelajaran yang berlainan daripada biasa. Teknologi berkomputer diperkenalkan bertujuan membolehkan kepelbagaian jenis gaya pembelajaran dibina dalam sistem pendidikan di Malaysia.

Cooliris Pembelajaran menggunakan cooliris. Pembelajaran yang sangat menarik dengan menggunakan software cooliris yang boleh didownload daripada internet. Pembelajaran ini sangat penting dan amat mudah untuk digunakan. Cooliris ini menjadikan proses untuk menyampaikan maklumat

menjadi lebih menarik dan mudah jika dibandingkan dengan menggunakan power point. Tetapi, slide yang hendak dimasukkan ke dalam perisian ini perlulah dalam bentuk gambar. Itu tidak menjadi masalah kerana, slide yang dihasilkan daripada power point boleh ditukarkan kepada format gambar dan dimasukkan ke dalam perisian ini. Saya suka perisian ini. Perisian ini banyak membantu terutamanya dalam proses penyampaian maklumat. Ini doleh diaplikasikan ketika mengajar di sekolah untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih mudah dan menarik. Satu kelemahan perisian ini ialah, ia perlu mempunyai sambungan internet. Namun, itu tudak menjadi masalah dengan terdapatnya pelbagai internet jalur lebar yang mudah dibawa kemana-mana dan murah. Oleh itu, perisian ini sangat sesuai digunakan oleh saya ketika mengajar nanti tidak kira di mana sahaja saya akan mengajar.

e- portfolio Setiap pelajar dalam kursus ini diminta menghasilkan sebuah e-portfolio masing-masing. Eportfolio ini adalah salah satu tugasan yang perlu dibuat oleh pelajar kerana kursus ini tiada pepriksaan akhir. Pelajar perlu memuatkan segala tugasan lain yang diberikan oleh pensyarah. Berbagai perisian baru diajar untuk menghasilkan e-portfolio ini. Antaranya picasa,camstudio dan bermacam lagi yang menyeronokkan selain dapat menambah pengetahuan pelajar dalam dunia ict. Selain itu, melalui blog ini juga, pelajar boleh meluahkan perasaan di samping dapat menambah kawan dan berkonsi pengetahuan melalui blog ini. Pelajar juga diajar memuat naik dokumen untuk dipamerkan dalam blog masing-masing melalui pdfcoke, google docs dan bermacam lagi. Satu pengajaran yang menarik yang dapat meningkatkan minat pelajar untuk mengikuti kursus ini selain menambah minat pelajar menceburi bidang ini. Bagi saya sendiri, jika dahulu tidak berminat langsung untuk belajar dalam bidang ict, tetapi kini saya lebih bersemangat untuk mengikuti bidang ini. Ini memudahkan saya untuk menyampaikan sebarang maklumat kepada murid apabila mengajar nanti memandang dunia sekarang yang serba maju. Kita seharusnya mengikuti peredaran zaman yang serba moden. Google docs dan pdfcoke Google docs dan pdfcoke diguanakan untuk memuat turun sebarang dokumen ke dalam eportfolio. Setelah membuat id, kita boleh memuat naik dokumen ke dalam e-portfolio melalui

bebrapa langkah. Penggunaan yang sangat mudah. Tidak terlalu sukar dan dapat difahami hasil tunjuk ajar pensyarah dan pembantu tutorial. Picasa Picasa merupakan salah satu perisian yang digunakan untuk menyunting gambar. Penggunaan perisian ini adalah ringkas dan mudah jika dibandingkan dengan meggunakan adobe photoshop tetapi tidak kurang hebatnya selain mudah difahami cara penggunaannya. Melalui picasa kita juga dapat menghasilkan slideshow bagi membuat pembentangan untuk hasil yang lebih menarik di samping dapat menarik perhatian orang lain untuk mengikuti pembentangan kita. Ia jauh lebih menarik berbanding power point dan penggunaannya juga lebih mudah jika dibandingkan dengan moviemaker atau power director. Namun, kesannya tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan dua perisian tersebut. bagi penggunaannya dalam e-portfolio, kita boleh memuat naik gambar dalam bentuk slideshow. Jumlah gambar yang boleh dimuatkan tidak terhad dan menjimatkan ruang di dalam e-portfolio bagi menempatkan jumlah gambar yang banyak. Bagi saya, perisian picasa ini adalah satu perisian yang sangat menarik dan boleh juga dipraktikkan ketika saya mengajar nanti. Selain itu, perisian ini juga boleh dimuat turun secara percuma di dalam internet dan sesuai lagi mudah digunakan oleh semua lapisan masyarakat.

Cam studio Camstudio digunakan untuk merakan sebarang aktiviti yang terdapat di dalam skrin pada laptop. Software ini juga tidak kurang menariknya jika dibandingkan dengan software yang lain. Penggunaanya juga sangat mudah. Ianya boleh dimuat turun secara percuma daripada internet. Melalui software ini, pelajar boleh menjadikan proses penyampaian maklumat melalui sesuatu cara yang baru. Pelajar tidak perlu untuk menggunakan sebarang pergerakan dan suara ketika proses penyampaian maklumat dan hanya perlu memainkan kembali video yang dihasilkan melalui software ini. Mungkin pelajar akan bosan jika menggunakan cara tradisional inaitu melalu papan putih sahaja. Dengan menggunakan software ini, ia sedikit sebanyak dapat menarik minat pelajar untuk mengikuti proses pengajaran. Saya juga boleh mempraktikkan pengajaran melalui software ini apabila saya mengajar nanti. Ia sedikit sebanayak dapat membantu saya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Smart Board Pembelajaran melalui papan putih interaktif adalah sejenis proses pembelajaran yang baru selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan pelajar yang celik ilmu dalam bidang ICT. Papan putih interaktif dapat menarik minat pelajar untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui papan putih ini proses pnp mnejadi lebih menarik dan pelajar dapat melibatkan diri kerana papan putih ini dapat disentuh. Namun, kelemahan papan putih ini ialah harganya yang terlalu mahal. Refleksi keseluruhan Kesimpulannya, pembelajaran subjek ini banyak membantu saya dalam meningkatkan ilmu pengetahuan sedia ada saya terutamanya dalam bidang ICT. Jika sebelum ini pengetahuan saya dalam bidang ini terlalu cetek, kini saya boleh berbangg dengan diri saya kerana telah dapat menambahkan ilmu pengetahuan saya walaupun sedikit. Pengetahuan yang saya dapat ini diharapkan dapat membantu saya apabila saya mengajar di sekolah nanti. Kerjasama yang diberikan oleh pensyarah iaitu Pn. Asmayati Yahaya dan En. Junaidi banyak membantu saya dalam subjek ini. Tanapa mereka, tentu sukar untuk saya memahami dan menguasai sesuatu yang dipelajari dalam subjek ini. Jutaan terima kasih saya ucapkan. Tidak lupa kepada rakanrakan seperjuangan yang juga telah banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan yang diberikan di samping membantu saya dalam memahami sesuatu. Akhir kata, jutaan terima kasih dan tahniah saya ucapkan kepada semua yang terlibat dalam pembikinan my e-portfolio ini secara langsung atau tidak langsung. Budi baik anda semua tidak akan saya lupakan. SELAMAT MAJU JAYA.

Related Documents

Refleksi
June 2020 35
Refleksi
June 2020 30
Refleksi Cetakan.docx
October 2019 44
Refleksi...sup
April 2020 47
Andalas Refleksi
August 2019 29