Nama: _____________________________ Tarikh: __________ Men.3______ Latihan 2 Arahan: Padankan peribahasa berdasarkan maksud yang diberikan. a. b. c. d. e. f. g. h. i. j.
jika ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya menegakkan benang basah gajah berak besar, kancil pun hendak berak besar sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah menconteng arang di muka rumah sudah pahat berbunyi ditatang bagai minyak yang penuh kuat ketam kerana sepit, kuat burung kerana sayap ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
1. Peperangan atau perselisihan yang berlaku antara dua pihak yang berkuasa menyebabkan rakyat yang binasa atau menderita.
2. Sesuatu perkara yang telah terlanjur dibuat salah, hendaklah dibetulkan dengan dibuat semula dari awal.
3. Hendak meniru-niru perbuatan orang besar atau kaya, akhirnya diri sendiri binasa.
4. Menahankan sesuatu perkara yang sebenarnya tidak dapat dipertahankan lagi.
5. Hendaklah sentiasa berhati-hati supaya jangan terpedaya dan habis harta dengan percuma.
6. Sangat dikasihi dan dipelihara dengan sempurna.
7. Melakukan sesuatu perbuatan buruk yang boleh memberi aib atau mencemarkan nama baik ibu bapa atau keluarga.
8. Setiap orang mempunyai kekuatan dan kelebihan masingmasing.
9. Orang besar atau mulia tidak akan hilang martabatnya jika dia merendahkan dirinya sekalipun.
10. Mencela atau bersungut tentang sesuatu yang sudah siap.