Nama: _____________________________ Tarikh: __________ Men.3______ Latihan 1 Arahan: Padankan peribahasa berdasarkan maksud yang diberikan. a. belayar bernakhoda, berjalan dengan yang tahu, berkata b. c. d. e. f. g. h. i. j.
debgan yang pandai beberapa berat mata memadang, berat juga bahu memikul cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar air pun ada pasang surutnya burung terbang dipipiskan lada bertelingkah bagai antan di lesung ayam terlepas tagan berbau tahi biar putih tulang, jangan putih mata besar periuk besar keraknya belum duduk berlunjur dulu
1. Orang yang cepat-cepat marah walaupun orang yang dimarahi belum tentu terbukti kesalahannya.
2. Mempertahankan sesuatu yang menjadi hak milik kita walaupun nyawa kita terancam.
3. Merancang sesuatu yang belum pasti diperolehi.
4. Orang yang membuat perbuatan yang ditegah akhirnya mendapat malu.
5. Orang yang berpendapatan besar, besar juga perbelanjaannya.
6. Berhati-hati semasa bercakap dengan orang kerana percakapan yang sembarangan boleh membawa akibat yang buruk.
7. Keadaan hidup seseorang tidak tetap, ada kalanya senang ada kalanya susah.
8. Sesuatu pekerjaan besar yang hendak dilakukan eloklah diketuai pelaksanaannya oleh orang yang memang ahli dalam perkara itu supaya selamat.
9. Orang yang sama sepekerjaan itu, jikalau berselisihan dan berkecil hati, jadi rosaklah pekerjaannya.
10. Sesusah orang yang melihat penderitaan seseorang itu tentulah tidak sama dengan penanggungan orang yang menderita itu sendiri.