Melayu

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Melayu as PDF for free.

More details

  • Words: 6,590
  • Pages:
Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya

115

STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU PELAJAR PELBAGAI ETNIK BUKAN MELAYU Zamri Mahamod Mohamed Amin Embi Universiti Kebangsaan Malaysia

This study examined language learning strategies (LLS) used by students from various ethnic groups in Malaysia for learning the Malay language out of the classroom (OC) based on their performance, demographic factors and the four language skills. The instrument was a self-report questionnaire distributed to 658 Form 4 students who were selected based on a random stratified sampling technique. The sample comprised 200 students from Selangor, 220 from Sarawak and 238 from Sabah. The subjects selected were those who scored grade A or B in their Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2004 Malay Language paper. The respondents were required to reveal LLS they used to learn the Malay language out of the classroom for improving their listening, speaking, reading and writing skills. The questionnaire data were analyzed using descriptive and inferential statistics. Results of the study indicate that subjects from various ethnic groups used a wide range of LLS for learning the Malay language out of the classroom. The Malay students in Selangor, Sarawak and Sabah reported using a wider range of LLS in comparison to other ethic groups. Female students from various ethnic groups in Selangor and Sarawak used a wider range of LLS than female students from various ethnic groups in Sabah. Students from various ethic groups who scored grade A in the PMR Malay Language paper reported a wider range of LLS than those who scored grade B.

Pada masa kini, ramai guru bahasa menyedari akan kepentingan meningkatkan pencapaian akademik para pelajar. Para guru menggunakan pelbagai cara seperti memberi tunjuk ajar strategi belajar yang betul, mengadakan kelas tambahan, membincangkan soalansoalan peperiksaan lepas, memperbanyakkan latih tubi dan sebagainya. Semuanya bertujuan untuk meningkatkan prestasi bahasa pelajar. Para guru seharusnya menyedari bahawa pemilihan strategi belajar yang berkesan terletak di tangan pelajar sendiri. Guru-guru yang mempelbagaikan strategi pengajaran dapat membantu pelajarnya menguasai pelbagai ilmu bahasa dengan cepat dan berkesan (Oxford & Crookall, 1989). Pendapat ini diakui oleh Lessard-Clouston (1997) di mana hasil kajiannya tentang strategi belajar bahasa Perancis mendapati guruguru yang menggunakan strategi pengajaran yang sesuai boleh membantu para pelajarnya

116

Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya

memahami bahasa kedua (bahasa Perancis) dengan baik. Oleh itu, para guru seharusnya melatih pelajar menggunakan pelbagai strategi pembelajaran bahasa (SPB) yang sesuai dengan tahap keupayaan dan kecekapan bahasa pelajar mereka itu. Kajian tentang bagaimana pelajar bukan Melayu mempelajari bahasa Melayu (BM) sebagai bahasa kedua atau bahasa asing bttkatriah sesuatu yang baru di Malaysia. Walaupun fokus kajian bukan kepada SPB yang digunakan pelajar bukan Melayu, tetapi kebanyakan hasil kajian melaporkan bahawa pelajar bukan Melayu mempunyai sikap negatif dan kurang berminat untuk mempelajari BM, terutamanya ketika belajar di dalam dan luar kelas (Zamri & Zarina, 2001). Kebanyakan pelajar bukan Melayu lebih memberi tumpuan kepada bagaimana hendak mencapai keputusan yang cemerlang ketika peperiksaan. Justeru, pelajar bukan Melayu mengikuti kelas tuisyen di luar waktu persekolahan semata-mata untuk lulus dengan baik atau cemerlang sahaja. Lantaran itu, mereka bersungguh-sungguh belajar BM di waktu peperiksaan dengan mengikuti kelas tuisyen, dan bukan kerana mencintai dan menyanjungi peranan dan kedudukan BM itu. Kajian yang dijalankan oleh Jajri, Isa, Othman dan Othman (1992), Muhammad, Noriah, dan Abdul Razak (2000), Zamri (2005), Zamri dan Mohamed Amin (2005) melaporkan bahawa pelajar bukan Melayu didapati menggunakan pelbagai strategi belajar agar memperoleh keputusan yang cemerlang dalam sesuatu mata pelajaran. Sebagai contoh, Muhammad et al. (2000) dalam kajian yang dilakukan di Muar mendapati pelajar bukan Melayu banyak menggunakan strategi belajar ketika belajar di luar kelas berbanding pelajar Melayu dalam kebanyakan mata pelajaran. Zamri (2005) dalam kajiannya mendapati bahawa pelajar India banyak menggunakan SPB ketika belajar BM di luar kelas berbanding pelajar Melayu atau Cina. Sebaliknya, pelajar Melayu banyak menggunakan SPB ketika belajar BM di dalam kelas ataupun semasa menghadapi peperiksaan. Strategi Belajar dan Strategi Pembelajaran Bahasa Strategi belajar ialah cara atau kaedah atau teknik yang digunakan oleh pelajar dalam mempelajari dan menguasai sesuatu pelajaran. Schmeck (1988) menyatakan bahawa istilah strategi berasal daripada istilah tentera yang merujuk kepada prosedur-prosedur untuk melaksanakan rancangan dalam operasi ketenteraan. Beliau menjelaskan bahawa terdapat perbezaan antara strategi dan taktik. Strategi ialah aktiviti-aktiviti pelajar yang spesifik atau cara-cara tertentu dalam pelaksanaan rancangan dalam suatu set prosedur untuk mencapai sesuatu hajat. Dalam konteks kajian ini, strategi belajar bermaksud langkah-langkah yang diambil oleh pelajar untuk mempercepatkan proses pemerolehan, penyimpanan, mengingat kembali dan penggunaan sumber maklumat (Abu Talib, 1998). Menurut Oxford (1990, 1993), tindakan tersebut diambil bagi membantu pelajar menguasai proses pembelajaran dengan mudah, cepat, lebih menyeronokkan, lebih ke arah kendiri, lebih cekap dan mudah dipindahkan ke situasi baru. Chamot, Beard El-Dinary dan Robbins (1999) mendefinisikan strategi belajar sebagai cara-cara atau teknik yang boleh digunakan oleh pelajar untuk membantu tugasan pembelajaran. Dalam konteks pembelajaran bahasa, makna SPB sememangnya telah ditulis dan diberi pengertian oleh pengkaji bahasa di Barat dan Malaysia. Ellis (1985) menganggap

Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya

117

SPB sebagai strategi komunikasi dan pembelajaran dianggap sebagai suatu proses. Menurut Oxford (1990), SPB merupakan langkah-langkah atau tindakan khusus yang diambil oleh pelajar bagi mempermudahkan proses pembelajaran, menyeronokkan, ke arah kendiri, cekap dan berupaya berpindah ke suasana baru. Ellis (1994) mengasingkan strategi pembelajaran kepada dua jenis, iaitu strategi pembelajaran berasaskan kemahiran dan SPB itu sendiri. Mohamed Amin (1996) mentakrifkan SPB sebagai satu perancangan tindakan seseorang pelajar untuk mempertingkatkan proses pembelajaran mereka. Zamri (2004) mendefinisikan SPB sebagai satu proses peningkatan pencapaian pembelajaran bahasa secara berterusan melalui pelbagai strategi belajar yang efektif. Melalui SPB ini, pelajar-pelajar memperoleh keputusan yang cemerlang dalam mata pelajaran BM. Para pelajar bukan sahaja belajar bahasa dengan efektif, tetapi juga memperoleh segala asas kemahiran bahasa dan berbahasa dengan mudah. Strategi tersebut dapat membantu mereka berinteraksi dan berkomunikasi secara lisan dan tulisan tanpa sebarang kesalahan bahasa. Tegasnya, SPB ialah strategi yang digunakan oleh pelajar pelbagai etnik ketika belajar BM di luar kelas. Kepelbagaian SPB yang digunakan dapat membantu pelajar pelbagai etnik meningkatkan pencapaian BM. Selain itu, SPB yang pelbagai ini boleh diubah suai oleh pelajar ketika belajar BM di dalam kelas mahupun ketika menghadapi peperiksaan. PERNYATAAN MASALAH Kebanyakan kajian SPB dalam BM dijalankan terhadap pelajar Melayu. Kajian SPB pelajar pelbagai kaum ada dalam mata pelajaran lain. Sebagai contoh, Mohamed Amin (1996) menjalankan kajian SPB antara pelajar Melayu, Cina dan India ketika mempelajari BI sebagai bahasa kedua. Wan Noorazah (2004) pula telah mengkaji bagaimana pelajar Melayu dan bukan Melayu mempelajari Biologi. Kajian SPB yang melibatkan pelbagai kaum di Semenanjung, Sarawak dan Sabah di Malaysia sama ada dalam BM ataupun BI belum pernah dijalankan. Kebanyakan kajian SPB lebih berfokus kepada pelajar-pelajar di Semenanjung Malaysia sahaja. Bagaimana pelajar pelbagai etnik di Sarawak dan Sabah belajar BM tidak pernah dikaji. Apakah SPB yang mereka gunakan ketika belajar BM? Adakah terdapat persamaan ataupun perbezaan SPB yang digunakan oleh pelajar-pelajar pelbagai etnik di Sarawak dan Sabah itu dengan SPB kegunaan pelajar-pelajar di Semenanjung Malaysia? Selain itu, kajian yang dijalankan oleh Mohamed Amin (1996), Muhammad et al. (2000) serta Wan Noorazah (2004) mendapati bahawa kebanyakan pelajar bukan Melayu menggunakan strategi belajar yang kurang sesuai dan tepat. Sebagai contoh, Mohamad Amin mendapati pelajar bukan Melayu menggunakan strategi belajar bahasa Inggeris yang tidak berkesan di dalam kelas, di luar kelas dan ketika peperiksaan. Ini menyebabkan pencapaian bahasa Inggeris mereka kurang memuaskan. Selain daripada itu, kebanyakan kajian SPB di Malaysia dijalankan dalam BI. Ini mungkin kerana kajian SPB lebih sesuai untuk membantu pelajar mempelajari bahasa kedua atau bahasa asing. Lantaran itu, beberapa kajian SPB dilakukan dalam BI. Oleh kerana kajian SPB lebih bersifat bagaimana hendak mempelajari sesuatu bahasa

118

Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya

dengan baik, maka beberapa pengkaji/penyelidik BM mula melakukan kajian-kajian SPB dalam pelbagai bidang dalam BM seperti kajian yang dijalankan ini. Selain itu, antara punca pelajar gagal mencapai keputusan cemerlang dalam mata pelajaran BM ini adalah tidak menggunakan strategi belajar serta SPB yang digunakan tidak sesuai dengan apa yang diperajari. Ini disokong oleh kajian Zamri (2004) yang mendapati pelajar Ieiriah menggunakan SPB yang kurang berkesan berbanding pelajar yang cemerlang pencapaian BM mereka. Dalam konteks kajian ini, pengkaji ingin mengenal pasti apakah SPB yang digunakan oleh pelajar bukan Melayu ketika belajar BM di luar kelas. Adakah SPB yang digunakan itu banyak membantu mereka memahami dan menguasai kemahiran BM dengan baik? Justeru, kajian ini bertujuan untuk melihat bagaimana pelajar bukan Melayu, khususnya di Sabah dan Sarawak belajar BM di luar kelas. Secara khusus, kajian ini bertujuan untuk: 1. Mengenal pasti perbezaan SPB yang digunakan oleh pelajar bukan Melayu ketika belajar BM di luar kelas berdasarkan kumpulan etnik. 2. Mengenal pasti hubungan satu kemahiran bahasa dengan kemahiran bahasa yang lain bagi pelajar bukan Melayu yang mengguna SPB ketika belajar BM di luar kelas. 3. Mengenal pasti perbezaan SPB yang digunakan oleh pelajar bukan Melayu ketika belajar BM di luar kelas berdasarkan jantina. 4. Mengenal pasti perbezaan SPB yang digunakan oleh pelajar bukan Melayu ketika belajar BM di luar kelas berdasarkan tahap pencapaian pelajar. SO ALAN KAJIAN Kajian ini bertujuan mengkaji bagaimana pelajar bukan Melayu belajar BM di luar kelas. Secara khusus, kajian ini dijalankan untuk menjawab empat soalan berikut: 1. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara SPB yang digunakan oleh pelajar bukan Melayu ketika belajar BM di luar kelas berdasarkan kumpulan etnik? 2. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara satu kemahiran bahasa dengan kemahiran bahasa yang lain bagi pelajar bukan Melayu yang menggunakan SPB ketika belajar BM di luar kelas? 3. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara SPB yang digunakan oleh pelajar lelaki dan perempuan bukan Melayu ketika belajar BM di luar kelas? 4. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara SPB yang digunakan oleh pelajar bukan Melayu ketika belajar BM di luar kelas berdasarkan tahap pencapaian pelajar?

Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya

119

METODOLOGI Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah tinjauan. Instrumen soal selidik digunakan bagi pengumpulan data. Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini diubah suai daripada kajian Zamri (2004). Sebanyak 144 item soal selidik dalam empat kemahiran bahasa telah dibuat kajian rintis, iaitu 21 item kemahiran mendengar (KD), 39 item kemahiran bertutur (KT), 37 item kemahiran membaca (KB) dan 47 item kemahiran menulis (KTs). Bagi memastikan item soal selidik kajian rintis tersebut mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi, seramai 60 orang pelajar Tingkatan 4 di sebuah sekolah menengah kebangsaan di Hulu Langat dijadikan responden kajian rintis. Hasilnya, nilai kebolehpercayaan bagi setiap item adalah tinggi bagi setiap kemahiran bahasa tersebut, iaitu KD = .70, KT = .83, KB = .93 dan KTs = .96. Menurut Siti Rahayah dan Abdul Rashid (2002), indeks kebolehpercayaan yang melebihi .60 boleh dianggap mempunyai nilai kebolehpercayaan item yang baik. Item soal selidik telah disemak kesahan konstruknya oleh seorang pakar SPB di Universiti Kebangsaan Malaysia. Soal selidik terbahagi kepada dua bahagian, iaitu tentang latar belakang dan SPB berdasarkan kemahiran bahasa yang digunakan oleh pelajar. Sampel kajian terdiri daripada pelajar-pelajar Tingkatan 4 di beberapa buah sekolah menengah di Selangor, Sarawak dan Sabah. Semua responden memperoleh gred A atau B bagi mata pelajaran BM dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2004. Responden dipilih berdasarkan random stratified sampling (Tabachnick & Fidel, 2001) di mana 200 orang pelajar berada di Selangor, 220 orang pelajar di Sarawak dan 238 orang pelajar di Sabah. Jumlah responden bagi setiap etnik pelajar adalah seimbang dari segi jantina, kecuali Iainlain etnik yang tidak sama bilangannya dari segi etnik dan jantina. Soal selidik dianalisis menggunakan SPSS versi 12.0. Data dianalisis dalam dua cara, iaitu secara deskriptif dan inferensi. Statistik deskriptif digunakan untuk mencari kekerapan, peratusan dan min. Statistik inferensi digunakan untuk menguji hipotesis. Untuk itu, analisis ANOVA satu hala, korelasi dan ujian-f digunakan bagi menjawab beberapa hipotesis kajian. DAPATAN KAJIAN Latar Belakang Pelajar Pelbagai Etnik Jadual 1 mempamerkan latar belakang responden kajian berdasarkan negeri, jantina, etnik dan tahap pencapaian BM pelajar bukan Melayu ketika belajar BM di luar kelas. Berdasarkan Jadual 1, pelajar pelbagai etnik dari negeri Sabah paling ramai dijadikan responden kajian, iaitu seramai 238 orang pelajar (36.2%). Ini diikuti pelajar pelbagai etnik bukan Melayu di Sarawak seramai 220 orang (33.4%) dan di Selangor seramai 200 orang pelajar (30.4%) bukan Melayu. Dari segi jantina, pelajar perempuan pelbagai etnik lebih ramai dijadikan responden kajian, iaitu seramai 339 orang (51.5%) berbanding 319 orang pelajar lelaki (48.5%) pelbagai etnik bukan Melayu. Dari segi etnik pula, pelajar etnik Cina dan India dari Selangor paling ramai dijadikan responden kajian, iaitu masing-masing etnik diwakili 100 orang pelajar yang seimbang bilangannya dari segi jantina. Di Sarawak pula, setiap etnik diwakili 50 orang

120

Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya

pelajar (25 lelaki dan 25 perempuan) kecuali Iain-lain etnik (20 orang sahaja). Begitu juga di Sabah di mana pelajar yang dijadikan responden adalah sama dari segi etnik dan jantina (25 lelaki dan 25 perempuan) kecuali Iain-lain etnik (38 orang sahaja). Dari segi bahasa pertuturan utama di luar kelas, didapati BM merupakan bahasa pertuturan utama yang digunakan oleh pelajar pelbagai etnik di Selangor, Sarawak dan Sabah. Seramai 247 orang pelajar bukan Melayu (37.5%) menggunakan BM sebagai bahasa pertuturan untuk tujuan berkomunikasi, berbincang dan berbual di luar kelas. Ini menunjukkan bahawa pelajar bukan Melayu bertutur dalam BM sebagai satu cara atau strategi untuk mempelajari dan menguasai BM dengan baik. Bahasa Inggeris (BI) merupakan bahasa kedua paling ramai dituturkan di luar kelas, iaitu seramai 140 orang pelajar bukan Melayu (21.3%) bertutur dalam BI. Ini diikuti Bahasa Cina seramai 127 orang pelajar bukan Melayu (19.3%), manakala bahasa Iain-lain etnik kurang dituturkan di luar kelas sebagai bahasa berkomunikasi antara kaum ataupun antara pelbagai kaum. Ini bermakna BM masih menjadi bahasa pengantara pelajar pelbagai etnik, terutamanya ketika berkomunikasi dengan rakan-rakan di luar waktu pembelajaran BM. Semuanya diperincikan dalam Jadual 1 tersebut. Dari segi tahap pencapaian BM dalam peperiksaan 2004, kebanyakan responden ini memperoleh gred B bagi mata pelajaran BM, iaitu seramai 363 orang pelajar bukan Melayu (55.2%). Pelajar yang mendapat gred A hanya seramai 295 orang pelajar bukan Melayu (44.8%) sahaja. Kesimpulannya, responden ialah pelajar-pelajar yang mempunyai keputusan peperiksaan BM yang baik. Jadual 1 Latar Belakang Responden Berdasarkan Negeri, Jantina, Etnik dan Tahap Pencapaian BM dalam PMR Bil.

Kategori

AT=658

Peratusan

1 Negeri: Selangor Sarawak Sabah

200 220 238

30.4 33.4 36.2

2 Jantina: Lelaki Perempuan

319 339

48.5 51.5

Etnik:

Cina Semenanjung India Cina Sarawak Iban Bidayuh Melanau Lain-lain etnik Sarawak Cina Sabah Kadazan Dusun Bajau Lain-lain etnik Sabah

100 100 50 50 50 50 20 50 50 50 50 38

15.2 15.2 7.6 7.6 7.6 7.6 3.0 7.6 7.6 7.6 7.6 5.8

Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya Bahasa pertuturan utama di luar kelas: Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Bahasa Cina Bahasa Tamil Bahasa Iban Bahasa Bidayuh Bahasa Melanau Bahasa lain etnik Sarawak Bahasa Kadazan Bahasa Dusun Bahasa Bajau Bahasa lain etnik Sabah

247 140 127 42 15 12 17 12 15 10 12 9

Pencapaian PMR 2004: GredA GredB

121

37.5 21.3 19.3 6.4 2.3 1.8 2.6 1.8 2.3 1.5 1.8 1.4

295 363

44.8 55.2

Analisis Inferensi Analisis inferensi digunakan bagi menjawab hipotesis nol yang dibina. Ujian-f dan korelasi Pearson masing-masing digunakan bagi melihat perbezaan dan hubungan pemboleh ubah yang dikaji. Jadual 2 Perbezaan SPB Berdasarkan Empat Kemahiran Bahasa Ketika Belajar BMdi Luar Kelas antara Pelajar Pelbagai Kumpulan Etnik Kemahiran Bahasa Kemahiran mendengar

Etnik

- Cina Semenanjung -India - Cina Sarawak - Iban - Bidayuh - Melanau - Lain-lain etnik Sarawak - Cina Sabah - Kadazan - Dusun - Bajau - Lain-lain etnik di Sabah

iV = 658

100 100 50 50 50 50 20 50 50 50 50 38

Min

2.91 3.38 2.62 3.03 3.20 3.33 2.50 3.15 3.67 3.82 3.72 3.30

Sisihan Piawai .659 .666 .573 .462 .704 .529 .898 .461 .661 .326 .654 .705

Paras Signifikan 9.744

.000

122

Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya

Kemahiran bertutur

- Cina Semenanjung - India - Cina Sarawak -Iban - Bidayuh - Melanau - Lain-lain etnik Sarawak - Cina Sabah - Kadazan - Dusun - Bajau - Lain-lain etnik Sabah

100 100 50 50 50

2.59 3.13 2.34 2.44 2.69

-50

2m

20 50 50 50 50 38

.707 .709 .542 .575 .644

2.11 3.15 2.96 3.06 3.12 2.96

.675 .461 .429 .236 .437 .450

Kemahiran

- Cina Semenanjung

100

2.72

.802

membaca

-India - Cina Sarawak -Iban - Bidayuh - Melanau - Lain-lain etnik Sarawak - Cina Sabah -Kadazan - Dusun - Bajau - Lain-lain etnik Sabah

100 50 50 50 50 20 50 50 50 50 38

3.26 2.39 2.86 2.92 3.05 2.44 3.30 3.10 3.13 3.18 3.12

.646 .624 .571 .606 .284 .956 .581 .560 .241 .516 .533

Kemahiran

- Cina Semenanjung

100

2.85

.743

menulis

- India - Cina Sarawak -Iban - Bidayuh - Melanau - Lain-lain etnik Sarawak - Cina Sabah - Kadazan - Dusun - Bajau - Lain-lain etnik Sabah

100 50 50 50 50 20 50 50 50 50 38

3.30 2.57 2.81 2.92 3.17 2.38 3.16 3.11 3.17 3.19 3.02

.679 .612 .540 .582 .406 .710 .658 .658 .330 .525 .430

4.823

.000

4.722

.000

3.016

.000

Hipotesis Nol 1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara SPB yang digunakan oleh pelajar bukan Melayu berdasarkan etnik Berdasarkan Jadual 2, terdapat perbezaan yang signifikan antara SPB dalam empat kemahiran bahasa antara pelajar bukan Melayu ketika belajar BM di luar kelas. Nilai signifikan yang diperoleh oleh pelajar bukan Melayu bagi kemahiran mendengar (KD), bertutur (KT), membaca (KB) dan menulis (KTs) adalah kurang daripada paras .05, dengan p=.000. Pelajar bukan Melayu di Selangor, Sarawak dan Sabah menggunakan SPB yang berkaitan dengan KD, KT, KB dan KTs ketika belajar BM di luar kelas. Hipotesis ini ditolak kerana terdapat perbezaan yang signifikan antara SPB dalam setiap kemahiran bahasa dengan pelajar bukan Melayu ketika belajar BM di luar kelas.

123

Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya

Hipotesis Nol 2: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara SPB yang digunakan oleh pelajar bukan Melayu ketika belajar BM di luar kelas berdasarkan kemahiran bahasa. Dari segi korelasi, terdapat hubungan yang signifikan antara satu kemahiran bahasa dengan kemahiran bahasa yang lain. Sebagai contoh, KD mempunyai hubungan yang signifikan dengan KT, KB dan KTs. Begifu juga, KT mempunyai hubungan yang signifikan dengan KD, KB dan KTs. KB mempunyai hubungan yang signifikan dengan KD, KT dan KTs, manakala KTs mempunyai hubungan yang signifikan dengan KD, KT dan KB. Dengan kata lain, hipotesis nol ini ditolak kerana terdapat hubungan yang signifikan antara SPB dengan kemahiran bahasa yang digunakan oleh pelajar bukan Melayu ketika belajar BM di luar kelas. Semua dapatan kajian ini ditunjukkan dalam Jadual 3. Jadual 3 Hubungan antara SPB dengan Setiap Kemahiran Bahasa yang Digunakan oleh Pelajar Bukan Melayu Ketika Belajar BMdi Luar Kelas Kemahiran Bahasa Mendengar

Korelasi

Kemahiran

Kemahiran

Kemahiran

Kemahiran

Mendengar

Bertutur

Membaca

Menulis

1

.724**

.696**

.622**

Korelasi Pearson Signifikan

Bertutur

Membaca

Menulis

-

Min

Sisihan Piawai

3.20

.705

.000

.000

.000

Korelasi Pearson Signifikan Korelasi Pearson Signifikan

.724**

1

.860**

.805**

2.82

.687

.000 .696**

.860**

.000 1

.000 .880**

3.00

.718

.000

.000

Korelasi Pearson Signifikan

.622**

.805**

.880**

1

3.03

.687

.000

.000

.000

-

3.20

.705

-

.000

*signifikan pada paras p<.05

Hipotesis Nol 3: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara SPB pelajar bukan Melayu ketika belajar BMdi luar kelas berdasarkan jantina Berdasarkan Jadual 4, hipotesis nol 3 diterima kerana tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi SPB pelajar bukan Melayu ketika belajar BM di luar kelas berdasarkan jantina dalam keempat-empat kemahiran bahasa tersebut. Nilai signifikan bagi KD = .41, KT = .31, KB = .14 dan KTs = .51. Kesemua nilai signifikan ini melebihi paras kesignifikanan .05. Dengan kata lain, pelajar lelaki dan perempuan bukan Melayu menggunakan SPB yang sama sahaja ketika belajar BM di luar kelas. Demikian juga dari segi nilai min. Nilai min bagi pelajar lelaki dan perempuan bukan Melayu dalam kesemua kemahiran tersebut tidak jauh bezanya. Sebagai contoh, nilai min KD pelajar

124

Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya

lelaki bukan Melayu ialah 3.16, manakala nilai min KD pelajar perempuan ialah 3.25. Bagi KT, nilai min pelajar lelaki bukan Melayu ialah 2.78, manakala nilai min KT pelajar perempuan bukan Melayu ialah 2.86. Bagi KB, nilai min pelajar lelaki bukan Melayu ialah 2.96, manakala nilai min pelajar perempuan bukan Melayu ialah 3.04. Bagi KTs, nilai min pelajar lelaki bukan Melayu ialah 3.01, manakala nilai min pelajar perempuan bukan Melayu ialah 3.05. Berdasarkan skor min antara pelajar lelaki dan perempuan bukan Melayu yang tidak ada perbezaan yang ketara, maka dapat dirumuskan bahawa pelajar bukan Melayu sama ada lelaki mahupun perempuan menggunakan SPB yang sama sahaja ketika belajar BM di luar kelas dalam KD, KT, KB dan KTs. Jadual 4 Perbezaan SPB antara Pelajar Lelaki dan Perempuan Bukan Melayu dalam KD, KT, KB dan KTs Ketika Belajar BM di Luar Kelas Kemahiran Bahasa

Gred Pencapaian

N=658

Min

Sisihan Piawai

Kemahiran

Lelaki

319

3.16

.727

mendengar Kemahiran bertutur

Perempuan Lelaki Perempuan

339 319 339

3.25 2.78 2.86

.681 .704 .669

Kemahiran

Lelaki

319

2.96

.760

membaca

Perempuan

339

3.04

.675

Kemahiran

Lelaki

319

3.01

.709

menulis

Perempuan

339

3.05

.667

F

Signifikan

.690

.406

1.017

.314

2.199

.139

.440

.507

* signifikan pada paras p<.05 Hipotesis Nol 4: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara SPB pelajar bukan Melayu ketika belajar BM di luar kelas berdasarkan pencapaian BM dalam peperiksaan PMR Hipotesis nol ini diterima kerana tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara SPB yang digunakan oleh pelajar bukan Melayu ketika belajar BM di luar kelas berdasarkan gred pencapaian BM dalam peperiksaan PMR 2004. Paras signifikan yang diperoleh adalah melebihi .05 bagi setiap kemahiran bahasa. Sebagai contoh bagi KD, tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar bukan Melayu yang mendapat gred A dengan B dalam peperiksaan PMR di mana nilai signifikan yang diperoleh ialah p > .580. Demikian juga dengan KT = p >.85, KB = p >.43 dan KTs = p >.32. Ini menunjukkan bahawa pelajar bukan Melayu yang mendapat gred A atau B bagi mata pelajaran BM dalam peperiksaan PMR tidak menunjukkan perbezaannya dari segi SPB yang digunakan bagi setiap kemahiran bahasa ketika belajar BM di luar kelas. Semua dapatan ini ditunjukkan dalam Jadual 5.

Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya

125

Jadual 5 Perbandingan SPB Pelajar Bukan Melayu Berdasarkan Pencapaian BM dalam PMR Sisihan Kemahiran Gred

N=658

Min

A

296

3.16

.710

B

362

3.23

.700

A

296

2.77

.686

B

362

2.86

.685

A

296

2.97

.693

B

362

3.02

.738

A

296

3.00

.666

B

362

3.06

.704

F

Signifikan

.307

.580

.036

.851

.618

.432

1.011

.315

Piawai

Bahasa Mendengar Bertutur Membaca Menulis

* signifikan pada paras p<.05 PERBINCANGAN Dapatan kajian ini dibincangkan dalam lima bahagian, iaitu berkaitan dengan negeri, jantina, etnik, kemahiran bahasa dan pencapaian BM. Penggunaan SPB Mengikut Negeri Secara umum, terdapat beberapa kajian SPB sama ada dalam BM ataupun bahasa Inggeris dijalankan di Malaysia. Sebagai contoh, Abu Talib (1998) membuat kajian SPB di kalangan pelajar Tingkatan 4 ketika belajar BM di daerah Johor Bahru. Mohd. Nazali (1999) menjalankan kajian SPB di kalangan pelajar Tingkatan 4 di daerah Sepang, Selangor ketika belajar BM di dalam kelas, luar kelas dan juga menghadapi peperiksaan. Demikian juga dengan kajian Yong Zaharah (1999) di Perak, Supian (2003) di Kajang dan beberapa kajian SPB lain yang telah dilaporkan. Selain dalam BM, Mohamed Amin (1996) menjalankan satu kajian SPB di Selangor bagi mengetahui apakah SPB yang digunakan oleh pelajar Melayu dan bukan Melayu ketika mempelajari bahasa Inggeris di dalam kelas, luar kelas dan ketika menghadapi peperiksaan. Punithavalli (2003) menjalankan kajian SPB di kalangan pelajar sekolah menengah rendah di daerah Sepang, Selangor. Ismail (2004) membuat kajian SPB di kalangan pelajar Tingkatan 4 ketika belajar bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di Hilir Perak. Beberapa pengkaji di luar negara juga didapati menjalankan kajian SPB dalam bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua atau bahasa asing di negara berkenaan. Sebagai contoh, Niederhauser (1997) menjalankan kajian tentang masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar Korea ketika mempelajari bahasa Inggeris sebagai bahasa asing di universiti. Abdallah Hussein (2002) telah menjalankan satu kajian SPB di kalangan pelajar Jordan yang mempelajari bahasa Inggeris sebagai bahasa asing. Begitu juga kajian yang dijalankan oleh Drozdzial-Szelest (1997) di Poland, Park Gi-Pyo (1997) di Korea dan Iain-lain. Kesemua kajian ini melaporkan bahawa pelajar cemerlang dan perempuan lebih banyak menggunakan SPB ketika mempelajari bahasa Inggeris berbanding pelajar tahap sederhana dan lemah atau pelajar lelaki.

126

Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya

Berdasarkan beberapa kajian dalam dan luar negara tentang SPB dapat dikatakan bahawa ia bukan sesuatu yang baru. Walau bagaimanapun dalam konteks kajian ini, kajian SPB di Sarawak dan Sabah merupakan julung kali dijalankan oleh penyelidik dan pendidik BM khususnya dan Iain-lain pengkaji bahasa. Selain itu, dapatan kajian juga membefi "kesah yang positif di mana pelajar-pelajar pelbagai etnik yang bersekolah di Sarawak dan Sabah didapati menggunakan SPB dalam mempelajari BM dengan baik, terutamanya strategi belajar berkaitan KT, KB dan KTs. Dapatan kajian ini menyumbang kepada kajian lanjutan untuk mengkaji dengan lebih mendalam dan terperinci bagaimana pelajar belajar BM dengan baik. Kajian perbandingan seperti ini membantu penyelidik bahasa untuk membuat kajian SPB di kalangan pelajar yang pelbagai etnik, jantina, tahap pencapaian, status sosioekonomi yang berbeza dan sebagainya. Etnik Dapatan kajian ini menyokong dapatan kajian Zamri dan Mohamed Amin (2005) yang melaporkan bahawa pelajar bukan Melayu menggunakan pelbagai SPB ketika belajar di luar kelas. Dalam kajian tersebut, mereka mendapati bahawa pelajar India lebih banyak menggunakan SPB ketika belajar BM di luar kelas berbanding pelajar etnik Melayu dan Cina. Dapatan kajian ini juga menyamai dapatan kajian Mohamed Amin (1996) di mana beliau mendapati pelajar India menggunakan pelbagai SPB ketika belajar bahasa Inggeris di luar kelas berbanding pelajar etnik Melayu dan Cina. Ini menunjukkan bahawa terdapat perkaitan yang signifikan antara strategi pembelajaran bahasa Inggeris dengan latar belakang etnik pelajar. Selain itu, dapatan kajian ini juga menyamai kajian yang dilaporkan oleh Muhammad et al. (2000) di mana pelajar bukan Melayu dilaporkan menggunakan pelbagai strategi belajar berbanding pelajar Melayu dalam kebanyakan mata pelajaran yang dikaji. Dapatan kajian yang melibatkan kesemua mata pelajaran peringkat SPM itu menunjukkan bahawa pelajar etnik Cina lebih banyak menggunakan strategi belajar berbanding pelajar etnik Melayu dan India. Dapatan kajian ini juga menyamai dapatan kajian oleh Teo Seah Ping (2004) yang menunjukkan pelajar etnik Cina lebih banyak menggunakan strategi belajar Fizik berbanding pelajar etnik Melayu. Namun demikian, kajian yang dilakukan oleh Abu Talib (1998), Mohd Nazali (1999), Mohamed Amin, Juriah, dan Mohd Isa (1999), Supian (2003) serta Mohamed Amin, Zamri dan Mohd Isa (2004) menunjukkan dapatan yang berbeza. Kesemua kajian ini mendapati pelajar etnik Melayu menggunakan pelbagai strategi belajar berbanding pelajar etnik bukan Melayu seperti Cina dan India. Ini menunjukkan bahawa faktor etnik bukan merupakan faktor utama dalam menentukan kejayaan pelajar dalam sesuatu mata pelajaran bahasa ketika belajar di luar kelas. Jantina Hasil analisis data menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara penggunaan strategi pembelajaran BM dengan jantina di mana pelajar perempuan lebih banyak menggunakan SPB dalam semua kemahiran bahasa berbanding pelajar lelaki. Keputusan ini selari dengan kajian yang telah dijalankan oleh Oxford (1990) dan

Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya

127

Mohamed Amin (1996) yang mendapati SPB dipengaruhi oleh faktor jantina. Hasil kajian ini juga bersamaan dengan kajian Oxford (1990) di mana secara keseluruhannya pelajar perempuan lebih banyak menggunakan SPB daripada pelajar lelaki. Dapatan kajian ini selari dengan dapatan kajian SPB dalam BM seperti yang dijalankan oleh Abu Talib (1998), Mohd Nazali (1999), Mohd Nazali, Mohamed Amin dan Zamri (1999), Mohamed Amin, Zamri dan Mohd Nazali (2001) serta Zamri, Mohamed Amin, Noriah dan Juriah (2002). Kesemua kajian yang dilaporkan ini mendapati pelajar perempuan lebih banyak menggunakan SPB berbanding pelajar lelaki ketika belajar BM di luar kelas. Dapatan kajian ini juga selari dengan dapatan beberapa kajian SPB dalam mata pelajaran BI di Malaysia seperti kajian oleh Mohamed Amin (1996), Azlin Mazniwati (2000) dan Faizahani (2002). Ketiga-tiga pengkaji SPB dalam BI ini melaporkan bahawa pelajar perempuan lebih banyak menggunakan SPB berbanding pelajar lelaki. Selain itu, dapatan kajian ini juga bersamaan dengan beberapa kajian di Barat seperti kajian yang dijalankan oleh LoCastro (1994), Chamot et al. (1999), Abdallah Hussein (2002), Pickard (1996) serta beberapa kajian lain. Kebanyakan mereka melaporkan bahawa pelajar perempuan lebih banyak menggunakan SPB ketika belajar BI berbanding pelajar lelaki. Bagaimanapun, dapatan kajian ini bercanggah dengan kajian Zamri dan Mohamed Amin (2003a) dan Zamri (2004) yang mendapati pelajar lelaki lebih banyak menggunakan strategi belajar bahasa sama ada di dalam kelas, luar kelas mahupun ketika menghadapi peperiksaan. Ini mungkin berpunca daripada sikap dan minat pelajar lelaki ketika belajar bahasa terutamanya yang melibatkan aktiviti bertutur. Dengan kata lain, faktor jantina boleh mempengaruhi pencapaian seseorang pelajar. Ini dapat dilihat daripada jumlah pelajar yang belajar di universiti semakin dimonopoli oleh pelajar perempuan. Faktor strategi belajar dikenal pasti antara faktor yang membantu pelajar perempuan belajar dan memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan termasuk dalam mata pelajaran BM. Kemahiran Bahasa Dari segi kemahiran bahasa, secara keseluruhan terdapat hubungan yang signifikan antara SPB dengan kemahiran bahasa yang digunakan. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pelajar perempuan bukan Melayu banyak menggunakan SPB ketika belajar BM di luar kelas. Ini dapat dilihat berdasarkan nilai signifikan yang diperoleh ialah p < .005. Pelajar bukan Melayu terutamanya di Sarawak dan Sabah banyak menggunakan strategi bertutur, membaca dan menulis ketika belajar BM di luar kelas. Dapatan kajian ini menyamai dapatan kajian yang dilakukan oleh Zamri dan Mohamed Amin (2003a, 2003b). Zamri dan Mohamed Amin (2003a) mendapati pelajar lelaki dan perempuan Melayu banyak menggunakan SPB bagi meningkatkan KT, KB dan KTs. Walau bagaimanapun, strategi KD kurang digunakan ketika belajar di luar kelas. Dengan kata lain, pelajar lelaki dan perempuan Melayu menggunakan strategi bertutur, membaca dan menulis ketika belajar BM di luar kelas. Kajian oleh Zamri (2004) serta Hamidah, Melor dan Norzaini (2002) tidak meliputi SPB ketika menghadapi peperiksaan, tetapi dapatan kajian mereka melaporkan bahawa

128

Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya

pelajar universiti yang menguasai bahasa Inggeris (BI) dengan baik banyak menggunakan kaedah mendengar ketika belajar BI. Begitu juga dapatan kajian Yang (1995) dan Kang (1997) yang melaporkan bahawa pelajar cemerlang BI banyak menggunakan KD, KT, KB dan KTs ketika belajar BI sebagai bahasa kedua di kalangan pelajar Korea. Dalam konteks pendidikan BM, kajian SPB befdasarkan pelajar bukan Melayu ini merupakan sesuatu yang baru. Ini kerana dapatan kajian mendapati pelajar bukan Melayu seperti Kadazan dan Bajau di Sabah serta Iban dan Bidayuh di Sarawak banyak menggunakan SPB ketika belajar BM di luar kelas dalam keempat-empat kemahiran bahasa tersebut. Oleh itu, dapatan kajian ini menyumbang sesuatu yang baru dalam kajian berkaitan SPB yang mengkaji bagaimana pelajar yang berbeza bahasa pertama mereka belajar BM di luar kelas. Pencapaian Dapatan kajian juga mendapati pelajar bukan Melayu yang mendapat gred A atau B dalam peperiksaan PMR 2004 lalu banyak menggunakan SPB ketika belajar BM di luar kelas. Dapatan kajian ini ada persamaan dengan kajian Zamri (2004). Dalam kajiannya itu, didapati pelajar lelaki dan perempuan yang cemerlang dalam BM menggunakan pelbagai SPB ketika belajar di dalam kelas, luar kelas dan juga ketika peperiksaan. Selain itu, dapatan kajian ini ada persamaan dengan dapatan kajian Mohamed Amin, Zamri, dan Mohd Isa (2004) yang mendapati pelajar cemerlang banyak menggunakan strategi belajar ketika belajar BM, BI dan BA di dalam kelas, luar kelas dan ketika menghadapi peperiksaan. Ini membuktikan bahawa pelajar cemerlang menggunakan pelbagai strategi belajar ketika mempelajari sesuatu bahasa itu. Dengan kata lain, faktor pencapaian BM memberi impak yang besar kepada pencapaian dan penguasaan BM di kalangan pelajar bukan Melayu. Ini terbukti melalui kajian ini di mana pelajar-pelajar bukan Melayu, sama ada lelaki mahupun perempuan di Selangor, Sarawak dan Sabah menggunakan pelbagai strategi mendengar, bertutur, membaca dan menulis sebagai satu cara atau strategi mempelajari BM dengan baik di luar kelas. IMPLIKASI KAJIAN Kajian SPB antara pelajar bukan Melayu yang melibatkan etnik di Selangor, Sarawak dan Sabah ketika belajar BM merupakan suatu yang baru. Seperti yang dilaporkan dalam tinjauan literatur, belum terdapat satu kajian tentang bagaimana pelajar pelbagai etnik yang belajar BM sebagai bahasa kedua atau asing ini belajar. Justeru, kajian yang dilaporkan ini memberi beberapa implikasi kurikulum dan pedagogi seperti berikut: 1. Guru BM perlu memastikan kaedah pengajarannya sesuai dengan kepelbagaian pelajar di dalam kelas. Ini kerana pelajar yang pelbagai tahap kecerdasan ini mempunyai strategi belajar yang berbeza ketika belajar. Oleh itu, pengajaran guru boleh mempengaruhi tahap pemahaman pelajar bukan Melayu ketika belajar BM di dalam kelas, ataupun di luar kelas mahupun ketika menghadapi peperiksaan. 2. Guru BM perlu memastikan pelajar, terutamanya pelajar bukan Melayu, menggunakan strategi belajar yang sesuai dengan tahap keupayaan pelajar

Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya

129

berkenaan. Oleh kerana BM merupakan bahasa kedua pelajar bukan Melayu, sudah tentu pelajar-pelajar bukan Melayu ini menggunakan strategi belajar yang berbeza dengan pelajar Melayu. Justeru, guru BM perlu membantu pelajar-pelajar bukan Melayu belajar menggunakan strategi yang sesuai dengan keupayaan mereka sama ada di dalam kelas, luar kelas mahupun semasa menghadapi peperiksaan. 3. Guru BM dicadangkan membina satu modul bagaimana pelajar bukan Melayu belajar BM di luar kelas yang praktikal. Dengan cara ini, pelajar bukan Melayu boleh mengaplikasi strategi-strategi belajar BM yang dicadangkan ketika belajar BM. Ini secara langsung dapat membantu pelajar mempelajari, memahami dan menguasai BM dengan baik dan seterusnya meningkatkan pencapaian akademik mereka dalam mata pelajaran BM. KESIMPULAN Kajian tentang bagaimana pelajar bukan Melayu belajar dalam sesuatu mata pelajaran itu telah dijalankan di Malaysia, terutamanya di Semenanjung, tetapi kurang dilakukan di Sarawak ataupun di Sabah. Justeru, kajian ini dibuat untuk mengetahui dan mengenal pasti bagaimana pelajar bukan Melayu, terutamanya di Malaysia Timur, belajar BM di luar kelas. Dengan kajian ini, kita dapat mengetahui sedikit sebanyak bagaimana pelajar bukan Melayu belajar BM sebagai bahasa kedua atau bahasa asing di luar kelas. Kesimpulannya, dapatan kajian ini boleh menyumbang kepada kajian lanjutan yang boleh dijalankan oleh penyelidik dan pendidik bahasa, terutamanya dalam membuat sesuatu kajian yang melibatkan pelajar pelbagai etnik di Malaysia. Kajian ini juga merupakan suatu yang baru dalam konteks kajian SPB di Malaysia. Oleh itu, banyak kajian perlu dilakukan dengan melibatkan pelbagai kaedah kajian seperti temubual, pemerhatian, diari belajar, kumpulan fokus dan sebagainya tentang bagaimana pelajarpelajar bukan Melayu belajar BM. Tumpuan kajian tidak semestinya di luar kelas, tetapi juga boleh dibuat di dalam kelas ataupun ketika pelajar menghadapi peperiksaan. RUJUKAN Abdallah Hussein El-Saleh El-Omari. (2002). Language learning strategies employed by Jordanian secondary school students learning English as a foreign language. Tesis Doktor Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Abu Talib Abdullah. (1998). Gaya dan strategi pembelajaran bahasa Melayu di kalangan pelajar Tingkatan 4 di daerah Johor Bahru. Tesis Sarjana Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Azlin Mazniwati Mohamed Azhari. (2000). English language learning strategy used by Form 4 students of Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Bangi, Selangor. Penulisan Latihan Ilmiah, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Chamot, A. U., Beard El-Dinary, P., & Robbins, J. (1999). The learning strategies handbook. White Plains, NY: Addison-Wesley.

130

Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya

Drozdzial-Szelest, K. (1997). Language learning strategies in the process of acquiring a foreign language. Poznan, Poland: Motivex. Ellis, R. (1985). Communications strategies and the evaluation of communicative performance. ELT Journal, 38(1), 39-44. Ellis, R. (1994). The study of second languageacquisition .London: Oxford UP: Faizahani Ab. Rahman. (2002). Strategies employed by good and weak English learners and factors affecting the choice of strategies. Tesis Sarjana Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Hamidah Yamat, Melor Md. Yunus, & Norzaini Azman. (2002). English language proficiency for quality in education: Are our students ready? Dim. Proceedings of the International Conference on Education for All (ms. 225-233). Ismail Ahmad. (2004). Language learning strategy use among students of selected town and rural secondary schools. Projek Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Jajri, I., Isa, M. M., Othman, M. N., & Othman, P. (1992). Students perception towards economics. Dim. A. M. Salleh & I. Jajri (Pnyt.), Proceedings of the National Seminar on Teaching Economics (ms. 112-125). Kang, Dang-Ho. (1997). Assessing Korean middle schools students language learning strategies in input-poor environments. (EDRS: FL 024889) Lessard-Clouston, R. (1997). Language learning strategies: An overview for L2 teachers. The Internet TESL Journal, 3. LoCastro, V. (1994). Learning strategies and learning environments. TESOL Quarterly, 28,409-414. Mohamed Amin Embi. (1996). Language learning strategies employed by secondary school students learning English as a foreign language in Malaysia. Tesis Doktor Falsafah, School of Education, University of Leeds. Mohamed Amin Embi, Juriah Long & Mohd Isa Hamzah. (1999). Language learning strategies used by secondary school students in Malaysia: A preliminary study. [Laporan Akhir Penyelidikan Gl/97] Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Mohamed Amin Embi, Zamri Mahamod, & Mohd Isa Hamzah. (2004). Development of a self-access online learning-to-learn model for Malaysian Secondary Schools. [Final Research Report IRPA 07-02-02-0054] Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Mohamed Amin Embi, Zamri Mahamod, & Mohd Nazali Abu Bakar. (2001). Pola penggunaan strategi pembelajaran bahasa Melayu. Journal of Language Teaching Linguistics and Literature, 7,95-109. Mohd Nazali Abu Bakar. (1999). Strategi pembelajaran bahasa Melayu di kalangan pelajar Tingkatan 4: Satu tinjauan. Penulisan Ilmiah, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Mohd Nazali Abu Bakar, Mohamed Amin Embi, & Zamri Mahamod. (1999). Hubungan antara penggunaan strategi pembelajaran bahasa Melayu dengan pemboleh ubah jantina, etnik, pencapaian bahasa dan status sosioekonomi pelajar. Jurnal Teknologi, 31(E), 43-62.

Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya

131

Muhammad Hussin, Noriah Ishak, & Abd. Razak Ahmad. (2000). Strategi pembelajaran pelajar Melayu. Dim. Proceedings of the International Conference on Teaching and Learning (ms. 364-370). Niederhauser, J. S. (1997, January-March). Motivating learners. Forum, 35(1). Oxford, R. (1990). Language learning strategies: What every teacher should know. New York: Newbury. Oxford, R. (1993). Language learning strategies. Boston: Heinle. Oxford, R., & Crookall, D. (1989). Research on six situational language learning strategies: Methods, findings and instructional issues. Modern Language Journal, 73(4), 404419. Park, Gi-Pyo. (1997). Languages learning strategies and English proficiency in Korean university students. Foreign Language Annals, 30,211-221. Pickard, N. (1996). Out of class language learning strategies. English Language Teaching Journal, 2,150-159. Punithavalli a/p K. Muniandy. (2003). Language learning strategies used by lower secondary students in learning English as a second language. Tesis Sarjana Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Schmeck, R. R. (1988). Strategies and styles of learning: An integration of varied perspectives. Dim. R. R. Schmeck (Pnyt.), Learning strategies and learning style (ms. 155-170). New York: Plenum. Siti Rahaya Ariffin, & Abd. Rashid Johar. (2002). Isu pengukuran dan penilaian pendidikan. Bangi: Penerbit Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Supian Md. Noor. (2003). Strategi pemerolehan tatabahasa ay at satu dasar. Tesis Doktor Falsafah, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, Serdang. Tabachnick, B. G., & Fidel, L. S. (2001). Using multivariate statistics (4th ed.). Boston: Allyn & Bacon. Teo, S. P. (2004). Strategi pembelajaran Fizik di kalangan pelajar Tingkatan 4: Satu tinjauan. Latihan Ilmiah, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Wan Noorazah Wan Md. Nawi. (2004). Strategi pembelajaran Biologi pelajar Melayu dan bukan Melayu di UKM: Satu tinjauan. Latihan Ilmiah, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Yang, Nae-Dong. (1995). Effective awareness raising in language learning strategy learning. Paper presented at the Annual Meeting on the Teachers of English to Speakers of the Language, 26 April 1995. (ED 392278) Yong Zaharah Mohd Taridi. (1999). Strategi pembelajaran bahasa Melayu di tiga buah sekolah menengah di kawasan Taiping, Perak: Satu tinjauan awal. Latihan Ilmiah. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Zamri Mahamod. (2004). Strategi pembelajaran bahasa Melayu di kalangan pelajar Melayu sekolah menengah. Tesis Doktor Falsafah, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Zamri Mahamod. (2005). Strategi pembelajaran bahasa di dalam kelas kepelbagaian pelajar: Kemakmuran bersama dari segi pendidikan. Prosiding Simposium Indonesia-Malaysia Ke-9 (SKIM), Sesi VII. 9.4,1-16.

132

Jurnal Pendidikan 2006, Universiti Malaya

Zamri Mahamod, & Mohamed Amin Embi. (2003a). Strategi pembelajaran bahasa pelajar sekolah menengah. Jurnal Bahasa, 3(2), 263-319. Zamri Mahamod & Mohamed Amin Embi. (2003b). Penggunaan strategi pembelajaran bahasa untuk menguasai kemahiran mendengar dan bertutur. Jurnal VirTEC, 3(2), 55-76. Zamri Mahamod, & Mohamed Amin Embi. (2005). Penggunaan strategi pembelajaran bahasa Melayu: Sam kajian perbandingan antara pelajar Melayu dan bukan Melayu berdasarkan faktor demografi. Proceedings of the Comparative Education Society of Asia Biennial Conferences (CESA), Vol. 1,502-523. Zamri Mahamod, Mohamed Amin Embi, Noriah Mohd Ishak, & Juriah Long. (2002). Strategi pembelajaran bahasa dari segi jantina pelajar cemerlang: Satu kajian perbandingan. Proceedings International Conference on Education for All (ICEFA 2002) Vol.7,63-77. Zamri Mahamod, & Zarina Othman. (2001). Sikap pelajar Cina terhadap pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Dewan Bahasa, 1(12), 40-43.

Related Documents

Melayu
June 2020 19
Melayu
June 2020 15
Melayu
July 2020 19
Melayu Baru Melayu Lama
April 2020 26
Manuscript Melayu
May 2020 12
Melayu Glokal
November 2019 26