Nama: _____________________________ Tarikh: __________ Men.1______ Latihan 3 Arahan: Padankan peribahasa berdasarkan maksud yang diberikan. a. b. c. d. e. f. g.
seperti tikus jatuh ke beras seperti harimau menyembunyikan kukunya bagaimana bunyi gendang, begitulah tarinya di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung seperti ayam kehilangan ibu seperti pucuk yang layu disiram hujan seperti mentimun dengan durian; menggolek rosak, kena
golek binasa h. lain padang lain belalangnya, lain lubuk lain ikannya i. takut titik lalu tumpah j. seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul
1. Orang yang susah memperoleh kesenangan, atau orang yang sakit beroleh penawar.
2. Hendak mengelakkan kerugian kecil akhirnya mendapat kerugian besar.
3. Apabila kita menetap di sesebuah negeri (kampung, masyarakat dll), kita perlulah mematuhi peraturan dan undang-undang di tempat tersebut.
4. Orang yang bijaksaa tetapi menyembunyikan pengetahuan dan kebolehannya.
5. Tiada berguna menasihati orang lain, kalau kelakuan sendiri tiada sesuai dengan apa yang dinasihatkannya itu.
6. Bagaimana perbuatan/perkataan, demikianlah balas dan jawapannya.
7. Orang yang lemah dan bodoh kalau diserang atau menyerang orang yang berani dan pintar akan menerima kekalahan juga.
8. Seseorang yang beroleh kekayaan atau keuntungan tetapi tidak mahu menceritakannya kepada orang lain.
9. Sekumpulan orang yang tidak tentu arah atau berpecah belah akibat kehilangan pemimpin atau tempat tumpuan dan pengharapan.
10. Lain negeri lain adat resam dan lain cara pemerintahannya.