Nama: _____________________________ Tarikh: __________ Men.4______ Latihan 2 Arahan: Padankan peribahasa berdasarkan maksud yang diberikan. a. kail sebentuk umpan seekor, sehari putus sehari hanyut b. kalau tak ada berada, tak kan tempua bersarang rendah c. ikan terkilat jala pun tiba d. laut mana yang tidak berombak, bumi mana yang tidak ditimpa hujan e. kalau gajah hendaklah dipandang gadingnya, kalau harimau hendaklah dipandang belangnya f.
kilat di dalam kilau, kabus di dalam hujan
g. jika kerbau dipegang talinya, jika manusia dipegang mulutnya h. keras-keras kerak nasi, kena air lembut juga i.
jong pecah yu kenyang
j.
jika tidak dipecahkan ruyung, di mana boleh mendapat sagunya
1. Manusia tidak sunyi daripada melakukan kesalahan dan kesilapan.
2. Orang yang cepat menangkap maksud cakap orang lain, sebelum habis diperkatakan sudah dapat dijawabnya.
3. Sekeras-keras hati seseorang itu apabila dipujuk dan dinasihati akan lembut juga.
4. Dalam tutur kata dan tingkah laku seseorang itu ada terseimpul beberapa kehendak hati.
5. Seseorang itu wajib menepati sesuatu yang telah dijanjikannya.
6. Melakukan sesuatu dengan tidak cukup persediaan bagi menghadapi segala kemungkinan seperti berniaga dengan modal alang kepalang.
7. Tidak akan tercapai cita-cita tanpa usaha yang gigih.
8. Sesuatu perkara itu perlu disiasat dahulu dengan teliti dan tidak boleh setakat mendengar cakap-cakap orang sahaja.
9. Kerugian yang dialami oleh orang-orang atasan tidak memberi sebarang faedah kepada orang kebanyakan.
10. Tentu ada sebabnya sesuatu hal berlaku walaupun sebabnya itu tersembunyi.