Proforma Sksj2153 Kerajaan Dan Perlembagaan Malaysia

  • Uploaded by: Mohd Noh bin Md. Yunus
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Proforma Sksj2153 Kerajaan Dan Perlembagaan Malaysia as PDF for free.

More details

  • Words: 1,011
  • Pages: 5
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PRO-FORMA KURSUS PRASISWAZAH SEMESTER 1 SESI 2009-2010 1.

Pusat Pengajian: Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi

2.

Program Pengajian: Program Sains Politik Tajuk Kursus: Kerajaan dan Perlembagaan Malaysia Hari/Masa Kuliah: Sabtu 3/10/2009 Ahad 22/11/2009 Pensyarah: Prof. Madya Dr. Mohammad Agus Yusoff

4. 6.

7.

8.

Bilik: Aras 6, Bilik Seminar I, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Tel: 03-89215711/5827 atau 109-3616949 E-mel: [email protected]

Objektif Kursus dan Hasil Pembelajaran: i. ii. iii.

9.

3. a. Kod Kursus: SKSJ2153 b. Bilangan Kredit: 3 5. Tahap Kursus: Elektif Program

Membolehkan pelajar memahami dan peka terhadap sistem pentadbiran dan perlembagaan negara. Membolehkan pelajar mengetahui tentang undang-undang negara seperti yang terdapat dalam perlembagaan. Membolehkan pelajar mengetahui tentang kuasa mahkamah, suruhanjaya dan agensi-agensi kerajaan dalam mengurus soal keadilan dan pentadbiran negara.

Sinopsis kandungan kursus (seperti dalam buku panduan dan tambahan): Kursus ini bertujuan untuk membincangkan peranan dan tanggungjawab setiap komponen yang terkandung di dalam Perlembagaan Malaysia. Antara lain ia akan membincangkan peranan parlimen, sistem kehakiman dan perundangan serta bidang kuasa kerajaan pusat dan negeri. Selain itu, peranan mahkamah sivil dan mahkamah syariah, isu-isu hak asasi rakyat, kedudukan agama Islam dan Rukunegara seperti yang terdapat dalam perlembagaan akan juga dibincangkan. Di samping itu, kursus ini juga turut membincangkan tanggungjawab setiap menteri dan kementeriannya serta jabatanjabatan di peringkat persekutuan, negeri dan kerajaan tempatan. Kursus ini juga akan membincangkan peranan agensi-agensi kerajaan dan suruhanjaya-suruhanjaya yang dibentuk mengikut perlembagaan. This course provides an overview on Malaysian constitution by discussing the role and responsibilty of its components. The discussion will be on the role of the Parliament, judicial and legislative system as well as the jurisdiction between the federal and state

government. The other aspects covered are the role of civil and syariah courts, human rights issues, the position of Isam and Rkunegara as cited in the constitution. In addition, this course will also discuss the role of ministers and their respected ministries as well as the other agencies at the federal, state and local government levels. This course will also attempt to elaborate government agencies and various commission established by the constitution. 10.

Bahan Pengajaran/Peralatan: • •

11.

LCD/laptop Artikel yang diedarkan Bahan Rujukan (seperti dalam buku panduan dan tambahan):

Abdul Aziz Bari. 2003. Malaysian constitution: a critical introduction. Petaling Jaya: The Other Press. Abdul Aziz Bari. 2005. Politik perlembagaan: suatu perbincangan tentang isu-isu semasa dari sudut perlembagaan dan undang-undang. Kuala Lumpur: Institut Kajian Dasar. Salleh Buang. 2007. Perlembagaan dan pentadbiran. Kuala Lumpur: Dewan Bahsan & Pustaka. Shaikh Mohd Noor Alam et.al. 2007 (pnyt.). Perkembangan undang-uandang di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. Sheridan, L.A & Groves, H.E. 2004. The constitution of Malaysia. Edisi ke-5. Kuala Lumpur: Malayan Law Journal.

12.

Kaedah Pengajaran/Pembelajaran (kuliah, tutoran, kerja kumpulan, kerja lapangan dan lain-lain):

Kuliah, tutorial, kerja kumpulan, penulisan esei, pembentangan dan peperiksaan akhir.

13. Kaedah Penilaian (Sila nyatakan sama ada penilaian berterusan atau peperiksaan formal (pertengahan/akhir) dengan perinciannya) Tugasan Pembentangan dan penyertaan Peperiksaan akhir 14.

-

30% 20% 50%

Tarikh-tarikh penting (tentatif): -

22 November tarikh serah tugasan dan pembentangan.

15. Jadual Pengajaran* Minggu Tajuk 1 Pengenalan: konsep perlembagaan 2 Sejarah pembentukan Perlembagaan Persekutuan: dari zaman kolonial ke Persekutuan Malaysia 3 Kedudukan agama dalam perlembagaan 4 Kebebasan asasi mengikut perlembagaan 5 Kedudukan Yang di-Pertuan Agong dan peranan raja-raja Melayu 6 Kuasa eksekutif dalam pemerintahan negara 7 Peranan parlimen dan proses penggubalan undang-undang 8 Hak istimewa Melayu 9 Pilihan raya di Malaysia 10 Kedudukan mahkamah di Malaysia 11 Peranan suruhanjaya sebagai badan berkecuali dalam pentadbiran negara 12 Kuasa darurat dan tahanan pencegahan 13 Kuasa kerajaan pusat dan negeri 14 Sistem federalisme: peruntukan khas bagi negeri Sabah dan Sarawak

Catatan

16. Soalan Esei Bil

Tajuk

1.

Bincangkan sejarah penggubalan undang-undang merdeka oleh Suruhanjaya Reid. Bincangkan konsep demokrasi berparlimen dan raja perlembagaan. Huraikan fungsi Majlis Raja-raja dan Yang di-Pertuan Agong.

2. 3. 4. 5. 6.

7.

8.

Apakah prinsip jus soli? Mengapakah orang Melayu menolak prinsip ini dari diperkenalkan? Dengan merujuk kepada perlembagaan, bagaimanakah proses persempadanan semula kawasan pilihan raya dijalankan? Dengan merujuk kepada Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan, relevan lagikah ISA sebagai akta tahanan pencegahan dikekalkan? Bincangkan konsep Tanah Simpanan Melayu dan peruntukannya seperti yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan. Huraikan peruntukan-peruntukan penting hak asasi manusia. Sejauh manakah peruntukan ini dipertahankan dalam praktik politik di Malaysia?

Penulis dan Pembentang Esei Zulkifly Hamid dan Mohd Noh Zulkifli Mokhtar, Ahmad Rizalman Muhammad Nazir dan Zailanni Amit Nurazila dan Zaiton Abdullah Siti Fatimah dan Rosmaliza Mohamed Hatta dan Abdul Aziz Azwan Tamin

Mohd Sallehuddin dan Mat Sudin

9.

Bincangkan beberapa peruntukan khas yang diberikan oleh Zainal Sanusi dan perlembagaan kepada negeri Sabah dan Sarawak. Mohd Norsharnusi Mengapakah peruntukan khas ini diberikan kepada negeri berkenaan? 10. Bincangkan perkara-perkara penting yang berkaitan dengan Rozihan dan Abdul pilihan raya seperti yang terdapat dalam Perlembagaan. Rani Perbincangan juga boleh merujuk kepada peruntukan Akta Pilihanraya yang berkaitan. 11. Murtad masih merupakan isu utama dalam hubungan Shafezan dan Linda beragama di Malaysia, sedangkan Perlembagaan telah Ghazali memberi jaminan hak beragama di Malaysia. Bahaskan. 12. Bincangkan peruntukan yang sesuai berkaitan dengan Gaure Perumal dan kedudukan istimewa Melayu seperti yang terdapat dalam Yap Hiu Hsien Perlembagaan Persekutuan. 13 Huraikan peranan suruhanjaya di Malaysia. Perbincangan Mohd Faizal anda hendaklah merujuk kepada peruntukan yangs esuai dalam perlembagaan. 14 Bincangkan jenis dan kuasa mahkamah seperti yang terdapat Mohammad dalam Perlembagaan. Khairul Esei hendaklah ditulis mengikut gaya UKM dengan menggunakan Font Times New Roman, 12 point dan langkau 1.5 baris. Panjang esei hendaklah di antara 15-20 muka surat. Esei hendaklah ditulis secara individu dan hendaklah diserahkan untuk pemeriksaan pada 22 November 2009. Penyerahan esei selepas dari tarikh ini tidak akan diterima. Ambil perhatian bahawa semua pelajar hendaklah membentangkan esei masing-masing pada pertemuan 22 November 2009. Bagi tajuk yang ditulis oleh lebih dari seorang, perbincangan dan penyelarasan perlulah dilakukan supaya hanya seorang pelajar sahaja membentangkan tajuk masing-masing. Markah pembentangan akan diberikan mengikut kumpulan. Peringatan: Plagiarisme adalah satu kesalahan akademik yang besar. Sesiapa yang didapati memplagiat hasil kerja orang lain tanpa menyatakan sumber rujukan asal tidak akan diberi sebarang markah.

17. Disediakan oleh: _______________________ Tandatangan: __________________

Diperakukan oleh: _____________________ Tandatangan: __________________ (Pengerusi Pusat) Tarikh: ____________________

Related Documents


More Documents from "denixng"