Nama: _____________________________ Tarikh: __________ Men.2______ Latihan 1 Arahan: Padankan peribahasa berdasarkan maksud yang diberikan. a. batu yang selalu bergolek di dalam sungai itu tiada dihinggapi lumut b. air dingin juga yang dapat memadami api c. jadi umang-umang d. biduk lalu kiambang bertaut e. baru hendak bertunas, sudah dipetik lama-lama matilah pokoknya f. besar pasak dari tiang g. bagaikan kerakap di atas batu, hidup enggan mati tak mahu h. bodoh-bodoh sepat, tiada makan pancing emas i. berkerat rotan berpatah arang j. bagai unta menyerah diri 1. Barang yang sama jika berlainann keadaannya maka berlainanlah pula namanya.
2. Orang yang selalu bertukar kerja tidak akan mencapai kejayaan dalam kerjayanya dan sukar untuk menjadi seorang yang kaya.
3. Orang yang terlalu bodoh dan terlalu lurus menjadi mangsa orang yang lebih pintar dan cerdik. 4. Perkataan yang lembut juga yang dapat mendinginkan hati orang yang sedang marah.
5. Perselisihan faham yang berlaku antara saudara-mara tetapi pada masa kemudian dapat berbaik-baik semula.
6. Putus perhubungan yang tidak dapat disambung lagi.
7. Berbelanja lebih besar daripada pendapatan yang diperoleh.
8. Walaupun seseorang itu bodoh tetapi dia masih tahu memilih yang mana baik atau yang mana buruk untuk dirinya.
9. Ibarat orang yang berniaga baru mendapat keuntungan sedikit sudah berbelanja besar, akhirnya habislah modal.
10. Perihal seseorang yang telah lama menghidap penyakit.