Bincangkan Perkara-perkara Penting Yang Berkaitan Dengan Pilihan Raya

  • Uploaded by: Mohd Noh bin Md. Yunus
  • 0
  • 0
  • July 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bincangkan Perkara-perkara Penting Yang Berkaitan Dengan Pilihan Raya as PDF for free.

More details

  • Words: 4,370
  • Pages: 18
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

SKSJ2153 KERAJAAN DAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA

TAJUK TUGASAN BINCANGKAN PERKARA-PERKARA BERKAITAN DENGAN PILIHAN RAYA SEPERTI YANG TERDAPAT DALAM PERLEMBANGAAN. PERBINCANGAN JUGA BOLEH MERUJUK KEPADA PERUNTUKAN AKTA PILIHANRAYA YANG BERKAITAN.

NAMA PELAJAR: ABDUL RANI HASHIM NO PENDAFTARAN : GB00749 PROGRAM : SARJANAMUDA SAINS SOSIAL DENGAN KEPUJIAN (PENGAJIAN SAINS POLITIK)

PENDAHULUAN. Semenjak mencapai kemerdekaannya pada 31 Ogos 1957 Malaysia telah melaksanakan pentadbiran Negara berlandaskan kepada sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan. Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong yang dilantik dari kalangan Raja-Raja Melayu merupakan ketua Negara Malaysia Manakala Perdana Menteri adalah ketua kerajaan yang dilantik dari kalangan rakyat yang dipilih menjadi ahli Dewan Rakyat. Berdasarkan

kepada

sistem

pemerintahan

demokrasi

berparliman

dan

Raja

berperlembagaan. Pembentukan kerajaan dibuat berdasarkan kepada pilihan majority rakyat melalui proses pilihanraya yang diadakan setiap lima tahun. Malaysia sebuah Negara demokrasi berasakan kepada sistem persekutuan. Pemilihan yang dibuat dalam pilihan raya di Malaysia adalah untuk memilih 2 peringkat kerajaan

iaitu kerajaan

persekutuan dan kerajaan negeri. Pilihan Raya merupakan cirri utama dalam system demokrasi berpelembangaan, maka kedua-dua peringkat kerajaan tersebut dibentuk berdasarkan kepada pilihan rakyat melalui pilihanraya. Pembentukan kerajaan di peringkat persekutuan dibuat oleh parti yang memenangi mejoriti kerusi parlimen atau Dewan Rakyat dalam pilihan raya umum. Begitu juga dengan pembentukan kerajaan Negeri, pembentukannya juga dibuat oleh parti yang memenagi mejoriti kerusi pilihan raya diperingkat Dewan Undangan Negeri. Semenjak 52 tahun

Malaysia telah melaksanakan sistem pemerintahan Demokrasi

berparliman dan Raja berperlembangaan. Ini bermakna Malaysia telah melalui sebanyak duabelas pilihan raya umum. Sistem Demokrasi di Malaysia terus kukuh sebagai satu sistem yang memberi keadilan dari aspek sivil dan politik kepada semua rakyat yang terdiri dari pelbagai bangsa. Melalui sistem demokrasi yang diamalkan itu membolehkan semua lapisan rakyat melibatkan diri dalam urusan pentadbiran Negara. Penyertaan rakyat dalam pentadbiran Negara boleh dibuat samada sebagai calon atau sebagai pemilih dalam pilihan raya.

Malaysia mengamalkan sistem politik pelbagai parti yang bertanding dalam pilihan raya bagi membentuk kerajaan persekutuan ataupun kerajaan negeri. Setakat ini Malaysia mempunyai sebanyak 222 kerusi Dewan Rakyat iaitu diperingkat persekutuan manakala diperingkat negeri atau Dewan Undangan Negeri terdapat sebanyak 576 kerusi yang dipertandingkan. SURUHANJAYA PILIHAN RAYA Pengendalian pilihan raya di Malaysia adalah dibawah sebuah badan yang dinamakan Suruhanjaya Pilihan Raya. Penubuhan Suruhanjaya Pilihan Raya ini dibuat sepertimana yang termaktub didalam perlembangaan Malaysia. Tun Suffian (1971) Sepertimana perlantikan Suruhanjaya Pilihan Raya dibawah Perkara 114. Keanggotaaan Suruhanjaya Pilihan Raya yang terdiri daripada seorang pengerusi, seorang timbalan pengerusi dan lima orang anggota lain. Mereka dilantik oleh Seri Paduka Yang Dipertuan Agong setelah mendapat perkenan dari Majlis Raja-Raja. Dalam Fasal (4) berhubung dengan hilang kelayakan seseorang anggota Suruhanjaya Pilihn Raya. Anggota Suruhanjaya Pilihan Raya mempunyai akan terhenti dari jawatan yang disandang apabila mereka mencapai umur enam puluh lima tahun. Dalam tempoh perlantikan mereka boleh meletak jawatan dengan menghantar surat kepada Yang Dipertuan Agong dan pemecatan mana-mana anggota Suruhanjaya hanya boleh dibuat melalui prosidur yang sama seperti seorang hakim Makamah Persekutuan. (Tun Suffian,1971)Tambahan kepada Fasal (4) fasal (4A) Menyentuh tentang kehilangan kelayakan seseorang anggota Suruhanjaya Pilihan Raya. Seseorang anggota akan hilang kelayakan dalam menyandang jawatan apabila didapati memegang jawatan dalam manamana organisasi atau syarikat kecuali organisasi sukarela atau badan kebajikan yang tidak mendapat apa-apa ganjaran atau faedah peribadi dari jawatan tersebut. Manakala dibawah Fasal (3) Yang Dipertuan Agong boleh melucutkan jawatan manamana anggota Suruhanjaya jika didapati : •

Berada dalam keadaan bankrap.



Memegang apa-apa jawatan lain yang berbayar.



Menjadi Ahli Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.

Dalam tempoh perkhidmatan anggota Suruhanjaya Pilihan Raya mereka berkelayak mendapat pelbagai faedah yang diluluskan oleh parlimen dan mereka juga mempunyai kelayakan untuk mendapat cuti dari Yang Dipertuan Agong. Perlembagaan persekutuan juga melindungi hak anggota Suruhanjaya Pilihan Raya yang mana saran dan terma tidakboleh diubah menjadi kurang baik oleh mana-mana pihak. KUASA SURUHANJAYA PILIHAN RAYA Peranan Suruhanjaya Pilihan Raya tidak terhad kepada urusan pengendalian proses pilihanraya sahaja. Bidang kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya boleh dikelaskan sebagai besar. Tugas dan tanggung jawab Suruhanjaya Pilihan Raya meliputi peringkat mewujudkan serta menjaga daftar pemilih, mengkaji semula persempadanan bahagian pilihan raya dan sehingglah kepada mengendalikan proses pilihan raya. Bantuan Kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Lima orang anggota Suruhanjaya Pilihan Raya tidak mampu untuk mengendalikan proses pilihan raya seluruh Negara sekiranya tidak dibantu satu pasukan yang mantap. Perlembangaan Malaysia dibawah Perkara 115 , berkaitan dengan bantuan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya bagi melancarkan perjalanan fungsi dan tanggung jawabnya. Tun Suffian (1971) Di bawah Perkara 115, Suruhanjaya Pilihan Raya boleh mengambil sejumlah pekerja dengan syarat dan terma yang ditentukan olehnya selepas mendapat persetujuan Yang Dipertuan Agong. Disamping itu Suruhanjaya Pilihan Raya juga mempunyai kuasa untuk mendapatkan bantuan dari mana-mana pihak berkuasa awam dalam urusan pengendalian pilihan raya. Bantuan yang dimaksudkan itu termasuk penggunaan tenaga kerja dan aset serta kemudahan perlatan yang dimiliki oleh pihak berkuasa awam berkenaan. Bantuan seumpama itu boleh diperolehi oleh Suruhanjaya pilihan raya baik diperingkat pusat mahupun negeri tanpa dikenakan sebarang caj.

Bahagian Pilihan Raya Fasal 116, berhubung dengan bahagian pilihan raya persekutuan dan Fasal 117, berkaitan dengan bahagian pilihan raya Negeri. Dalam menjalankan fungsi dan tugasnya Suruhanjaya Pilihan Raya juga boleh mencadangkan pensempadanan bahagian pilihan raya sepertimana yang disebut dalam fasal (1) perkara 113. Suruhanjaya boleh mendapatkan nasihat dua orang pegawai kerajaan persekutuan yang mempunyai pengetahuan mengenai topografi dan taburan penduduk bagi menjalankan kajian berkaitan persempadanan bahagian pilihan raya. Bahagian Pilihan Raya persekutuan ( Tun Sufian,1971). (http://ms. Wikipedia.org) Dalam sistem Pilihan raya seperti mana yang diamalkan oleh Malaysia, seseorang calon yang bertanding adalah mewakili penduduk-penduduk di sesuatu bahagian. Bahagian pilihan raya tersebut meliputi bahagian pilihan raya Parlimen dan bahagian pilihan raya Dewan Undangan Negeri. Sehingga kini terdapat sebanyak 222 bahagian atau kerusi bagi Dewan Rakyat atau Parlimen dan sebanyak 567 kerusi atau bahagian pilihan raya bagi kesemua Dewan Undangan Negeri. UNDANG-UNDANG PILIHAN RAYA Malaysia merupakan diantara Negara yang terbaik di dunia dalam perlaksanaan sistem demokarasi. Ini kerana bagi memastikan proses pilihan raya berjalan dengan lancar dan sistematik beberapa peraturan dan undang-undang telah digubal. Walaupun terdapat pelbagai peraturan atau undang-undang yang digubal, Perlembangaan persekutuan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi dasar dalam peraturan pilihan raya. Tun Sufifan (1971) Undang-undang selain Perlembangaan Malaysia yang berkaitan secara langsung dengan pilihan raya ialah Akta Suruhanjaya Pilihan Raya 1957, Akta Pilihan Raya 1954, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Peraturan-peraturan (perjalanan Pilihan Raya) Pilihan Raya 1981, Peraturan-peraturan (Pendaftaran Pemilih) Pilihan Raya 2002 dan peraturan-peraturan (mengundi Melalui Pos) Pilihan Raya 2003. Seterusnya undang-undang yang diguna pakai secara tidak langsung dalam pilihan raya adalah bertujuan untuk memastikan agar pilihan raya tidak dicemari dengan pelbagai aktiviti

yang menyalahi undang-undang. Undang-undang yang diguna secara tidak lansung tersebut ialah Akta Rahsia Rasmi 1972, Akta Polis 1962, Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 dan Akta Hasutan 1970. Undang-undang tersebut diperlukan dalam memastikan perjalanan pilihan raya itu benarbenar bersih, telus dan adil. Disamping itu undang-undang yang digubal tersebut juga bertujuan menjamin keselamatan dan menjaga ketemteraman awam agar terpelihara ketika proses pilihan raya dijalankan. Sekiranya tiada undang-undang yang berkaitan yang boleh mengawal pada sebelum, ketika, dan selepas pilihan raya, berkemungkinan wujud keadaan yang tidak terkawal yang boleh menimbulkan suasan yang tidak tenteram dan boleh menimbulkan mengamcam keselamatan dalam Negara. Malaysia boleh di kategorikan antara Negara di dunia yang mempunyai peraturan dan undang-undang pilihan raya yang lengkap. PILIHAN RAYA MENURUT PERLEMBAGAAN MALAYSIA Perlembagaan Malaysia adalah merupakan undang-undang tertinggi yang diguna pakai dalam proses pengendalian pilihan raya. Perlembagaan negeri atau undang-undang tubuh negeri menjadi dasar undang-undang pilihan raya selagi mana perlembagaan negeri itu tidak mempunyai percangahan dengan perlembagaan persekutuan, Perlembagaan Malaysia merupakan undang-undang yang diguna pakai secara langsung dalam pengendalian pilihan raya. Pengendalian Pilihan Raya (http://ms.wikipedia.org) Perkara 113. perlembagaan Malaysia menjelaskan tentang perjalanan pilihan raya. Sepertimana fasal (1) bagi mengendalikan urusan yang berkaitan dengan pilihanraya maka hendaklah ditubuhkan sebuah Suruhanjaya Pilihan Raya. Suruhanjaya Pilihan Raya yang ditubuh tersebut sepertimana Perkara 114, adalah tertakluk kepada peruntukan undang-undang persekutuan. Suruhanjaya Pilihan Raya berfungsi mengendalikan

pilihan raya bagi pemilihan wakil ke Dewan Rakyat dan

Dewan-Dewan Undang Negeri. Suruhajaya tersebut juga bertangungjawab untuk menyedia dan menyemak daftar pemilih bagi kegunaan sewaktu pilihan raya. Ini bererti

bahawa pengendalian pilihan raya serta menyediakan daftar pengundi yang telah disemak di seluruh Negara adalah terletak dibawah bidang kuasa Suruhanjaya pilihan raya sepenuhnya. Suruhanjaya Pilihan raya juga berperana dalam membuat kajian semula jika diperlukan terhadap pembahagian kawasan-kawasan pilihan raya seperti mana yang terkandung dalam fasal (2)(i) Tertakluk kepada perenggan (ii). Suruhanjaya Pilihan Raya hendaklah dari semasa ke semasa sebagaimana yang difikirkannya perlu, mengkaji semula pembahagian persekutuan dan negeri-negeri kepada bahagian pilihan raya dan mengesyorkan apa-apa perubahan mengenainya yang difikirkannya perlu supaya dipatuhi peruntukan yang terkandung dalam jadual ketiga belas. Kajian semula bahagian-bahagian pilihan raya bagi maksud pilihan raya ke Dewan-Dewan Undangan hendaklah dijalankan pada masa yang sama dengan kajian semula bahagian-bahagian pilihan raya bagi maksud pilihan raya Dewan Rakyat. Namun begitu pembahagian semula kawasan-kawasan pilihan raya ini tidak boleh dibuat dalam tempoh masa yang pendek sepertimana dalam perkara (ii) Maka hendaklah ada lat tempoh tidak kurang dari lapan tahun antara tarikh siapnya satu kajian semula, dengan tarikh bermulanya kajian semula yang kemudiannya, dibawah Fasal ini. Seterusnya sesuatu kajian pindaan yang dijalankan itu tidak boleh dibuat dalam jangka masa yang begitu lama sepertimana dalam perkara (iii) Kajian semula dibawah perenggan (i) hendaklah disiapkan dalam tempoh yang tidak melebihi dua tahun dari tarikh bermulanya kajian semula itu. Apabila wujud keadaan dimana pertambahan bilangan penggundi di sesuatu kawasan itu berlaku dengan begitu pesat atau berlakunya lain-lain perkara yang memerlukan kajian semula persempadanan semula kawasan pilihan raya maka hendaklah dirujuk fasal (3). Jika sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya berpendapat bahawa seandainya sesuatu keadaan yang berlaku itu dan tertakluk dibawah undang-undang yang digubal di bawah Perkara 2 kajian semula yang juga disebut dalam fasal (2), perlu dijalankan maka Suruhanjaya itu hendaklah berbuat sedemikian selepas lapan tahun atau lebih telah berlalu selepas kajian semula yang terakhir dijalankan dibawah Fasal itu.

Tun Suffian (1971)Dalam Fasal (3A)(1) jika bilangan ahli yang dipilih bagi Dewan Rakyat diubah berikutan dengan apa-apa pindaan kepada Perkara 46, atau bilangan ahli dipilih bagi Dewan Undangan sesuatu Negeri diubah berikutan dengan suatu undangundang yang diperbuat oleh Badan Perundangan sesuatu Negeri, Suruhanjaya Pilihan Raya hendaklah tertakluk kepada Fasal (3B), menjalankan kajian semula pembahagian kawasan yang tersentuh dengan pengubahan itu kepada bahagian pilihanraya persekutuan atau Negeri mengikut mana-mana yang berkenaan. Kajian semula yang dijalan itu hendaklah disiapkan dalam tempoh tidak melebihi dari dua tahun dari hari pertama tarikh kuat kuasa undang-undang yang berkaitan. Merujuk perenggan (ii) Kajian semula di bawah perenggan (i) tidaklah menyentuh lat tempoh yang diperuntukkan di bawah perenggan (ii) Fasal (2) berkenaan dengan kajian semula di bawah perenggan (1) fasal itu.Perenggan (iii) pula menjelaskan peruntukan Jadual Ketiga Belas hendaklah terpakai bagi kajian semula di bawah Fasal ini, tetapi tertakluk kepada apa-apa ubah suaian yang difikirkan perlu oleh Suruhanjaya Pilihan Raya. Tun Suffian (1971) Fasal (3B) pula menyatakan jika sekiranya berlaku pindaan kepada perkara 46 atau sekiranya suatu undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan sesuatu Negeri sebagaimana yang disebut dalam perenggan (i) fasal (3A) mula berkuat kuasa selepas lapan tahun selepas dari tarikh siapnya kajian semula yang terakhir di bawah fasal (2) dan Suruhanjaya Pilihan Raya berpendapat bahawa sekali lagi perlu dijalankan suatu kajian semula di bawah fasal (2) maka dengan itu berdasarkan kepada perlembagaan Suruhanjaya Pilihan Raya tidak boleh menjalankan kajian sepertimana yang diperuntukan dibawah perenggan (i)fasal (3A) tetapi kajian semula tersebut boleh dijalankan semula sepertimana dibawah fasal (2). Dalam mengendalikan kajian semula perlu mengambil kira mana-mana kawasan yang tersentuh berikutan dengan pindaan atau undang-undang yang disebut dalam perenggan (i) fasal (3A). Berdasarkan kepada perlembagaan persekutuan sepertimana yang terkandung dalam fasal (4) Undang-undang persekutuan atau negeri boleh memberi kuasa kepada Suruhanjaya Pilihan Raya untuk menjalankan pilihan raya kecil selain pilihan raya umum yang disebut dalam fasal (1).

Sebagai sebuah badan yang bebas Suruhanjaya Pilihan Raya mempunyai kuasa yang sah dalam membuat peraturan atau kaedah-kaedah terutamanya untuk menjaga kewibawaa, peranan dan fungsi Suruhanjaya. Peraturan atau kaedah-kaedah yang dikuat kuasakan tersebut adalah tertakluk kepada peruntukan undang-undang persekutuan. Mencabar Keputusan Pemilihan Sepertimana yang terkandung dabawah perkara 118, keputusan dalam sesuatu pilihan raya samada bagi Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri boleh dicabar. Mencabar keputusan pimilihan tersebut hendaklah dibuat melalui petisyen pilihan raya yang dikemukakan kepada Makamah Tinggi yang memounyai bidang kuasa di tempat pilihan raya itu diadakan didalam masa 21 hari selepas tarikh keputusan pilihan raya disiarkan dalam warta. Manakala perkara 118A, ialah cara mempersoalkan petisyen pilihan raya mengenai tidak adanya pemilihan. Petisyen pilihan raya dan Makamah Tinggi boleh membuat sebarang perintah yang difikirkannya patut menganainya untuk memaksa suatu pemilihan dibuat. Kegagalan membuat pemilihan dalam tempoh yang dinyatakan oleh perkara 54 atau 55 oleh peruntukan yang sama dalam perlembagaan mana-mana negeri. Kelayakan Sebagai Pemilih Dalam perkara 119, dinyatakan tentang kelayakan seseorang untuk mengundi dalam pilihan raya. Perkara utama untuk melayakkan seseorang itu sebagai pemilih ialah ia mestilah seorang wargan Negara Malaysia dan terlebih dahulu telah mendaftar sebagai pemilih yang sah dengan Suruhanjaya Pilihan Raya apabila telah mencapai umur dua puluh satu tahun. Seterusnya dalam keadaan bagaimana seseorang pemilih itu hilang kelayakan dan tidak boleh menjadi pemilih dalam sesuatu pilihan raya. Keadaan dimana seseorang pemilih itu hilang kelayakannya apabila: 1. Pada tarikh kelayakan, ditahan kerana tidak siuman atau sedang menjalani hukuman penjara.

2. Sebelum tarikh kelayakan, telah didapati bersalah dan dihukum mati atau penjara melebihi 12 bulan dan masih menjalani hukuman pada tarikh kelayakan. 3. Telah memperolehi kerakyatan asing. PROSES PILIHAN RAYA Di Malaysia Pilihan Raya Umum diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran parlimen. Pembubaran Parlimen juga akan diikuti oleh Pembubaran Dewan Undangan Negeri kecuali Dewan Undangan Negeri Sarawak. Manakala Pilihan Raya Kecil “By Election“ sama ada diperingkat Parlimen mahupun di peringkat Dewan Undangan Negeri juga diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan kerusi yang dilaporkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya. Kekosongan kerusi ini berlaku sama ada oleh kematian, perletakan jawatan atau seseorang Ahli Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri itu hilang kelayakan sepertimana dibawah perkara 48 Perlembangaan Malaysia. Berdasarkan kepada perlembagaan Malaysia pilihan raya ditetapkan setiap lima tahun sekali. Namun begitu pada praktisnya pilihan raya diadakan lebih awal iaitu diantara tiga ke empat tahun sekali. Ini bermakna kerajaan yang memerintah tidak menunggu sehingga genap tepoh lima tahun yang ditetapkan itu. Sesuatu pilihan raya yang diadakn itu melalui pelbagai peringkat proses sepertimana yang terdapat dalam perlembagaan Malaysia dan juga peraturan yang terkandung didalam undang-undang pilihan raya. Pilihanraya Umum atau pilihan raya kecil bermula dengan pengeluaran writ pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya kepada pegawai pengurus. Pada masa yang sama satu notis akan diwartakan bagi menetapkan tarikh penamaan calon dan tarikh mengundi. Hari Penamaan Calon Suruhanjaya Pilihan Raya mempunyai kuasa mutlak untuk menetapkan tarikh penamaan calon dalam sesuatu pilihan raya. Hari penamaan calon merujuk kepada hari yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya calon-calon yang akan bertanding untuk megemukakan kertas-kertas penamaan bagi menentukan sama ada calon-calon tersebut

layak untuk bertanding atau tidak. Kertas-kertas penamaan calon tersebut mestilah dikemukakan kepada pegawai pengurus pada jam 9.00 sehingga jam 10.00 pagi sahaja. Kertas penamaan calon tersebut boleh dikemukakan oleh calon, pencadang, atau penyokong atau salah seorang dari mereka. Setelah diterima oleh pegawai pengurus kertas penamaan calon tersebut akan disemak bagi memastikan butiran yang diperlukan dalam kertas pencalonan tersebut diisi dengan tepat. Sekiranya terdapat kesilapan mengisi atau butiran yang diperlukan tidak lengkap maka kertas pencalonan tersebut akan ditolak oleh pegawai pengurus pilihan raya. Setelah disemak dan diterima dalam proses penamaan calon, kertas penamaan tersebut akan dipamerkan kepada umum dari jam 10.00 sehingga jam 11.00 pagi. Tujuan kertas penamaan calon tersebut dipamerkan ialah untuk memberi ruang dan peluang agar orang ramai membuat semakan dan membuat bantahan sekiranya ada. Tun Suffian (1971) Kelayakan seseorang calon untuk bertanding sepertimana yang terdapat peraturan-peraturan pilihan raya (Perjalanan Pilihan Raya ) 1981 dan perkara 48 Perlembagaan Malaysia. Perkara 48 Perlembangaan Malaysia memperuntukan bahawa syarat kelayakan seseorang calon untuk bertanding dalam pilihan raya parlimen dan perenggan kelima jadual kelapan perlembagaan Malaysia menyatakan kelayakan seseorang Dewan Undangan Negeri . Seseorang calon layak bertanding dalam manamana pilihn raya jika memenuhi syarat berikut: 1. Menjadi Warganegara yang sah 2. Mempunyai otak dan fikiran yang waras atau Tidak Gila. 3. Bukan seorang yang bankrap dan yang belum dilepaskan. 4. Tidak dijatuhi hukuman oleh mana-mana makamah di Malaysia dengan hukuman penjara tidak kurang setahun dan denda tidak kurang dari dua ribu atau yang belum mendapat pengampunan. 5. Tidak memegang sesuatu jawatan yang berkepentingan atau yang mendapat bayaran.

Selepas tempoh penamaan calon dan tempoh bantahan pada hari penaman calon sekiranya terdapat keadaan dimana hanya seoranag calon sahaja yang layak bertanding. Maka Suruhanjaya Pilihan Raya boleh mengistiharkan bahawa calon yang diterima pencalonannya itu sebagai menang tanpa bertanding. Sekiranya terdapat lebih dari seorang calon yang bertanding pihak Suruhanjaya Pilihan Raya akan membuat pengistiharan nama calon dan perti yang bertanding. (Akta Pilihan Raya 1958)Calon-calon yang bertanding dimestikan meletakkan wang pertaruhan sebanyak RM 10,000.00 bagi kerusi Parlimen dan RM 5,000.00 bagi kerusi Dewan. Wang pertaruhan tersebut perlu diserahkan kepada pegawai pengurus berserta dengan kertas pencalonan pada hari penamaan calon diadakan. Calon yang bertanding akan kehilangan wang pertaruhan tersebut sekiranya gagal memperolehi 1/8 dari jumlah undi yang diperolehi oleh semua calon yang bertanding. Dalam pilihan raya Parlimen atau pilihan raya Dewan undangan Negeri seseorang calon yang bertanding mewakili sesuatu parti politik boleh menggunakan lambang parti tersebut dengan mendapat kebenaran bertulis dari ketua parti tersebut. Manakala calon yang bertanding tidak mewakili mana-mana parti atau sebagai calon bebas calon tersebut perlu memilih mana-mana symbol atau lambing yang disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya. Penggunaan symbol atau lambing ini penting kerana ia akan dicetak di atas kertas-kertas undi. Kempen Pilihan Raya Selepas proses penamaan calon selesai dilalui dan diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya sebagai calon yang bertanding maka kempen boleh dijalankan. Suruhanjaya Pilihan Raya mempunyai peraturan-peraturan khas untuk parti politik atau calon pilihan raya itu untuk berkempen seperti Akta Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan ) 2002. Tempoh kempen yang biasa ditetapkan oleh Sruhanjaya Pilihan Raya adalah diantara seminggu ke dua minggu. Berkempen hanya boleh dimulakan selepas selesai proses penamaan calon dan ditamatkan pada jam 12.00 tengah malam sebelum hari mengundi.

Bagi memastikan proses pilihan raya berjalan lancar Suruhanjaya Pilihan Raya mempunyai kuasa dibawah perkara 3(5) Akta Pilihan Raya 1958 dan perkara 27 A Akta kesalahan Pilihan Raya 1954 untuk melantik Pegawai Penguat Kuasa dan membentuk satu atau lebih pasukan penguat kuasa di setiap bahagian pilihan raya jika perlu. Pasukan penguat kuasa ini dianggotai oleh pegawai penguat kuasa yang dilantik oleh Suruhanjaya Pilihan Raya. Penguat Kuasa ini terdiri daripada seorang wakil Ibu Pejabat Polis Daerah, seorang wakil dari pihak berkuasa tempatan dan seorang wakil dari tiap-tiap parti atau calon yang bertanding. (http://ms.wikipedia.org) Pasukan penguat kuasa ini bertanggungjawab kepada Pegawai Pengurus. Tugas pasukan ini untuk membuat pantauan keatas bahan-bahan kempen, ceramaah-ceramah pilihn raya dan perhimpunan umum. Pantauan yang dibuat oleh pasukan penguat kuasa ini bagi memastikan peruntukan dibawaah undang-undang pilihan raya tidak dilanggari. Suruhanjaya Pilihan Raya juga menubuhkan jawatankuasajawatankuasa di peringkat Pusat, Negeri atau bahagian-bahagian pilihan raya bagi memberi penerangan kepada parti-parti politik, calon-calon atau ejen-ejen serta petugaspetugas parti mengenai undang-undang dan peraturan pilihan raya. (Akta Polis 1967) Setiap calon atau parti politik yang bertanding diwajibikan mematuhi undang-undang ketika mereka berkempen. Bilamana sesuatu parti politik yang bertanding itu ingin mengadakan perhimpunan di tempat awam bagi tujuan berkempen mereka perlu mendapatkan permit polis sepertimana dibwah seksyen 27 akta polis 1967. Seksyen 27 akta polis 1967 jelas meminta supaya sebarang perhimpunan yang hendak dibuat hendaklah mendapat permit polis. Sewaktu berkempen calon-calon atau parti-parti politik juga tertakluk dibawah akta keselamatan dalam negeri dan juga akta hasutan. Dalam keghairahan calon-calon berkempen mereka sama sekali tidak boleh menggunakan isuisu yang boleh mendorong rakyat memberontak dan seterusnya menimbulkan keadaan huru-hara sehingga menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam.

Hari Mengundi Hari mengundi adalah dimana semua pemilih membuat pilihan mereka melalui proses membuang undi. Secara rasminya hari mengundi bermula selepas jam 12.00 tengah malam hari terakhir berkempen dan berakhir dengan pengumuman pilihan raya. Namun begitu waktu membuang undi adalah ditetapkan dari jam 8.00 pagi sehingga jam 5.00 petang. Tempoh masa mengundi ini adalah sama sepertimana yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya bagi seluruh Negara. Bagi kawasan pendalaman unit-unit bergerak digunakan bagi memastikan kelancaran proses membuang undi. Salain dari itu waktu membuang undi mungkin berbeza antara daerah seperti di kawasan pendalaman Sabah dan Sarawak. Ini kerana kesukaran untuk sampai kekawasan pengundi yang kedudukanya begitu jauh dan jalan perhubungan hanya melalui sungai sahaja. Tempat-tempat membuang undi selalunya dibuat disekolah-sekolah, balai raya atau dewan orang ramai. Sebagaimana yang terkandung dalam Akta 19 Akta Kesalahan Pilihan Raya dibahagian V dibawah seksyen 14 Penggunaan sekolah dan bangunan dan premis awam sebagai tempat mengundi. Bedasarkan kepada akta tersebut Suruhanjaya Pilihan Raya boleh menggunakan secara percuma sebagai tempat mengundi mana-mana sekolah atau mana-mana bangunan atau premis awam yang lain atau mana-mana bahaginnya. Di kawasan tempat mengundi juga dibuat pengasingan seperti tempat menyemak daftar pengundi dengan tempat memangkah undi dan seterusnya tempat kotak atau peti undi diletakkan. Setiap peringkat proses mengundi ini diasingkan bagi mengelak berlakunya kesesakan terutamanya pada waktu puncak. Di samping itu pengasingan ini bertujuan untuk memudahkan kawalan dijalankan. Di tempat membuang undi ini akan dipasangkan dengan pelbagai poster bagi memudahkan para pengundi. Poster-poster yang dipasang tersebut juga mengandungi peraturan dan arahan untuk pengundi ikuti atau patuhi. Poster-poster tersebut berbentuk

arahan seperti jangan bising, sila beratur dan sebagainya. Berdasarkan kepada undangundang tidak membenarkan sebarang sepanduk atau poster parti dipasang dalam kawasan pesekitaran tempat membuang undi. Undang-undang tersebut juga menegah mana-mana orang atau ejen calon atau calon membawa atau memakai lambang parti masing-masing ke dalam kawasan tempat membuang undi melebihi saiz yang dibenarkan. Berdasarkan kepada akta 19 Akta kesalahan Pilihan Raya 1958 dibawah bahagian V perjalanan pilihan raya merujuk seksyen 13 perenggan (2) Tiap-tiap orang yang mengundi dalam sesuatu pilihan raya hendaklah membuang undinya dengan menggunakan sekeping kertas undi yang ditandakan olehnya bagi menunujukkan undinya, dan dimasukkan olehnya ke dalam suatu peti undi terjamin selamat, yang diperuntukkan bagi maksud itu, mengikut apa-apa cara yang menjadi undi itu rahsia.Dengan syarat bahawa mana-mana orang yang mengundi itu buta atau tidak dapat membaca, maka dia boleh memberikan undinya mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditetapkan. PENGIRAAN UNDI Pengiraan undi dijalankan oleh Ketua tempat Mengundi di tempat mengundi atau di satu pusat pengiraan undi yang telah ditetapkan. Undi pos bagi sesuatu bahagian pilihan raya dikira oleh Pegawai pengurus di pusat pengiraan undi yang ditetapkan. Semasa proses pengiraan undi dijalankan hanya orang-oarang yang dibenarkan sahaja yang boleh memasuki tempat mengira undi. Mereka yang dibenarkan ialah •

Ahli-hli dan pegawai Suruhan jaya Pilihan Raya



Pegawaai yang dilantik oleh Suruhanjaya Pilihan Raya



Calon, wakil dan ejen mengira undi

Kehadiran ejen-ejen calon adalah untuk memastikan pengiraan undi dijalankan mengikut proses sepertimana yang ditetapkan oleh undang-undang dan peraturan dan bagi memastikan

urusan pengiraan undi itu betul, adil dan telus. Selepas selesai proses

pengiraan undi di tempat-tempat mengundi dan pusat pengiraan undi, keputusankeputusan pengundian dikemukakan kepada pegawai Pengurus di pusat penjumlahan undi. Pegawai Pengurus akan menjumlahkan semua undi termasuklah undi pos untuk

menentukan pemenang. Proses tersebut dibuat sebagaimana yang terkandung didalam Akta 19 Akta Kesalahan Pilihan Raya bahagian V dibawah seksyen 13 perenggan (1) Tertaluk kepada Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta5) calon bagi sesuatu bahagian pilihan raya yang mendapat bilangan undi sah yang terbesar daripada pemilih bahagian pilihan raya itu hendaklah disifatkan sebagai ahli yang dipilih bagi bahagian pilihan raya itu. Pegawai Pengurus bagi sesuatu bahagian pilihan raya itu akan mengistiharkan calon yang mendapat undi majority sebagai pemenag atau calon yang terpilih bagi bahagian pilihan raya berkenaan (http://ms.wikipedia.org). SELEPAS PILIHANRAYA Selepas proses pilihan raya selesai dijalankan semua calon-calon yang bertanding adalah bertanggungjawab untuk menurunkan semua poster yang ditampal. Mereka diberi masa untuk menjalankan kerja-kerja penurunan poster tersebut dalam masa dua minggu selepas tarikh pilihan raya dijalankan. Sekiranya poster-poster tersebut gagal diturnkan pikah berkuasa tempatan akan bertindak menurunkan poster tersebut dan akan mengemukakan tuntutan bayaran kepada parti atau calon kos kerja-kerja menurunkan poster tersebut ini sebagaimana yang terkandung dalam peruntukan undang-undang majlis dan kerajaan tempatan. Setiap calon yang bertanding adalah berkewajipan untuk mengemukakan penyata perbelanjaan yang dibuat dalam pilihan raya yang telah dijalankan. Seseorang calon pilihan raya dewan rakyat atau parlimen yang bertanding adalah layak untuk berbelanja dalam kempen pilihan raya adalah sebanyak RM 200,000.00. Manakala seseorang calon yang bertanding bagi pilihan raya kerusi Dewan Undangan Negeri berkelayakan untuk berbalanja wang dalam pilihanraya tersebut adalah sebanyak RM 100,000.00. Laporan perbelanjaan wang bagi pilihan raya hendaklah dihantar kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri dalam tempoh 31 hari selepas tarikh keputusan pilihan raya disiarkan dalam warta. Kegagalan untuk mengemukakan penyata perbelanjaan pilihan raya dalam tempoh yang ditetapkan merupakan satu keslahan dibawah akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Penyimpanan kertas-kertas undi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya merupakan salah satu tanggung jawab penting. Kertas undid an termasuk dokumen lain yang berkaitan pilihan raya tersebut mestilah disimpan di dalam peti atau peti-peti khas dan dikunci dengan disaksikan oleh ejen-ejen calon. Peti-peti khas tersebut disimpan dibawaaah pengawasan Pegawai Pengurus selama 6 bulan. Manakala Pengarah Pilihan raya Negeri akan menyimpan daftar pemilih yang telah ditandakan dan juga ‘counter foils’. Ini adalah bagi menjamin kerahsian undi. Peti-peti itu hanya boleh boleh dibuka atas arahan Hakim Mahkamah Tinggi sekiranya ada petisyen. Selepas tempoh 6 bulan Pegawai Pengurus Pilihan Raya selepas mendapat kelulusan Suruhanjaya Pilihan Raya boleh melupuskan kertas-kertas undi bersama-sama dengan dokumen-dokumen berkenaan. Pegawai Pengurus seterusnya perlu mengemukakan sijil pelupusan kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri. PENUTUP Proses pilihan raya di Malaysia adalah yang terbaik berdasarkan kepada peruntukan undang-undang yang berkiatan. Undang-undang dan peraturan yang digunakan tersebut adalah bertujuan untuk memastikan bahawa proses pilihan raya yang dijalankan adalah bebas, adil dan telus. Proses Pilihan Raya yang bersih, bebas, adil dan telus ini penting sebagai asa kepada kesetabilan sistem demokrasi yang menjadi tunjang kepada system pemerintahan Negara Malaysia. Melalui proses pilihan raya juga dapat memberikan gambaran yang jelas bahawa kerajaan yang dibentuk itu merupakan satu kerajaan yang dipilih oleh mejoriti rakyat. Oleh itu kerajaan yang dibentuk tersebut akan menjadi setu kerajaan yang kuat. Selain dari itu kekuatan kerajaan yang dibentuk akan membolehkan ia berfungsi dengan baik. Kerajaan yang kuat dan stabil boleh memberi tumpuan kepada usaha-usaha merialisasikan atau mekotakan janji mereka sewaktu kempen pilihan raya dijalankan. Kerajaan pilihan rakyat akan dapat menjamin penerusan agenda pembanguanan Negara yang akhirnya akan memberi keselesaan dan faedah kepada rakyat. Melalui proses pilihan raya juga menjadi medium dimana rakyat menilai peretasi perkhidmatan sesebuah

kerajaan itu. Rakyat mempunyai kuasa untuk menolak kerajaan yang koraup dan lemah dengan memilih kerajaan yang baru yang boleh memenuhi aspirasi rakyat. Oleh itu tujuan pilihan raya ialah agar rakyat menggunakan hak mereka untuk memilih keraajaan yang mereka percaya boleh memerintah dengan baik.

Rujukan 1. Perlembagaan Malaysia. Tun Suffian (1971) 2. Akta Suruhanjaya Pilihan Raya (Akta 19) 3. Akta Polis 1967 4. Akta hasutan.

Related Documents


More Documents from "Beevy GB"