Komponen Perlembagaan Malaysia

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Komponen Perlembagaan Malaysia as PDF for free.

More details

  • Words: 392
  • Pages: 1
BAHASA Disentuh dalam perlembagaan melalui Perkara 152. Dijadikan bahasa kebangsaan (mengikut implikasi mestilh digunakan untuk maksud-maksud rasmi). Bahasa-bahasa lain dilindungi Tiada siapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan (selain maksud rasmi) atau mengajar bahasa lain. Sesiapa yang mengungkitnya boleh didakwa melakukan kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948 (darurat).

KEWARGANEGARAAN . Merupakan status istimewa yang dipegang oleh rakyat yang berhak dalam sesebuah negara yang memberikan hak, faedah dan kemudahan tertentu. Cara Mendapatkan Kewarganegaraan: Jus soli Jus sanguinis Perkahwinan Naturalisasi Antara keistimewaan yang diperolehi oleh seseorang warganegara adalah: Berhak menjadi pemilih dalam pilihan raya. Layak mengambil bahagian aktif dalam politik (bertanding merebut kerusi pilihan raya). Layak mengisi jawatan eksklusif . Bebas memiliki hartanah. Berhak menerima pelbagai faedah dan kemudahan dalam negerinya (kebajikan, pelajaran dan sebagainya). Bebas bergerak dalam seluruh negeri. Tidak boleh dibuang negeri.

AGAMA Terdapat dalam Perkara 3 (1). Agama Islam ialah agama rasmi bagi Persekutuan. Agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Setiap orang mempunyai hak untuk menganut dan mengamalkan agamanya dan setiap agama mempunyai hak untuk; Menguruskan hal ehwal agama sendiri Menubuh dan menyelenggara instiusi bagi maksud agama atau khairat. Memperoleh dan memiliki harta benda serta memegang dan mentadbirnya mengikut undang-undang. Pihak kerajaan mempunyai kebebasan kuasa dan keistimewaan untuk menubuh institusi Islam dan melaksanakan ajaran dalam agama Islam serta mengeluarkan perbelanjaan yang diperlukan untuk tujuan itu.

KOMPONENKOMPONEN PERLEMBAGAAN MALAYSIA

KEDUDUKAN ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA SABAH DAN SARAWAK Termaktub dalam Perkara 153 perlembagaan Persekutuan. antara keistimewaan yang diberikan ialah: Dalam memegang jawatan perkhidmatan awam. Kuota peluang pendidikan di peringkat universiti (meritokrasi). Pemberian biasiswa untuk mereka melanjutkn pelajaran. Pemberian lesen dan permit dalam perniagaan. Perkara 153 ini dilindungi oleh Yng diPertuan Agong atas nasihat kabinet.

HAK ASASI Diperuntukan dalam Bahagian 2, Perlembagaan Persekutuan. Dibahagikan kepada : Kebebasan mutlak – kebebasan yang tidak boleh disekat. Kebebasan bersyarat – kebebasan yang dihadkan oleh sekatan undang-undang atau sebagaimana diperuntukan oleh perlembagaan. Perkara-perkara yang diperuntukan oleh Perlembagaan Persekutuan adalah seperti berikut: Perkara 5 – kebebasan diri dan nyawa. Perkara 6 – Pengabdian dan kerja paksa. Pekara 7 – Perlindungan daripada undang-undang jenayah berkuatkuasa kebelakangan dan pembicaraan berulang. Perkara 8 – Kesamarataan di sisi undang-undang. Perkara 9 – Larangan dibuang negeri dan kebebasan bergerak dalam Persekutuan. Perkara 10 – Bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan. Perkara 11- Menganut agama. Perkara 12 – Hak yang sama dalam pelajaran. Perkara 13 – Hak terhadap harta.

Related Documents