Bincangkan Konsep New Public Management

  • Uploaded by: Mohd Noh bin Md. Yunus
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bincangkan Konsep New Public Management as PDF for free.

More details

  • Words: 4,755
  • Pages: 20
Tugasan: SKSJ 1043 Pengantar Pentadbiran Awam Mohd Noh bin Md Yunus GB00754 1.0.

PENGENALAN

New Public Management adalah suatu falsafah pengurusan yang digunakan oleh kerajaan sejak tahun 1990-an untuk melaksanakan reformasi dan pembaharuan di dalam sektor awam. Dasar Pengurusan Awam Baru adalah meliputi suatu pelaksanaan yang amat luas dan sangat kompleks dan New Public Management adalah istilah yang digunakan untuk mengambarkan gelombang reformasi sektor awam di seluruh dunia. Hipotesis utama reformasi sektor awam dengan New Public Management adalah bahawa lebih banyak pelaksanaan dasar dan output di sektor awam akan lebih mengarah kepada kecekapan kos yang lebih besar bagi Kerajaan, tanpa kesan sampingan negatif pada tujuan dan pertimbangan-pertimbangan lain. Huges (1998) berpendapat bahawa konsep New Public Management (NPM) ini merupakan suatu fenomena global di mana konsep tersebut bermula di suatu negara dan seterusnya sangat cepat berkembang ke negara lain dan menjadi gerakan pembaharuan sektor awam di seluruh dunia. Dasar Pengurusan Awam Baru (New Public Management) ini digubal dan diadaptasi dari sistem pengurusan sektor swasta dan pelaksanaannya dilihat merupakan suatu perkara yang diberi perhatian utama oleh pihak pengurusan tertinggi sesebuah negara di seluruh dunia. Dasar ini merupakan reformasi dan transformasi dari dasar pentadbiran awam yang bersifat tradisional dan dipenuhi dengan kerenah birokrasi kepada suatu teknik pengurusan sektor awam yang lebih cekap, berkesan serta moden. Antara faktor utama kejayaan sistem ini ialah pengagihan kuasa yang lebih meluas kepada pengurusan sektor awam seperti memberi kuasa autonomi mana-mana agensi awam yang dikenalpasti dan mereka diberi kuasa untuk mengawal bajet serta pengurusan kewangan mereka, peningkatan penggunaan pasaran dan persaingan di dalam perkhidmatan awam dengan

dasar pensyarikatan dan penswastaan, menekankan

peningkatan tahap kualiti kerja serta daya pengeluaran dan juga mengutamakan perkhidmatan pelanggan. Sejak pengenalan New Public Management, inovasi sektor awam dan dasar pemindahan (policy transfer) telah menjadi semakin popular dalam aspek pengurusan awam di seluruh dunia, sebagai satu strategi untuk memperbaiki peraturan dan meningkatkan mutu Perkhidmatan Awam. Kerajaan Malaysia juga tidak ketinggalan

m/s: 1

Tugasan: SKSJ 1043 Pengantar Pentadbiran Awam Mohd Noh bin Md Yunus GB00754 dalam perkara ini dengan melipatgandakan usaha-usaha pembaharuan ke arah membudayakan kecemerlangan dalam pemberian perkhidmatan di sektor awam sejak tahun 1995. Jentera Pentadbiran Awam telah digerakkan untuk melakukan perubahan bagi meletakkannya di tahap kecekapan dan keberkesanan yang lebih tinggi. Usaha pembaharuan oleh Kerajaan Malaysia tersebut merupakan suatu usaha berterusan yang dirancang dan dilaksakan seiring dan selaras dengan perubahan-perubahan yang berlaku dalam persekitaran.

Kejayaan Perkhidmatan Awam Malaysia dalam mengadakan

perubahan-perubahan sehingga kini adalah hasil daripada kepekaannya terhadap setiap cabaran, sikap responsif dan komitmen untuk melakukan penambahbaikan secara berterusan. Seterusnya Perkhidmatan Awam Malaysia boleh berbangga kerana telah dapat bersama dengan sektor-sektor lain menggembeling idea dan tenaga untuk melepasi cabaran krisis kewangan yang melanda negara dalam masa yang singkat dan dalam masa yang sama meletakkan semula negara ke atas landasan yang lebih kukuh bagi menjayakan wawasan negara. Hasil usaha bersama tersebut, prestasi ekonomi negara bagi tempoh 1999 – 2000 telah dapat ditingkatkan kepada kadar pertumbuhan purata 7.2 peratus berbanding dengan kadar pertumbuhan negatif 7.4 peratus dalam tahun 1998. Tan Sri Samsudin Osman (2000 : xiii).

2.0.

KONSEP NEW PUBLIC MANAGEMENT

Paradigma baru yang sedang kita bincangkan ini dikenali sebagai New Public Management (NPM) telah muncul sebagai suatu fenomena dan perkembangan penting dalam teori Pengurusan Awam.

Konsep pengurusan tersebut merupakan juga suatu

perspektif baru yang muncul dan berkembang pada awal tahun 1990-an yang berusaha untuk menggabungkan nilai-nilai utama sektor perniagaan dan korporat ke dalam pengurusan Pentadbiran Awam.

Istilah New Public Management (NPM) tersebut

m/s: 2

Tugasan: SKSJ 1043 Pengantar Pentadbiran Awam Mohd Noh bin Md Yunus GB00754 digunapakai buat pertama kalinya oleh Christopher Hood pada tahun 1991 1 dalam tulisannya yang berjudul ’New Public Management for All Seasons’ yang diterbitkan dalam jurnal bertajuk ’Public Administration’.

Dalam tulisannya tersebut, beliau

menjelaskan tentang penggunaan prinsip-prinsip utama sektor perniagaan ke dalam pengurusan awam. Namun, penjelasan yang lebih sistematik mengenai New Public Management tersebut diberikan oleh David Osborne dan Ted Gaebler (1992) di dalam buku mereka yang bertajuk ”Reinventing Goverment: How the Entrepreneurial Spirit Is Transforming the Public Sector”. New Public Management merujuk kepada pelbagai pembaharuan dalam sektor awam yang bertujuan untuk menjadikannya lebih efisyen, ekonomik, berdaya saing dan lebih berkesan. New Public Management telah menawarkan suatu kaedah penyelesaian yang sangat berkesan bagi menyelesaikan pelbagai masalah yang berlaku di dalam sektor awam yang sejak sekian lama dibelenggu dengan kerenah birokrasi.

Model

pembaharuan ini menjadi sangat popular dan telah menjadikan perubahan yang radikal di dalam pengurusan sektor awam.

New Public Management juga dikenali sebagai

’Entrepreneurial Goverment’ yang mengutamakan kecekapan, keberkesanan dan prestasi ekonomi di dalam sektor awam dengan menggunakan kaedah pengurusan moden seperti pengukuran prestasi, pengurangan kos, kuasa autonomi, insentif kewangan, peningkatan daya pengeluaran, inovasi, orientasi pasaran, responsif dan akauntabilities. Idea asas di sebalik pengenalan New Public Management ialah untuk mencipta kaedah baru, teknik dan prosedur untuk menambah baik pengurusan Pentadbiran Awam supaya lebih berkesan untuk mencapai matlamat dalam persekitaran seiring dengan perubahan globalisasi, privatisasi dan liberalisasi. Untuk tujuan tersebut, New Public Management meminjam prosedur dan kaedah pengurusan sektor korporat dan perniagaan untuk diterapkan ke dalam sektor awam. Oleh kerana itu L.A. Gunn menyatakan New Public Management sebagai cara ketiga di antara kaedah pengurusan sektor awam dan pengurusan sektor korporat atau perniagaan. Menurut James L. Perry dan Kenneth E. Kraemer, ”New Public Management adalah merupakan penggabungan orientasi normatif pentadbiran awam tradisional dan 1

Profesor Christopher Hood lahir pada tahun 1947 adalah Profesor di Universiti Oxford. Beliau juga merupakan fellow All Souls College, Oxford. Beliau merupakan pengarah Program Penyelidikan ESRC Perkhidmatan Awam: Kualiti, Prestasi dan Penyampaian. Buku-bukunya termasuk The Limits of Administration (1976), The Tool of Goverments (1983) diterbitkan semula sebagai The Tool of Goverments in The Digital Age (2007) dengan Helen Margetts dan The Art of the State (1998 dan 2000).

m/s: 3

Tugasan: SKSJ 1043 Pengantar Pentadbiran Awam Mohd Noh bin Md Yunus GB00754 orientasi instrumental pengurusan umum.” Prinsip utama New Public Management yang telah dikemaskini termasuklah memberi tumpuan kepada aspek pengurusan, memberi penekanan kepada kecekapan dan penilaian prestasi, transformasi birokrasi di dalam sektor awam, peningkatan penggunaan kuasa pasaran, penswastaan dan pensyarikatan agensi awam untuk meningkatkan persaingan supaya menjadi lebih cekap dan berkesan. Dalam perkembangan awal New Public Management, Pollitt menyatakan pentadbiran awam memberi fokus dan tumpuan kepada perkara berikut:

i.

berusaha secara berterusan untuk meningkatkan tahap kecekapan;

ii.

berusaha secara berterusan untuk meningkatkan pengunaan teknologi;

iii.

meningkatkan disiplin pegawai untuk meningkatkan produktiviti; dan

iv.

implementasi yang jelas terhadap peranan pengurusan profesional.

Perkembangan peringkat pertama New Public Management tersebut banyak berpandukan kepada prinsip-prinsip pengurusan yang disarankan oleh Taylor. Sementara itu, tokoh-tokoh New Public Management yang lain ialah Sterart dan Walsh (1994) dan Kooiman. Kooiman menyatakan bahawa pola hubungan masyarakat, pemerintah dan swasta merupakan hubungan yang kompleks, dinamis dan beragam (diverse). Perkembangan peringkat ke dua pula, kita melihat kemunculan sistem pengurusan yang lebih mengutamakan perkhidmatan pelanggan (New Public Services) yang diperkenalkan oleh David Osborne dan Ted Gaebler dan dijelaskan di dalam buku mereka bertajuk Reinventing Goverment (1992). Kejayaan pembaharuan New Public Management adalah turut didorong oleh kombinasi ekonomi, sosial, politik dan faktor pengenalan teknologi baru yang semakin berkembang di negara maju.

m/s: 4

Tugasan: SKSJ 1043 Pengantar Pentadbiran Awam Mohd Noh bin Md Yunus GB00754 3.0.

KEPERLUAN NEW PUBLIC MANAGEMENT

Perkhidmatan Awam berhadapan dengan pergolakan antarabangsa yang semakin ketara terutamanya selepas berlakunya proses globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat yang pesat. Kesan dari perubahan-perubahan ini menjadikan dunia sebagai satu pasar besar yang tidak bersempadan dan dicirikan oleh persaingan yang semakin sengit. Dengan demikian, setiap negara kini menyedari bahawa kunci kejayaan kepada kepesatan pertumbuhan ekonomi bergantung kepada keupayaan meningkatkan daya saing di arena antarabangsa. Keupayaan ini ditentukan oleh beberapa faktor seperti kestabilan politik dan sosial, kekayaan sumber semula jadi, tenaga manusia, sektor swasta yang dinamik dan perkhidmatan awam yang cekap dan berkesan. Dalam usaha untuk meningkatkan daya saing, Perkhidmatan Awam telah berusaha untuk menyediakan persekitaran yang dapat merangsangkan pertumbuhan ekonomi negara.

Bagi menyempurnakan peranan ini Perkhidmatan Awam telah

mengorak langkah dengan mengadakan beberapa program pembaharuan yang menjurus kepada meningkatkan mutu perkhidmatan sokongan bagi membolehkan sektor-sektor penggerak ekonomi mencapai wawasan negara.

Matlamat kepada usaha-usaha

pembaharuan ini ialah mewujudkan sebuah sektor awam yang cemerlang yang berasaskan kepada nilai-nilai teras iaitu kualiti, produktiviti, inovasi, integriti, akauntabiliti, disiplin dan profesionalisme. Tan Sri Dato’ Seri Ahmad Sarji (1995:xiv) menyatakan, “Usaha-usaha pembaharuan dalam Perkhidmatan Awam Malaysia semakin mendapat perhatian daripada negara-negara luar termasuk badan-badan antarabangsa. Laporan oleh World Economic Forum dan The International Institute for Management tahun 1995 meletakkan Malaysia di antara negara-negara di dunia yang mempunyai pencapaian yang baik dalam sektor Kerajaan. Daripada 48 buah negara yang diliputi dalam penilaian oleh badan ini, Malaysia adalah ditangga ke empat. Di kalangan negara-negara bukan OECD, negara kita ditangga ketiga selepas Singapura dan Hong Kong.

Ini memberi makna bahawa

Perkhidmatan Awam adalah responsif dan telah mewujudkan suasana yang mengalakkan perkembangan perniagaan dan perdagangan.

m/s: 5

Tugasan: SKSJ 1043 Pengantar Pentadbiran Awam Mohd Noh bin Md Yunus GB00754 Perhatian masyarakat antarabangsa juga terbukti dengan penghormatan yang diberi oleh Urusetia Komenwel kepada Perkhidmatan Awam Malaysia untuk menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Kedua Lembaga Pengarah Persatuan Komenwel Mengenai Pentadbiran Awam dan Pengurusan atau Commonwelth Association for Public Administration and Management (CAPAM) pada 1 September 1995 di Kuala Lumpur. Sempena dengan Mesyuarat ini satu seminar yang bertemakan “The Public Services – New Strategic Dimensions for the 21st Century” telah diadakan. Melalui forum tersebut, Perkhidmatan Awam Malaysia bukan sahaja dapat berkongsi pengalaman mengenai usaha-usaha pembaharuan, tetapi juga dapat mengeratkan lagi hubungan dengan negaranegara anggota CAPAM. Hubungan ini amat penting bagi memperkukuhkan jaringan yang akan menyumbang kepada peningkatan usaha-usaha reformasi dalam Perkhidmatan Awam di masa-masa akan datang.”

4.0.

CIRI-CIRI NEW PUBLIC MANAGEMENT

Usaha ke arah kecemerlangan terus menjadi falsafah utama program pembaharuan dalam sektor awam.

Justeru itu, Perkhidmatan Awam telah berusaha

dengan penuh ketekunan untuk mencapai objektif ke arah mewujudkan pentadbiran yang cekap dan berkesan dalam menyediakan perkhidmatannya di samping memberi tumpuan kepada peningkatan akauntabiliti dan penerapan nilai-nilai positif. Wawasan negara (Wawasan 2020) yang bermatlmat untuk mewujudkan negara yang benar-benar maju menjelang tahun 2020 merupakan pendorong kepada proses pembaharuan di dalam sektor awam. Kemantapan daya saing negara adalah berkait rapat dengan keupayaan sektor awam memberi sokongan yang diperlukan bagi meningkatkan kelebihan daya saing negara. Perkhidmatan Awam yang moden dan fleksibel merupakan pemangkin kepada proses perubahan terutama semasa negara sedang berusaha untuk meletakkan diri setanding dengan negara-negara maju. Syarat utama ke arah ini adalah peralihan atau anjakan paradigma daripada cara birokrasi yang dikongkong oleh

m/s: 6

Tugasan: SKSJ 1043 Pengantar Pentadbiran Awam Mohd Noh bin Md Yunus GB00754 peraturan dan prosedur yang ketat, kuasa membuat keputusan yang berpusat dan struktur pentadbiran yang berbentuk hirerki. Bagi memenuhi ekspetasi pucuk pimpinan, kemahuan pelanggan dan menangani isu-isu globalisasi, perkhidmatan awam terus mempertingkatkan usaha-usaha untuk memperkenalkan beberapa pembaharuan penting berasaskan ciri-ciri utama yang diperkenalkan melalui falsafah New Public Management seperti berikut:

4.1

Menyediakan Perkhidmatan Yang Berorientasikan Pelanggan

Matlamat asas sektor awam yang berorientasikan pelanggan ialah untuk menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti seperti cekap, cepat dan mesra serta yang boleh dipercayai. Bagi mencapai matlamat tersebut tumpuan telah diberikan kepada pelaksanaan program-program seperti berikut:

a)

memperkukuhkan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM);

b)

menggalakkan inovasi;

c)

memperkemaskan Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) sekarang dikenali sebagai Kumpulan Inovasi dan Kualiti (KIK);

d)

mempertingkatkan pelaksanaan Piagam Pelanggan;

e)

menyediakan perkhidmatan kaunter yang lebih berkualiti; dan

f)

mengadakan kempen pembersihan tunggakan kerja.

4.2

Memperbaiki Sistem dan Prosedur Kerja

Sistem dan prosedur kerja mempunyai impak terhadap prestasi organisasi. Sistem adalah langkah-langkah yang direka dalam menghasilkan sesuatu yang diingini, manakala prosedur pula adalah perincian tentang langkah-langkah tersebut. Sistem dan prosedur akan menentukan bagaimana proses-proses kerja perlu diikuti untuk menghasilkan output yang dikehendaki.

Output yang tidak dapat memenuhi

kehendak pelanggan atau perkhidmatan yang kurang memuaskan hati boleh disebabkan oleh sistem dan prosedur yang tidak cekap.

Oleh itu, sistem dan

m/s: 7

Tugasan: SKSJ 1043 Pengantar Pentadbiran Awam Mohd Noh bin Md Yunus GB00754 prosedur perlulah bersifat dinamik dan fleksibel supaya mudah diubahsuai atau dirombak agar dapat dijuruskan ke arah pencapaian misi organisasi. Malah, usahausaha untuk memperbaiki sistem dan prosedur perlu dibuat secara berterusan sejajar dengan tuntutan persekitaran bagi mewujudkan sebuah Perkhidmatan Awam yang efisyen dan berkesan.

Program-program untuk memperbaiki sistem dan prosedur terus dipertingkatkan dengan tumpuan kepada:

a)

memperkemaskan sistem pengurusan;

b)

penggunaan borang dan ketelusan dalam membuat keputusan;

c)

memperkemaskan sistem pengurusan rekod;

d)

meningkatkan automasi pejabat;

e)

memperkemaskan sistem pengurusan projek pembangunan; dan

f)

usaha-usaha ke arah pewujudan Paper Less Civil Services.

4.3

Mempertingkatkan Penggunaan Teknologi Maklumat

Kejayaan yang dicapai dalam gerakan pembaharuan dalam sektor awam memperlihatkan sumbangan penting teknologi maklumat dalam membantu pihak pengurusan membuat perancangan, pengesanan, pengawalan dan membuat keputusan secara berkesan. Teknologi maklumat merupakan media penting dalam usaha penambahbaikan kepada sistem dan prosedur ke arah menerapkan budaya kerja yang berteraskan kecemerlangan.

Penggunaan teknologi maklumat telah

berjaya memantapkan usaha penyediaan perkhidmatan berkualiti yang dapat memenuhi kehendak pelanggan. Teknologi maklumat juga adalah pemangkin ke arah peningkatan kecekapan dan akauntabiliti agensi-agensi sektor awam.

Bagi meningkatkan kecekapan jentera pentadbiran, Kerajaan Malaysia tidak ketinggalan dengan usaha menerapkan sistem teknologi maklumat ke dalam sektor awam. Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) terus dijadikan asas dalam usaha

m/s: 8

Tugasan: SKSJ 1043 Pengantar Pentadbiran Awam Mohd Noh bin Md Yunus GB00754 meningkatkan kecekapan pengurusan dan penyampaian perkhidmatan, khususnya melalui pelaksaan projek aplikasi perdana Kerajaan Elektronik (EG). Kesemua lima projek perintis aplikasi perdana Kerajaan Elektronik iaitu Perkhidmatan Elektronik (Electronic Services – eServices), Perolehan Elektronik (Electronic Procurement-eP), Persekitaran Pejabat Generik (Generic Office EnvoirementGOE), Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (Human Resource Management Information System-HRMIS) dan Sistem Pemantauan Projek (Project Monitoring System–PMS) sedang dalam pelbagai peringkat kemajuan dan pelaksanaan. Kebanyakan sistem ICT tersebut telah dilaksanakan dan digunapakai di dalam perkhidmatan sektor awam.

Dari segi pembangunan ICT sektor awam, secara keseluruhannya lebih RM500 juta telah diluluskan dalam tahun 2000 bagi projek-projek ICT di pelbagai agensi awam di mana 67 peratus adalah untuk sektor pentadbiran dan kewangan.

Bagi

menentukan pembangunan dan penggunaan ICT yang lebih terancang, semua agensi Kerajaan telah diminta melantik Ketua Pegawai Maklumat yang bertanggungjawab ke atas perancangan, pengurusan, penyelarasan dan pemantauan program ICT di agensi masing-masing. Untuk maksud tersebut, setiap agensi juga telah diminta menyediakan Pelan Strategik Teknologi Maklumat (ISP) masingmasing.

4.4

Mempertingkatkan

Pelaksanaan

Dasar

Pensyarikatan

dan

Penswastaan Malaysia

Pertumbuhan ekonomi negara yang pesat sejak beberapa tahun yang lepas adalah hasil daripada usaha-usaha gigih sektor awam melaksanakan Dasar Pensyarikatan dan Penswastaan Malaysia. Dasar ini adalah merupakan salah satu ciri New Public Management yang memberi penekanan kepada kerjasama erat antara sektor awam dan sektor swasta dalam menghadapi persaingan ekonomi global. Asas utama pendekatan dasar ini ialah kejayaan pembangunan negara memerlukan kedua-dua sektor mengamati persepsi negara sebagai sebuah badan korporat yang dimiliki

m/s: 9

Tugasan: SKSJ 1043 Pengantar Pentadbiran Awam Mohd Noh bin Md Yunus GB00754 bersama oleh kedua-dua sektor demi kepentingan negara.

Faedah yang boleh

dicapai daripada kerjasama dan pakatan kedua-dua sektor ini ialah keuntungan yang lebih tinggi bagi sektor swasta yang mana akan membawa kepada limpahan (spinoffs) dalam pelaburan, perkembangan dan pertumbuhan ekonomi. Pertumbuhan ekonomi yang pesat akan seterusnya membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan ini akan menyumbang kepada pertambahan hasil Kerajaan yang amat diperlukan bagi menbiayaai program-program pembangunan sosio-ekonomi dan perbelanjaan pengurusan Kerajaan. Ia adalah merupakan Dasar Pensyarikatan Malaysia yang bertujuan untuk menjalin dan mengukuhkan kerjasama antara sektor awam dan sektor swasta yang akan membawa kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia yang lebih kukuh dan mantap. Okposin (2003).

Strategi persepakatan ini amat penting dalam usaha Kerajaan memulih, mengembang dan memantapkan ekonomi negara berikutan krisis kewangan dan ekonomi yang dialami negara dan juga negara-negara serantau. Perkongsian pintar sektor awam dan swasta ini terbukti sangat berfaedah dalam meningkatkan daya tahan negara untuk bersaing secara agresif di pasaran perdagangan dunia. Menyedari pentingnya sumbangan sektor swasta kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara, sektor awam terus memberi tumpuan kepada penyediaan persekitaran yang dapat menyokong dan membantu sektor swasta memainkan peranannya dengan lebih berkesan sebagai jentera pertumbuhan ekonomi. Perhatian utama diberikan kepada meningkatkan kualiti perkhidmatan dan menyediakan berbagai kemudahan bagi memenuhi keperluan dan ekspektasi sektor swasta.

Dasar penswastaan telah dapat mengurangkas kos pengurusan sektor awam yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan dan sekaligus berjaya meningkatkan prestasi syarikat awam yang berkaitan kerajaan (Goverment Link Company – GLC) dalam memberi kepuasan perkhidmatan kepada rakyat. Dasar penswastaan diperkenalkan untuk membawa perubahan positif kepada organisasi, pengurusan dan prestasi agensi awam yang sebelum ini menjadi tanggungjawab Kerajaan.

Dasar ini

m/s: 10

Tugasan: SKSJ 1043 Pengantar Pentadbiran Awam Mohd Noh bin Md Yunus GB00754 menggambarkan iltizam Kerajaan untuk mengurangkan penglibatan langsung Kerajaan dalam kegiatan ekonomi, mengurangkan tahap dan skop perbelanjaan awam serta membenarkan kuasa pasaran menguasai ekonomi.

Antara contoh

penswastaan agensi awam yang berjaya ialah seperti Jabatan Telekom Malaysia (JTM) kepada Syarikat Telekom Malaysia Berhad (TM), Lembaga Letrik Negara (LLN) kepada Tenaga Nasional (TNB), Jabatan Perkhidmatan Pos kepada Pos Malaysia Berhad. Berikut adalah merupakan pecahan projek yang diswastakan mengikut sektor yang ditunjukkan dalam Rajah 1.0.

Rajah 1.0: Projek Yang Disawstakan Melalui Sektor, Malaysia, 1991 – 1995

Secara keseluruhannya, prestasi entiti yang diswastakan meningkat berikutan perluasan keupayaan dan rangkaian khidmat serta penerapan teknologi baru. Pekerja digesa memupuk tabiat kerja yang sihat dan diberi ganjaran mengikut prestasi melalui bonus pada akhir tahun.

Insentif lain supaya pekerja lebih

produktif ialah menawarkan Skim Opsyen Saham Pekerja (ESOS), Skim Opsyen Saham Ketaatan Pekerja dan ganjaran tunai.

Berikut ialah Rajah 1.2 yang

menunjukkan kecekapan dan produktiviti tiga entiti yang telah diswastakan. m/s: 11

Tugasan: SKSJ 1043 Pengantar Pentadbiran Awam Mohd Noh bin Md Yunus GB00754

Rajah 1.1: Penunjuk Kecekapan dan Produktiviti Tiga Entiti Terpilih Yang Diswastakan di Malaysia

m/s: 12

Tugasan: SKSJ 1043 Pengantar Pentadbiran Awam Mohd Noh bin Md Yunus GB00754

4.5

Memperkukuhkan Struktur Organisasi dan Pengurusan Sumber Manusia

Pengukuhan struktur organisasi dan kecekapan pengurusan sumber manusia merupakan komponen penting dalam menyediakan jentera pentadbiran yang efisyen dan berkesan. Susunan struktur organisasi yang kemas dengan saiz anggota yang sesuai membolehkan sesebuah organisasi mengoptimumkan penggunaan sumber dan mengendalikan pengurusan dan pentadbirannya dengan lebih cekap.

Bagi

memperkukuhkan struktur organisasi sektor awam, tumpuan telah diberi kepada usaha penyesuaian saiz dan penstrukturan semula organisasi sektor awam dan meneruskan program penswastaan. Dalam aspek pengurusan sumber manusia pula, usaha-usaha terus dilaksanakan bagi mengadakan berbagai program latihan kepada anggota-anggota Perkhidmatan Awam di semua peringkat dan menyediakan peluang bagi kemajuan kerjaya. Penekanan juga diberi bagi memperkemaskan sistem penilaian prestasi. Di peringkat agensi, usaha-usaha juga telah diambil oleh beberapa agensi dalam memantapkan lagi pengurusan sumber manusia masingmasing.

4.6

Meningkatkan Akauntabiliti dan Disiplin

Kecemerlangan dalam pengurusan kualiti dan produktiviti tidak bermakna sekiranya tidak disokong dengan tahap akauntabiliti dan disiplin yang tinggi. Anggota Perkhidmatan Awam yang diamanahkan dengan pelbagai sumber awam perlu melaksanakan amanah tersebut dengan penuh tanggungjawab. berkewajipan

melaksanakan

setiap

tugasan

secara

sempurna

dan

berpandukan undang-undang dan peraturan-peraturan yang ditetapkan.

Mereka cekap Mereka

juga bertanggungjawab memberi keterangan atau penjelasan ke atas tindakan dan prestasi mereka kepada pihak berkuasa berkenaan.

m/s: 13

Tugasan: SKSJ 1043 Pengantar Pentadbiran Awam Mohd Noh bin Md Yunus GB00754 Tahap akauntabiliti dan disiplin yang tinggi dan ketelusan dalam pentadbiran akan menjamin integriti dan kredibiliti Perkhidmatan Awam sebagai pemegang amanah yang menjaga kepentingan awam dan negara. Menyedari hakikat ini, Perkhidmatan Awam telah mengadakan pelbagai program yang bertujuan untuk meningkatkan akauntabiliti dan disiplin. Program-program tersebut ialah:

a) memperkemaskan pengurusan kewangan; b) mempertingkatkan pengurusan prestasi; c) memperkukuhkan pengendalian pengaduan awam; dan d) memperketatkan pengendalian tatatertib dan disiplin.

4.7

Membudayakan Nilai-Nilai Kecemerlangan

Kejayaan pelaksanaan usaha-usaha pembaharuan adalah bergantung kepada sejauh mana anggota-anggota Perkhidmatan Awam menerima dan menghayati perubahanperubahan yang diperkenalkan.

Ini memerlukan proses pembudayaan yang

berterusan supaya nilai-nilai kecemerlangan ini terus dilaksanakan, tumpuan telah diberi kepada pelaksanaan beberapa langkah strategik bagi mengukuhkan usahausaha penerapan nilai-nilai murni dalam pentadbiran. Langkah-langkah tersebut ialah:

a) penerapan nilai-nilai murni; b) memperluaskan Sistem Inspektorat; dan c) memantapkan sistem pengiktirafan.

m/s: 14

Tugasan: SKSJ 1043 Pengantar Pentadbiran Awam Mohd Noh bin Md Yunus GB00754 5.0.

PERBEZAAN DENGAN PENGURUSAN AWAM TERDAHULU

Setelah memahami konsep dan ciri-ciri New Public Management maka kita sudah tentu dapat membezakan sistem pengurusan tradisional dengan teori klasik birokrasi yang diperkenalkan oleh Max Weber, berbanding dengan sistem pengurusan sektor awam yang telah melalui anjakan dan pembaharuan dengan konsep New Public Management yang diperkenalkan oleh Christopher Hood pada tahun 1991.

Teori birokrasi oleh Weber

membantu organisasi dari segi merangka corak aliran autoriti yang jelas dan bersistem dalam organisasi.

Walaupun ada pendapat yang mengatakan ia akan mewujudkan

kerenah birokrasi tetapi sekurang-kurangnya ia dapat mewujudkan prosedur yang harus diikuti oleh semua orang. Penekanan juga harus diberi kepada usaha membentuk sebuah organisasi yang berkesan dan cekap. Untuk tujuan tersebut, Weber menyarankan agar perhatian harus diberikan kepada soal pengambilan calon pekerja yang berkualiti, mempunyai kelayakan yang sesuai dan penempatan yang betul. Personel dalam organisasi birokrasi juga akan terkawal kerana mereka terikat dengan undang-undang.

Sistem yang diperkenalkan

tersebut mungkin sesuai dilaksanakan didalam pengurusan sektor awam dan korporat pada abad ke-20, tetapi dengan penggunaan teknologi maklumat secara meluas pada masa kini dan saiz Pentadbiran Awam yang sangat besar maka ianya adalah dianggap terlalu rumit untuk dilaksanakan. Ahmad Martadha Mohamed et al. ( 1998:19). Sementelahan itulah konsep pembaharuan yang diperkenalkan melalui New Public Management pula berasaskan kepada nilai-nilai teras iaitu kualiti, produktiviti, inovasi, integriti, akauntabiliti, disiplin dan profesionalisme telah mendapat perhatian di peringkat global.

New Public Management diperkemaskan lagi dengan pengenalan

’reinventing goverment’ yang diperjelaskan oleh David Osborne dan Ted Gaebler. Perubahan dan anjakan paradigma di dalam sektor awam perlu dilakukan seiring dengan penggunaan teknologi maklumat secara meluas di peringkat global. Pembaharuan secara progresif perlu dilaksanakan berdasarkan prosedur-prosedur dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan bagi meningkatkan inovasi dan produktiviti pengeluaran serta Perkhidmatan Awam.

m/s: 15

Tugasan: SKSJ 1043 Pengantar Pentadbiran Awam Mohd Noh bin Md Yunus GB00754 Hasil dari pembaharuan pengurusan sektor awam di negara ini, ramai kalangan masyarakat mengakui ada perubahan besar dalam mutu perkhidmatan awam di negara ini jika dibandingkan pada 1970-an. Dalam satu soal selidik ringkas yang dijalankan sebuah syarikat televisyen tempatan, rata-rata rakyat Malaysia memberikan markah yang baik antara angka 7 dan 8 dalam skala 1 hingga 10 dalam menilai mutu perkhidmatan awam masa kini. Banyak perkhidmatan kerajaan yang dahulunya mengambil masa bermingguminggu untuk menyelesaikan sesuatu urusan kini mampu menyelesaikannya dalam tempoh beberapa hari. Pelbagai borang tebal dan panjang berjela yang perlu diisi pelanggan sebelum ini, kini diganti dengan borang yang cukup ringkas dan mudah hasil inovasi berterusan kakitangan di jabatan terbabit. Pelbagai kerenah birokrasi juga cuba diminimumkan sebaik mungkin oleh pengurusan tertinggi jabatan selagi tidak menjejaskan objektif prosedur dan tahap ketelusan yang sudah ditetapkan. Ketua agensi kerajaan, khususnya yang berada di barisan hadapan, terus berusaha memastikan petugas kaunter sentiasa responsif dan berinisiatif memudahkan urusan pelanggan.

Sikap

sebahagian besar kakitangan kerajaan masa dulu yang menganggap diri mereka ‘tuan’ dan cukup berkuasa kini berubah dengan sikap mementingkan pelanggan dan bekerja untuk rakyat Malaysia.

6.0.

CABARAN-CABARAN PEMBAHARUAN PENGURUSAN AWAM

Ekspektasi yang tinggi oleh pihak pengurusan tertinggi negara dan rakyat serta sektor swasta terhadap perkhidmatan sektor awam adalah merupakan tekanan dan cabaran yang telah menggerakkan Perkhidmatan Awam untuk memikir dan mendifinasikan semula peranannya dalam pembangunan negara.

Sehubungan itu

Perkhidmatan Awam telah memperkenalkan pelbagai pembaharuan dalam pentadbiran yang bertujuan untuk menyesuaikan peranannya dengan tuntutan perubahan persekitaran yang dinamik. Peralihan peranan dan fungsi, struktur dan proses, nilai dan corak minda merupakan langkah permulaan untuk meletakkan asas ke arah Perkhidmatan Awam yang lebih dinamik, berdaya tahan dan kreatif. Peranan Pentadbiran Awam telah berubah dari fungsi tradisinya yang menumpukan kepada menjamin keselamatan dan pelaksanaan

m/s: 16

Tugasan: SKSJ 1043 Pengantar Pentadbiran Awam Mohd Noh bin Md Yunus GB00754 undang-undang, penyediaan kemudahan-kemudahan asas dan pelaksanaan projek-projek pembangunan sosio ekonomi kepada peranan sebagai fasilitator kepada sektor swasta yang telah dikenalpasti sebagai jentera pertumbuhan ekonomi. Walaupun perubahan besar telah berlaku dalam sikap dan corak kerja kakitangan awam, masih ramai lagi rakyat menganggap sesetengah kakitangan kerajaan adalah pekerja yang malas, suka curi tulang, rasuah dan pelbagai lagi konotasi negatif. Sedikit kesilapan atau kecacatan dalam urusan perkhidmatan kerajaan dalam kes bersifat terpencil dicanang di dada media sebagai mewakili sikap sejuta kakitangan kerajaan seluruhnya. Faktor kelewatan dalam menerima perkhidmatan kerajaan, perlu beratur panjang dan tidak mendapat maklum balas segera terhadap masalah, aduan dan kesulitan yang dibangkitkan adalah antara perkara biasa yang sinonim dengan perkhidmatan sektor awam. Sehubungan itu, Kerajaan menyediakan pelbagai mekanisme bagi membolehkan sebarang rasa tidak puas hati rakyat terhadap mutu perkhidmatan awam disalurkan kepada pihak berwajib bagi ditangani segera. Biro Pengaduan Awam (BPA) adalah antara agensi utama yang bertanggungjawab melayan sebarang aduan pengguna dengan segera. Berdasarkan jumlah aduan yang diterima BPA, menunjukkan penurunan berterusan jumlah aduan yang diterima sejak 2002 sehingga kini.

Kerajaan

sememangnya berusaha sedaya mungkin untuk menyediakan sumber manusia, prasarana dan teknologi terkini bagi membolehkan perkhidmatan sektor awam mencapai tahap terbaik dan bertaraf dunia. Bagaimanapun, usaha ini tidak mampu disediakan secara serentak dan sukar untuk dipenuhi semuanya. Oleh itu, rakyat Malaysia masih mengalami keadaan perlu menunggu lama sebelum mendapatkan rawatan atau ubat di hospital dan klinik kerajaan. Selain itu, kita mengalami kekurangan doktor dan jururawat, hospital dan klinik kerajaan juga mengalami kekurangan peralatan dan ubat-ubatan walaupun bukanlah pada tahap serius. Kekurangan sumber manusia di samping peningkatan jumlah pelanggan yang makin bertambah saban tahun menyebabkan wujudnya tekanan yang berat terhadap kakitangan awam. Kini kita boleh melihat ramai kakitangan awam yang terpaksa bekerja lebih masa bagi memastikan amanah yang dipertanggungjawabkan dapat diselesaikan dalam tempoh ditetapkan. Pengorbanan kakitangan sektor awam walaupun mendapat perhatian kerajaan tetapi tidak mendapat sokongan dan penghargaan yang sepatutnya

m/s: 17

Tugasan: SKSJ 1043 Pengantar Pentadbiran Awam Mohd Noh bin Md Yunus GB00754 daripada rakyat. Sebaliknya, anggapan negatif terhadap sektor awam semacam terus bersemayam di minda rakyat. Sehubungan itu, pelbagai program pembaharuan yang telah diperkenalkan adalah sebagai respon kepada pelbagai cabaran global dan juga dalaman yang telah mempengaruhi struktur organisasi, proses dan anggota Perkhidmatan Awam. Cabarancabaran ini bukan sahaja telah memberi tekanan untuk melakukan pembaharuan malahan merupakan merupakan pandan kepada pembentukan strategi-strategi yang diperkenalkan oleh Perkhidmatan Awam.

7.0.

PENUTUP

Secara umumnya pengenalan New Public Management telah memberi impak yang sangat besar terhadap sistem pengurusan pentadbiran awam di seluruh dunia dan juga Malaysia. Sistem pengurusan Pentadbiran Awam menjadi lebih moden dan semakin cekap dan sekaligus dapat membantu pertumbuhan ekonomi negara sebagaimana yang diharapkan. Kerenah birokrasi dan kelewatan membuat keputusan tidak lagi menjadi bualan masyarakat. Kesilapan dalam membuat keputusan juga dapat diminimumkan sekecil mungkin.

Sistem penyampaian juga semakin mudah dengan pengenalan

teknologi maklumat di dalam sistem pengurusan sektor awam. Perubahan tersebut telah membawa perubahan dan anjakan birokrasi sektor awam di Malaysia dan pengurusan dalamannya. Semakin banyak nilai-nilai korporat yang diamalkan di dalam sektor awam seperti peningkatan kualiti dan produktiviti, kecekapan pengurusan, output, inovasi, integriti dan akauntabiliti yang kesemuanya adalah memberi keutamaan kepada perkhidmatan pelanggan. Kekuatan pasaran telah dianggap sebagai alat bagi pertumbuhan dan perkembangan yang komprehensif kerana pembaharuan yang dilaksanakan tidak hanya untuk mentakrifkan semula peranan sektor awam tetapi lebih begitu reposisi dalam konteks untuk mencapai tujuan pembangunan nasional. Dengan semua ini, pembaharuan kontemporari tidak kurang daripada fenomena dan mereka dapat melihat jenis pembaharuan yang berlaku di tempat lain di bawah paradigma New Public Management. Siddiquee (2006).

m/s: 18

Tugasan: SKSJ 1043 Pengantar Pentadbiran Awam Mohd Noh bin Md Yunus GB00754

Justeru itu, saya percaya harapan YAB. Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Razak dalam ucapannya sempena Majlis Perasmian Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Anak Bukit Alor Setar Pada 13hb Julai 2009 (Isnin), Di Dataran Promenade, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Bandar Mu’adzam Shah Alor Setar, Kedah yang mahukan sebuah perkhidmatan awam yang berkesan, responsif, luwes dan berani berubah akan dapat dipenuhi dengan pelbagai pembaharuan yang telah dan sedang dilaksanakan di dalam sektor awam. Kerjasama semua pihak terutama daripada rakyat dan pelanggan yang berurusan dengan jabatan kerajaan juga dituntut bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan awam bertaraf dunia.

Idea dan cadangan

penambahbaikan mutu perkhidmatan awam amat dialu-alukan dan bukan sekadar memberikan ulasan negatif dan sembang kedai kopi yang tidak memberi sebarang manfaat untuk semua.

m/s: 19

Tugasan: SKSJ 1043 Pengantar Pentadbiran Awam Mohd Noh bin Md Yunus GB00754 Rujukan: •

Buku Ahmad Martadha Mohamed et al. 1998. Asas Pentadbiran Organisasi. Introduction to Organization and Management, Modul Pembelajaran Kendiri BPM, A Module Text for Distance Learning, Sintok. Penerbit: Universiti Utara Malaysia Christopher Pollit, Geert Bouckaert. 2000. Public Management Reform. A Comparative Analysis. Penerbit: Oxford University Press US. Christopher Hood, Oliver James, B. Guy Peters, Colin Scoot. 2005. Controlling Modern Government: Variety, Commonality and Change. Penerbit : Edward Elgar Publishing. David Osborne, Ted Gaebler. 1992. Reinventing Government: How The Entrepreneurial Spirit Is Transforming The Public Sector. Penerbit: AddisonWesly Pub. Co. Perkhidmatan Awam Malaysia. 2004. Memperkukuh Agenda Pembaharuan (Laporan Pembaharuan dan Kemajuan Dalam Perkhidmatan Awam Tahun 2000). Penerbit: Kerajaan Malaysia. Samuel Bassey Okposin, Abdul Halim Abdul Hamid, Ong Hway Boon ; penterjemah Onn Mohd. Jadi, Zaleha Abu Bakar. 2003. Perubahan Fasa Ekonomi Malaysia. Penerbit: Utusan Publication. Tan Sri Dato’ Seri Ahmad Sarji bin Abdul Hamid. 1995. Perkhidmatan Awam Malaysia: Ke Arah Kecekapan dan Keberkesanan. Penerbit: Kerajaan Malaysia.



Jurnal Hood, Christopher;Guy Peters. 2004. The Middle Aging of New Public Management: Into the Age of Paradox? Ournal of Public Administration Research and Theory; 14: 267-282. http://jpart.oxfordjournals.org/cgi/reprint/14/3/267



Internet Noore Alam Siddique. Public Services Innovations, Policy Transfer and Governance In The Asia Pasific Region: The Malaysian Experiant. http://www.joaag.com/uploads/Siddiquee.pdf

m/s: 20

Related Documents


More Documents from "Tia Indah Luktari Mardani"