Mpw 1131 Perlembagaan Malaysia

  • Uploaded by: Ikhsan
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Mpw 1131 Perlembagaan Malaysia as PDF for free.

More details

  • Words: 874
  • Pages: 13
MPW 1131 PENGAJIAN MALAYSIA

PERLEMBAGAAN MALAYSIA

PENGENALAN PERLEMBAGAAN 

Sejarah Perlembagaan Persekutuan Malaysia bermula sejak Tanah Melayu berlindung di bawah naungan Kerajaan Inggeris pada akhir abad ke-19.

Sejarah perlembagaan moden negeri-negeri Persekutuan boleh dikatakan bermula pada 10 September 1899 apabila mesyuarat pertama Majlis Negeri Perak dirasmikan. Keadaan ini berterusan sehinggalah Jepun berjaya menawan Tanah Melayu. 

 Persekutuan Tanah Melayu 1948, kemudiannya telah ditubuhkan selepas Malayan Union dimansuhkan. 

Perlembagaan yang dibentuk dalam tahun 1948 ini berjalan dengan beberapa pengubahsuaian yang perlu hingga tahun 1957 apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.

 Akta Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu menamatkan kedaulatan dan bidang kuasa Inggeris di Tanah Melayu.Perlembagaan Persekutuan 1957 berkuat kuasa sehingga sekarang dengan beberapa pindaan penting iaitu memasukkan Sabah, Sarawak dan Singapura serta menukar nama Persekutuan Malaysia.

ORGANISASI 

Perlembagaan ini dibahagikan kepada 15 bahagian, setiap bahagian mengandungi satu atau lebih artikel yang relevan

  1. Negeri-negeri agama dan undang-undang persekutuan. 2. Kebebasan asasi. 3. Kewarganegaraan. 4. Persekutuan. 5. Negeri-negeri. 6. Perhubungan antara persekutuan dan negeri-negeri. 7. Peruntukan dan kewangan. 8. Pilihanraya 9. Kehakiman. 10. Perkhidmatan awam. 11. Kuasa-kuasa khas menentang kuasa subversif dan darurat. 12. Am dan pelbagai. 13. Peruntukan sementara. 14. Perkecualian bagi kedaulatan raja-raja dan sebagainya. 15. Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja.



KONSEP Menurut D.Roberttson (1993), perlembagaan mengandungi PERLEMBAGAAN satu set hak, kuasa dan prosedur yang mengawal

hubungan hubungan

antara autoriti awam dalam sesebuah negara – autoriti awam dengan rakyat.



Alat penyelaras pentadbiran negara.



Sumber rujukan bagi menggubal undang-undang.

SEJARAH PEMBENTUKAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA i. ii. iii. iv.

Perlembagaan Perlembagaan Perlembagaan Perlembagaan

Malayan Union (1946) Persekutuan Tanah Melayu (1948) Persekutuan Tanah Melayu (1947) Malaysia (1963)

PERLEMBAGAAN NEGERI  Kuasa meminda dan menggubal Perlembagaan Negeri adalah tugas DUN Perlembagaan Negeri adalah tidak boleh bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.  Kuasa meminda dan menggubal Perlembagaan Negeri adalah tugas DUN.

KONSEP KETINGGIAN PERLEMBAGAAN

Perlembagaan persekutuan merupakan undang-undang tertinggi. Menjadi punca kepada semua undang-undang. Semua undang-undang tidak boleh berlawanan dengan perlembagaan. Undang-undang tersebut dianggap batal jika berlawanan. Membantu kerajaan persekutuan menjalankan kuasa pemerintahan dengan licin. Mahkamah mempunyai kuasa membatalkan sesuatu undang-undang yang digubal oleh parlimen. Walaupun YDPA merupakan ketua negara, baginda tertakluk kepada perlembagaan. Tidak ada sebarang institusi di Malaysia yang boleh mengatasi kuasa dan kedudukan perlembagaan.

UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Pemerintahan Beraja Pemerintahan beraja mutlak ditukar kepada sistem raja beperlembagaan.   Agama Islam Dijadikan sebagai agama rasmi persekutuan.   Kedudukan Istimewa Orang Melayu Dipelihara sebagai tanggungjawab khas YDPA.   Bahasa Melayu Dijadikan sebagai bahasa kebangsaan persekutuan.

TUJUAN PERLEMBAGAAN i. Mewujudkan satu bentuk pemerintahan yang adil dan saksama. Agama Islam sebagai agama rasmi, tetapi agama lain bebas diamalkan. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, tetapi penggunaan dan pembelajaran bahasa lain turut digalakkan. Atas prinsip bertolak ansur, orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak mendapat beberapa hak istimewa, tetapi kaum lain mendapat perlindungan yang sewajarnya. ii. Memperuntukan kuasa kerajaan dan rakyat Memperuntukkan kuasa kepada pemerintah secara berkawal ke arah kemakmuran negara. Mempertuntukkan kuasa kepada rakyat secara terkawal seperti kebebasan asasi.  iii. Sumber rujukan untuk penggubalan undang-undang. Melicinkan pentadbiran, perundangan dan pemberian kuasa kepada parlimen dan DUN. Mengelakkan pertembungan kuasa antara kerajaan persekutuan dan negeri dengan kuasa membuat akta dan enakmen. Kuasa meminda dan menggubal Perlembagaan Persekutuan adalah tugas Parlimen, kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri.

KLASIFIKASI PERLEMBAGAAN i. Perlembagaan Bertulis 

Suatu suratan atau suratcara yang mengandungi semua undang-undang tertinggi yang difikirkan mustahak bagi menubuhkan sebuah negara

moden. Ada 3 sifat iaitu: Kukuh - Sukar hendak dipinda. Kuasa Parlimen - buat undang-undang. Tugas Mahkamah - tafsir. ii. Perlembagaan Tidak Bertulis  Prinsip perlembagaan yang tidak dicatitkan @ termaktub dalam dokumen secara khusus. Ada 3 sifat iaitu: Boleh dipinda. Kuasa parlimen tidak terbatas. Penafsiran perlembagaan- bebas.

SUMBER UNDANG-UNDANG NEGARA

i. Undang-undang Bertulis

PERLEMBAGAAN- undang-undang tertinggi yang menjadi rujukan badan Legislatif, Eksekutif dan Judisiari. STATUS- Digubal sama ada dalam Dewan Undangan Negeri atau Parlimen. AKTA- Diluluskan oleh Parlimen selepas 1959 sehingga ke hari ini. ENAKMEN- Diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri di Semenanjung Malaysia. ORDINAN- Diluluskan oleh Parlimen dari tahun 1948-1959, diluluskan oleh kabinet Sabah dan Sarawak, diluluskan dalam masa darurat. UNDANG-UNDANG ISLAM- Diluluskan oleh Mahkamah Syariah. ii. Undang-undang Tidak Bertulis Undang-undang Adat. Keputusan-keputusan Mahkamah. Prinsip Undang-undang Inggeris (Common-Law) Undang-undang Islam Tidak Bertulis.

PINDAAN PERLEMBAGAAN i. Perlembagaan Persekutuan Mempunyai 15 bahagian, 183 perkara dan 13 jadual. ii. Rasional Mengekalkan kelicinan pentadbiran negara. Mengawal keselamatan negara. Memelihara kepentingan rakyat dan perlembagaan uang dinamik(kesesuaian mengikut masa)

UNDANG-UNDANG LAIN YANG BERKAITAN DENGAN HAK-HAK ASASI Hak kepada nyawa dan kebebasan diri Bagi memastikan keamanan terpelihara- hak kebebasan bercakap. Kebebasan daripada pengabdian dan kerja-kerja paksa. Perlindungan daripada undang-undang jenayah. Hak kesamarataan. Hak tidak dibuang negeri. Kebebasan bercakap, bergerak, berpersatuan.

KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN i. Ciri-ciri perlembagaan Sebagai undang-undang bertulis yang adil. Sebagai satu sistem pentadbiran. Merupakan undang-undang tertinggi negara. ii. Kepentingan Perlembagaan Mengikat rakyat dan kerajaan (untuk patuh dan hidup dalam kesejahteraan dan rakyat aman dan damai) Mengatur sistem permerintahan dan pentadbiran. Menetapkan hak-hak asasi dan tanggungjawab rakyat Malaysia. Menjadi kuasa yang terpenting dalam pengubalan undang-undang. Menjelaskan bidang kuasa iaitu kehakiman, perundangan, kuasa negeri dan kuasa persekutuan. Menjamin hak dan kepentingan penduduk Malaysia.

KESIMPULAN Dengan kata lain perlembagaan adalah undang-undang dasar yang menentukan corak dan kuasa sesebuah kerajaan. Ia merupakan peraturan yang menentukan pembahagian kuasa antara bidang pemerintahan dan pelaksanaanya. Perlembagaan ialah undang-undang tertinggi yang menjadi rujukan pemerintahan negara. Ia merupakan sumber bagi menggubal undang-undang yang lain.

Related Documents


More Documents from "denixng"

3863-7298-1-sm.pdf
July 2020 34
Terowong Smart
May 2020 35
Lampiran 5.doc
July 2020 21
1_1_4.pdf
December 2019 34