Nama: _____________________________ Tarikh: __________ Men.3______ Latihan 3 Arahan: Padankan peribahasa berdasarkan maksud yang diberikan. a. b. c. d. e. f. g. h. i. j.
seperti embun di hujung rumput sedencing bagai besi, seciap bagai ayam hidup kayu berbuah, hidup manusia berjasa asal besi pengapak kayu, asal emas menjadi penduk seperti orang buta kehilangan tongkat ikut hati masti, ikut rasa binasa, ikut mata leta tukang tidak membuang kayu hutang emas dapat dibayar, hutang budi dibawa mati hidup dikandung adat, mati dikandung tanah seperti buah padi, makn berisi makin rendah; jangan seperti lalang, makin lama makin tinggi
1. Sesuatu yang tidak kekal dan segera hilang.
2. Orang yang cerdik, sayang kepada segala macam orang kerana masing-masing ada gunanya.
3. Budi bahasa orang tidak dapat dibalas dengan wang dan harus diingat seumur hidup.
4. Mengerjakan sesuatu bersama-sama, baik ringan mahu pun berat.
5. Seseorang yang hidup di dunia ini mestilah baik untuk diri sendiri dan juga berjasa kepada orang lain.
6. Orang yang bangsawan dan budiman serta berilmu itu makin tinggi martabatnya makin dia merendah diri; bukannya seperti orang yang tiada berbudi dan jahil apabial diperolehinya sesuatu kelebihan, dia pun sombong.
7. Waktu hidup mestilah mengikut peraturan, adat dan undangundang termasuk hukim Tuhan, setelah mati, terserahlah kepada Tuhan.
8. Asal atau darjat seseorang ditentukan pada tingkah lakunya.
9. Orang bodoh, tiada pula berusaha dalam apa-apa yang dilakukannya sehingga menjadi sesat kehidupannya.
10. Orang yang mengikutkan hawa nafsunya akhirnya akan binasa.