Nama: _____________________________ Men.4 ______
Tarikh: __________
Latihan 1 Arahan: Padankan peribahasa berdasarkan maksud yang diberikan. a. b. c. d. e. f. g. h. i. j.
ambil patinya, buang hampasnya baik membawa resmi ayam betina berjalan peliharakan kaki, bercakap peliharakan lidah besar kapal besarlah gelombang bukit sama didaki, lurah sama dituruni bulat air oleh pembuluh, bulat kata oleh muafakat daun dapat dilayangkan, getah jatuh ke perdu juga dalam menyelam, cetek bertimba di padang orang berlari, di padang sendiri berjingkit hilang adat tegal muafakat
1. Tabiat orang yang tamak, mahu menerima pemberian orang sahaja, tetapi memberi dia sekali-kali tidak mahu.
2. Sesuatu adat yang telah berakar umbi dapat diubah jika ada persetujuan orang ramai.
3. Daripada tiap-tiap cerita atau perkara janganlah hiraukan yang salah atau yang buruk, ambil sahaja yang baik atau yang betul.
4. Makin besar darjat atau perniagaan seseorang makin besar pula bencana atau kerugian yang dapat menimpanya
5. Seseorang itu hendaklah selalu merendah diri dalam tutur kata dan perbualan supaya tidak dibenci oleh orang lain dan selamat dalam hidup.
6. Tidak sama kasih kepada anak sendiri dengan kasih kepada anak orang.
7. Melalui perbincangan atau perundingan dapatlah dicapai kata sepakat untuk melakukan sesuatu tindakan atau usaha
8. Dalam melakukan sesuatu pekerjaan hendaklah sentiasa berhati-hati.
9. Bermuafakat dalam sesuatu perkara agar sebabg atau susah sama-sama dirasai.
10. Jika tidak mendapat hasil atau rezeki yang banyak, yang sedikit pun memadai.