Nama: _____________________________ Tarikh: __________ Men. 4______ Latihan 3 Arahan: Padankan peribahasa berdasarkan maksud yang diberikan. a. muka berpandangan, budi kedapatan kasih sebagai selama jua b. Quran buruk c. seperti melukut di tepi gantang, keluar tidak mengurangi, masuk tidak memenuhi d. meski tertimbun dalam tanah, namun teras timbul juga e. mengata dulang paku serpih, mengata orang awak yang lebih f. seperti menghela rambut dalam tepung, rambut jangan putus tepung dangan berserak g. tangan mencengang bahu memikul h. laut mana yang tidak berombak, bumi mana yang tidak ditimpa hujan i. rosak badan kerana penyakit, rosak bangsa kerana laku j. pelepah bawah luruh, pelepah atas jangan gelak 1. Meskipun kebenaran itu belum terang, lambat laun akan menjadi kenyataan juga.
2. Manusia tidak sunyi daripada melakukan kesalahan dan kesilapan.
3. Tiap-tiap yang bernyawa akan mati juga sudahnya, baik tua,muda ataupun anak-anak.
4. Penyakit yang dihidapi itu boleh merosakkan keelokan rupa kita, begitu juga kelakuan yang keji boleh merosakkan nama baik bangsa kita.
5. Orang tua yang banyak pengalaman tidak wajar disia-siakan walaupun buah fikirannya tidak dapat digunakan lagi.
6. Seseorang yang tidak dianggap penting oleh orang lain dan dianggap tidak berguna. Adanya tidak mempunyai apa-apa erti.
7. Jika kita yang membuat kesalahan, kitalah yang harus menanggung akibatnya.
8. Mencela orang tetapi diri sendiri lebih buruk daripada orang yang dicela.
9. Menghukum hendaklah dengan seadil-adilnya, sehingga keduadua belah pihak berasa puas.
10. Seseorang yang mengetahui perbuatan jahat orang lain terhadap dirinya tetapi tidak menghiraukannya.