Persatuan Melayu

  • Uploaded by: Ni'
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Persatuan Melayu as PDF for free.

More details

  • Words: 2,818
  • Pages: 45
AHLI KUMPULAN DURIS AK ANJAN (D20061025173) NURAIN BINTI ISMAIL (D20061025174) KHAIRUL BARIAH BINTI MOHD ZAKI (D20061025175) NOOR HAMIZA BINTI HANG TUAH (D20061025177)

Tajuk: Pejuang-pejuang bahasa Melayu di Tanah Melayu telah menjadikan beberapa pertubuhan sebagai wadah dalam mempertahankan bahasa tersebut. Bincangkan latar belakang dan prinsip-prinsip perjuangan badanbadan dan pertubuhan bahasa tersebut dalam tempoh kolonialisasi hingga selepas merdeka.

Pengenalan  Pengangkatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi mendapat sokongan seluruh orang Melayu.  Isu ini digunakan oleh ahli politik untuk mengumpulkan sokongan daripada orang Melayu untuk mengundi.  Namun, lama-kelamaan timbul ahli-ahli politik dalam parti lain yang memperjuangkann kedudukan bahasa Cina, Tamil, dan Inggeris.  Isu tersebut menyebabkan pergeseran kaum yang hangat, iaitu satu pergaduhan kaum di ibu negara, Kuala Lumpur, pada 13 Mei 1969.

 selepas peristiwa 13 Mei- undangundang tentang perkara sensitif digubal. orang ramai dilarang daripada mempersoalkan kedudukan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi negara.

Isu-isu yang mencetuskan peristiwa 13 Mei  Isu yang berkaitan dengan kerakyatan dan kedudukan istimewa orang Melayu.  Terdapat cogankata-cogankata yang menuduh berlakunya diskriminasi antara kaum, seperti:  First class citizen  Second class citizen  Malaysian Malaysia  yang dilaungkan di sekitar pilihan raya 1964-1969 hingga mencetuskan peristiwa 13 Mei.

 Pengangkatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi dapat ditinjau daripada dua segi utama: (a) dari kesedaran orang Melayu terhadap bahasa Melayu (b) dari keperluan untuk memperoleh sokongan terhadap negara dan dasardasarnya.

Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi  Orang Melayu pertama yang paling lantang pada abad ke 19 (dalam zaman pemerintahan British) menyatakan pemerhatiannya tentang sikap serta pandangan orang Melayu terhadap bahasa Melayu. Dalam bukunya, Abdullah berkata: “ada-lah suatu hairan lagi terchengang aku sebab melihatkan dan memikirkan hal orang Melayu itu, belum sedar akan dirinya, ia tinggal dalam bodoh-nya itu, oleh sebab ia tiada mahu belajar bahasa-nya sendiri, dan tiada mahu menaroh tempat belajar bahasa-nya itu; maka mustahil pada ‘akal, ada-kah orang yang tiada belajar itu boleh menjadi pandai sendiri-nya? Bukan-kah segala bangsa yang lain dalam dunia ini masingmasing ada belajar bahasa-nya, melainkan orang Melayu?”

 Sikap dan pandangan Abdullah ini telah amat mempengaruhi fikiran orang Melayu pada zaman-zaman selepasnya.  Keberaniannya mengkritik orang Melayu tentang sikap dan pandangan mereka terhadap bahasa, dan terhadap hidup telah menyebabkan beliau dianggap sebagai bapa kesusasteraan moden.  Dianggap juga sebagai seorang yang membawa pembaharuan kepada bahasa Melayu.  Kesedaran orang Melayu terhadap bahasanya telah menyebabkan mereka bertindak memajukan pengajarannya dan memperjuangkan kedudukannya di dalam masyarakat semenanjung.

 Tindakan mereka itu pada dasarnya dapat dibahagikan kepada dua cara: (a) cara perseorangan (b) melalui pertubuhan-pertubuhan.  Dalam kedua-dua cara itu surat khabar Melayu memainkan peranan yang penting menyampaikan pendapat dan pandangan mereka tentang bahasa Melayu.  Orang perseorangan menggunakan ruang akhbar terdiri daripada para wartawan dan guru Melayu.  Tulisan menitikberatkan soal keelokan bahasa Melayu, dan cara karang-mengarang.  Sesuai dengan tujuan untuk menghidupkan bahasa Melayu yang terbiar itu.

Antara pertubuhan yang dijadikan sebagai wadah dalam mempertahankan bahasa Melayu ialah :-

Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa • Pakatan ini ditubuhkan di Johor pada tahun 1888. • Pakatan ini dipimpin oleh Abd. Rahman bin Andak. • Pakatan ini merupakan institusi pertama yang menumpukan perhatian terhadap usaha membangunkan bahasa Melayu. • Antara tokoh-tokoh yang aktif :  Major Datuk Haji Muhammad Said bin Sulaiman  Munshi Sulaiman bin Muhammad Nor



Antara karya-karya yang dicetak:  Kisah Pelayaran Ibrahim Munshi Pemimpin Johor



Karya-karya ahli juga diterbitkan seperti:    

Buku Katan (kamus) Jalan Bahasa Melayu (Nahu Melayu) Peribahasa Buku-buku sejarah dan sebagainya.



Satu lagi sumbangan penting pakatan ini ialah usaha-usaha memelayukan perkataan Inggeris yang sering digunakan dalam urusan seharian.



Perkataan yang dimelayukan tadi ialah ‘secretary’ menjadi ‘setiausaha’, ‘office’ menjadi ‘pejabat’, ‘public work’ menjadi ‘kerja raya’, dan banyak lagi.

Pejabat Karang Mengarang •

Ditubuhkan pada tahun 1924 di Maktab Perguruan Sultan Idris.



Ia dipimpin oleh O.T Dussek ( Pengetua Maktab Perguruan Sultan Idris) dan Zainal Abidin binti Ahmad ( Za’ba) yang mengetuai bahagian bahasa Melayu.



Pertubuhan ini dibiayai oleh Kerajaan Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Bersekutu.



Ahli-ahli Pejabat Karang Mengarang terdiri daripada:    

Abdul Kudus Muhammad Abdul Rahman Yusuf Yazid Ahmad Ahmad Nasaruddin

Matlamat :  Mengkaji semula penggunaan buku teks di sekolahsekolah Melayu dan mengeluarkan sebanyak mungkin buku-buku pelajaran baru.  Mengeluarkan bahan-bahan bacaan umum untuk masyarakat Melayu.  Mengeluarkan jurnal-jurnal bergambar.  Mengadakan perkhidmatan perpustakaan bergerak.  Mengedar dan menjual buku-buku teks ke kawasankawasan pedalaman.

• Pada tahun 1955, Pejabat Karang Mengarang diletakkan terus di bawah kawalan Kementerian Pelajaran Kuala Lumpur dan pada tahun 1957, peranan Pejabat Karang Mengarang diambil alih sepenuhnya oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kejayaan: • Berjaya mnerbitkan buku-buku sekolah. Sehingga tahun 1948, 85 judul buku berjaya diterbitkan. • Berjaya menterjemahkan karya-karya dari Barat seperti Sang Lamri, cerita-cerita Sherlock Holmes, Aladin Dengan Lampu Ajaib dan beberapa lagi. • Menerbitkan buku-buku siri perpustakaan sekolah dan umu. • Menerbitkan karya-karya Za’ba seperti Ilmu Mengarang Melayu, Pelita Bahasa Melayu I, II, III dan Daftar Bahasa Melayu.

Tokoh Pejuang Bahasa Melayu • Zainal Abidin Bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Za'ba ialah seorang ahli ilmuan Melayu yang lahir pada 16 September 1895 di Bukit Kerdas, Batu Kikir, Negeri Sembilan. • 1 Jun 1923: Mula bertugas di Pejabat Penolong Pengarah Pelajaran Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri Selat, Kuala Lumpur sebagai penterjemah dan pengarang Melayu. • 1 April 1924: Bertugas pula di Sultan Idris Training College (SITC), Tanjong Malim untuk mengasas Pejabat Penterjemahan yang kemudiannya dikenali sebagai Pejabat Karang-Mengarang • 1947: Dilantik menjadi pensyarah Bahasa Melayu di School of Oriental and African Studies, Universiti London. • 16 September 1950: Bersara. • 29 November 1952: Bertugas sebagai pensyarah kanan merangkap Ketua Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Singapura sehingga 31 Disember 1958. • 21 September 1956: Dikurniakan gelaran Pendita sempena Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga.

Objektif penubuhan Teratak Za'ba:

• • • • • •

Menghargai jasa Za'ba atas sumbangan beliau dalam bidang bahasa, sastera, sosio-budaya, agama, politik dan pendidikan. Menjadi sebuah memorial untuk memperingati tempat kelahiran Za'ba, Satu penghargaan Kerajaan Negeri kepada waris-warisnya. Produk perlancongan berunsur pendidikan yang boleh dimanfaatkan oleh pelbagai pihak khususnya penyelidik, ilmuan dan pelajar. Memberi pendedahan kepada masyarakat untuk mengenali dengan lebih dekat lagi sumbangan seorang tokoh yang berjasa melalui koleksi peribadi peninggalannya. Sebagai tempat menyimpan dan mengumpul koleksi Za'ba selain daripada Arkib Negara dan Universiti Malaya.

Pertubuhan-Pertubuhan Guru (KPGMS, KPGMPTM, KGMMB) •

Perjuangan mereka dapat dilihat pada empat peringkat utama iaitu:



Peringkat penubuhan kesatuan-kesatuan guru cawangan negerinegeri. Peringkat ini bermula sekitar tahun 1920-an. Antara persatuan-persatuan guru yang terawal ialah Persatuan Guru Melayu Pulau Pinang dan Seberang Prai. Selepas persatuan ini, beberapa negeri lain turut mewujudkan persatuan guru masingmasing.



Pada peringkat kedua, persatuan-persatuan guru peringkat negeri bergabung membentuk Kesatuan Persekutuan Guru-Guru Melayu Semenanjung pada tahun 1946.



Pada peringkat ketiga iaitu pada tahun 1954, nama kesatuan guru ditukar kepada Kesatuan Persekutuan Guru-Guru Melayu Persekutuan Tanah Melayu (KPGMPTM).



Pada peringkat keempat bermula dari tahun 1968, nama kesatuan sekali lagi ditukarkan kepada Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB). Bentuknya juga bertukar kepada satu kesatuan tunggal dan bukan lagi bergabung antara kesatuan-kesatuan dan cawangan-cawangan peringkat negeri.

Peranan Persatuan-Persatuan Pelajar •

Dua buah persatuan pelajar yang berjuang untuk memajukan bahasa Melayu iaitu Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM) dan Persatuan Pelajar-Pelajar Maktab Bahasa.



PBMUM berjuang melalui majalah keluaran mereka iaitu Suara PBMUM.



Dalam majalah ini, PBMUM beberapa kali mengkritik kerajaan kerana bersikap liberal terhadap bahasa asing khasnya bahasa Inggeris.



Sasaran kritikan mereka ialah Tunku Abdul Rahman yang dianggap liberal dan Yang Berhormat Encik Khir Johari (Menteri Pelajaran) yang dikatakan bersifat super liberal.



Pada 29 dan 30 Oktober 1966, satu seminar telah diadakan untuk mengkaji kedudukan bahasa Melayu selepas sembilan tahun merdeka.



Dalam seminar tersebut diputuskan agar pihak kerajaan mengkaji semula kedudukan bahasa Melayu dalam semua bidang.



Dua tahun selepas itu iaitu pada tahun 28 dan 29 September 1968, PBMUM sekali lagi mengadakan seminar.



Dalam seminar kali ini, PBMUM memutuskan untuk mendesak kerajaan mempercepatkan pembinaan Universiti Kebangsaan.

• Tindakan PBMUM yang paling tegas ialah dengan mengadakan tunjuk perasaan pada 11 Julai dan 29 Ogos 1969. Mereka mendesak Perdana Menteri meletak jawatan kerana tidak tegas dalam melaksanakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.

Badan Bertindak Bahasa Kebangsaan (BBBK) •

Ditubuhkan pada 7 Julai 1964.



Ditubuhkan dengan tiga matlamat utama iaitu:



Mendaulatkan Bahasa Kebangsaan (bahasa Melayu) sebagai bahasa rasmi tunggal mulai tahun 1967; Melaksanakan kehendak-kehendak perlembagaan negara seperti yang tercatat pada Perkara 152; Menimbulkan semangat cintakan perjuangan mendaulatkan Bahasa Kebangsaan.

 



Sumbangan BBBK yang terpenting dapat dilihat pada kesungguhan mereka menentang Akta Bahasa Kebangsaan 1967, BBBK telah mengemukakan dokumen kepada kerajaan kerajaan yang mempersoalkan kedudukan dan arah perkembangan bahasa Melayu.



Mengikut pandangan BBBK, Akta Bahasa Kebangsaan ini tidak menjelaskan konsep bahasa rasmi dengan jelas dan menjadikan kedudukan bahasa Inggeris bertambah teguh.



BBBK juga menganggap akta ini bercanggah dengan perkara 152 Perlembagaan kerana kesediaan kerajaan untuk menterjemah dokumen-dokumen rasmi dalam bahasa asing.



BBBK beranggapan ini merupakan kemenangan moral kepada parti-parti yang memperjuangkan konsep pelbagai bahasa dan amat merugikan orang-orang Melayu.



Badan ini juga beranggapan yang akta tersebut akan menjadikan negara ini tidak mempunyai bahasa rasmi tunggal dan kedudukan bahasa Inggeris lebih mantap kerana diberi nilai ekonomi yang tinggi.



Ia juga akan menghilangkan keyakinan orang ramai terhadap bahasa Melayu.



BBBK cuba mendapatkan kerjasama daripada sembilan orang peguam dalam merangka memorandum meminta kerajaan menilai semua ini.

• Malangnya kerajaan tidak menghiraukan tuntutan ini. BBBK mengambil keputusan mengadakan rapat umum di Dewan Bahasa dan Pustaka dan seterusnya ke Parlimen. Rapat umum yang dicadangkan gagal kerana diharamkan oleh pihak polis dan Akta Bahasa Kebangsaan diluluskan tanpa menerima cadangan BBBK.

Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50) •

Pertubuhan ini diasaskan pada 6 Ogos 1960, di Singapura oleh beberapa pengarang Mohd Arif b. Ahmad, Hamzah, Masuri S.N, Usman Awang dan beberapa orang lagi.



Ia ditubuhkan dengan beberapa tujuan utama iaitu:



Menjadikan bahasa dan Persuratan melayu sebagai alat perpaduan dalam perjuangan kebangsaan;



Menjadikan bahasa dan kesusasteraan Melayu sebagai alat memajukan fikiran rakyat sesuai dengan cita-cita untuk membentuk keadilan , kemakmuran dan perdamaian hidup;



Memajukan keamanan dan perdamaian hidup.

• ASAS 50 berjuang melalui dua cara iaitu melalui karya-karya mereka dan juga kongres-kongres bahasa yang diadakan. • Pengarang-pengarang ASAS 50 merupakan golongan penulis yang sangat proflik. • Mereka menghasilkan karya dalam semua bentuk iaitu sajak, cerpen, novel, drama dan esei. Melalui karya-karya tersebut, mereka memperjuangkan kepentingan bahasa Melayu

• ASAS 50 juga telah mengadakan beberapa siri kongres yang dinamakan Kongres Bahasa Melayu. • Kongres-kongres ini merupakan program dwitahunan ASAS 50. • Kongres pertama diadakan pada 1952, diikuti oleh Kongres Bahasa Melayu Kedua dan Ketiga pada tahun 1954 dan 1956. • Dalam Kongres pertama dan kedua, ASAS 50 telah memutuskan tulisan rumi digunakan sebagai media dalam memajukan bahasa Melayu.



Pada kongres bahasa yang ketiga, ASAS 50 menghapuskan satu memorandum yang menyentuh beberapa perkara iaitu:



Mendesak kerajaan mengkaji peranan dan kedudukan dalam pelajaran dan penggunaan bahasa Melayu di semua peringkat persekolahan dan maktab-maktab perguruan. Penyatuan Bahasa Melayu dengan bahasa Indonesia; dan Mendesak kerajaan memberikan nilai ekonomi terhadap bahasa Melayu melalui perlantikan jawatan dan kenaikan pangkat.

 

• ASAS 50 boleh dikatakan menepati matlamat penubuhannya iaitu berjuang untuk masyarakat melalui konsep seni mereka iaitu ”seni untuk masyarakat”. Perjuangan mereka bukan sahaja penting dalam bidang kesusasteraan tetapi juga dalam bidang bahasa. Sumbangan mereka cukup besar dalam kedua-dua bidang ini.

Persatuan Penulis Nasional (PENA) • •

Ditubuhkan pada 12 Februari 1961 Bertujuan: ”berusaha seluas-luasnya dalam lapangan bahasa, kesusasteraan dan ilmu pengetahuan, bersesuaian dengan kepentingan-kepentingan nasional dengan tidak terikat kepada dasar politik kepartian atau terkeluar daripada bidang undang-undang negara. -dalam kegiatan yang bersabit dengan bahasa dan kesusasteraan, PENA telah memainkan peranan yang sangat aktif. -PENA juga telah memperjuangkan pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pelajran kebangsaan. •

Selepas peristiwa 13 Mei 1969, PENA telah mengemukakan sebuah memorandum mengenai Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan kepada Menteri Pelajaran Malaysia.



Dalam memorandum itu, PENA berharap pihak kerajaan akan mengambil langkah yang lebih tegas dalam melaksanakan Dasar Pelajaran Kebangsaan itu.



Memorandum PENA itu telah meninjau penggunaan bahasa Melayu di semua peringkat, dari sekolah rendah hinggalah ke universiti.

• Pada sekolah rendah, PENA menggesa supaya mulai daripada tahun 1970 semua darjah satu dan darjah dua sekolah-sekolah jenis kebangsaan Inggeris menggunakan bahasa Melayu sebagai Bahasa pengantarnya. • Di samping itu, PENA juga telah mencadangkan supaya guru-guru yang kurang fasih dalam Bahasa Kebangsaan diberi latihan intensif pada waktu untuk pelajaran bahasa Melayu ditambah.



Pada peringkat sekolah menengah pula PENA menggesa supaya:



(a) pengantar di kelas peralihan (remove class) ditukar daripada bahasa Inggeris ke bahasa Melayu;



(b) kursus kilat intensif diadakan pada bulan Disember untuk guru sekolah menengah supaya mereka dapat mengajar dalam Bahasa Kebangsaan;



(c) ujian lisan dimestikan daripada tahun 1970 bagi calon sijil pelajaran Malaysia sebagai sebahagian daripada penentuan kelulusan Bahasa Kebangsaan; dan



(d) Kertas Am Bahasa Kebangsaan disyaratkan lulus untuk Sijil Tinggi Persekolahan mulai tahun 1971.

• Pada peringkat Maktab, PENA telah pula menggesa pihak Kementerian Pelajaran supaya membuat persediaan untuk menerima lebih banyak murid aliran kebangsaan memasuki Maktab MARA, Maktab Teknik ( sekarang Universiti Teknologi Malaysia), Maktab Perguruan Teknik, Maktab Pertanian (sekarang Universiti Pertanian Malaysia), dan Maktab Tentera mulai tahun 1970. • Manakala Maktab Perguruan pula, PENA mencadangkan supaya bahasa Melayu digunakan sebagai bhasa pengantarnya dan pelajar-pelajar yang lulus mestilah mampu mengajar dalam bahasa Melayu.



Pada peringkat universiti, PENA secara tegas menggesa supaya pihak universiti mengadakan kuliah dalam bahasa Melayu dan mengenakan syarat kepada pensyarah supaya menguasai bahasa Melayu sehingga mampu mengajar dengannya demi untuk ditetapkan dalam jawatan yang mereka pegang atau naik pangkat.



PENA menetapkan pada tahun 1976 sebagai tarikh bagi universiti Malaya dan Universiti Pulau Pinang menjalankan semua kuliah dalam bahasa Melayu.berhubung dengan Universiti Kebangsaan pula, PENA menganjurkan supaya Kerajaan menghubungi Pemerintah Indonesia untuk mendapatkan tenaga pengajar dalam rangka perjanjian persahabaan di antara kedua buah negara itu.

Dewan Bahasa dan Pustaka DBP

 Nama asalnya Balai Pustaka

 Ditubuhkan pada 22 Jun 1956 di Johor Bharu,

 Johor sebagai sebuah jabatan kecil di bawah (KPM).

 Penubuhan DBP adalah untuk mengembangkan BM sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara yang akan merdeka ketika itu.

 1957, DBP telah berpindah ke Kuala Lumpur dan ditempatkan di bekas wad sebuah hospital di Jalan Young.

 Pada tahun 1959, DBP telah dinaikkan taraf menjadi sebuah badan berkanun melalui Ordinan DBP 1959

 Pada 31 Januari 1962, DBP telah berpindah ke bangunan sendiri di Jalan Lapangan Terbang Lama.  Pada tahun 1977, DBP mengembangkan sayapnya ke Malaysia Timur dengan membuka dua pejabat di di Kota Kinabalu, Sabah dan di Kuching, Sarawak.  pembukaan pejabat DBP Wilayah Utara di Bukit MertajamPulau Pinang (1999) Pejabat DBP Wilayah Timur di Kota BharuKelantan (1999) Pejabat DBP Wilayah Selatan di Johor Bharu, Johor (2003). Kini DBP mempunyai satu bangunan ibu pejabat yang baharu.

Projek pembangunan Menara DBP yang telah dimulakan pada tahun 1997 dan siap pada tahun 2003.

Matlamat DBP untuk membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi untuk memperkembangkan bakat sastera, khususnya bahasa kebangsaan;

dalam

untuk mencetak atau menerbitkan atau membantu dalam percetakan atau penerbitan buku-buku, majalahmajalah, risalahrisalah dan lain-lain bentuk kesusasteraan dalam bahasa kebangsaan dan dalam bahasa-bahasa lain; untuk membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan;

istilah-

untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan betul;

yang

untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya ia akan digunakan secara meluas bagi segala maksud mengikut undang-undang yang sedang berkuat kuasa.

MABBIM •Dianggotai oleh tiga negara:Brunei Darussalam Indonesia Malaysia. • Asalnya badan ini dinamai Majlis Bahasa Indonesia Malaysia (MBIM), • Ditubuhkan pada 29 Disember 1972 setelah satu Pernyataan Bersama ditandatangani oleh Allahyarham Tun Hussein Onn, Menteri Pendidikan Malaysia, dan Bapak Mashuri Saleh S.H. Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia • Pada 23 Mei 1972 di Jakarta.

MBIM menjadi MABBIM apabila negara Brunei Darul salam menganggotai Majlis ini pada 4 November 1985. Singapura masih menjadi negara pemerhati Majlis sehingga kini. •

Wadah kerjasama kebahasaan MABBIM ini, mempunyai misi untuk membina dan mengembangkan bahasa rasmi atau bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu/Indonesia di ketiga-tiga buah negara anggota MABBIM menjadi bahasa peradaban tinggi, bahasa ilmu, bahasa sains, bahasa teknologi moden, bahasa perusahaan, dan bahasa ekonomi.

Kesimpulan • Berdasarkan huraian di atas, memperlihatkan bahawa sejak Munsyi Abdullah, kesedaran telah timbul dalam kalangan orang Melayu terhadap kedudukan dan peranan bahasa mereka. • Oleh yang demikian tidaklah menghairankan jika ikatan sentimen orang Melayu terhadap bahasa Melayu kuat sekali.

•Walaubagaimanapun, pencapaian bahasa Melayu menurut bidang penggunaannya masih belum tercapai sepenuhnya, baik sebagai bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi, bahasa pengantar pendidikan, bahasa ekonomi, perniagaan, perdagangan, perundangan dan kehakiman mahupun bahasa perkhidmatan kewangan. •Jelas dapat dilihat oleh masyarakat bahawa prestasinya amat rendah sebagai bahasa penyelidikan, penciptaan dan pembangunan sains dan teknologi atau dalam amalan industri dan profesional (perubatan, kejuruteraan, kepeguaman dan seumpamanya). •Memang ada tanda positif ke arah itu, tetapi turun naik sifatnya. •penubuhan pelbagai pertubuhan akan memastikan bahasa Melayu dapat berkembang dengan lebih terancang dan seragam demi memudahkan dan melancarkan komunikasi di samping meningkatkan tamadun bangsa dan negara.

Related Documents

Persatuan Melayu
June 2020 8
Melayu
June 2020 19
Melayu
June 2020 15
Melayu
July 2020 19

More Documents from ""